Click Sini

Thursday, December 20, 2012

3 Layer Chiffon-Aura Kasih

Assalam Semua

Ade koleksi baru dari Koleksi Hana. 3 layer chiffon yang di beri nama AURA KASIH SCARF. Macam biasa harga sangat mampu milik dan kualiti terbaik..Tailormade di Malaysia. Yang best dia agak labuh dan menutup dada.

6 design da sold out. Ni saje yang tinggal. jemput tgok semua yer

Tudung AURA KASIH SCARF
Labuh Tudung : 13-14 inch
Harga : Brooch Sampan Kecil RM 65, Brooch Floral/Daun Besar RM 68
Postage : RM 6, S/S 9
SMS/Whatsapp : 0123681157



AURA KASIH RM 65

 AURA KASIH RM 68

 AURA KASIH RM 68


AURA KASIH RM 68

AURA KASIH RM 65



Last but not least..Tuan tanah mengayakan tudung AURA KASIH.Sila jangan muntah hijau.Gambar adalah senghaja di kaburkan
Hepi Shopping


Thursday, November 29, 2012

Pakej Buaian Berendoi

Assalam Semua

1st of all nak memanjatkan kesyukuran ke atas yang Maha ESA dapat lagi bernafas di bumi bertuah ni.

Bunyi macam serius je kan?Hiksss....

Uollss kita nak bagitau ni. kita sekarang ada buat servis sewa buaian untuk majlis aqiqah/majlis berendoi. Ada yang minat bole la email kita atau carik kita dekat FB.

Pakej memang super affordable..as low as rm 200 tak termasuk kos penghantaran tau.

Kalau minat nanti bole le hello2 kita ye mumies.

Email : koleksihanahijab@gmail.com
FB : farhana sazali
Sms/whatsapp: 0123681157



**dont worry harga bole nego lagi**


Friday, November 2, 2012

Hai Hai Hai.... Dan Maysaa Inner

Assalam

Lame tak bersiaran disini. Saya rindu anda anda semua tau. Tapi kekangan kerja membuatkan aku semakin ke laut nak update blog dengan cerita2 baru.

Alhamdulilah baru-baru aku da buat satu ac baru untuk blog jualan. Koleksi Hana nama diberi. Jom support saya di sana. Insyallah banyak tudung baru akan di upload. Special nye di Koleksi Hana banyak y kami produce sendiri. Kualiti kain insyallah terjamin.

Ni antara koleksi terbaru. Tapi inner ni bukan custom made ok. Kain lycra dan sangat2 puas hati dengan kain inner ni.

Jom singgah ye.

Harga : RM 25 (Postage RM 6, S/S RM 9)
Material : High Quality Lycra
Type : Inner Silang @ Maysaa Inner











As

Monday, July 2, 2012

AVENT Honey Tinted-Rm 38 ONLY

Assalam

Siapa berminat Avent Honey Tinted pack of 4 cuma rm 130. Kalau nak beli loose pon bole Ni 9oz punya tau

1 botol- Rm 38

2 botol- rm 70

4 botol-rm 130

Semua inc postage.


**Minat tinggalkan comment ok.Quick reply sms 0123681157**

Saturday, June 30, 2012

Avent Honey Tinted 9oz-Rm 130 x 4

Assalam

Siapa berminat Avent Honey Tinted pack of 4 cuma rm 130. Kalau nak beli loose pon bole Ni 9oz punya tau

1 botol- Rm 38

2 botol- rm 70
4 botol-rm 130

Semua inc postage.


**Minat tinggalkan comment ok.Quick reply sms 0123681157**

Thursday, May 31, 2012

Chiffon Layer With Brooch-RM 70 ONLY


Assalam

Ada new design chiffon layer with brooch.

 Harga promo hanya rm 70 SAHAJA. Postage cuma bayar RM 3 Sahaja.

Jom2 cepat beli sebelum sold out. Sila add FB saya FARHANA SAZALI untuk reply yang lebih pantas.












Friday, May 18, 2012

Moist Choc With Caramel


Assalam

Project sukses malam tadi. Sedap rasa dia just nice jer. Proses nak buat pon tak la payah mana. Asal nye ikut resepi kena bakar tapi memandangkan bil electric rumah y melambung-lambung naik aku try je kukus. Elok jer..ok bole je kukus sebenarnye. Lebih moist kot compare dengan bakar.

Meh follow step by step

- Gula 2 sudu besar tabur dalam loyang masak atas api kecik.make sure loyang penuh dgn gula hangus tu eh dan letak tepi.

Resepi karamel telur pulak. 

