Click Sini

Friday, August 19, 2011

Lirik Lagu Pompa Bensin- Drama Ramadhan Terakhir

Assalam



Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku mencintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh sepenuh hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa menyintaimu

Friday, August 12, 2011

Sopping Raya

Assalam

Bile dah ada anak ni kan secara automatiknye kalau sopping barang Qaid adalah peneraju utama dalam senarai list barangan. Mama & Papa dia dah turn tahta. Lelagi nak sopping raya ni kan, Yela...dah berpuluh tahun beraya kan. Dah merasa pakai barang murah ke mahal ke branded2 tu bagaikan.

Fuhhh..tarik nafas jugak mase window sopping kelmarian!!

Untuk Qaid ni mungkin beli 6-7 pasang jugak baju t-shirt lepas tu jeans 2-3 pasang. Sebab Qaid ni bab makan sangat selekeh jadi t-shirt raya memang kena extra. Cover la dengan bip sekali pon mesti ada kesan degil yang tinggal.

Alkisahnye aku da start jugak menyopim baju Qaid sejak 2-3 bulan lepas. Grab 2 helai t-shirt poney mase fair di SACC Mall aritu. Lepas tu ada gak menyopim overall kiko dengan baby disney dekat The Store. Tapi biasa la kan kalau dah nama mama Qaid ni kan abis baju tu semua dah bagi Qaid pakai p jalan2 la, kenduri la..hehe!!

Encik Husband geleng kepala tengok perangai dia..huhu!!pestime ade anak kan..hehe

Sogo belum explore lagi..kedengaran sangat heaven disana. Sungguh tak sabar menanti pay day. Harap-harap dapat berbelanja dengan berhemah..cewah

**Baju kasut sendri..macam ada macam takde jerr**

Tuesday, August 9, 2011

Bunga Cantik Bear Comel

Assalam




Pagi tadi dikejutkan dengan ding dong bell suprise oleh en suami. Saya super suka. Thanks en suami. Pandai awak buat suprise.

Tergamam jap pagi tadi biler ada orang call suruh ambil barang. Ingatkan blogger tee yang sampai sekali keluar2 tengok ada bunga daa...speechless!!

Thank you sayang..lame dah tak dapat bunga cantik2 ni tau. Kalau tiap-tiap tahun dapat pon macam tak bes. Bile sesekali dapat tahap teruja dia lain macam sikit.

**Now rasa seperti di awang-awangan....macam zaman bercinta**

9 Haribulan 8

Assalam

9 haribulan Ogos bersamaan 9 Ramadhan yang penuh barakah.


Hari yang senantiasa di nanti.

Hari pertambahan umur.

Hari semakin tua tapi hati mahu muda selalu..hikss


**Hepi besday to me **

Friday, August 5, 2011

Tentang Botol Susu

Assalam

Nak tanya sikit la. Kalau botol susu y dibeli secara online tu korang rasa original ke dari supplier. Aku muskil la weh. Rata-rata rate harga sama. Bukan ape, takut gak kalau2 terbeli y bukan original. Yang tak original tu entah dari sumber mana plak plastik nye kan? Pastu tang harga lebih kurang je. Avent aritu aku beli dekat Sogo pastu Tommee Tippee beli dekat mybaby shope so macam yakin sikit la kot.


Twin Pack Tommee Tippee PES Type 9oz..Rm 59
Sumber sini

Bukan ape. Makcik berkenan sungguh dengan design Tommee Tippee yang ni.PES type, memang rare la y jenis ni. Pastu penjual tu kate produk ni memang takde lagi dalam market malaysia. Hati da berkenan tapi tula ade sikit was-was.

**Shomell kan botol ni...BPA Free**


Thursday, August 4, 2011

Beg Dyper Yang 2 In 1

Assalam

Shah Alam pagi-pagi dah hujan renyai. En husband dah risau nak g keje camne kan.Confirm kuyup tapi aku tengok hujan pagi tadi hujan manja-manja gitu jer.

Yang buat aku geli hati tu ape tau...dia da pening dengan beg keje dia yang x bape nak kalis air tu kan. Fail customer banyak dalam tu. Kalau basah mau pengsan nak menjawab dengan bos plak Dengan slumber dia naik atas ambik beg dyper Qaid keluarkan harta khazanah Qaid dalam tu then transfer document dia masuk dalam beg Qaid.Adoi la papa Qaid ni...macam ni pon bole eh?? Kreatif sungguh husband ku itu yerp.

Dah sampai ofis saje je la tnye kuyup tak. Sekali dia reply hujan dekat shah alam jer la. Satu keje plak nak kehulu kehilir dengan beg besar gedabak Qaid ni. Nasib la en suami yer...bukan main kretip lagi pagi tadi kan. Confident benor dengan beg qaid tu kan...rasakan!!

**Entry takde motip**

Jualan Gudang Lagi

Assalam

**Jom Serbu..bole carik mainan dan y berkenaan. Ada FP, Crocs, barbie ler n etc. Mesti best..jumpe disana**

Wednesday, August 3, 2011

Program Diet Ramadhan Sendri

Assalam

Salam ramadhan semua. Semoga ramadhan kali ni lebih baik dari tahun-tahun yang lepas..Insyallah.Aku awal-awal bendera jopun dah berkibar. Berita baiknye tak jadi la aku 'momy to be' lagi sekali. Syukur..Allah maha mengetahui segalanye.

