Click Sini

Friday, July 29, 2011

Comel Nye...Hasil Keje Zura Zari

Assalam


Da lama carik custome made car signage ni. Harga pon tak mahal, memang tak mahal la wey, berbaloi-baloi beli tau.Nak Order bole pegi dekat FB Zura Zari ye. Search je dekat FB tu. Tak sabar nak gantung kat kete ni.

**Tengah terpikir-pikir nak order lagi satu ni**

Baju Raya

Assalam

Street to the point..agak-agak bape pasang baju nak beli untuk si kecik ni yer??

Haaa..puasa pon belum start lagi dah tanye pasal baju raya terus. Tak hagak-hagak tol mama waid ni kan?Hehe....so korang-koprang yang ada experiance sila la share dengan aku bape pasang baju nak kena beli ni?

**Tahun ni harap-harap dapat la bonus lagi..dapat la menyopim sikit tok qaid!!Meh cepat tadah tangan tolong doakan sama-sama**

Thursday, July 28, 2011

Puasa Sebulan Lagi Ke?

Assalam

Lebih kurang 3 ari lagi kita nak menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Seingat aku puasa yang paling seronok adalah Ramadhan tahun lepas. Masa tu time membawa perut yang sangat indah. Dengan izin Allah dan kerjasama Baby dapat jugak puasa penuh sebulan. Alhamdulilah dapat jugak rasa puasa penuh sebulan.

Seminggu Ramadhan tu macam terasa jugak la lapar tapi masuk minggu kedua dah ok dah. Bola biasakan diri. Tapi sahur memang tak bole skip. Pernah sekali terskip sebab tak terjaga...Lapar dia Tuhan je yang tahu. Masa tu dah 50-50 je tahap keimanan. Luckly dapat MC balik rumah terus rest puas-puas. Tak ada sape nak marah ibu mengandung y melepek kelesuan ni.

So tahun ni macam mane?? Cik 'P' masih tak kunjung tiba dan aku pon tak buat ujian apa-apa lagi. Memang jauh sudut hati kami berdua campur Qaid memang tak ready nak tambah ahli keluarga lagi. Nak besarkan Qaid sorang pon rasa cukup-cukup je. Memang tiap anak tu lain-lain rezeki dia tapi aku tak nampak lagi mana sumber-sumber penamabahan bulanan kami sekeluarga. Tapi kalau da rezeki Allah nak bagi kami redha. Sedangkan ulat dalam batu pon bole hidup inikan pulak manusia yer??hehe....tapi selagi tak buat ujian maka tak ada apa2 la aku anggap. Mungkin kesan dari MAB tu kot..hehe

**Kalau masuk ramadhan pon cik'P' tak datang baru aku p buat ujian**

Qaid Lagi..Hehe

Assalam

Semalam adalah misi membotakan kepala Qaid..huhu. gambar blurr sikit.Aku kalau bab membotakan kepala qaid antara rela tak rela je..bagi aku nampak cute sikit Qaid berambut kot!!Puji anak sendri palk..hehe. Sangat behave masa uncle potong rambut dia tapi 5 minit lepas tu, kepala dia kalau bole putar 360 darjah mesti dia putar kepala dia tu. Sibuk nak tengok mama dia kat belakang la. Tengok gunting la, tengok muka uncle la...tak reti duduk diam budak kecik ni.

Lagi 1 masalah budak ni, korang tengok dagu dia tu...pening aku. Tak tau nak ubat camne lagi. Bagi cream ok sikit, tak bagi dia naik balik. Sekarang aku bubuh cream nama dia Bipogent. Pas minum susu lap mulut dia tapi jadi jugak. Tak emcem la anak mama ni..hehe. Kulit dia memang agak sensitif. Nyamuk gigit pon berbulan nak ilang.

Sekarang ni pandai budak mucuk ni ajuk2 papa dia batuk...klu kita hek hek sikit, dia pon hek hek jugak pastu gelak-gelak. Galak dia sekarang ni berdiri-diri pastu lepas tangan. Aku la tukang jadi penjaga dia dekat belakang. Rasa macam nak pakaikan helmet je kat kepala dia biar tak terantuk. Duduk dekat stroller pon dah tak mau pakai seat belt lagi dah...sekarang suka berpegang dekat handle bar tu, kalau paksa jugak dia pakai siap sedia la dengar dia melolong nangis.

**Till then...nanti cerita lagi**

Wednesday, July 27, 2011

MAB Dan Saya

Assalam

Just nak share pasal MAB ni atau Makjun Anggun Bistari dengan aku. So far aku dah makan dekat 4 botol @ 4 bulan jugak la mengamalkan MAB ni. Bg yang tak tahu MAB ni fungsi dia untuk family planning ye. Tapi sekarang aku terpaksa stop dulu makan MAB ni. Mungkin kurang serasi dengan aku kott..

