Click Sini

Thursday, December 30, 2010

Qaid Sepurnama

As Salam

Arini genap sebulan cinta hati ku Qaid Rizki. Sepatutnye appoitment cucuk hari ini tapi delay sampai esok la since cuti yang PM kasi adalah esok hari jadinya boleh la en hubby ikut sekali tengok anak dia kena cucuk.

Ragam budak berusia sebulan ni boleh tahan jugak dah. Tido berdodoi dengan atas dada adalah posisi tido kegemaran dia sekarang. Ape sajelah la anak, tengah cuti ini bole la layan kerenah kamu nanti dah masuk keje kamu tumpang kasih dengan Mama No 2 awak yer.

Dan tepat pukul 2 22 petang tadi en suami menitipkan sms ini kat aku...

Bln lepas, masa ini lah qaid keluarkan...
Awk dalam bilik bedah kan..
Orang duduk kat kerusi luar bilik bedah kan..
Dah sebulankn kita ada anak kan sayang..
Macam tak caya jer kan..

**Aha....suami oh suami. Aku sendri pon macam percaya tak percaya yang aku dah ada anak sendri tapi itulah kenyataan**

Monday, December 20, 2010

Adab Memberi Salam

As salam....

Aku terbaca ni d FB jadi aku kongsi kan bersama di sini. Selama ini, aku jugak antara orang-orang yang guna shortform "SALAM" ni.


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

Baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

WAALAI KUM SALAM

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan

As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Sekian, semoga ada manfaatnya.

Friday, December 10, 2010

Kisah Susu Qaid

Salam All

Kasihan aku.....Qaid nampak gayenya lebih mencintai susu anmum dari susu ibu dia nih!!

Tiap-tiap hari pon cuba sua kan kat dia tapi hasilnye lalakan yang panjang dengan muka kesian dia. Aku pon ape lagi, tak mau kasi dia nangis2 terus bancuh susu kasi dia menom. Kata mak kan, mana tahan hati tengok dia nangis lame2.

Orang sekeliling plak macam tak faham2, bukan aku tak mahu kasi dia susu badan tapi aku sendiri pon masih nak belajar2 lagi nak bf dia. Korang ingat, Qaid lahir terus ke melimpah ruah susu badan aku nih,senang2 bole pump keluar. Aku plak y naik tension kena explain satu-satu kat korang, ni y buat aku emo!!


**Sekian dahulu....**

Wednesday, December 8, 2010

Qaid Rizqi...Wit Luv

Salam All

Bz ke anda sekalian hari ni??? Jangan jeles i dengan Qaid sedang bermalas-malasan di atas katil sampai sebu kepala otak tak tau nak buat ape..hehe

Okey hari ni boleh la update pengalaman bersalin, pengalaman pertama kali tido atas katil hosp, pengalaman pertama kali kena cucuk kat tangan y bisanye masih terasa sampai ari ni...pendek kata segala pengalaman la. Mumy 2 B y lain, sila jangan cuak okey sebab kisah sy tak seram pon. Korang bole baca sampai habis okey.

Semua tertanya-tanya....camne bole terbesalin awal? Due ada lebih kurang 1/2 bulan lagi kan?? Dan kalau la aku ada jawapan bg setiap persoalan itu pasti daku jawab dengan sempurna...cait!!

Sebelum tue....

Qaid Rizqi B Mohd Khairul Anwar
(Ketua,Pemimpin & Pembawa Rezeki)
30/11/2010
2 22 PM
Emergency C-Sect
Pusat Perubatan UMRA Shah Alam
~3 jam Selepas Lahir~

Malam 29hb tue makan2 kat kedai mamak dah terasa sakit kat perut dan pinggang y lain macam. Kalau tunduk nak suap makanan je terasa peritnya tp tak pikir apa2 la sebab due jauh lagi kan. Rasenya duduk kat kat kedai tak sampai pon sejam dah ajak suami balik. Malam tue teringan sangat nak minum air belimbing tapi x jumpa plak lagi bile sakit perut tak kuasa la nak pergi mencari. Pikir2 esok luasa kan ada. Balik rumah dapat baring kat katil rase lega sangat2 pastu tido.

Pagi tu dalam kul 5 30 pagi g toilet nak buang air, tetibe rase ada air mengalir kat celah kaki tapi aku belum lagi buang air. Dengan mamai-mamai cek la panties nampak ada lendir cokelat pastu air tu tak mau berenti2. Mengigil satu badan tak jadi buang air terus kejut suami..sampai sekarang ni suami dok ejek2 aku cara aku gelabah mase kejut dia..kureng jer suami nihh!! Langsung xde rasa sakit perut tapi sebab ada keluar air maka kami decide utk terus ke hosp.

Aku mandi basah rambut bagai sebab orang kata nanti senang bersalin, suami plak aku suruh pack baju baby, baju aku dengan baju dia sekali. Time tu ada konflik hosp mana y harus dituju, mak suruh ke GOV hospital tapi aku macam nak ke UMRA terus. Sempat lagi bfast dengan suami makan roti canai dengan air belimbing, aku dah lupa psl air belimbing nih tapi suami tanya2 kat mamak tu dia kata ada buah belimbing terus je dia order. Pagi2 ko menom air belimbing dengan roti canai sambil seluar basah kuyup dah tapi buat tak reti jer. Konon cool la tapi hati dup dap saje..takut wehh!! Pelik kan..orang sakit tapi aku takut plak. Suami asik tanya jer sakit tak..aku geleng pale, dia pon naik hairan tgok aku cool je makan rati canai tu...sudahnye sume tak abis pon.

Sampai UMRA dalam pukul 7 pagi, register terus masuk wad. Doc datang nak cek bukaan. 1st time kena seluk2 ni, terasa la jugak sakitnya. Y penting relax kan kaki, kalau tak memang terasa la sakit. Redha je la pe doc nak buat pon. Time tu baru bukak 2 cm jer. Doc diskus dengan suami katenya potensi operation adalah sgt tinggi sebab air dah keluar tapi bukaan masih 2cm jer. So dia bagi option samada nak terus di UMRA atau discaj keluar. Suami putuskan untuk continue di UMRA, lepas buang air besar n cucuk kat tangan y sakit giler tue maka 9 pagi terus ditolak ke labour room. Nyesal banyak2 sebab tak minum puas2,air zam-zam pon minum seteguk jer. Masuk labour room dah kena puasa.Rase lemah plak time tue. Midwife dia sangat baik hati, dia ajak nyembang je selama aku kat dalam tu. Dia tengok aku macam ketakutan semacam walhal xde rase sakit pon.

Dalam labour room, Doc masuk ubat induce utk paksa kelahiran. Selalunye akan ambil masa panjang jugak untuk sampai ke 1ocm bagi kes anak sulong. Ikut jangkaan midwife tu, aku mungkin bole bersalin dalam pukul 5-6 petang camtu la secara normal.Kami laki bini boleh rilex2 lagi kt dalam tue siap online FB.Memang tak ada rase sakit ape2 lagi. Tapi lebih kurang 3 jam ubat dimasukan, graf jantung baby semakin menurun. Doc tak yakin, kata dia kalau lagi lame tunggu boleh bahaya kan baby. Dalam pukul 12 tghari camtu, Doc dtg nak cek bukaan lagi...hampa masih 2cm. So Doc cakap boleh tunggu sampai bukaan 10cm ataupon terus ke emergency operation. Masaalahnye...langsung xde progress bukaan tu tp jantung baby makin slow sampai satu tahap tu midwife tu terkocoh2 carik Doc sb ada satu part graf tu dia menurun habis bawah line hijau. Doc takut baby lemas kat dalam so suami decide untuk terus kn emergency operation...pukul 1 45 camtu cek bukaan lagi masih 2 cm terus doc suruh sign surat kebenaran untuk operate. Kul 2 petang camtu terus aku ditolak ke OT Room. Aku jalan kaki je g OT room dia sebab sebelah jer.

Lepas2 dia bius kat tulang belakang tue,dah tak rasa apa la bahagian pinggang ke bawah kaki. Doc sempat gurau2 lagi dengan aku tapi aku macam dah lalok2 jer, baca ayat kursi pon dah macam tak betul je rasenya.Mata asik tgok jam jer. Doc start kejekan perot aku dalam pukul 2 10 petang, 2 22 petang dah dengar bb nangis...sempat dengar Doc cakap, bb terbelit tali pusat ye Pn, nasib kita buat keputusan awal untuk operation....alahai anak aku!! kasihan kamu. Keluar dari OT room dalam pukul 2 45 petang...keluar dari perut sampai Doc abis menjahit perut aku dengar suara bb nangis jer. Suami kata dia diam time orang azan je pastu sambung balik nagis. Sempat jeling dia mase kuar tu...speechless sgt. Tak tau macamane nak cerita perasaan tu...tgok muka merah dia dengan rambut yang banyak tue, sempat lagi tnya nurse tu, itu baby i ke? Nurse angguk....sedey

Dah la tue kot yerr...hehe. Gambar bole tengok kat cini yer!!

**Syukur sangat ALLAH permudahkan jalan aku dari awal mengandong sampai la proses bersalin ni tak ada aku kesakitan y melampau2, sakit operate tu biasala kan...semoga yang akan datang nanti jugak dipermudahkan seglanya...amin**





Thursday, December 2, 2010

Kisah Malam Jumaat

Salam All

~~Tajuk bikin kontroversi~~

Aishh...xde mase lagi nak citer pasal kisah saya terberanak awal tue. Baby okey x kuat meragam sangat cume aku jek y dah terasa bisa-bisa sakit tue. Ni pon sebab semua dah tido tapi mata aku ni tak mau pejam2 lagi maka update la sikit-sikit.

Tapi citer tnpa gmbar cam x bes jek (alasan je tue) haha...ampun kawan2. Tp kisah aku pendek je kot,xde second chapter so akan update sekali harung je la. Letak gmbar baby sekali baru bes kan kawan2 semua....akhir kata take care semua mumy2 n bakal mumy sekalian yer....i sudah jadi mumy, not mumy 2 b lagi..haha (jokes okey..jgn terasa hati plk)

**KHIDMAT MASYARAKAT......susu masih xde,camne eh nak kasi susu ada,dah kasi bb suck tp still xde pape lagi..sian bb,takut lame lame nanti dia dok lekat dgn FM je...bantu la sy**

Tuesday, November 30, 2010

Syukur....

Salam All


Just quick update.....