Yang ni korang pukul sebati jer pastu curahkan atas karamel gula tadi tuh kukus dalam 15 minit camtu.
-- 1 cawan susu cair
-- 3/4 cawan susu pekat manis
-- 3 biji kuning telur
-- 2 biji telur

Resepi Moist Choc

(A)
-- 1 cawan minyak masak
-- 1 cawan susu cair
-- 1/2 cawan gula
-- 1/2 cawan susu pekat
-- 1 cawan serbuk koko
Yang ni korang panaskan atas api sampai semua larut.

(B)
-- 4 biji telur pukul sampai kembang

(C)
-- 3/4 tepung superfine..sonang koje.

Satukan bahan A+B+C secara berselang seli guna senduk lepas tu tuang jer dalam loyang karamel y dah siap masak tuh.

Kukus balik dalam sejam camtu dah siap and ini la hasilnye



**selamat mencuba.**

Thursday, May 10, 2012

Crazy Price Chiffon 3 Layer With Brooch

Assalam

Hye all...saya ada last 2 pcs tudung chiffon 3 layer biru nih. Sesiapa nak harga crazy price bole email saya tau.

skylady_84@yahoo.com.my

Cantik tudung nih terletak jer dekat bahu. Material pon tak panas. Sedap pakai

**Harga baik punya**

Tuesday, May 8, 2012

Testimonial-BE Bird Nest With Collagen

Assalam
Hasil sebulan selepas pakai Bio-Essence Bird Nest Collagen

Kulit tampak lembap. Suka la produk nih. Kira serasi jugak dengan kulit aku. Kalau ikutkan kulit takde la major problem kering kusam tu sikit la. Lepas pakai produk ni kulit nampak macam lebih lembap.

Rasenya nak stick dengan produk ni je.

**Gambar ni snap waktu petang lepas2 balik keje. No editing plus capture pon pakai hp saje**


Thursday, May 3, 2012

Down

Assalam

Alhamdulilah stock tudung chiffon 3 layer tu berbaki sikit saja lagi. Aku seronok berniaga. Lagi2 kalau stock abis licin. Kalau tak habis pon nak buat camne. Katanye berniaga kan. Kalau tudung bole la pakai sendiri. Kalau baju bb Qaid bole pakai.

Tapi dalam seronok tu ada jugak mata-mata cemburu, hati yang penuh hasad dengki. Tolong bole..jangan suka down kan orang. Lagi2 awak tu dah macam kawan2 saya. Patut awak support, bagi motivasi ke. Ini tak, tak habis2 bagi semnagat negatif.

Tak kisah la..janji en suami sokong saya. Thanks en suami

**Tak faham orang keliling nih**


Wednesday, May 2, 2012

WW

Assalam

Konon semalam menyopim baju raya. 

Budak kecik ni tdo dari rumah lagi.

Angkut letak kat carseat pon lena.
Sampai mall pon lena.
Aku sopping pon lena.
Nak balik masuk dalam keta baru terjaga

**Good boy qaid..lain kali buat camtu lagi ok time mama nyoping. Tu kes tak pakai seluar sebab tuh tutup guna lampin.kang kalau sarung seluar memang nyoping sambil main kejar2 dia**

Monday, April 23, 2012

Masih Makan Bubur Si Qaid

Assalam

Fuhh..blogger baru nih i masih terkial-kial dimana mahu duduk nye button compose new entry. Nanti senang-senang kita belajar.

Nak share satu benda nih. Qaid kan masih makan bubur lagi y lembik-lembik tuh. Sebab nye tengok gigi dia baru ada 8 batan je. Bole ke kunyah2 nasi, lauk pauk sayur tu segala bagai.

Jadi nak senang kita blend kan semua. Dia masih terima lagi la bubur lembik2 tu. Kalau sesekali makan luar tu kita bg jugak la ape yang kita makan. Nak bagi dia rasa tektur kasar selalin dari bubur harian dia. Bukan ape, takut la jugak dengan sistem penghadaman dia tu. Kot la tak bole nak digest benda-benda kasar tuh.

Haritu BS ada gak cakap tak yah kasi bubur lembik. Tak payah bawak bubur pon tak ape. Dia suruh bawak breakfast jer untuk qaid. Kang lunch makan sekali dengan dia. Aku tak mau le susahkan dia. Takut la kan anak aku jadi beban pulak. Plus kalau lauk pauk orang dewasa tuh kan sedap berperisa garam gula pak aji bagai. Sofar bubur qaid memang bersih lagi dari bahan perasa. Sebab dah letak bilis kan dah masin sikit.