Geng Ukhwah Blogger pernah jugak up kan story pasal MAB. Hehe...pada yang ingat comment aku tu tau la ape dia masaalah MAB ni dekat aku. Selain tu, selepas aku ambil MAB ni periode jadi songsang terbalik. Kalau dulu sebulan je sekali aku uzur tapi la ni 2 kali sebulan ok. 2 bulan awal aku ingat mungkin 'sistem cleaning kan' tapi masuk bulan ke 3 aku dah jadi was-was tapi mengenangkan stock ada jadi pulun je sampai habis.

Takut jugak kan kot kalau makan je terus datang plak effect yang bukan-bukan baik aku stop dulu sebelum ape-ape jadi. So sekarang aku dah free from protection family planning. Yang buat aku tertanya-tanya sekarang mane Cik 'P' ni??? Patutnye dah mai lawat kita, dah lewat 2 minggu ni???Tetibe jadi seram kot kalau-kalau ada.....huhuhuhu!! I'm not ready yet lorrr!!

**Perlukah saya pergi menjalani ujian...Whoaaa!!Mama so sorry Qaid kalau tetibe awak jadi abang Qaid**

Tuesday, July 26, 2011

Sakit Itu Kifarah Dosa

Assalam

Kekadang aku terpikir kenapa Tuhan selalu uji aku.. Mungkin aku cukup kuat kot nak menghadap smuan cubaan dari DariNYA. Tapi sesekali aku mengeluh jugak. Tak cukup kuat nak handle satu demi satu masaalah yang datang bertimpa-timpa...subhanallah!!

Kekadang aku persoalkan kenapa Allah turunkan kesakitan dekat en husband bertalu-talu..bole pulak aku persoalkan kenapa sedangkan sakit tu kifarah dosa. Sepatutnye kan kami kena bersyukur dengan ujian Allah tue??Nilah manusia...tapi korang imagine la, seminggu tu bole kata 2 hari je dia sihat walafiat, yang lebihnye dok sakit itu la, ini la...super pening!!

Menjaga suami sakit ditambah dengan ragam si Qaid ni kekadang buat aku hangin jugak dekat anak beranak ni. Belum lagi siap uruskan suami si qaid pulak da buat perangai. Ikut rasa hati nak lempang je dua beranak ni tapi sampai hati ke?? Haha...maka redha je la. Akan cuba buat sehabis ikhlas. Mungkin hari ni waktu en suami, esok lusa hari aku sakit pulak kan? Siapa tahu..


Ape-ape pon saya sayang buah hati saya ni

**Siapa-siapa pernah berubat cara islam contoh macam Darul Kifayah tu n etc..bole share?? ta in advance**

Friday, July 22, 2011

Mak Dadam To Be

Assalam

Sabtu lepas dah berjaya menghadiri kelas basic makeup oleh akak Faridah Salleh. Akak ni adik kepada Mak Andam aku mase kahwin dulu. Nak belajar dengan kakak dia jauh sangat pulak rumah dia jadi belajar dengan adik dia. Bola la pegi page Faridah Salleh & kakak Ira tengok2 baju, pelamin makeup dia y super dabomb tu.

Aku memang zero la dalam bab2 merias diri ni kan tapi aku minat. Setakat barang2 standard bedak, eye liner lipstick, lip gloss, blusher tu tau la apply kat diri sendri. daripada kelas akak ni banyak jugak ilmu yang dapat. Cara2 nak apply foundation, pakai shading la..macam2 la!!Best sangat.

Model adik aku la paling senang. Start dari kul 11 sampai 3 petang baru abis. Mula2 akak tu makeup model dia dulu pastu da siap baru aku plk start. Layan picture jela.....

Aku sendri terkejut kenapa jadi putih camni..hehe!!Ingat senang nak apply foundation, bukan boleh main bubuh2 jer tapi kalau selalu practise mungkin bole jadi lebih baik..1st makeup orang sampai mengigil2 tangan.

Gaya amatur...bersilang-silang nak menukar berus

Belajar pakai eye-shadow...bab ni lemah sikit. Kat rumah pon jarang pakai eyeshadow. Sebelah teknik lain, sebelah lain

Result selepas gigih menconteng

Nampak tak qaid tengah struggle nak manjat dekat ucu dia. Dia pon sibuk gak nak bergambar.


Overall, ok la kot aku makeup bagi orang y zero knowladge pasal makeup2 ni. Bole asah lagi bakat2. Insyallah kalau ade permintaan bole la kot beranikan diri makeup orang.

**Mood----> saving untuk beli barang makeup**

Thursday, July 21, 2011

Teaser

Assalam

Teaser kelas andaman.....macamane?? Ada talent tak??