Gebder : baby boy
Time : kul 2 22 pm tadi
Hospital UMRA....operation wehh!!!
EDD 16hb tapi arini dia dah mntak nak kluar

**Nt la kt citer panjang2...skng tgh layan sakit sebab ubat bius dah abis da**

Monday, November 22, 2010

Ubat Oh Ubat...

Salam All

Warga Johor Sekalian..Selamat Bercuti Okey!!Seronok la kamu-kamu semua eh :)

Mumy-mumy preggy sekalian, nak tanya korang la kan, segala ubat-ubatan y Hosp bagi tu korang makan tak dengan berjadual???...Sila jawab dengan jujur!!

Aku....???

Aku baik...hehe!!Baik la sangat kan...awal-awal pregnant sampai la usia kandungan 7 bulan camtu, sangat la rajin makan ubat y KK kasi tue. Macam biasa la Acid Folic,Iron.Obimin dan Vit B. Series tak pernah skip langsung tapi kekadang terlupa sesekali tu adalah kan.

Cuma bila masuk 7 bulan++ aritu, aku jadi malas nak makan ubat. Jangan kata ubat, susu pon aku dah tak minum.Tengok..jahat kan aku!! Pemalas tak tau nak kata tahap apa. Plak tue pandai nasihat orang jangan skip makan ubat, ubat tu makanan baby..bla bla bla tapi diri sendri ke laut plak.

Tahu kenapa aku malas...??

Satu...of kos la sifat pemalas tu memang jadi raja dalam diri aku sendiri. Keduanya, aku dimomokan dengan dengan fakta..makan ubat nanti baby besar, susah keluar, sembelit la dan alasan yang tah pape tue lah..Ya ALLAH, sengalnya ku rase diri ku ini. Apasal la orang-orang zaman moden macam aku ni bole terima pakai fakta-fakta tu yer. Walhal kalau tak bagus, tak ada la Doc beri ubat tu kat setiap patient sambil remind "jangan lupa makan ubat yer".Dah la kerajaan kasi ubat-ubat tu secara free plak tue...ishhh raase bengang plak dengan diri sendri. Tak reti bersyukur dan tak tahu menghargai.

**Aku notice, sejak aku rajin skip makan ubat ni, maka buku merah aku tue pon penuh dengan laporan Cik Misi tu kaler merah-merah!! Padan muka aku kan..tapi sejak seminggu yang lepas aku dah rajin balik makan ubat..hehe**

Friday, November 19, 2010

Tajuk=Tak Ada



Salam Hari Jumaat...:)



Ari jumaat ni rasa sakit hati dengan semua orang. Pantang ada orang salah cakap sikit, mula la aku tarik muka 16 aku. Sape berani main gurau-gurau dengan aku pasti sakit hati balik. Aku pon tak tau nape emo-emo arini.






Selalu terapi terbaik adalah......

*

*

*

*

*



Rindu dia banyaaakkkkk..:)



**Tengok gambar dia banyak2 kali nescaya hilang segala kerunsingan hati**


Thursday, November 18, 2010

Cerita Malam Raya

Salam All
Masih dalam mood raya-raya lagi dan nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua...semoga ibadah korban y anda, anda dan juga anda diterima di sisi ALLAH A.W.T. Lagi syok pasang-pasang radio ada lagu raya, sama meriah macam raya puasa.
Kali ni giliran ke rumah suami la, kami balik melaka petang selepas waktu keje dan memang tersangat la banyak kereta-kereta menuju ke selatan. Sape cakap raye sehari jalan tak jammed, fakta tu kurang tepat okey. Kesesakan sudah bermula sejak dari persimpangan Nilai lagi okey...tension jek
Dah rasa-rasa nak patah balik pon ada sebab kalau dah jammed start dari Nilai, mau patah kaki tekan clutch. Tapi tula kan mentaliti masyarakat kita ni. Lori rosak parking di bahu jalan pon boleh menyebabkan kesesakan panjang berjela-jela..Adohai!! Tolong la jangan gitu deh..semata-mata sebab lori tu rosak je, tu pon mau tengok-tengok n slowkan kereta ker??kasihan kami y jauh 2-3km kat belakang tu.Selalu camtu..klu eksiden lagi la berjela-jela jammed dia, lepas je dari kawasan bermasalah tue, terus je lancar jalan raya tue tau.
**Raya korban aku pon berkorban gak...janji dengan nurse tak makan daging banyak-banyak tapi biler kakak ipar masak daging kicap halia dia y mabeles tu terus lupe diri..uwaaaa!!petang ni carik belimbing nak buat jus**

Monday, November 15, 2010

Hilang Macho Uncleseekers...

Salam All

Selamat malam semua...terajin plak malam2 update blog. Bukan per, sebenarnya berblog walking tadi dan aku jumpe satu citer gempar yang boleh buat pengsan bangun jap pastu pengsan balik. Harap2 terus bangun jangan terus tido plak.

Mungkin dah ada yang baca pasal kisah ni..aku pon antara percaya dengan tak percaya jugak dengan citer ni, macam propa pon ada...carik publisiti kot!! Siyes rase kegelian plak selepas abis baca kisah CINTA SYYHH dorang tue...tapi betul ke?

Mungkin korang boleh baca jugak cerita cinta uncleseekers ni pastu masing-masing boleh buat review kisah cinta dorang. Mati hidup balik pon susah nak percaya tapi ini la kisahnye.



** Baca dan nilai sendiri la...To Uncle & Aunty, kalau berkenan cepat2 la tawen eh...uwekssssssss**

Friday, November 12, 2010

Hapdate Santai

Salam All...

Bersiaran live dari rumah. Sepatutnya ada cek up BP arini.Gigih la aku p KK tepat kul 3 tadi tapi hampeh okey...asal KK tu tutup plak! call tak ada orang angkat. Tgok notice board tu sepatutnya jumaat 2 45 petang-5 petang tapi 20 minit aku tunggu tak nampak bayang nurse pon. Haish...rugi cuti i jek.

Esok jangan lupa yer para-para ibu sekalian...WAREHOUSE PUREEN SALE tue. Aku nak p awal pagi sikit, budget tak ramai orang la time tu tapi sila la jangan percaya fakta tue sebab aku rase ramai jek mumy2 y berfikiran camtu.

Ok la..nak kemas2 drawer tok baby. Tak beli yang baru pon,pakai dressing table bedroomset yang ada je nih. Banyak space lagi nih..penjimatan!!

**Baby kat dalam sangat active sejak dari semalam...selalu memang camtu ke??ruang tok baby dah sempit kot sebab tu bole rase setiap gerakan dia...baik baik sayang ye kamu kat dalam tue**

Thursday, November 11, 2010

Tinggal Sebulan Lebih

Salam All

Sebenarnya aku baru je tengok vcd Lagenda Budak Setan tue...ketinggalan keretapi kan?Ha ha...ape nak buat, tak sempat nak catch up dekat pawagam aritue. Menonton cd adalah hobi terbaru sebab dah kurang rajin nak ke pawagam untuk menonton.Pinggang sakit duduk lame-lame.

Bukan nak citer pasal hobi terbaru ni tapi nak citer pasal ending citer tu. Korang mesti tau kan ending dia yang mane Ayu tu meninggal masa deliver baby dorang. Adohai..tetibe plak suami aku bagi comment kalau dia kat tempat Kasyah time tu mesti dah terlepas baby tue dari tangan. Komen di FB dari seorang kawan juga buat aku beremosi kejap, katenya proses melahirkan antara hidup dan mati umpama nyawa dihujung tanduk.

Ya ALLAH...series aku jadi cuak bile tinggal sebulan je ni. Kot la perjalanan hidup aku takat tue je, kasihan la en suami membesarkan anak sorang-sorang. Tak dapat tengok dia membesar.Tak dapat dengar anak aku panggil aku mama.Kalau dah tertulis setakat itu je perjalanan hidup aku, siapa la aku nak meminta-minta walaupon masih belum bersedia.

** Series....dalam emosi yang kurang stabil. Semoga dipermudahkan segalanye**

Wednesday, November 10, 2010

Stroller Sweetcherry

Salam All

Preston Sweet chery Model S800

Macam berkenan plak dengan stroller ni. Brand sweet cheery. Kalau ikutkan hati mahu yang Quinny punya brand tue tapi bile tengok poket nipis maka mungkin ini yang jadi pilihan hati..ala-ala design quinny jadi la yek!!so plastic...hehe

Harga dia plak RM 369.00 dalam website sweet cherry ni plus F.O.C delivery charge dalam area Lembah Klang. Berat 8.8 kg saje. Ok la tue, tak ada berat sangat. So kalau jalan-jalan kat JJ ke mana-mana mall boleh la tengok dulu secara real. Nak pegang-pegang, try tolak-tolak and if okey saje baru beli. Kalau tak kita hold saje dulu.

Jom-jom tengok features model ini...

-Suitable from newborn to 4 years old
-Innovative design with anodized aluminium frame
-Multi-positions adjustable backrest
-Compact umbrella folding for easy storage
-5-points safety harness
-Lockable front swivel wheels with all round suspension
-One-step link brake system
-Removable hood
-Detachable bumper bar

**Harap harap baby suke...i suke sebab merah u**

Canon EOS

Salam All

Refer entry Digital Camera ni...semalam ini gadget dah sampai. En suami adalah sangatttttt taksub okey menembak di sana sini buat eksperiman katenya. Aku pon ala-ala eksited jugak tapi belum sempat belajar manual lagi.

Maka insyallah lepas ni rajin la aku menepek segala gambar y dipikirkan sesuai..he he insyallah je tau!!

**Aduhai suami....**

Annur Seksyen 6 Shah Alam

Salam All

Malam tadi borak-borak dengan Nina and dia ada mention pasal tempat anak buah dia lahir dekat Annur Shah Alam. Aku ingat selama ni kakak dia deliver dekat UMRA Shah Alam, silap rupenya.

Yang bagusnya pasal hospital ini, according to her la, sangat-sangat islamic. Mase sakit-sakit nak push, sakit-sakit constraction, dia ajar kita ayat-ayat suci Al-quran. Biasanya ayat ayat yang sinonim dengan wanita hamil ni Surah Yusuf,Mariam, Al-fatihah, Ayat Kursi dan etc la. Bagus nye hospital ni kan.

Jadi pagi tadi, semangat la aku goggle web Annur ni tapi nampaknya macam tak ada laman web sendri pulak. Tapi ada la Yellowpages update pakej untuk delivery kat situ. So far, rate dia murah la jugak.

