Click Sini

Wednesday, November 23, 2011

WW

Assalam

On 7 Months Pregnant....Testing My New Canon

Mak Oh Mak

Assalam

Diam tak diam adik aku yang bongsu tu dah besar rupenya. Tahun ni ambil SPM. Tiap hari pon lepas balik exam mengadu kertas tu payah la, susah ler. Mana tak jadi payah kalau baca buku setahun sekali pastu plak handphone tak lekang dari tangan gitu la gayanya.

Kiranya mak aku dah habis la tangunggan nak menyara anak sekolah lagi. Ini la masa dia nak rehat-rehat dekat rumah. So kami adik beradik adalah bincang sikit-sikit. Nak kasi mak rest lepas penat keje. Mak aku ni memang bole tahan workholic jugak. Bincang la sikit-sikit bape nak kasi mak sebulan. Kalau mak suke bole la jaga Qaid sekali.Takde la boring sangat nanti kan.

Sekali tau tak ape jawapan mak aku bile kitaorang panjang kan impian anak-anak dia ni..

Owhh...maaflah!!Jaga budak ke duduk rumah ke bukan profesion nenek yer. Nenek lagi suka keje dari duduk rumah. Duduk rumah nanti dari sihat walafiat bole jadi sakit.

Hadoi..orang nak bagi dia rehat senang lenang dekat rumah sambil nonton sinetron dia pulak tak mahu.. Mak oh Mak!!

Tapi aku faham kenapa mak tak mahu duduk-duduk saje dekat rumah..Biasa la kan kalau ibu tunggal ni. Duduk rumah nanti lagi macam-macam dia fikir. Kalau mak berkeja atleast takde la dia fikir yang macam-macam. Meratap nasib diri yang terpaksa hidup solo di kala usia senja. Kalau aku jadi mak pon cenggitu la gayanya.

**Hikss..mana tahu dia nak cari pengganti!!Opsss**