Nak meratib pilu ni kawan-kawan. Aritukan aku join Program Diet 50 Hari (PD50H) y dah habis tu pastu ingat nye nak le sambung ke Program Diet Ramadhan (PDR) anjuran K.Zel tapi tula, tak ada rezeki nak join. 1st step dah buat second step n next tak follow. Silap sendiri tak alert kan.

Apepon aku try jugak follow rakan-rakan yang join PDR. Cuma tak tahu berjaya ke tak la. PD50H ari tu seronok ada kawan-kawan. Ada motivasi sikit tapi ni diet sorang-sorang aku x jamin la bole berjaya.



Berat pada 1 ramadhan

Aku mempertaruhkan berat ni. Kalau join PD50H aritu dapat jugak kurang 2kg dalam masa 50 hari. So aku decide nak teruskan jugak berdiet walaupon sorang-sorang..ayat sedey jerr!!Tapi percaya la berdiet sendri tanpa rakan-rakan macam mustahil je misi nak berjaya tau.

**So kawan-kawan wish me luck ok...i suke ada orang da notice i kurus. Citer selanjutnye di next entry ok**

Tuesday, August 2, 2011

STARBUCKS TAK HALAL

Assalam


STARBUCKS telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifie r 471), mono di-glycefi deswhich dr animal origin (pork). Raspberry Frap guna cherries yg dicelop dlm arak & the tiramisu ada RUM. Tlg sebar kat kekawan Islam. Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 utk dpt maklumat lanjut

**Ya Allah...seumur hidup sekali aritu aku minum. Dari masa preganat lagi aku mengidam air Choc Chip Frapucino dia siap mulut Qaid pon aku sumbat sekali..Subhanallah**

Monday, August 1, 2011

PD50H-Final Week

Assalam

Masa untuk update timbangan minggu terakhir PD50H. Tetitbe sedey palk....haha!!Tetibe jer kan!!

Seperti yang dijangka memang berat akan naik la minggu ini. Aku memang pesta nasi+durian sungguh-sungguh minggu lepas. Sabtu tu family day dekat Ulu Yam dengan rakan sekerja husband. Makan memang mewah la..durian berbakul-bakul turun sampai bole demand nak yang isi dia sedap-sedap jerr tak sedap bole buat tempoyak.

Malamnye sesi memujuk rayu husband pergi makan Nasi Lemak sedap dekat Lontong Klang. Haa...berhari-hari tahan makan nasi, malam x makan tapi sebab nak puasa aku nak jugak makan best-best. Tak kire dah janji dapat makan.

Semalam plak breakfast Nasi Ayam Pak Mal...pepagi buta dah ngapp nasi. Lunch sambung nasi lagi maka ini la hasil nyee, penngkatan sebanyak 0.6kg...OMG!!

Bole say bye bye to menang...ke laut!!


**Kuciwa jugak sebab tak dapat turun ikut target tapi masih ok la..ada gak penurunan dengan sikap malas senam aku tu jangan mimpi la nak turun banyak-banyak. Kita sambung PDR pulak yep kawan-kawan**

8 Bulan

Assalam


Qaid & Mama

Cepatnye masa berjalan..Qaid da 8 bulan tido sama-sama papa & mama. Jadi anak papa & mama yang sangatt behave. Mama & papa sayang Qaid.

Make it short, progress sepanjang 8 bulan Qaid

- Belum tumbuh gigi lagi....lambat sikit tang ni kot

- Hebat meniti tangga sekarang

- Dah ada gaya-gaya nak berdiri..salu letak dlm playpen dia lepas2 tangan dia pastu kedebuk jatuh dia sengih2 sendri. Kerusi adalah tempat feveret dia berdiri-diri.

- Bab makan tak cerewet...makan saje ape orang suap!!Durian pon dia layan...camni ni la anak mama, hantu durian!!ngeee

- TAK SUKA duduk dalam walker...uwaaaa!! Y ni payah sikit nak handle. Dia suka bebas

- Hot Spot adalah dapur...Kalau hilang dari pandangan cube cek kat dapor, adalah dia dekat sana, tengah baring-baring la, main-main semut la, berdiri depan peti ais la..macam-macam!!

- Pandai berbunyi-bunyi siap ajuk-ajuk bunyi yang orang lain bunyikan. Kekadang lawan-lawan bunyi siapa paling kuat bunyi.

Ada lagi beberapa tapi cukup la ni...kang list banyak-banyak kata nak nunjuk-nunjuk plak. Cukup la ni, ramadhan tak baik bersangka buruk. Sia-sia je puasa menahan lapar dahaga tapii..opsss lari topik plak.

Di kesempatan ini saya mohon supaya diampunkan dosa-dosa saya.Yang tak tersenghaja atau secara senghaja. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari y lepas & selamat berpuasa semua

**Ikhlas dari kami sekeluarga**