Click Sini

Friday, October 14, 2011

Lelong GAP Pyjamas At RM 18 ONLY

Assalam

(STICKY POST.SCROLL DOWN UNTUK LATEST ENTRY)

Nak buat lelong. Kesian baju-baju ni tak bertuan. Ada sesiapa yang sudi nak jadi tuan dia mai la tinggal comment ok :)


SEPASANG RM 18 TERMASUK POSTAGE


GAP 1 (4 years)
GAP 2 (4 Years)
GAP 3 (4 Years)
GAP 4 (3 Years)-sold
GAP 5 (3 Years)-book
GAP 6 (3 Years)

GAP 7 (3 Years)-sold

GAP 8 (5 years)

GAP 9 (5 Years)

**Semenanjung SAHAJA. Baju cutting kecil. Bole Ambil 1 extra size..Lai lai lai**
bole sms sy di 0129793643

Keperluan Ilmu...Saya Mama Y Teruk

Assalam

Pagi ni baca entry Dayu buat aku sedar tentang sesuatu. Tentang keperluan ilmu yang aku rasa sangat kurang aku dedahkan pada Qaid.

Bile check balik buku untuk Qaid ada satu je dekat rumah. Mainan pon ada 2-3 biji je kot. Mungkin anak orang lain dah berbakul-bakul mainan dorang. Dari dulu nak sangat beli tikar ABC tu tapi sampai sekarang pon tak terbeli.

Contoh paling mudah tu la table ABC yang lekat dekat dinding sampai la ni satu pon tak de lagi. Ya Allah macam mana aku didik Qaid ni. Harap-harap belum terlewat dan semestinya tak terlewat lagi. Agaknye bile plak Qaid dapat ingat Table ABC tu yer? Sedangkan Pok amai-amai yang aku ajar 7-8 bulan lepas baru sekarang ni Qaid betul-betul faham macam mana pok amai amai tu, main cak cak tu macam mana.

**Rasa sedih tetibe sebab rasa macam dah abaikan keperluan ilmu dia...so bad**

Tak Reti Pakai Kasut

Assalam
Ni nak peace ke atau gali bijih timah

Kalau cerita pasal budak kecil ini memang tak pernah habis. Jadi siapa rasa tak sudi nak baca saya tak paksa okey..auww

Alkisahnye begini, budak kecik ini kan sudah dapat kaki (sudah boleh jalan). Alhamdulilah masuk 10 bulan hari tue dia dah start keliling rumah. Dia rasa dia nak jalan dia jalan. Bile penat dia merangkak balik. Tapi dia tak pandai berdiri lagi sebenarnye. Kalau start nak jalan dia mesti pergi dekat sofa dulu n start jalan dari sofa.

Masaalahnye pulak bile kita pakaikan dia kasut langsung dia tak reti nak jalan. Dia duduk tak pon dia merangkak laju-laju. Haishh..pelik la. Baby korang mengalami masalah yang sama ke? memang notice sesangat kalau pakai kasut je dia memang pasif sikit tapi kalau kaki ayam sampai jalan tar pon dia bole jalan kalau kita biarkan.

**Normal ke tak eh**