Click Sini

Monday, November 22, 2010

Ubat Oh Ubat...

Salam All

Warga Johor Sekalian..Selamat Bercuti Okey!!Seronok la kamu-kamu semua eh :)

Mumy-mumy preggy sekalian, nak tanya korang la kan, segala ubat-ubatan y Hosp bagi tu korang makan tak dengan berjadual???...Sila jawab dengan jujur!!

Aku....???

Aku baik...hehe!!Baik la sangat kan...awal-awal pregnant sampai la usia kandungan 7 bulan camtu, sangat la rajin makan ubat y KK kasi tue. Macam biasa la Acid Folic,Iron.Obimin dan Vit B. Series tak pernah skip langsung tapi kekadang terlupa sesekali tu adalah kan.

Cuma bila masuk 7 bulan++ aritu, aku jadi malas nak makan ubat. Jangan kata ubat, susu pon aku dah tak minum.Tengok..jahat kan aku!! Pemalas tak tau nak kata tahap apa. Plak tue pandai nasihat orang jangan skip makan ubat, ubat tu makanan baby..bla bla bla tapi diri sendri ke laut plak.

Tahu kenapa aku malas...??

Satu...of kos la sifat pemalas tu memang jadi raja dalam diri aku sendiri. Keduanya, aku dimomokan dengan dengan fakta..makan ubat nanti baby besar, susah keluar, sembelit la dan alasan yang tah pape tue lah..Ya ALLAH, sengalnya ku rase diri ku ini. Apasal la orang-orang zaman moden macam aku ni bole terima pakai fakta-fakta tu yer. Walhal kalau tak bagus, tak ada la Doc beri ubat tu kat setiap patient sambil remind "jangan lupa makan ubat yer".Dah la kerajaan kasi ubat-ubat tu secara free plak tue...ishhh raase bengang plak dengan diri sendri. Tak reti bersyukur dan tak tahu menghargai.

**Aku notice, sejak aku rajin skip makan ubat ni, maka buku merah aku tue pon penuh dengan laporan Cik Misi tu kaler merah-merah!! Padan muka aku kan..tapi sejak seminggu yang lepas aku dah rajin balik makan ubat..hehe**