Click Sini

Monday, October 31, 2011

11 Bulan & 1 hari

Assalam

Sekarang kalau berjalan dalam mall memang la kena berhenti & kasi Qaid layan permainan dia ni. Anak buah aku yang umur 2 tahun takut giler naik permainan ni tapi dia rilex jer. Kalau bole nak lagi dan lagi lagi tau.








Ada sekali haritu lalu jer depan permainan dia pastu kitaorang tak stop la. Ingat dia tak reti tapi silap besar okey. Dia campak botol susu dia pastu panjat naik stroller nak tengok belakang. Faham la kitaorang kenapa.

Qaid da 11 bulan & 1 hari harini. So far progress dia ok. Jalan da laju. Bole dah bangun sendiri. Kalau haritu tengok dia nak start jalan mesti papah dekat kerusi dulu tapi sekarang da teror berdiri. Kalau kita cakap dekat dia Qaid joget-joget dia pon start la goyang-badan tangan dia bagai..So comel la anak mama buat camtu. Gigi maintain 6 batang je tak tambah-tambah lagi and so on la.

**Ok..nak update itu aje**


Thursday, October 27, 2011

Jalan-jalan Manjaku

Assalam

Semalam sopim sikit barang Qaid dekat Manjaku Sentosa Klang. Plan asal cume nak carik puting Avent Qaid yang dah berkerak tu tapi hampeh pulak sebab takde sale. I kan suke beli time sale jer so cancel carik puting. Jusco ada sale untuk puting Avent tu 20% tau..hehe

Dah lama kot tak berjalan dekat Manjaku Sentosa tau-tau dah ade brand Tommee Tippee. Awalnye cume nak beli puting baru sekali tengok pek promo 3 bijik tu ada jugak kat sini. Terus jela beli botol susu baru. Berbaloi-baloi


Rm 45.90 untuk 3 biji 9oz.Normal Price Rm 60+

Untuk Dyper brand Huggies pon murah. Yang merah rm 31.90 rembat satu pack. Tak sia-sia terjalan-jalan dekat Manjaku semalam. So apelagi momy yang dekat2 Manjaku tu serbu la buat stock.

**Itu jer nak cerita**

Dont Try This

Assalam

Ni rentetan dari kes masuk zoo negara ahad lepas. Si Qaid ni kalau da boring duduk dalam stroller ni la aksi dia. Memang terpaksa pakai kan seat belt tu kalau tak ade budak yang tercicir dari stroller pulak nanti.

Layan la aksi hero sorang ni

1st step

Kena pegang kalau tak cicir nanti


Suka duduk dekat pemegang tu

Tengok la tu senyum kambing

**Sekian..hehe**

Tuesday, October 25, 2011

Ahad Pagi Di Zoo Negara

Assalam

Ahad lepas terisi dengan aktiviti kekeluargaan. Tak rancang pon nak pergi ahad lepas. Ingatkan nak pergi lepas qaid setahun tapi excited pulak nak bawa dia jalan-jalan. Maka tanpa fikir panjang terus caragas ahad pagi tu ke Zoo Negara Ulu Kelang.

Qaid awal-awal tu moody sikit sebab kepanasan dalam kereta. Aircond merajuk nak nyawa baru!! Nyampah tau..tiap-tiap tahun mesti awak nak sakit tang aircond. Tapi lepas tu Qaid okey dah. Dia pon pelik tempat ape mama aku bawak jalan ni kot.

Tiket untuk dewasa Rm 20 dengan mykad tapi kalau nak masuk taman rama-rama tambah rm 5. Untuk Qaid masih FOC tapi kanak-kanak lepas 2 tahun kot pastu tinggi lebih 9 kaki kena bayar Rm 6. Warga emas murah sikit tak ingat berapa. Parking jugak kena bayar RM 5/entry.