PD50H-Update Berat Secara Pukal

Assalam

Hampir 2 minggu tak update berat dekat blog. Belum putus asa lagi, masih meneruskan atkin's diet y syoorga tu. Diet tapi bole makan banyak-banyak memang la aku suka kan.

Scroll jela tengok berat 2 minggu ni

Ni berat selepas naik 0.8kg tu....fuhhh!!nasib turun sikit

Dan y ni latest pagi tadi timbang...wehuuuu

Aku ada baca blog Adik Zul pasal Plateau. Maksudnye diet sungguh2 tapi segram pon payah nak turun jadi jawapannye start buat balik induction. Macam kes aku aritu y naik mencanak2 balik tu esoknye aku try balik buat induction. Dan minggu depan timbang turun balik 0.8 kg

Aku dalam kategori rendah metabolisma, nak increase metabolisma tu caranye dengan bersenam tapi aku kan malas sangat jadinye selain bersenam tu bola juga minun air kosong 3-4 gelas sebelum mula makan utk meningkatkan tahap metabolisma badan kita. Itu yang aku baca dekat blog Adik Zul ni la.

Kalau korang rasa nak follow diet atkin's ni bola la jenguk2 blog dia. Banyak dia share pasal menu atkin's, pasal air macam2 lagi. Siap korang bola tanya dia soklan pasal menu2 y korang ambil.

**Klu aku rajin cam Jue Rayyan y salu p gym tu pasti berkilo2 sudah berat ku turn kan?kan?kan?**


Tuesday, July 19, 2011

Financial Problem...

Assalam

Nak meluahkan sesuatu...siapa tak suke baca luahan hati sesorang bole la click X tu!!

Lately ni mood blogging sungguh ke laut. Sangat2 tight dengan masalah keluarga, masalah diri sendri. Itu belum lagi masaalah dengan tempat keje lagi. Selalu cuti buat boss aku tarik muke 16'' dia dekat aku, belum lagi kawan2 yang memerli2...ok aku terima jer tapi selalu cuti aku bersebab walaupun emergency. Tak pernah aku mintak benda-benda tu jadi kat aku

Masalah kewangan la yang sangat2 buat aku pening kepala 2-3 bulan ni. Macam2 hal jadi, sekejap kereta breakdown, kejap lagi motor plak buat hal. Adey..pening kepala kalau masalaah datang bertimpa-timpa...ibarat jatuh ditimpa tangga. Nasib la sakit pening ada hospital panel, kalau tak menggaru jugak la laki bini nak mencarik duit kalau anak sakit.

Kewangan memang menjerat kami sekarang ni. Bak kata lagu Salleh Yaakub tu, gali lubang tutup lubang buat hutang bayar hutang..wakakaka!! Sampai kan pernah en husband nak jual rayban yang dia sayang dekat cash and converter tapi tak sampai hati bini dia nak proceed ke yes!! Sungguh desperate kan??Kalau dah jual nak beli balik macam tak mampu kan...jadi nanti-nanti dulu la aku cakap. Series memang tak sampai hati sebenarnye.

Sekarang ni ape yang bole kami buat adalah berjimat cermat sehabis baik. Plan nak kesana-sini semua hold dulu kasi kewangan stabil balik. Hujung minggu membatukan diri dekat rumah tapi kekadang tak tahan keluar jugak ambil angin bawak Qaid pergi floria..kehkeh

**Sangat penat menahan diri sopping2, makan2, baju bajan n etc..huwaaaa**

Tuesday, July 12, 2011

Durian Oh Durian...Kau Sgt Sedap Tapiiii

Assalam

Sedey nye....semalam belasah durian sebijik secara solo. Aku memang hantu durian. Masa pregnant tahun lepas memang aku kenyang durian..pagi makan durian lunch dengan durian malam2 pon makan durian lagi. Suami aku geleng kepala je tengok bini dia membaham durian dengan rakusnye...kate orang mengandung kan?? Y best en suami siap2 kopek untuk bini dia makan.

And today aku post dekat PD50H tanya pasal carbo dan juga cal durian.....kedua-duanya mempunyai nilai carbo and cal y tinggi and guess wuttt???

2 ulas durian = sepinggan nasi ok

Sekarang rasa nak jolok je tekak kasi kluar balik durian semalam. Aku makan lebih kurang 10-12 ulas camtu (sebijik). Kat umah ada lagi plak tu..x bole jadik ni.

**nyesal takde gunanye**


Friday, July 8, 2011

Rambling Friday

Assalam


Sekarang kalau pergi makan luar Qaid dah bole duduk dekat baby chair. Kalau pergi makan tu mata melilau carik baby chair, konfem ada baru bole makan dekat situ. Ni semalam Qaid makan dekat Pak Li Kopitiam Giant Kemuning Utama. Semalam survey dekat Giant babychair range harga dalam Rm 70-Rm 100 tapi hati sudah terpikat dengan babychair Ikea y tengah jual murah tu. Plan ahad nak ke kenduri kahwin dekat Kelana Jaya bole ler lepas tu ke Ikea.