Tapi, okey ada tapinya fasiliti dia kurang moden katenya. Bilik macam so-so saje dan bangunan hospital pon macam bangunan lame katenya. Kena buat tempahan awal untuk bersalin kat situ kalau tak silap la sebab bilik dia tak banyak katenya. Okey, kalu ada kesempatan aku nak survey dan buat checkup kat situ untuk sesi tinjau-tinjau..he he

**Nak tanya la, betul ke kalau nak deliver di hospital serdang @ putrajaya, kita kena beralamat di sekitar area yang berkenaan??pls share...**

Friday, November 5, 2010

My Dear Warehouse Sale

Salam All

Cuti ari ni sempena Deepavali..kepada jiran sebelah menyebelah ni hepi deepavali okey. Jgn main mercun lagi ek malam ni..terkejut baby aku nak tido.

Okey...Last week kan aku ada p warehouse sale My Dear tu. So mari tgok apa y aku dapat grab ari tue walaupon penuh sesak, sakit perut laga-laga dengan mumy yang lain tapi bes tau.


Playpen ni Rm 100 jek...boleh lipat2 jd macam beg golf je size dia

FUBU soacks ni 10 pairs

Net ni Rm 10

Tilam N Comfter..2 set

Rocker Y Sweet...Rm 60 ok kot

Mahu let go y ini..Rm 120


So kalau dah kaler-kaler barang baby camni mesti korang boleh teka apa gender baby kan???he he....of kos la BABY B.O.Y


3D/4D scan mase 32 weeks...capture pakai hp saje


**Syukur Alhamdulilah**

Thursday, November 4, 2010

Isu Delima Hopital Pilihan

Salam All

Rentetan isu sebelum ini..kisah dalam delima nak bersalin kat mane. Maka diri ini telah membuat pilihan untuk membersalinkan diri di...

*
*
*
*
*
*
*
*
Hosp kerajaan @ sewaktu denganya
Aku adalah tidak layak sama sekali untuk mendapat benefit y ditawarkan oleh company suami.Suami tidak mendaftarkan nama i sebagai isteri dia dalam record peribadi staff. Selagi tiada pendaftaran di buat maka aku tidak layak untuk mendapat sebarang benefit y ditawarkan oleh company suami.
Kenapa tak daftar??Sebab aku ada loan dgn company suami...mane la teman nak tahu suami nak dapat keje kat citu kan...so bukan salah i kan?kan?sila la anggukkan pale korang sekali. Frust dengan sangat dalam-dalam weh
**Walaupon cam frust sikit tapi tak kisah la kan.Bersalin kat mane-mane pon same je kan. Janji selamat dua-duanya**

DEMC @ KBMC

Salam All

Cepat-cepat pilih tempat bersalin y ditanggung sepenuhnya oleh company en suami. Terasa bertuah sungguh badan hamba apabila ada y sudi menaja untuk bersalin di Private Hospital walaupon hanya cover untuk bersalin secara Normal SAHAJA okey. Tapi masih bersyukur bukan.

Mari-mari kita tengok Hospital mane yang bes....


Darul Ehsan Medical Centre @DEMC
  • Terletak di Shah Alam..dekat sgt la dgn rumah
  • Delivery 4 normal pon 1.5k++, c-zer case up to 4-5k jugak
  • Hospital baru/selesa
  • Sesuai sangat la untuk emergency case


Kampung Baru Medical Centre @KBMC
  • Lokasi kl kampung Baru...sesak+jam
  • Delivery 4 normal 1-1.3k saje..murah sikit la.C-zer pon x mahal sgt.
  • Ward pon ok la aku tengok
  • Kurang sesuai la untuk emergency case sb jauh kan..

So...mane satu pilihan hati??Mane yang korang pilih kalau korang jadi aku...my choice adalah....dalam entry selepas ini okey.

**Nak Buat timbang-tara jap ekk**

Tuesday, November 2, 2010

BP Masih 130/90...:-(

Salam All

Arini checkup jumpa doc sebab masalah BP ritu kan...puas dah jaga-jaga makan,rehat cukup tapi hari ni biler test masih lagi 130/90..over line lagi!! Berat badan plak boleh turun sampai 2 kg pulak...atau penimbang tu yang rosak??

So, hari ni sangat down rasenya...walaupon terlebih sikit jek tapi risikonya terhadap mumy and anak buat aku sakit jantung. Doc dah suruh Nurse ambil sample darah untuk di hantar ke makmal bagi tujuan analisa fungsi hati, jantung dan buah pinggang.Tunggu la keputasan ujian tu siap nanti macam mana hasilnye.

Kalau ada simptom-simptom macam ni jadi kat aku...

  • Pedih Ulu hati
  • Sakit Kepala/Pening
  • Pandangan kabur & Bercahaya
  • Muntah

Sila ke hospital dengan kadar segera. Ini menunjukan tanda-tanda awal sawan semasa mengandung @ Pre Eklampsia....Nauzubillah!!

**Sedang cuba kawal emosi...orang kata kalau susah hati pon boleh naik lagi BP tue, lagi bes arini keta sangkut dekat bonggol batu mase nak parking keluar dari KK, nasib la ada suami sape tah duduk dalam keta, slumber je aku minta tolong orang tue alih kan keta**

Monday, November 1, 2010

My Dear Warehouse Sale

Salam All

Sesape ada singgah @ pergi @ window sopping @ terjalan-jalan ke My Dear Warehouse Sale Puchong...Angkat tangan korang???Sekarang baru terasa lega y amat biler barang-barang baby hampir complete...Fuhhh

Okey2...aku la salah sorang mumy-mumy yang dok laga-laga perut dengan korang kot sabtu lepas. Kemain lagi harga barang-barang dia...sungguh menawan kalbu okey. Tak tau la bagi korang kan tapi untuk aku sangattttt berbaloi-baloi la jugak.

**Tunggu gambar menyusul kemudian...harap-harap petang ni rajin ke Maxis bayar bil BB**

Friday, October 29, 2010

Darah Tinggi Ke Aku??

Salam All

Hujung-hujung kehamilan pulak penyakit datang, baru jek dapat call dari Nurse KK yang salalu saya p checkup tu suruh datang selasa ini nak refer dekat Doc sebab BP saya ada naik tu kan.

Sekarang saya jadi seram-seram sejuk nih...kemungkinan warded / bersalin awal adalah sangat tinggi yer kawan-kawan. Alamak...!!

**Harap-harap tak ada apa-apa la yer..please pray 4 me**

Thursday, October 28, 2010

Checkup & W/house Sale

Salam All

Tobat aku nak minum nescafe lagi...gara-gara minum nescafe maybe sebelum check-up semalam buat darah aku naik tinggi. Nurse pon tak pasti sebab musabab darah aku boleh naik tinggi camtu, biler dia tanya-tanya baru aku teringat y aku ada minum nescafe SAHAJA pagi tu sebelum pergi checkup.

Merasa la dok bertapa dekat klinik kesihatan tu 2 jam untuk pastikan tekanan darah tue betul-betul tinggi atau sebaliknya. 2 kali ambil tekanan darah result 130/90..over the border!! Nasib la kali ketiga turun 120/80 dan boleh balik. Kalau tak, confirm hari ni kena datang balik ambil tekanan dan sila la ready beg untuk ke GH nurse tu kate.

Nurse suruh banyak-banyak rehat sebab kaki ada bengkak sikit tapi ini momy sangat degil...depan Nurse kata okey tapi masuk je dalam kereta dah terpikir idea sopping dekat warehouse sale stadium Melawati Shah Alam. Start semalam sampai ahad ni. Macam-macam brand ada tapi for baby apparel sangat limited cuma ada brand tollyjoy jek tapi ternyata sangat berbaloi-baloi. Sempat jugak la sopping sikit-sikit untuk baby.

**Walaupon GUESS handbeg sale smpai 40%-60% ternyata baju baby jugak y sumbat dalam beg sopping..hu hu**

Tuesday, October 26, 2010

Tak Suka Ari Nie


Salam All

Arini dalam mood yang sangat-sangatttttttt tak bes..

B.A.D.M.O.O.D



Kenapa???Ingat nak jadi momy yang cool salu tapi kekadang enviroment keje ni memaksa terpaksa dipaksa...sume ayat-ayat terpaksa la buat aku jadi tak cool!!



Ditambah lagi dengan bengkak kaki y tetiba besar sampai kasut / selipar kat ofis tak muat seketika...Nasib bawak minyak panas, boleh lumur-lumur sikit kat kaki.



Sakit belakang y menyucuk-nyucuk pedih....owh!!!derita nya ari ni



Perut saya sakit lorr...nape eh??2-3 ari ni perasan sakit perut datang biler bangun tido pastu sambung sampai ke ofis...sudah mahu keluar ke ini anak?? Jangan dulu yer sayang...ikut date okey!!



**Maka tiada entry y nak dishare bersama!! Harap esok akan lebih baik dari hari ini**

Monday, October 25, 2010

Tentang Pengasuh Anak

Salam All

Satu petang nih aku terpikir..bukan la sepetang, sebenarnya adalah sehari tuh aku dok pikir-pikir sape lah nak jaga my baby esok bile mana aku dah start kena keja lepas pantang. Nak resign macam imposible pulak.Nursery....maaf memang aku akan letak dalam senarai terakhir pencarian.

Ada orang gelak kan aku, katenya aku fikir terlalu jauh, perkara yang masih belum nyata dan masih jauh 3-4 bulan lagi akan berlaku dah kepochi semacam. Hello....aku fikir ini satu perkara penting okey. Nak cari orang y kita boleh percaya, yang kita sendiri tak ragu-ragu bila nak tinggalkan anak kita dengan orang lain bukan perkara mudah. Aku tak nak last minit esok, masih dalam pantang baru terkedek-kedek nak carik pengasuh..confirm time tu aku main sebat je, asal ada orang kata nanti.

Bukan senang nak carik pengasuh, yang betul-betul meet dengan kriteria y kita cari. Aku plak bukan la type y cerewet sangat, kurang-kurang macam ni lah y aku dok fikir-fikir mase nak carik Mama no 2 dia.

Of kos la orangnye aku kenal...Lagi bes kalau jiran-jiran setaman dengan aku y dah kenal dekat 17 tahun. kalau balik keja lambat pon boleh mintak tolong mak / adik amik dulu. Aku pon tak mau la susahkan orang tue, dia pon mesti nak rehat-rehat waktu petang.

Penyayang / suka budak-budak...8++ jam tuh aku nak tinggalkn dia dengan orang lain. Kalau tak sayang banyak-banyak pon kurang-kurang hargailah dia sebagai anak kecil yang tak tau erti hidup lagi...please jangan dera anak saya!!

