Click Sini

Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah Buat Din Beramboi

Din Beramboi meninggal dunia kerana denggi berdarah
02/04/2010 11:50am


KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan

-Sumber dari Utusan Online-

Alfatihah buat Arwah dan takziah untuk seluruh ahli keluarga beliau.
**Tiap2 hari pon sy degar celoteh arwah bersama Pak Nil.Tergelak terbahak2 bersama smpai pena kena hon dgn kawan sb sy gelak2 sorang dlm keta.Mgkin lepas ni x seceria dulu sb arwah memang pndai buat lawak spontan**