Layan gambar sama-sama jom..:)

Hehe...pembuka bicara mesti la Pn Blog dengan anak dia

Masuk-masuk jer terus jumpe binatang ni..shomell okey dia buat aksi. Rasa nye kitaorang silap planning kot. Patutnye awal-awal tu naik tram dia dan berhenti dekat pickup point dia. Macam separuh zoo jugak tengok. Pastu jalan kaki la sikit nak tengok haiwan-haiwan lain. Ni awal-awal kitaorang melulu jer masuk sampai sesat barat walhal beli map zoo tu tau-tau jumpe jalan keluar dah..hehe!! Banyak binatang tak dapat tengok sebenarnye :)

Papa tanye..aid nak naik ke??

Qaid ingat ni mainan yang macam dia selalu naik dekat mall. Gigih dia tolak-tolak patung ni

Padat..datang ngam-ngam pukul 11 pagi mana nak dapat tempat duduk kan? Show ada 2 sesi pukul 11 pagi & 3 petang

Dapat tengok helang singa laut dengan ada lagi satu binatang tu..lupe nama

Ikan Araipama yang besar...Besar-besar betul ikan kat dalam ni. Seram tengok

Kami anak beranak dekat dalam tu dalam 3 jam pastu kelaparan. Ingatkan ade KFC dalam tue bole la makan rupenye dah takde da. Yela..last sekali masuk mase tahun 2001. banyak jugak dah perubahan Zoo Negara.

** Ada gambar lagi..nanti la sambung story**

Takut Kena Transfer

Assalam

Ada banyak benda nak story mory tapi nanti-nanti la kot..jangan lepas ni malas sudah ler. Satu benda jer aku nak share dulu. Tentang sesuatu yang menggangu gugat emosi..wahh emosi la sangat yer :)

Ni la kes nye kalau keje dengan sesebuah company yang merata ada branch dia. Nie bukan kes aku tapi kes encik suami lorr..tak tahun ni tahun depan atau tahun depannye lagi mesti kena kick out dari branch sekarang. Waduh2....fenin kepala.

Nama dah 2-3 kali ada dalam listing tapi alhamdulilah sampai sekarang masih bertapak di cawangan lama tapi sampai bile la kan selamat. baru-baru nie ura-ura dalam listing kedengaran lagi.

**Harap nye kalau kena transfer pon biar la dalam semenanjung lagi. Biarla dalam selangor/melaka lagi..tak rela nak dok jauh2 dari family**

Saturday, October 22, 2011

Menjelang 1 Tahun

Assalam

Next month kena pergi klinik untuk cucuk Qaid setahun tapi yang risau nye buku purple Qaid tah mane letak eh? Buku purple??Hehe..buku klinik Umra kaler purple so buku purple la jadinye kan.

Tetibe jer macam cepatnye Qaid besar. Dah nak setahun pon. Alhamdulilah..dah besar anak mama ni. Tapi tak dapat nak cuti pada tarikh 30 hb tu sebab kena conduct monthly stock take. Insyallah ada rezeki bole la Qaid potong kek nanti. kalau ada rezeki lebih bole le buat makan-makan sikit and sure Qaid teruja sebab dia ni kalau tengok ramai orang dia sangat-sangat teruja. Dengan aku pon dia bole buat tak reti jer tau. Anak oh anak :)

**Entry xde motif...sekian**

Thursday, October 20, 2011

Demam Pavlova

Assalam


Demam Pavlova di sana sini. Dengan berbesar hati aku menayangkan gambar pavlova hasil buatan tangan sediri. Selepas asik dok view blog orang lain tayang pavlova dorang hati pon bagai tercarik-carik nak mencuba.

Series kesedapan tak terjangkau dek akal..wakaka!!ayat skema betul...yelah kan sendri buat memang la rasa sedap dia berganda-ganda kan? 1st itme makan aritu sesuap je sebab nengok cousin buat sikit. Malu lah kan nak makan banyak-banyak. Malam haritu bersudu-sudu aku makan.

Rasa dia ranggup-ranggup tang luar. Biler sampai isi dalam dia tu lemak lembut berkrim campur lagi whipp cream mana nye tak sedap kan. Strawbery lagi penambah sedap cuma aku kalah dengan kemanisan dia. Aku terpaksa makan bersulam air. Next time nak buat kena kurangkan sikit sukatan gula tu.