Yang suka kebersihan...bukan la kata kena perfect sangat dalam bab nih tapi kalau tengok umah pengasuh dah macam Titanic karam tak yah lah. Risiko untuk baby jugak dan bonus juga kalau dia tak bela haiwan peliharaan y jenis dok dalam umah bersama-sama.

Aku tak kisah kalau pengasuh tu jaga lebih dari sorang budak dalam masa y sama tapi kena lah pandai-pandai asuh dorang. Kalau bole jangan la beza-bezakan dorang. Sayang sama-sama okey.

Harap-harap pengasuh tue bukan la kaki merayau-rayau, mak minah internet ke..y suka jalan-jalan rumah orang tinggalkan budak-budak terkontang-kanting kat umah. Bahaya weh...kot iya pon nak berjalan sila la bawak anak-anak asuhan mu itu sebab itu sume dah jadi tangunggjawab pengasuh.

Bonus kalau pengasuh tue dapat ajar pengetahuan baru kat anak aku. Tapi insyallah, itu inisiatif aku sendri..y ini aku sendri masih zero dalam perkembangan awal kanak-kanak. Aku kena cari kaedah nya dulu mungkin nanti bole share dengan pengasuh tue.

See....ringkas je permintaan aku. Aku sekadar mencuba nasib dengan jiran belakang umah merangkap bes fren aku...saje la text dia bertanya-tanya kalau mak dia sanggup nak jaga anak aku. Yang aku tau mak dia cuma jaga sepasang cucu sendiri y dah berumur lebih kurang 3 tahun dengan 2 tahun jek.

**Alhamdulilah....kira settle satu masalah bile dengar jawapan positif mak Nina. Harap-harap jadi la yerr...senang hati bile nak keluar kerja**

Thursday, October 21, 2010

I Luv My Mum..:)

Salam All

Aku kire bertuah...bukan la manja mengada-ngada tak bertempat.Aku duduk dengan emak aku, emak aku pon keje tapi time keje dia lebih awal pergi keje dan balik awal of kos la.

Chemistry aku dengan mak agak kuat jugak. Aku jarang request suruh mak masak tue, masak nie. Yerla..mak aku pon keje, patutnye aku la y jadi tukang masak dia kan tapi selalu adalah terbalik. Tau-tau jela keinginan orang-orang pregnant nie..kadang-kadang bole jadi lain macam.

Teringin makan ubi goreng..tup2 aku balik keje tengok mak aku tengah basuh ubi nak goreng katenya walhal aku tak penah cakap pon aku nak makan ubi.

Teringin sangat nak makan pengat...cakap kat mak aku tetibe dia pon cakap dah 2-3 ari ni dia asik terbayang pengat pisang tapi kat kedai tak ada pisang jadi dia hold dulu la...see magic cam magika kan??

Feveret lauk ahli keluarga umah aku adalah ayam...bole dikatakan ayam ari ni, esok ayam, esok lagi ayam pon dorang tak boring. Kalau ada ayam baru selera makan dorang. Last week, 4 ari berturut-turut makan ayam. Tekak aku dah teringin makan sambal ikan bilis ingat balik keja tue kalau mak masak ayam lagi memang aku cari ikan bilis kat kedai.Balik keje bukak tudung saji tengok...sambal ikan bilis semangkuk dah siap.

**Saya sayang mak saya... :-)**

Sape Nak Hadiah Free Dari Paris?

Salam All
Eifel Tower Give Away

1st time join contest/giveaway dan telah di tag oleh Yanie. Tq yerr. Sedang merajinkan diri untuk membuat entry ini.

Nak join senang jer..

Mari ramai-ramai click kat blog Tuan Empunya contest nih. Senang jer syarat-syarat penyertaan contest nih

1. Jadi Follower.

2. Buat entry pasal giveaway nih.

3.Jgn lupa letakan gambar giveaway ni kat side bar blog korang & tingalkan jejak kat blog tuan empunya contest okey.

4. Tag 3 orang kawan untuk sama-sama memeriahkan contest nih.

Kree

Marina

Rdna

Kalau ada rezeki menang kira rezeki baby la..nak p ke PARIS tue tah tahun2 biler la kan.

Chenta Hati Ku

Salam All

Gumbira rase hati dah dapat tengok baby.Semalam appoitment dengan Vission Colleage sangattt la puas hati.Even terlambat sikit sebab kami lost...aku la punca kesesatan barat tue.Habis satu Kelana Jaya tue kami main pusing-pusing.Korang bayang la, salin no fon salah, address tak ada..mau tak hangin suamiku itu. Ampun suami.Luckily Vision tu call untuk tanya appoitment jadi ke tak,kalau tak memang kami dah patah balik umah la jawabnye.

Sampai terus isi form..ingatkn nak buat detail scan tapi dah terlewat..mase terbaik adalah sekitar 19-22 minggu so aku scan 3D/4D saja lah.Sonografpher pompuan so tak lah malu sangat kan.Tapi baby semalam tido dengan lena, puas dah kami kacau-kacau dia,habis perut aku digegar2 tapi dia maintain cool jek kat dalam tue,siap tutup muka lagi.Last2 si tukang tilik tu giveup,suh aku p jalan-jalan makan-makan dulu kasi baby bangun....kelakar pon ada. Yang penting muke suami y macam Ah Long tak dapat kutip hutang gara-gara bengang dengan aku terus jadi smilling face...itu aku suka sangat-sangat.

Tengah-tengah minum tu aku ada rase dia gerak-gerak,terus suruh suami makan cepat-cepat n masuk scan balik.Sangat puas hati akhirnya dapat tengok muka chubby baby, dapat tengok gender dia sekali.......waaaa tembam cam i okey muke dia.Alhamdulilah dapat jugak menatap muke si kecik tue.Overall puas hati la dengan Vision tue, RM 90+CD dan dia scan dalam 45 minit camtu.Tengok jugak kerjasama dari baby.Kena macam kes aku semalam dekat sejam juga kena belek-belek.

**So, apakah jantina dia?????korang teka la....will inform and upload pic later okey**

Tuesday, October 19, 2010

YA Pada Coklat

Salam All

Coklat memang faveret aku, aku rase semua orang la mengemari coklat.Tak kira la coklat murah ke, coklat mahal ke pasti rasenya tak jauh beza kan?Aku beli Pa&Ma keluaran Nov dan ada citer pasal coklat ni.

So, aku hurai sikit2 info y diberi...

Acid Phenylethylamine y ada dlm coklat dikenal pasti dapt mententeramkn emosi sementara karbohidrat dlm coklat pula dpt merangsang otak untuk fungsi kegembiraan dan ketenangan.

Coklat susu mengandungi lebih protien drpd sebji pisang,sebatang lobak, sebiji oren/epal dan juga kismis dalam nisbah berat y sama.

Coklat bukan penyebab kegemukan seperti y digembar gemburkan.Faktor kegemukan adalah dari diet y tak seimbang dan makan secara berlebihan.Coklat juga mengandungi bahan-bahan anti kerosakan gigi, jadinya kenyataan coklat boleh merosakan gigi adalah tidak benar sama sekali.

Korang tahu tak, minuman berasaskn koko mengandungi kafein y lebih rendah berbanding air gas, air teh dan kopi.

Antara kelebihan Coklat

-Membantu meningkatkn daya hafalan dan memori...salu amik coklat bile nak exam dulu2
-Melambatkan proses penuaan...bagus ni!!
-Memulihkan saraf y letih dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
-Menajamkan mata dan minda...sangat bagus!!


**Cume nye jgn diambil terlalu berlebihan, yang pasti berlebihan tu yang mengundang penyakit..lanjutan bole selak majalah Pa&Ma okey**

Monday, October 18, 2010

20102010

SALAM ALL

Jumpa lagi di isnin y indah...saje nak kasi mind set aku berubah dari isnin y blur ke isnin y indah.Tak ada citer actually tapi nak share dengan korang y aku tersangatttt la tak sabar nak tunggu rabu nih, 20102010 nsib appoitment masa bukan pukul 2010 yerr!!

Ada apa???

Aku ada date dengan Vission Colleage untuk scan 3D/4D..harus la eksited kan??Tapi kan, perasaan sedikit gusar+gembira+macam-macam perasan bercampur baur.Ye la,1st time weh dpt tengok chenta hati.Dan kalau la masa scan tue dijalankan, dorang dapat detect kekurangan fizikal pada bayi, macamane la perasan aku n suami...nauzubillah!! Bukan semua orang bernasib baik tapi aku cuma berharap dan terus berdoa agar ALLAH mengurniakan aku zuriat y soleh dan soleha, sempurna fizikal dan mental


**Doakan aku kawan-kawan**

Friday, October 15, 2010

Entry Jiwang Untuk En Suami

SALAM ALL
Chenta Hati ku





Tomorrow is Hubby's special day...Alhamdulilah.Sudah tua rupenya sayang orang nih..Sejak 2 menjak nih en. suami banyak touching kn hati aku







en. suami : awk tabung org kat ofis x bole bukak la??



aku: haa..awk ada tabung ke??letak kat ofis??



en suami : letak dlm drawer knci, hmpir2 nak penuh dah..sok dah penuh hantar kat counter suh kire



aku:speechless...(malu weh, laki aku ada tabung, aku nan ado??)







aku : sok nak beranak kat mane awk??p serdang je la @ sg. buloh jek



en suami : jauh tue..nt beranak dlm keta cmne?kt carik area shah alam jek..



aku : awk tau bape riban kena spend klu nk ke private??atleast 5k..ado?



en suami : insyallah...lain la klu terpksa jugak kena p Gov sb ada case



aku : terdiam...(nangis syahdu dlm hati)







en suami : awk org tukar turn kutu bln 10 nih tau!!



aku :lorr..nape??kan sedang elok time raye dpt kutu..bole sopping bla..bla..bla



en suami : bole kt sopping tok baby bulan 10 nih.harap kt gaji tkut x ckup jek!!



aku :owhhh...(malu sendri weh!!dia penting kn baby dia dari diri sendri)







**Maaf..aku ter'emo' sikit pastu hapdet jiwang2 pasal laki sendri...sumpah xde niat nak show off ye kawan**



Thursday, October 14, 2010

Digital Camera

Salam All

Suami saya bercita-cita sudah mahu grab this camera....

