Click Sini

Thursday, November 18, 2010

Cerita Malam Raya

Salam All
Masih dalam mood raya-raya lagi dan nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua...semoga ibadah korban y anda, anda dan juga anda diterima di sisi ALLAH A.W.T. Lagi syok pasang-pasang radio ada lagu raya, sama meriah macam raya puasa.
Kali ni giliran ke rumah suami la, kami balik melaka petang selepas waktu keje dan memang tersangat la banyak kereta-kereta menuju ke selatan. Sape cakap raye sehari jalan tak jammed, fakta tu kurang tepat okey. Kesesakan sudah bermula sejak dari persimpangan Nilai lagi okey...tension jek
Dah rasa-rasa nak patah balik pon ada sebab kalau dah jammed start dari Nilai, mau patah kaki tekan clutch. Tapi tula kan mentaliti masyarakat kita ni. Lori rosak parking di bahu jalan pon boleh menyebabkan kesesakan panjang berjela-jela..Adohai!! Tolong la jangan gitu deh..semata-mata sebab lori tu rosak je, tu pon mau tengok-tengok n slowkan kereta ker??kasihan kami y jauh 2-3km kat belakang tu.Selalu camtu..klu eksiden lagi la berjela-jela jammed dia, lepas je dari kawasan bermasalah tue, terus je lancar jalan raya tue tau.
**Raya korban aku pon berkorban gak...janji dengan nurse tak makan daging banyak-banyak tapi biler kakak ipar masak daging kicap halia dia y mabeles tu terus lupe diri..uwaaaa!!petang ni carik belimbing nak buat jus**