**Korang semua kena try tau pastu cara dia pon senang sangat**

Wednesday, October 19, 2011

Monday, October 17, 2011

Wishlist 2012

Assalam

Kalau ditanya wishlist tahun depan satu je yang aku harap sangat tercapai.Impian nak duduk sendri. Berdikari bersama keluarga kecik kami. Kekadang niat nak menjaga hati keluarga tanpa sedar mengguris hati kecil suami.

**En suami maafkan saya..**


Longchamp Beg

Assalam

Been eyeing this handbeg..whoooaa!

Khelaas ko farah... Berpinar bijik mata jap kalau tengok harga dia kan. Butik Longchamp cuma ada 2 dekat Malaysia di Pavi & The Gardens. Aku tak berani la nak masuk sebab nye macam tak mampu nak membelinye. Lepas tengok cerita Saffiyya haritu baru tau nak pronounce brand ni dengan betul. Nasib la tak terkeluar dari mulut ni. Pronounce as a Longchomp.



Ini yang ramai orang tengah pakai. Cantik & berkenan jugak tengok tapi harga dia umak aihh. Bek beli Maclarren Qaid sebiji. Simple yet elegance. Paling murah kot compare yang lain. Murah-murah pon mahal jugak ler bagi aku.




**Nak satu tapi entah bile dapat. Kat Uptown melambak jer Pn Farhana**

Friday, October 14, 2011

Lelong GAP Pyjamas At RM 18 ONLY

Assalam

(STICKY POST.SCROLL DOWN UNTUK LATEST ENTRY)

Nak buat lelong. Kesian baju-baju ni tak bertuan. Ada sesiapa yang sudi nak jadi tuan dia mai la tinggal comment ok :)


SEPASANG RM 18 TERMASUK POSTAGE


GAP 1 (4 years)
GAP 2 (4 Years)
GAP 3 (4 Years)
GAP 4 (3 Years)-sold
GAP 5 (3 Years)-book
GAP 6 (3 Years)

GAP 7 (3 Years)-sold

GAP 8 (5 years)

GAP 9 (5 Years)

**Semenanjung SAHAJA. Baju cutting kecil. Bole Ambil 1 extra size..Lai lai lai**
bole sms sy di 0129793643

Keperluan Ilmu...Saya Mama Y Teruk

Assalam

Pagi ni baca entry Dayu buat aku sedar tentang sesuatu. Tentang keperluan ilmu yang aku rasa sangat kurang aku dedahkan pada Qaid.

Bile check balik buku untuk Qaid ada satu je dekat rumah. Mainan pon ada 2-3 biji je kot. Mungkin anak orang lain dah berbakul-bakul mainan dorang. Dari dulu nak sangat beli tikar ABC tu tapi sampai sekarang pon tak terbeli.

Contoh paling mudah tu la table ABC yang lekat dekat dinding sampai la ni satu pon tak de lagi. Ya Allah macam mana aku didik Qaid ni. Harap-harap belum terlewat dan semestinya tak terlewat lagi. Agaknye bile plak Qaid dapat ingat Table ABC tu yer? Sedangkan Pok amai-amai yang aku ajar 7-8 bulan lepas baru sekarang ni Qaid betul-betul faham macam mana pok amai amai tu, main cak cak tu macam mana.

**Rasa sedih tetibe sebab rasa macam dah abaikan keperluan ilmu dia...so bad**

Tak Reti Pakai Kasut

Assalam
Ni nak peace ke atau gali bijih timah

Kalau cerita pasal budak kecil ini memang tak pernah habis. Jadi siapa rasa tak sudi nak baca saya tak paksa okey..auww

Alkisahnye begini, budak kecik ini kan sudah dapat kaki (sudah boleh jalan). Alhamdulilah masuk 10 bulan hari tue dia dah start keliling rumah. Dia rasa dia nak jalan dia jalan. Bile penat dia merangkak balik. Tapi dia tak pandai berdiri lagi sebenarnye. Kalau start nak jalan dia mesti pergi dekat sofa dulu n start jalan dari sofa.