Canon 1000D KIT EFS 18-55mm..refer sini
Tak ade hangin,tak ada ribut tetiba plak terbekenan dengan gadget nih.Aku seperti mahu pengsan bile dia cakap siap dah survey harga lagi.Seperti confirmed je bunyi nye nak beli walhal bergambar bukan suke pon.Ape motif nak beli??Lain la aku nih..memang bercita-cita nak beli tp tah zaman bile-bile la kan baru dapat.
**Tak terkata lah...he he**




Wednesday, October 13, 2010

Air Selusuh Dan Set Selepas Bersalin

Salam All

Aku selama ari ni confident badak jer pasal air selusuh tue..ingat kan air selusuh tu air daripada rebusan akar-akar kayu y confirmed pahit maung tu rasenya...see terserlah kebodohan sumbong aku di situ walhal klu google je terus dapat jawapan.
Lepas borak-borak dengan kawan y duenya Nov ni baru lah tau air selusuh tu ape..air selusuh tu air y dibaca dengan ayat-ayat tertentu untuk membantu dalam kelancaran proses bersalin..terasa mahu tepuk-tepuk jer kepala sendri okey. Terasa diri amat jahil sekejap..:)
Pasal set bersalin pulak, nak mintak la pendapat dari para blogger sekalian, set ape ya korang pakai dan terasa best lepas tue nak share dengan saya? Dari review aku, aku nak try la set bersalin dari Amway.Cube refer entry Xeea, dia pon pakai produk ni jugak.So far dapat harga RM 290/set siap dengan bengkung sekali.Mahal ek...tp kalau beli dari web ni dapat harga RM 265 dan boleh korang tengok jugak produk lain siap dengan harga sekali.
**Mari-mari share dengan aku produk ape y korang pakai..tq**









Monday, October 11, 2010

Salam All



Masuk minggu ke 30 ari ni. Saya nerves sudah,tinggal lebih kurang +- 10 minggu je lagi.Rase perut pon dah padat semacam. Dah rase baby tu guling2 bersuke ria kat dalam dengan kerap. Mugkin ruang untuk dia makin kecik.



Scan haritu show berat baby baru 1.4 kg jer. Memang ramai tegur perut kecik sampai doc panel ofis aku cakap perut macam baru 3 bulan.Tak bermakna perut kecil, baby pon kecil jugak...jiran aku tue perut kecil gak tapi keluar baby dia 3.2 kg.Semangat dan gebus.So far doc kata baby ikut tumbesaran so it's ok la 4 me..nothing to worried.



EDD aku adalah pada 14/12/2010,sedang cuti sekolah tue. Semalam en suami ada jugak tanya2 nak pantang mane?Since cuti sekolah,mak dia adalah free sangat2 dan rumah dia takde tangga2 bagai,senang utk aku katenya.Tapi aku prefer berpantang dekat umah mak sendri.Bukan ape, lebih selesa la aku rase, nak makan, nak masak sendri dekat rumah mak aku.



Lagi pulak,mak mertua jaga cucu dia y usia setahun sekarang,takan aku nak tambah2 beban orang tua tu plak. Tgok dia jaga y sorang tu pon aku dah kesian, nih nak tambah2 plak.Penat orang tua tue nanti.



Terpaksa ke,dipaksa ke..aku tetap akan berpantang dekat shah alam je..biarla pon duduk bilik atas macam penjara.Nanti nak racun suami pasang ASTRO dekat tibi dalam bilik..lgpon sejuk sikit bilik sendri ada aircond sume...(drama betul la mak buyong sorang ni)



**Sebenarnye..lau pantang sorang2 kat melaka x bes!!x dapat nak buli2 en suami jadi pak guard malam2,biar dia rase pengalaman bangun malam2 bile anak tetibe melalak x tau ape sebab..bole gitu?**

Sunday, October 10, 2010

Berkampung Di TH Kelana Jaya

Kegemukan Kami...


Mamas,mumy,ayah n k.long...


Mak buyong y letih dahhh....


Salam All



1st of all...layan gambar2 dulu!!penat giler2 arini!!Arini 10/1o/10 jugak wehh....nice date kan??

Semalam adalah hari berkampung di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, menghantar ayah y sudah sampai seru menunaikan fardu haji.Dorang bertolak dari Melaka lepas Isyak, sampai dekat Tol Seafield pukul 10 30 malam...see awal giler kan??Tak ape...baik awal dari terlewat kan?

Lapor diri pukul 7 30 pagi,penerbangan pertama untuk 10/10/10 adalah pada jam 11 30 pagi...maka korang bayangkn la semalaman mak buyong nih berkampung dekat sane.Pinggang sakit tak payah cakap lorr...menyucuk2 perit!Dari satu lokasi ke satu lokasi port lepak kami try...nasib bawak cik lappy together2 so tak la boring sangat!

Macam2 gelagat bakal2 haji y sempat aku tgok...ada y kata takut,y msih belum bersedia, tak kurang jugak y nmpk cool tp hati dup dap katenya,y ber wheelchair pon ramai aku tgok...iyalah kan,nak jadi tetamu rumah ALLAH y agung tu bukan senang,fizikal mental kena ready.Ayah aku plk...x macam bakal haji pon,sempoi jek...beg pon cenonet jek. Dia kata nak sopping baju pak arab byk2 kat sane, jd x payah la bawak beg sarat2.

Drama air mata tu biasa la kan...lepas2 register dan amik tag beg kena plak lapor diri dalam bangunan kelana jaya tuh.Waris dilarang masuk!!kiri kanan depan belakang aku berlaku la drama air mata..ktorng tergolong la sekali padahal orang tue nak p buat amal ibadat,bukan berperang pon.Y nangis banyak mak mertua la...kawan gaduh dia tak ada sebulan!!ktorang rilek jer...tak ada air2 mata ni (tipu...tisu sorang sekeping tue).Macam2 pesan kat ayah mntak dia doakan kebaikan kami sekeluarga...tok bakal cucu dia ni.Mugkin dah sampai Jeddah kot sekarang nih.

**Doakn ayah selamat pergi dan selamat pulang..semoga mendapat haji y mabrur...dipermudahkan urusan di sana..amin**

Saturday, October 9, 2010

Emo Di Pagi Hari

Salam All

Hurmm..pagi y penuh drama la ari sabtu ni dan yang paling2 rase ralat sekali adalah....nak ckp ke??

Suami ada event pagi ni dan dah siap2 seawal 6 45 pagi bertolak p cheras...smpai2 highway KESAS nk isi myk mtor y dah memang E dari rumah tadi tgok2 kunci mnyk tu xde!!Apelagi...pagi2 aku dah kena bebel dgn suami walhal y pkai mtor tue adik2 aku..yer la, takan plk dia nak marah adik2 aku plk kan!!

Mematah balik ke rumah nak naik keta p ofis maka dgn aku2 sekali la kena hangkut ke ofis awal jawabnye...bersiap pon ala kadar jerr,T-shirt pon rembat je mne y tak kedut dan seluar.....aku pkai JEANS ok pagi ni!!satu2 nye seluar y x perlu di gosok.

7 bulan pregnant sarong jeans...bkn jeans mengandong okey tp jeans terakhir y dibeli sebelum kahwin dulu!!memang x dpt maafkn diri sendri lau ada apa2 jd kat bb!!hu hu...nyesal sgt2, org kata x elok pkai jeans/pakaian ketat2 mase2 ni.Adik aku sendri ada masalh dgn baby second dia bile kaki bb agak senget ke dalam gara2 kerap memakai seluar mase pregnant..(pendapat Doc).Alhamdulilah sekarang dah ok...hu hu

**So sekarng ni dlm ofis,duduk je diam2 menghitung waktu nak balik..tkut nk gerak byk2...I'm so soryyyyy baby if u x selesa sgt2 kat dlm tue**

Thursday, October 7, 2010

Pangilan Haji...:)

Salam All

Esok aku cuti sehari sb family en suami buat kenduri kesyukuran, Ayah bakal berangkat ke tanah suci Mekah pada 10/10/2010 ni. Seronoknye dapat peluang menunaikan haji...insyallah 1 ari nanti kalau berkemampuan mari la kita bersama2 ke sana..:)

Rezeki ayah murah sebab dapat banyak tajaan..Alhamdulilah!!(bukan niat nak bermegah2 yer kawan2 semua)

So, nak tanye la pada mumy sekalian,selalu la kan kalau orang pegi haji ni selain dari Air Zam Zam n segala bagai makanan tue, korang tahu apa2 ubatan ke, herba ke y bersangkut paut dgn perihal orang2 mengandong nih y ada kat sane je, Msia xde (aku pon naik pening dengan soklan aku).

Contoh aku penah dengar orang kirim akar kayu fatimah (maaf,kurang jelas sgt dgn nama dia).

Atau ada apa2 y korang nak share dengan aku??please....

Wednesday, October 6, 2010

Button LIKE FB

Salam All

Sudah berjaya membuat button LIKE FB tunjuk ajar dari Ceeramoon .Sape2 nak buat boleh refer tutorial dia eh

29 Weeks ++

Salam All





Mari scroll ke bawah


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*




Tgok tue...dah 29 weeks ++ tp aku beserta en suami slumber badak dinasour x wat prepration tok sambut orang baru...series!!x tipu..hatta sepasang baju tok baby pon x carik lagi.

Bukan bermakna tak xcited @ x gembira nak dapat baby tp sila salahkn en suami sy yer sb dia la y suke tangguh2 urusan sopping baby nie.Ni ayt dia tiap kali aku tanya okey..

aku : awk biler nk start sopping?(mase 5 bulan)

en suami: awal lagi nie

aku :dah bole start kot sopping nie?(mase 6 bulan msuk 7 bulan)

en suami : bole ke sopping dah??kakak2 kat ofs orang ckp jgn sopping awal2..last mnit skit pon xpe

Aku adalah bengang dgn jawapan en suami...dia jnji pas detail scan 3D/4D trs p sopping utk anak sayang dia nih.Dah dpt appoitment dgn Vision Colleage pada 20/10/2010 (cntik plak date ni) pukul 4 ptg.Ramai juga di kalangan blogger y pergi sane utk wat scan n sgt2 puas ati.

So baby...dont blame us okey!!Harap2 tiba hari nanti awk bg kerjasama yer mase scan tue, bole la mumy p sopping samada nk beli kaler pink @ biru yerr..nt awk jgn malu2 okey dan kami x sabar okey nak tgok awk y sgt active kat dlm tue.

**Mood --->sgt tak sabar tngu 20/10/2010**


Monday, October 4, 2010

Queen Control

Salam All


Ada orang gelar aku Q.C...aku pon blurr gak!!QC ape plak nih..aku bkn keje QC Department pon..cam hampeh je org ni!!