**Ke mama qaid ni yang under estimate luvly son dia **

Thursday, April 19, 2012

Chiffon Layer With Brooch

Assalam


MATERIAL:PLAIN CIFFON 3 LAYERS
AWNING:THAI SILK
WARNA2 KONTRA YANG SANGAT MENARIK
YANG NI ELOK JER TERLETAK KAT BAHU..
ADA KEDUTAN DIBAHAGIAN TENGAH JAHITAN TUDUNG
N DIKEMASKAN DENGAN BROOCH

RM 68/Pc

CL1
CL2
CL3
CL4
CL5

Tuesday, April 17, 2012

Chiffon 2 layer -3 Pcs RM 100

Assalam

Chiffon 2 Layer
High Material Chifon
Thai Silk Awning
Rm 35/pc

**Grab 3 pcs at RM 100 ONLY with free postage**




Friday, April 13, 2012

Tudung Cantik Dan Murah

Assalam

Syukur di hari jumaat yang berkat. Da release beberapa jenis tudung. Qty tak banyak sebab banyak abis di jualan off9.

So kawan2 sekalian meh la cuci2 mata tgok tudung kita...

Bawal printed boleh clik SINI

Bawal 3 Tone rajin2 la clik SINI

Chiffon 2 Layer kat clik SINI

**Murah je semua..Selamat cuci2 mata ok**

Thursday, April 12, 2012

Testing Via Fon

Cheese Tart Lagi

Assalam

Nak cerita pasal kisah ces tart dulu. Cerita gathering blogger sat2 lagi ok.

Last week dah janji dengan orang untuk buatkan dia blueberry ces tart. Dia nak buat photoshot untuk candy buffet package dia. Silapnye kat aku buat last minit. Entah ape-ape la jadi kan. Cam biasa rasanya ok2 lagi la. Aku masih bole makan, family yang lain bole habiskan maka ok2 la tu kan rasanye.


Ni pulak ces tart semalam. Kali ni try strawberry plk sebagai filling. Ok..just nice. Asik bluberry je muak gak. Y ni bawak buah tangan untuk cousin y buat kenduri nak p umrah semalam. Last minit bagitau jadi last minit gak ces tart aku nih.


Tapi kan camne eh tang lorekan kan tu nak bg cantik. Untuk yang bluberry aku guna filling dia sekali untuk buat lorekan atas tu. Yang strawbeery lak aku guna emelco (betol ke eje nih) atau pon perasa strawberry. Masa belum bakar cantik je tengok tapi bile dah bakar jadi kembang camtu hah. Ape masaalahnye eh? Lagi satu asal chese dia pecah eh?? Ada yang tau sebab ape?

**Tgok lame2 jadi lapau**


Friday, April 6, 2012

Potluck Blogger..Esok





Kalau jumpe budak kecil yang jalan2 bawak ball tula Qaid Rizqi ok. Ini gambar dia.


Wajib bawak ball sebab tak mahu dia rebut ball budak lain..cara rebut dia ganas wehh. Kita mintak maaf dulu banyak2 kot esok ada la yang kena cepuk dengan Qaid nih. Ehh..Anak2 esok pakai T-shirt blogger ke?



Ini pulak mak Qaid. Sila jangan pura-pura tak kenal ok. Tak pernah upload gambar diri sendiri sebesar2 alam gitu.Saya orang baru nak join program Ukhwah Blogger. Saya pendiam tapi kalau dah panas enjin bole jugak borak-borak.

Tapi esok memang berkejar-kejar sikit sebab balik keje pukul 1 and terus laju-laju ke Tasik Shah Alam. Qaid kena siap2 dari rumah BS. Aku spray minyak wangi sebotol. Tak sempat kot nak blik rumah mandi manda bagai.

**Jumpa esok kawan2...and again korang nak air ape eh?Sunquick ok ker?**

Wednesday, April 4, 2012

Bio Essence Bird Nest


Assalam

Ehh..Malu lame tak update. Berkurun kot. Sori ler sy bz menjual ipad learning n currently da sold out. Ada beberapa unit jer under booking terms... Alhamdulilah


Sebenarnye nak cerita pasal skincare y baru try nih. Kira today my 1st day la n frankly ini la kot skincare mahal penah beli. Orang lain kata murah tapi bagi kita bole tahan gak la harga. Beli dekat Guardin malam tadi untuk 2 barang ni RM 68.88 datang dalam satu kotak.

Masa apply dekat muka cepat sangat dia absorb. 1st day mana nampak ape lagi kan. Meh tunggu 2-3 minggu okey..jadi tak kulit selembut scha awal tu???

**Kidding :)**



Friday, March 23, 2012

RM33 With Postage-Today Only

Assalam

Jumaat penuh barakah...


Rm 3 SAHAJA untuk postage bagi 1 items.


**Add saya di FB untuk reply lebih pantas**

Tuesday, March 20, 2012

Ipad Learning For Children

Assalam

Ipad kita dah ready stock. RM 30 SAHAJERR ok

**Tinggal comment ok**