Masaalahnye pulak bile kita pakaikan dia kasut langsung dia tak reti nak jalan. Dia duduk tak pon dia merangkak laju-laju. Haishh..pelik la. Baby korang mengalami masalah yang sama ke? memang notice sesangat kalau pakai kasut je dia memang pasif sikit tapi kalau kaki ayam sampai jalan tar pon dia bole jalan kalau kita biarkan.

**Normal ke tak eh**

Thursday, October 13, 2011

Tentang Babysitter

Assalam

Rasanye tak pernah kot cerita sangat pasal BS(baby sitter) Qaid ni kan. Yang BS Qaid kali kedua ni pangkat nenek la. Rumah pon sepelaung je dengan rumah aku. Senang gitu nak hantar nak ambik. Qaid dekat rumah BS ada abang, cucu nenek Ziah tu la. So berdua la dorang main-main selalu. Abang ada kawan adik (qaid) pon ada kawan.

Bukan nak cerita pasal ni..street to the point okey!!

2 hari lepas masa hantar Qaid aku nmpak la buai Qaid tu bergoyang-goyang. Takan kot abang tu tido dalam buai kan, Abang tu da besar kot umur 3 tahun lebih. Ringan mulut nak bertanya dekat bs tu sekali ada baby la baru 2 bulan lebih.. Nenek Ziah baru jaga dalam seminggu camtu katenya. Uikss..memag aku tak perasan.Selalu memang hantar sampai depan gate je jarang jengah dalam rumah.Aku pon terus pesan dekat Qaid jangan notty dekat baby tau. Qaid tu suke korek-korek biji mata orang. Takut jugak aku kan.

Ok fine yang problemo aku ialah kenapa nenek ziah tak inform eh? Seminggu tu Qaid ada adik baru. Bukan la aku mintak dia report kat aku atau ape. (Siapa la aku kan) . Orang tu nak jaga Qaid pon dah cukup untung. Hak dia la kan nak jaga berapa ramai pon. Tapi macam terasa something la. Qaid tu tengah melasak yang amat even aku sendri pon kekadang pasrah je tengok lagak gaya budak kecik ni. Campur cucu dia lagi pastu ada baby.

Tak kisah??heloo..kisah ok!! Cuma yela..nak ke daycare lagi la aku takut. So bile jadi macam ni aku macam redha je la. Poyo ke aku?? As a mom rasenya semua orang nak y terbaik kan lagi-lagi dalam bab-bab penjagaan ni. Cinta nyawa aku tu beb..hehe. Takde galang gantinye :)

**Tpi kan kalu aku jadi mak baby tu tak terpikir kot nak hantar my baby kat situ (kalau aku la)**




Tuesday, October 11, 2011

Mahal Tak Semestinya Berkualiti

Assalam


Gambar pembuka bicara


Kurap ape ni??

Teruk nye



Sebelum Nazak


So barang mahal(mahal bagi aku) tak semestinye jugak berkualiti? Apa yang korang expect kalau beli barang branded (branded ke brand ni?wakaka). Harap dapat tahan lama ye tak? Ape orang kata alah membeli menang memakai tak gitu?Maaf bukan beli di pasar malam. Belian di salah satu butik so secara rasmin nye original la kan?

Usia kedua-dua nye tak sampai pon 2 tahun (sebenarnya 3 tahun tapi perap setahun untuk barang hantaran) tapi ape yang korang nampak?? Sedih kan rupenya...huhu

Sekarang da masuk store room sebab nampak nazak sangat. Nak bergaya pon jadi segan. Oleh sebab pemberian en suami (time tu boipren je) maka kita simpan la elok2. En suami da banned brand ni!!uhuk uhuk

**No more ? from him**

p/s:Maaf bukan entry show off..just nak meluah rasa tak puas hati jer

Monday, October 10, 2011

Amalan Sewaktu Mengandong

Assalam

Masa awal-awal pregnant kan Qaid dulu memang aku tak hafal surah Maryam & Surah Yusof. Itu antara surah-surah yang biasa para ibu buat sebagai amalan. Aku pon try la jugak nak menghafal tapi ternyata la sampai sekarang pon tak terhafal.