Aku dok terpk2 ape mkne Q.C tue smbil cube adjust2 ayat y mamat sengal dok kasi kat aku..upenya Q.C tu maknenya QUEEN CONTROL....dalam hati memang aku dah sumpah seranah mamat 2 ekor y sengal ni..sorang bujang, sorang lagi dah beranak 2.


Hahhh...lantak la ape korang nak cakap @ gelar pon!!sikit pon x heran (tipu...aku touching okey).Aku kan sayang suami aku, takat korang nak bawak dia bersiar2 p uptown,downtown, msuk pusing2 K.L dia x heran kott!!


Pada si bujang...


Ko lum kahwin kan??sok ko dah kawen ko tau la nsib ko yer!!Aku doakn ko cepat2 bertemu jodoh yer baru ko tau cmne idup berumah tangga okey.Jgn nk bongkak sgt dgn life freedom ko tue pastu perli2 suami2 org!!


Pada suami orang beranak 2...


Aku takjub la weh..isteri ko sporting gilerr tp batter ko check blik,ikhlas ke tak dia izin ko kuar tue @ semata2 mls nak bertekak dgn ko sb hal2 remeh tue.Aku percaya isteri ko tue sporting 'sangat' tp dlm2 sporting tue baik ko jage2 ok!!kang ko merambu dgn kawan2, dia pon sibk merambu jgak baru padan muke ko, time tu baru ko tau nyesal!!


To Luvly suami...


Tq sebab jadi suami y baik 'so far'..he he!!

**Ermm..sape x sayang laki wehh**

Friday, October 1, 2010

Chinta-Slot Akasia

Salam AllCerita baru y menghiasi slot Akasia
Korang dah penah layan citer nie???Nak tgok sinopsis or d/load citer bole clik sini
Dalam zaman sekarang ada jugak mnusia berperangai binatang cam abg dia eh??Realiti kehidupan aku, x penah la aku dengar atau jumpe abang jual adik, kakak ke atau darah daging dorang!!Klu jumpe...tau la nsib ko wahai hantu.Mari kita rejam same2.
Jaln citer mcm bes w/pon pelakonnye cik pasha..maka mari la kita layan sesema tgok ape ending dia.
**Tak benci cik pasha cume bukan fan dia..he he**

Thursday, September 30, 2010

Hello.....:)

Salam All

he he...
*
*
he he
...
*
*
he he
...

Senyum2 kerang busuk sb rase malu blog terabai...Raye pon dah nak abis...selamat ari raye sume w/pon lewat tp msih syawal bukan??Raye aku bes gak la...mcm raye2 korang sume!!

Ok2, citer byk tp mls type (tu biasa la aku) tp y terkesan di hati adalah peristiwa semalam mase nak scan baby.Sebenarnye,1st melawat klinik tu dah rase hangin2 sb Doc lady ni cam kerek sgt wehh...x pee aku maafkn!!

Memandangkn en hus x dpt ikut scan maka xde plihan lain mlainkan klinik Doc kerek ni je y senang parking (aku slow skit bab parking2 nihh) maka terjah la ke klinik tu.10 mnit lps regster nama kena panggil msuk.

Aku try la nk borak2 dgn Doc kerek, huraikn sikit2 msalah pelik2 aku tp ternyata Doc kerek ni memang kerek...slumber je jawapan dia sume "tu u kena consult dgn Doc u"....panas telinge dgr nihh...abs awk ni bukan Doc ke???(tue dlm hati je la)

Salu p scan soklan ape y korang dok tnye???mesti lah cmni kn antaranye....

air ketuban sy ok ke??

uri saya ok ke??

2 soklan tu pon kedekut benar dia nak explain kt aku.jawab mcm x mau jawab!!Y hangin lagi,msuk2 je bilik dia trs je dia ckp kerapnye awak scan??awk ada kencing manis ke?serasa aku sebulan sekali ye aku scan...ish2 tobat la nak p situ lagi..

**Nak d/load gmbr terkini tp usb plk tah mne2..nanti2 la yea..peace**

Saturday, August 21, 2010

Alahan...

Salam All

Salam ramadhan semua...:)Alhamdulilah masih gigih berpuasa bersama2 si kecik kat dalam.Sgt active yer kamu menendang2 kat dalam. Adakah sebab kamu lapar...adoiii :)

Syukur sgt2 mase awal kehamilan sampai la hari ni, x banyak sangat alahan y aku alami cume sakit pinggang tu agak kerap la. Then aku x bole baring2 sesuke hati lagi cam dulu2 atas simen ke, atas tikar ke even tilam y nipis tu pon boleh buat aku sakit pinggang.Bila time nak bangun, kena relax dulu 10-20 saat sebelum jalan..kalu tak terbonggok2 mcm nenek tua la aku berjalan tahan sakit.

Dan kalu korang nak tahu, alahan aku banyak di ambil alih oleh suami..he he!!series...awal2 dulu dia la y kerap demam2, kejap2 demam sampai la ni pon y salu sakit pale adalah dia...sian kan!!Tapi memang ade jugak kan kes2 camni...so sayang sila sabar okey :)


Dear Baby
Mlm tadi awak dah x malu2 dgn papa yer..
Papa dah caye y awk da tendang2..
Salu dia kate tu bunyi mama tarik nafas..
Smpai la mlm tadi dia dpt rase...
Suke hati dia tau...
Dgr tak pesan papa apa...
Papa ckp bb jgn nakal2 tau kt dlm tu..
Tp mama x kisah lerr...
Mama sonok awk tendang2...
Okey bb...salam
**Smpai cni dulu yerrr**

Wednesday, August 18, 2010

Tentang Kerja....

Salam All

Lately ni selalu sangat rase malas nak p kerja berganda-ganda. Korang ada tak perangai buruk camni tak?Sure korang sume type y rajin2 p keje kn???Adoi...camne nak kasi diri ni kasi rajin balik p kerja??Korang ade petua2 atau mari lah sekolah kn aku supaya aku rajin p keje balik.

Okay, hampir tiap2 ari bangun tido aku dah berkira2 samada nak p mc atau amik E/L ari ni. Keadaan berlaku setiap pagi, rasenye hampir tiap2 blan attandance ku memang dah x cantik dah.Bile kaji2 balik klu aku jadi surirumah fulltime, byk pulak komitment y bakal sangkut nt. Nak harapkn 1 pihak je (suami) mcm x ckup plk. Bile suarakn pada suami, elok je dia jawab bagus la, insyallah cukup nanti but, ada tapi tu y kurang bes nak dgr, No More Guess,No More Kasut No More Bla Bla Bla.....bnyak nye no more!!!! Dan lagi sadisnye dia nk hantar sy beranak dekat Gh Hosp Klang y amat padat sendat macam sardin tin tue wehh!!!

Aku sekarang tgh kaji balik ape sebab musabab y buat aku jadi pemaleh sangat ni.Aku dah nmpk beberape sebab kecik tp sebenarnya lebih kepada sikap malas y ada dalam diri aku sendri.Nampak sgt kn segala sikap buruk datang dari diri sendri so kena carik solution camne nak kasi mood keje berbunga2 balik..:)

**Next year mugkin nak pegang title student balik, amik Diploma exec course dkt UM tu,korek la duit EPF buat bayar fees..pastu mesti mood nak keje balik meluap2 macam lahar gunung berapi!!semoga dipermudahkan**

Tuesday, August 17, 2010

Puasa Lagi...

Salam All

Psssttttt....nak share ni


Ho ho....sy lapor la!!!ha ha..sungguh la hai mcm budak2 tadika la ni momy

Alhamdulilah masih tiada istilah 'kantoi' dalam puasa aku.Masih ikut kiraan puasa y same mcm korang jugk.Dah pesan awl2 dgn baby kt puasa sesame kan bb???thanks baby...mama sayang awak banyak2 tau.Nanti mama reward awk dengan mcm2 hadiah okey???

Sekarang memang dah bole rase tendangan power baby.Klu bulan lepas mcam ada, mcm xde!angin jek but now memang da rase tendagan power baby.Baru2 mngu ni la pon rase y betul2 nyata...best sgt!!syukur Allah berikn peluang ni utk aku rase nikmat sebagai ibu...touching plakkk

Berbuka n Sahur memang kena ambil nasi, kalau tak bole kelaparan y hebat.Kuih pon aku sumbat banyak time buke,time sahur just mkn nasi dlm portion y skit sb nak mkn ubt lagi, tkut muntah plkkk....y tu i dont like!!!

**Countdown raye bole tak start dari sekarang???he he....Korang2 dah carik baju raye??aku nak carik kaftain style utk thun ni....budget kiut kerrr???**

**

Friday, August 13, 2010

Mg EG, Saman N Bla Bla Bla

Salam All

Tension sikit ari regarding saman ekor tue y kerajaan dah warwar2 kn utk membekukn kejap smpai feb 2011 supaya org2 cam aku y banyak saman ni boleh le renew roadtax insurans time2 raye nak datng ni.

Aku la orang pertama y happy giler bile dgr biter mlm tue, dlm hati jahat ni ckp bole lerr duit nak bayar saman ekor sengal y berharga RM 300 beli bju raye kaftan.2 Pasang okey bole dpat tp hampeh gilerrrrr okey.

Semangat punye pasal pagi2 lagi aku dah call MY EG service utk update pasal saman ekor ni...benci2 tau bile fedback dari My EG menghampakan aku, dorang kate atleast tunggu sampai next week baru PDRM akan clearkn sume blacklisted name2 customer.Roadtax aku mati ahd ni wehh....Bile call PDRM utk dptkn info dorang suh p JPJ mntak printkn saman list tu pastu p balik dekat pej traffic mane2 y berdekatan mntak cop dari situ then p balik ke JPJ utk urusan renewal...Giler tak??Klu camtu bek x yah gune My Eg,bek buat sendri jerr!!

Y bengangnye, isnin selasa ritu try p byar saman dkt pej traffic shah alam tp system asik down je smpai la kerajaan bg kelonggaran utk tarik balik penyenaraian nme2 blacklisted, system masih down lagi tp biler my eg nak tlg bayarkn elok la pulak..xde down2 nye!!pe kes ni????

So mls nk citer bnyk time pose2 ni,mls nk apply cti aku buat je payment dkt My Eg.Y aku tau by hook or by crock mnday or tuesday aku mesti dpt roadtax baru...tu janji ko My Eg dkat aku.

