Click Sini

Friday, November 11, 2011

Teladan

Assalam

Kisah copy paste dari FB



Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahuk
an ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".

SHARE KANLAH INI DI WALL (DINDING) ANDA UNTUK MENUNJUKKAN BAHAWA ANDA MENENTANG KEKERASAN PADA KANAK-KANAK!


**Kisah aku pulak kalau marah anak sebab hal2 macam ni memang tak berbaloi la. aku balik yang kena marah dengan suami.Anka kecik tu mana la tau barang tu mahal ke murah, barang tu bahaya ke tak pakai kat mana and tec. Kita la seharusnya yang pandai simpan tempat yang anak kecik tak tau**

Mashed Potato Versi Mama Qaid

Assalam

Hari ini takde modal nak cerita so cerita pasal resepi untuk si manja sayang. Paling mudah dan paling digemari Qaid. Kalau bagi dia mamam mashed potato ni sekali serving 3 biji jugak la. Sebab sedap kot rasanya.

Ramai dah tahu kot cara nak buat mashed potato ala KFC ni tapi tak kira nak share jugak. Ini versi Mama Qaid punye. Setengah jam dah bole siap untuk dihidang.

Cara Mama Qaid camni yer puan puan.

- 3 Biji kentang kupas potong dadu
- Kiub Pati Ayam Norr-sikit jer buat rasa-rasa ayam dan bau ayam. Kita masuk secubit je kot
- Semua ni rebus dalam 20 minit camtu @ sampai kentang lembut yerr
- Dah Siap tos sikit pastu blend jer. Kalau rajin lecek guna sudu.

Dah siap dan sangat senang kan. Untuk gravy dia pulak resipi seperti berikut
*


*


*


*

Qaid budak kecik mana bole makan gravy macam KFC tu. Gravy dia air rebusan kentang tu tadi la. Buh sikit atas tu biar dia cair sikit. Kalau nak resepi mashed potato yang sedap & gravy yang ala-ala kfc tu bole refer sini. Yang atas ni resepi untuk budak bawah umor tapi sedap jugak.



**Bole la mencuba ye puan puan**