Sepanjang 9 bulan (tak cukup sembilan bulan kot, Qaid keluar awal 2 weeks kan) kehulu ke hilir bawak si little one ape y selalu aku amalkan adalah baca 'YA RASHID' ulang-ulang banyak kali sambil usap perut yang cumil. YA RASHID makna Yang Bijaksana. Moga-moga anak yang dikandung tu nanti bijaksana la hendaknye. Sampai sekarang pon aku amalkan lagi. Usap-usap kepala dia

Selain tu sekarang aku baca jugak YA LATIF 7 kali sambil usap kepala Qaid. Orang kata biar anak tak 'noty sangat'. Al-maklumla la my little one ni bole tahan ligat dia. Ape y orang kata jangan lagi seronok dia nak buat.

Itu la serba sedikit yang aku amalkan masa pregnat dulu. Lepas ni nak cube hafal Surah Maryam Surah Yusof pulak.

*Eceh...cakap macam la hado lagi kan???No No No**





Friday, October 7, 2011

Ke Darul Syiffa

Assalam

Kunjungan pertama kali ke Darul Syiffa adalah pada sabtu lepas..Hurmm bagi yang tak tahu Darul Syiffa tu ape (ade ke yang tak tahu) meh sini saya bagitau..hehe!! Lokasi y kitaorang pergi Bukit Kapar Meru.Banyak jugak cawangan dorang ada. Rasenya K.Selangor, Telok Panglima Garang pon ada. Ada hari-hari tertentu jugak rasenya.

Darul Syiffa adalah Pusat Rawatan Islam. Selalu nye orang yang berkunjung ke Darul Syiffa untuk mendapatkan rawatan secara islamik. Para pengamal perubatan mengunakan ayat suci Al-Quran dalam proses perubatan. Majoriti yang ke sana selalu nye datang sebab penyakit gangguan mahluk lain.

Sebenarnya en suami nak cube la kaedah rawatan ni lepas berulang ke hospital tapi Doc detect gaout. Bile Makan ubat berminggu-mingu tak sembuh. Selalunye kalau gaout (memang ada gout pon) makan ubat atau ambil injection sehari dua dah pulih la. Mula-mula sengal kaki kiri pastu pndah kaki kanan. La ni pindah naik kat tangan kanan pastu sekarang tengah sakit tangan kiri.

Berubat kat sana bayaran seikhlas hati cuma kena bayar duit air mineral rm 2.00 je. So far masih tak ada tanda-tanda sembuh lagi. Ustaz tu bagi air suruh minum dan buat mandi. Uztaz tu pon tak ada cakap apa-apa cuma kita usaha la. Ada jalan kita cuba. Aku pon tak bole la nak cakap dia kena buatan orang ke ape kan. Tu dah kira menuduh pulak kan?

**Hurmmm...tak tahu la nak cakap. ALLAH maha mengetahui segalanye kan**


Suami Saya Perokok Tegar

Assalam

Suami anda bagaimana pula?Walaupon sebenarnye dia bukan la tegar sangat tapi aku klasifikasikan jugak sebagai tegar.

Pernah masa bercintan cintun dulu sound dekat en husband suruh stop merokok tapi dia sound kita balik. Benda lain bole suruh ubah tapi bab rokok ni payah sikit.. ok fine!!Yang berpenyakit tu diri awak walaupon sebenarnya kita yang menghidu asap rokok lebih berpeluang untuk mendapat penyakit dari perokok.

Kalau dekat rumah memang takde makna la dia hisap depan Qaid, dalam bilik beradu kami. Tak ada peluang la. Selalu dia hisap dekat luar rumah atau dalam toilet...errkk. Bukan kejam tapi tu tanda kami protes dia merokok.