**Maka...x dapek la den nak bergaya barang 2-3 pasang kaftan wehhh**

Thursday, August 12, 2010

Promote Skit Bole

Salam All


Pomot Jap....Sesape nak pelamin comey cam kt ats ni leh contact2 kite yer. Yang ni contoh utk sesape y nak theme pink...theme terpulang kat korang la.Ni just contoh jerr...n of kos la contoh dia pink sb aku kn gilerrr pink.Tak mahal pon beb,ni sesuai utk tunang2 ke nikah2 kerr..he he!!Service provide sekitar Klang Valley and Melaka Alor gajah yerr.
Back 2 the topic....
Puasa sudah ari ke 2.Aku dah dpt kad raya lagikkk!!!None muslim dari sabah branches kasi...tenkiu banyak2!!Baby memberikan kerjasama y baik sgt semalam, dia xde la terpusing2 kat dlm 2 sebab lapar ke, ade pon skit2 je la dia kick.Pagi tadi sahur agak berat la..lepas sahur 5 30 pg smbung tdo jap smpai kul 6 45 pg dah rase lapor plk bangun tu pastu pale tingtong...camne???Tapi masih bertahan lagi.Harap2 sampai petang la yer.
Isnin hari tu aku p scan..masyallah dah nmpak dah baby punye kepala, mate, kaki...ooohhh tetibe rase speechless beb!!!Gender x nampak lagi, aku x kisah bb girl ke boy ke, asal sihat sempurna dah ckup bersyukur sgt2!!
Petang ni dah berkira2 nak makan meehoon sup utara dkt Alam Sentral tu, xpon Lontong bes dekat sek 7.Harap2 suami rajin melayan kerenah isteri dia.Ayat skema lagi powerr y selalu digunakan mestilah "bkn sy y nk makan, tp bb awak yerr...", knfem dapat.Yelah kn, dah selalu dimomokan dgn ngidam org ngandung, klu x dpt nt anak air liur meleleh jerrr..ha ha!!Takut la tue.Harap2 ade la yer rezeki petang ni.
**Ade rase pening2 lalat la wehh....jgn pengsan okey,nt kena angkt gune forklift plk**

Wednesday, August 11, 2010

Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan

Salam All

Sebelum tu selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada rakan2 semua.Pada momy 2 b y lain, selamat bertahan seperti saya okey w/pon dah sahur tp tetap terasa kosong perut ni. Mee goreng sedap dgn choc oat jadi menu saya padi tadi.Malam ni akan cube ambil nasi pulak.Insyallah dipermudahkan semua.

Antara status2 menarik FB sy pagi ni..of kos la berkisar Ramadhan

"Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir, tentu kita tidak akan sia-siakan masa, walau sesaat tidak akan dibiarkan begitu saja. Di setiap kesempatan masa yang terluang, pasti kita akan mengalunkan & syairkan Al-Quran. Tapi masih adakah lagi Ramadan tahun depan untuk kita? Masih panjangkah umur kita???"
"Klu lapar, cakap kenyang banyak2 kali smpai kenyang"
Dan tambah menarik lagi, pagi tadi kedengaran juga lagu2 nasyid sempena Ramdhan Al Mubarak...ye lah, klu sebelum ni bnyk lagu raye dari lagu puasa so this time ade jugak dgr lagu2 y berkisar tentang bulan ramdhan y penuh kemulian ni.
**Petang ni mari kita menjelajah ke bazar ramadhan utk menu berbuka puasa.Mak akan masak ayam masak kurma dan aku carik kuih muih serta buah. Klu bazar dekat area Sri Muda Sek 25 Shah Alam ni memang byk pilihan kuih muih la smpai rambang mata tgok tau..better stop sblum terbayang2 kuih popia salut sambal tue**

Monday, August 9, 2010

It's My Day...9 Aug 2010

Salam All

Yeaah...Hari ni hari dimana usia ku bertamabah lagi angka nye!! Syukur juga pada usia ni....

  • Dah selamat kawen
  • Dah selamat jd bini org
  • Dah nak jadi mak org

Sungguh terharu...sob :) tp gembira juga sebab dah lepas 1 fasa kehidupan bujang --->tak bujang lagi.Sekarang lagi nak tambah ahli keluarga kasi besar punyee.

Mlm tadi bb kasi mama dia hadiah, saya rase tendagan dari dalam smpai terangkat jari.Thank baby, awak tau yer ari ni ari jadi mama!!Pastu dah diam, lebih nye sy rase angin2 je...thank baby :)

**Sambung keje blik..mlm ni mau scan centa hati bsama suami makan2 + jalan berdua dating**

Monday, August 2, 2010

Entry Campur Aduk

Salam All...
Camne ek nak tegur orang2 y lebih tua dari kita..Kita tau dia buat salah, kita nampak bukti tp cmne ek nk ckp dgn dia tnpa luka kn hati dia. Lagi2 dia tu ahli keluarga kita. Tak tegur salah, aku boleh dikira bersubahat tp siyes aku xde kekuatan nak ckap!! Orang2 lain mengharapkn aku, aku plk bukan jenis y lantang bersuara..bnyak y aku pendam dari aku luah...ooohhh!!!lemahnye aku!!!tak suke
Back to my pregnancy story, esok aku ada check up lg. Kali ni berazam nak dtg awal dan pulang awal sb cuti pon 1/2 day je. Harap2 xde pape like case minum2 air gula tu lagi..wawawa x bes la!!
Okey..masih xde rase baby movement or baby kicking ke, mybe perut aku tebal kot...ha ha ha!!En Hasben asyik ckp je perut dah kedepan tp aku plk asik menafikn jerrr....!!!Sebenarnya ade rase angin2 dalam perut, orang2 y berpengelaman kate tu la baby movement mgkin juga baby kicking...entah la!!he he
**Malam ni kena p scan, Doc suruh scan bulan lepas tp aku lupe wehh...so siap sedia la dgn reason2 tipu esok**

Wednesday, July 21, 2010

Tentang Nama Anak

Salam All
Semakin hari semakin rajin mengupdate blog!!yehaa....tepuk untuk diri sendri okey.Di usia kandungan y baru nak cecah 4 bulan setengah, aku dan suami dah dok terpikir2 nama untuk bb kami ni. Ha ha...kata anak sendri tambah y sulong plak tu maka mama n papa dia dah decide la beberapa kata putus untuk nama bb..Sedikit excited plk.
Bile pk y nama nanti bakal di bin/binti kan dgn nama suami y sudah pon panjang berjela, maka nama ank nt pon pendek saje la yerr!!sian plk nanti dia nak tulis nama dlm kertas periksa..tp sebab mama dia tamak nak jugak nama 2 patah perkataan, redha jela yer anak..he he
Y gegirl akan diberi nama start M diikuti K, ikut nama suami dan boy plak akan start dari F sempena nama mama dia. Kekadang awal2 ni plan la nama tu, nama ni tp esok biler jmpe nama y cntik, mksud y baik msti bertukar punya la...tahu dah diriku selalu begitu.
**Sedang gigih goggle nama2 y bermaksud baik**

Tuesday, July 20, 2010

Errrmm....

Salam All
Tetibe ari ni rase rindu sgt2 kat baby...he he! Sepatutnye memang dah time2 checkup n scanning tp oleh kerana Doc Lelaki plak y bertugas segan la i nak tunjuk perut. Dgn Doc pompuan pon i malu2 kucing, ni kan pulk lain jantina nye.
Ok..aku decide utk teruskan saje checkup di KK kerana kualiti nye mgkin.Tp sila la jangan nengeluh yer kalu terpakse bertapa dekat KK tu lame2.Tak sanggup plak nak p check di dua klinik.Penat asik kena p kencing....amik darah lagi dgn pelbagai variasi ubat. Nanti aku plak y pening x tau nak telan y mane 1. Sekarang berada di mngu y kelapan belas @ 4 bulan lebih cmtu. Perut masih x bape nak menonjol esp klu pkai baju kurung, masih boleh dihide lagi.Bos aku y laki2 ni pon sume masih tertipu dgn pengakuan masih berbadan satu....like :)
**Apelah y Baby tengah buat tu yerrrr....lots of luv from us baby :)**
p/s: Nape rase sedih plk...?

Friday, July 16, 2010

Renungan Kita Bersama

Salam All

Utk Renungan bersama ...Aku Copy Paste Dari Blog Marina

Kehebatan dan kebijaksanaan Yahudi
Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu..
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,
maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita"


1. Kita diajar dalam buku biologi,
buku pemakanan (kajian dan terbitanpara kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.
tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.
Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.
so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.
makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.
Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck.
Profesor di UK yang Yahudi semua adasegelas kopi dit tangan mereka.


3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol,
namun kambing juga adalah makanan Nabi kita.
Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita.
Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.


4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,
namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.


5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan
makan makanan yang langsung tak berkhasiat ,
contohnya coke dan maggi.
Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan
(gula tinggi, berasid,pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) .
Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.


6 . Untuk pengetahuan,
para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),
namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,
kanser ovari, kanser prostat,
serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita.
pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium,
magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.Cube kita renung balik, sbb tulah ramai manusia malas beribadat,
suka buat maksiat, melawan ibubapa,
sakit, x sihat dan byk lg...!!!!!


Sebab APE????

Sebabnye

makan makanan yg terang dan nyata tidak elok,
tidak halal dan SYUBHAH.ORG
YAHUDI SAMPAI KIAMAT MMG NAK HANCURKAN UMAT ISLAM..
rajin2lah baca Al-Quran dan fahamilah ape yg tertulis dlm Al-Quran...
SO MCM2 CARA DIORG BUAT UTK HANCURKN UMAT ISLAM
DENGAN MEMESONGKN AQIDAH....
fikir2kanlah.......


**Nauzubilah....takut aku sb y No 6 dgn No 7 tu salu gak amalkn dan juga mkn mc'd**

Thursday, July 15, 2010

Perihal Kad Merah

Salam All
Semalam aku terima 1 panggilan telefon y buat aku terkesima kejap...sumpah aku x perasan psal benda tu. Sebab, ape y aku ingat aku dah campak dekat belakang seat sebelum aku msukan stroller ank buah aku.
Sangat baik hati ladies y jumpe kad merah aku tue....yeppp!!kad merah sy tercicir wehhh!!dan aku syak ank buah aku campak ke luar mase aku sibuk2 masukn stroller dia dalam bonet. Nasib la ade org y baik hati jumpa dan call aku balik wehh.see....sgt careless kan ini ibu.Condition card mgkin kurang elok kot sb mlm tu hujan....sendri pikir la. Pe aku nak jawab ni mase second cekup ni..hu hu hu
**Secret kn dari pengetahuan suami dlu..klu tak pasti bebel dia non stop**

Friday, July 9, 2010

Nak Buah Cempedak

Salam All
Terbaca di blog ekyanie (Mrs Engineer) di mkn cempedak goreng...wa wa wa!! Terus gigih mencari buah cempedak tak pon cempedak goreng. Tp misi adalah gagal sebab tak jumpe pon cempedak goreng atau pon buah cempedak.Saje2 la post la kat FB kot2 lah suami bace then bersusah payah pergi mencari memandangkn dia cti semalam..tidak sama sekali!!Malam semalam keluar mate dok melilau kedai2 buah kot2 la ada kn tp hampa jugak...smpai aku bole naik angin dengan suami!!ni sume salah dia..kejam kan aku? Tak pasal2 plak dia jadi bahan muncung aku.
Petang ni ada pasar malam, harus carik smpai dapat. Kalau tak ade y muncung panjang bole sangkut baldi. Berani la main main dengan keinginan aku wahai buah.Dapat nanti siap la ko buah cempedak.Bole kn orang pregnant makan cempedak??

Habis citer buah cempedak, sekarang ni antibodi sangat lemah kan? Senang sgt kena selsema, demam pon kadang kadang main acah2. Kejap mcm demam kejap macam ok. Kalau dulu demam setahun sekali pon jarang tp sekarang agak kerap. Muke pon dah cop muke MC.Sekarang ni memang kurangkn minum2 ais bagai. Mnum air masak je banyak2 tp tdo tetap dlm aircond sebab kepanasan badan. Tau2 sok pagi dah sok sek sok sek je hidung..hu hu!

Bab bab emosi jangan cakap la. Kekadang sikit2 hal pon aku le tetibe jadi touching. Kan isnin ni aku p minum air gula dekat KK Klang.That area memang aku x biasa la, pulak tu isnin ni suami tak dapat cuti.Tetibe plak aku jadi mengada2 mcm tak bole drive sendri.Selalu ok je aku bawak keta sane cni. Nak manja2 plak..ha ha

**Nasib suami cam cool je nengok perangai bini dia y tah pape tuhh**


Wednesday, July 7, 2010

Air Gula..hu hu

Salam All
Semalam telah mencutikan diri untuk membuat kad merah ibu2 mengandung..yepp!!semalam adalah hari bersama ibu2 mengandung.Macam2 ragam aku jumpa baik ibu mengandung atau bayi2 mereka.Rase macam duduk dekat tadika pon ade rasenya.
Hardoi...penat tak payah cakap la.Dari kul 9 pagi sampai 1 petang aku bertapa dekat klinik tu.Nasib ade jumpe kawan sekolah lama, itu pon kejap je dapat borak sebab 2 jam lepas tu dia punya giliran dah habis.Tinggal la haku tercanggak2,sibuk dok agah2 baby orang.Lain kali nak bawak bahan pembacaan la biar x bosan.
Semalam juga telah mendapat arahan untuk minum AIR GULA.....uwargghhh!!pe kes,1st time visit dah kantoi kena minum air gula.Ingat bole la settle minum air tu semalam, sekali dia bagi date lain dengan klinik lain dahhhh..Doc India tu cakap berat awak lebih _ _ Kg (nak reveal ke),yer la...75 kg!Kena minum air gula untuk check awak ada ape2 problem tak...Camne rase air gula tu wehhh, benda ya aku paling seriau dengar dari mumy2 preggy tu psl air gula!! Tak sedap ke wehh??alololo....kalu lari bole tak??Doc jugak cakap aku kurang darah...hu hu!minum susu 2 x sehari..sedap upenya susu anmum perasa cokelet tu.
Confius jugak diri ni samada nak teruskan checkup kat klinik kesihatan atau pon continue je dekat klinik family.Kalau klinik biasa ada ke kena mnum air2 gula ni jugak??Serius...sakit muntut aku aku tunggu lame2 ni.Dengan pinggang y makin berdenyut2, serupe orang tua daaa...
**Mahu terus ke Klinik kesihatan ke atau continue saje klinik biasa**

Thursday, July 1, 2010

Entry 100 dan 8 Tahun

Salam All


Meraikn entry ke seratus hari ni. Berblogging hampir 2 tahun tp biasa la kan, blog selalu terabai maka kuantiti pengeluaran adalah sangat tidak memberangsangkn. Lebih suka baca dari menulis..yep!itulah aku :)


Permulaan blogging adalah pengaruh dari blogger tegar Xeaa dengan blog ternakanya y sangat sangat membantu aku mengenali serta link dengan para bride 2 be (pada waktu itu lah). Saban hari aktiviti blog walking tidak pernah aku tinggalkan.Waktu itu, semangat dan kualiti menulis masih seperti di tahap kanak kanak pra sekolah.Walaupon B.Melayu SPM mendapat keputusan y cemerlang tp iya nye sangat berbeza dengan penulisan tanpa format di blog. Sangat berbeza bila kita menceritakan detik detik kehidupan kita. Kirenya macam diari maya, aku pilih untuk menceritakan realiti sebenar kehidupan aku dari menulis realiti kehidupan orang lain atau mengcopy paste pengalaman hidup orang lain lantas jadikan iya satu tajuk y konon kononye berlaku dalam kehidupan harian aku..tidak pernah berlaku sama sekali.Blog aku adakalanye lebih kepada rasa amarah y aku pendam, y aku tak boleh luahkan kepada sesiapa. Selalunye ape y aku tak puashati akan aku huraikan dalam blog.Lebih baik bukan?


Untuk itu,sesiapa y pernah singgah disini, ribuan terima kasih aku ucapkan.Yang pernah meningalkan jejak disini, terima kasih daun keladi, nanti nanti singgah lagi.Sekiranya ada salah silap dalam penulisan aku yang carca marba ni atau pon jejak jejak y pernah aku tinggalkan di blog korang harap dimaafkn ya!!Aku senang menjadi rakan rakan maya kalian.Terima kasih banyak banyak...:)


**Arini juga aku menyambut ulangtahun perkenalan kami yang ke 8 tahun. Semoga diberkati Allah selalu hendaknya..amin**


Tuesday, June 29, 2010

Gaduh Gaduh Manja

Salam All..

Ape khabar sume??smoga sihat sejahtera hendaknye...ha ha!tetibe pulak kan (mcm tulis surat karangan mase PMR jekk..:)

Baru baru ni aku adelah melihat pertengkaran antara husban n wife...watching life punya!!pergaduhan mulut ke mulut ku kire la..tah la, mls aku nak amik tahu sgt cumenya sb da jd depan mata maka aku nak tak nak, antara rela dan pkse (poyo jerr..walhal) kena la mendengar serba sedkit perang mulut tu. Sebab pentengkaran sgt tak msuk akal aku kira la..pndgan aku la!!

Yang tak besnya..kenapa korang boleh bertekak depan family,dpn ipar duai biras korang.Bukan ke lebih baik korang bincang2 dlm bilik elok, x pon keluar amik angin jap tok settlekn problem korang.Kurang manis la beb korang bertekak cmtu, ade aku nmpk korang msuk bilik tp klau suara dah terpekik terlolong mcm nmpak polong je tak de faedahnye jugak kn???Nasib plak xde adegan naik tangan y aku nmpak..ishhh!

So aku dan suami mengambil iktibar dari kejadian tersebut..memandangkn kami tingal bersama dengan mak aku, seboleh bolehnya elakn la pertengkaran2 y bole mengundang aib baik pada diri sendri,si suami dan juga keluarga.Seandainya terjadi pertengkaran biarlah si suami dan isteri saje y tahu..x perlu la ramai2 orang menonton atau pasang telinga dgar ape y korang gaduhkn tu...sebabnye mcm judgement y dtg dari org2 y dengar seperti aku la..malu tau!

**memang manusia kurang sempurna tp x salah kn cuba untuk jadi sedikit sempurna...bye**

Monday, June 28, 2010

Giler Durian

Salam All


Penangan buah durian...


Hari ni badan serba x kena.tekak pon perit je rasenya akibat membaham durian dgn penoh bergaya semalam.Ramai y dah tegur jgn mkn bnyk2, nt badan panas.Siap ada y bagi petua2 utk hilang kn panas badan tp aku kn degil...berlagak!!


Asal ada bau durian,mesti ada muka aku.Kat mane ade aku,msti ade durian menepek tepi aku.lagi seronok bile dpt mkn durian baik punya dari dusun,murah plk tu. So, hnya y terbaik je duduk penuh2 dlm perut ni.Y keras, y xde rase,tawar je sume dok dlm bekas tempoyak.Jdi tempoyak je la korang...lagi syok bile suami melayan kerenah makan giler durian aku tu. lepas sebiji,sebiji dia kopek kn..maka sedap je la aku mkn..seguni aku dah bwk blik shah alam.


Nah...arini toilet teman setia aku,asik p tandas buang air kecil!badan pon dah rase cam x sedap je,panas je rasenya (panas dlm kot..)smpai kn dlm hbeg pon bau durian.Kalau ko hulur seulas skrang ni knfem dah aku tolak balik bulat2...harap2 y dlm perut jgn terkeluar balik dah la yer!!sbnye selalu bnde y aku kuarkn balik tu amik mase skit nak suh aku mkn balik


**dulian punya pasal**

Saturday, June 26, 2010

Air Gula Tu Rasenya....?

Salam all

Saya sudah minum air gula y kureng tu semalam. Sesape y bagi cadangan suruh teguk sekali je memang tak boleh dipraktikan langsung yerr!!Ku pikir kan cawan nye kecil comei loteh je, tp silap same sekali ye kawan2.

Sekali bapak cawan dah dia kasi mnum air tu...isipadu lebih kurang 500 ml kot!!tah2 lebih kot.rasenya x payah cakap la, manis sangat2. Masuk perut rase nak keluar balik. Ada sorang mumy tu aku tgok kemain slow motion lagi dia mnum, sampai merah2 muka tahan air tu. So aku decide nak duduk jauh2 dari mumy tu sebab sekali dia uwekkss, aku bole 2 kali uwekss nanti. 2 orang dah settle mnum air tu, sian dia x habis2 lagi mnum.

So lepas 2 jam, aku dtg balik buat ujian darah sekali lagi..alhamdulilah normal la. Pasni ni kena diet sikit la, jaga makan sebab klu berat asik naik je kemungkinan besar dia suruh minum lagi air tu..x mau lorrr

**Harap2 xde lagi kali2 weh....xdapek ku lupakan rasenya y mnusuk kalbu tue..he he**