Tapi ada waktu aku bagi dia green light untuk merokok. Bila long distance drive aku terpaksa izinkan. Bahaya weh..kiri kanan kereta sebab ngantuk. Walaupon aku nampak macam lalang tapi untuk keselamatan aku terpaksa jugak.




Aku ada plan nak hadiahkan husband lozenges Niquitin ni masa besday dia nanti. Yang aku baca dia ada dalam bentuk lozenges dan jugak patch. Aku pilih lozenges kot. Sekotak ada 48 biji dan harga RM 52.80 untuk y 2mg walaupon agak mahal (sebiji rm 1.10, sehari kena makan mungkin lebih dari 10 biji) tapi kalau dah sampai seorang isteri bagi hadiah macam tue dekat suami takan la tak faham2 lagi kot. Umum pon tahu kan bahaya merokok tu dan orang sekeliling dia jugak.

**Aku selalu ajar kat Qaid sign' jangan merokok' yang macam dekat dalam TV tue. Dengan harapan papa dia tau la anak dia pon tak suke dia merokok**


Thursday, October 6, 2011

Masa Tido Qaid Y Lambat

Assalam

Aku memang ada masalah betul dengan waktu tido budak kecik ni. Memang kitaorang praktis kat Qaid tido awal tapi bile dia dah masuk 9 bulan lebih ni asik la dia nak main jer.

Memang la budak nak membesar kan tapi kalau biar je kang masalah jugak. 2 minggu ni kitorng paksa dia tido. Gelapkan bilik semua, letak dia kat tengah2 tapi hasilnye hidung mama dia korek la. Muke papa dia dudukkan la. Macam2 la peel dia. Dalam gelap pon dia masih aktif kesana-sini tau.

**Macamane korang solve problem camni? Need uolss punye opinion okey**


Gambar sekadar hiasan

Wednesday, October 5, 2011

Promosi Terbaru Butik Tudung Fareeda

Assalam


Sejak terjebak dengan dunia tudung Fareeda ni kalau bole hari2 nak pakai tudung tu. Walau pon sehelai je pon. Orang kata tengah taksub kan layan kan saje.

Butik Fareeda tengah buat promo tu.Sesape yang birthday dia akan datang ni untung la dpat diskaun smpai 50% untuk koleksi Fareeda dan 40% untuk koleksi Mawar uolss. Tak ke gembira di hati tu. Just show your ic tapi pembelian harus di HQ Bangi saje tau.

Info credit di page FB Fareeda..Nyata Jelita

**So apelagi tungu..grab la sehelai. Nyata jelita lepas pakai tau. Dapat hadiah besaday lagi dapat beli tudung cantik dgn hrga murahmau senyum sampai subuh esok pagi**

Tuesday, October 4, 2011

Kain Shantung Sulam Reben Saya

Assalam




My kain sulam reben shantung yang berjaya di rebut di FB Puan Hana.Syok owh main rebut2 and last dapat la kain kuning ni. Ni pon antara last piece kot yang orang tak bape nak berkenan sangt kan..kuning kan?

Asala nye nak beli untuk pakai wedding cousin tapi da terlambat pulak jadinya hentam saje la buat pakai orang lain kawen esok. kat area umah tu rasanya ada 2-3 bakal pengantin so bole le gaya2 g umh dorang..hiksss

Monday, October 3, 2011

10 Bulan 3 Hari

Assalam


The latest pic

Macam budak besar je lagak dia ni

Opss....My little Qaid da 10 bulan 3 Hari. Kejap nye da besar.

- Gigi dah ade 6 batang..auwww!!

- Dah bole jalan 2-3 step

- Klu nyanyi lagu pok amai-amai dah pndai tepuk2 tangan..maknye dia da tau la lagu tu kena tepuk2 tangn

- Bye2 style terbalik...

- Makin kurus la pulak tapi makan selera

- Tak bole dah mak dia hilang jap dari pandangan..nangis dia bole dengar smpi umah block hujung

- Notty???kemain owh...xpe kata budak kan

**Dan macam-macam lagi...Alhamdulilah**