Umpan dengan beskot seketul diam la dia tapi lame-lame boring mengacau gak orang makan. Qaid da bole makan biskut sekarang. Aku beli kan dia biskut Jejari Heinz dengan Milna sekotak. Laju jugak tengok dia makan.Jangan kata biskut even keropok lekor pon dia nak jugak. Bagi la sikit je buat rasa-rasa. Tengok la tu asyik betul dia dia menghisap biskut tu.

Wednesday, July 6, 2011

PD50H- Timbang Minggu Ke 3 (Berat Naik)

Assalam
Yes...naik 800g

Ahaa...betul ape y anda saksikan tu. minggu lepas naik berat. Ada chance lagi 2 kali pastu kalu terkeluar la aku dari PDH50 ni.Baru happy2 dan semangat berat turun, minggu ni naik pulak

Meh aku buat postmoterm tentang kenaikan last week...

Nasi 2 kali makan dalam minggu lepas...nasi berlaukan cencaluk dengan homemade nasi lemak!! Harus la bukan sepinggan je aku telan

Goodies yang maha banyak dari kenduri kazen aku...kerepek pisang la, kerepek ubi ler pastu kerepek2 berasaskan tepung siap dengan apollo pastu air kotak. Mana nak dapat maintain carbo 20g sehari kalau da makan macam naga lapar kan?? Bersenam jangan harap lerr..langsung nan ado kan

Kurang minum air minggu lepas. Tak dapat maintain 2l pon rasenya sehari SEBAB aku minum air milo 4-5 kali last week. Best tak diet aku???Sempoi kan sampai naik 800g

Salah waktu timbang....Masa timbang semalam tu petang pastu aku tahan nak buang air kecil...jadi tu dikira kepada penyumbangan berat badan!! Aci tak??Aci lerrr..patut timbang waktu pagi. Ada jer orang timbang selepas membuang kurang 1kg

Well..itu la kot faktor2 kenaikan aku last week. Aku mcm suprise jugak la biler timbang2 pastu naik tapi melantak tak ingat jadi terima la padahnye kan. Ok..minggu ni cube control sikit, tak mau la keluar awal. Diet sorang2 tak bes, mesti tak berjaya nanti..kui kui

**Till then**

Mengimbau Memory...Rabu Entry Pendek

Assalam

**Ahaa..payah benor nak buat L-O-V-E**

Tuesday, July 5, 2011

Budak Demam

Assalam

Budak kurang sihat yang kemaruk nak berdiri saje


Siannye anak mama ni..demam melanda. Sebenarnye bukan la demam y kuat tu sangat,selsema batuk pun takde cuma badan dia hangat-hangat camtu la. Orang kata dedar-dedar saje (sungguh tak tahu istilah ni, ada anak baru tahu perkataan ni).

Tiap kali masuk bulan baru qaid memang badan dia akan jadi suam-suam sikit. Dah perasaan 2-3 bulan camtu la dia. Orang-orang tua selalu kaitkan dengan alih bulan (peralihan bulan) dengan nak membesar, nak pandai..hehe. Ape yang awak nak pandai tu yer Qaid??

**Mungkin kah dia nak bergigi..wait n see saje**

Monday, July 4, 2011

Naluri

Assalam

Naluri seorang ibu tu kuat dan tepat kan selalu nye...mungkin!!

Masa awal pregnant aritu aku konfem sangat2 baby yang aku bawak kehulu kehilir adalah baby boy and husban kata girl sebab gen perempuan keluarga aku. Aku jarang buat ultrasound baby (sebulan sekali tu nak kira jarang ke?) kalau buat pon mesti tak nampak jantina dia. Bile sampai masa nak buat 3D/4D scan dengan Vision aku siap bole tanya dengan en husband tekaan dia ape. Dia tetap kata girl..ok let see the result.

Tekaan aku la tepat tentang jantina ni..hehe memang sedari awal session scan tu dia dah tunjuk dia baby boy. En husband konon speechless la biler tengok 'pistol' baby time tu. Macam dia nak cakap..owhhh silap kot!!hehe...nak lawan dengan mak y mengadungkan baby memang kalah la.

Dan sekarang pon selalu nye aku macam tercakap dalam hati macam...qaid ni nak merangkak dah kot. Esok2 lusa tengok betol pon dia merangkak. Tak tahu la tu satu naluri ke atau kebetulan saje.

**Emak tetap emak**

Saturday, July 2, 2011

Apa....Pn Farhana Nak Belajar Makeup???

Assalam

Wah..macam bagus je tittle tapi memang betul la. Saje la nak belajar cara nak merias diri since aku minat tengok orang cantik pakai makeup.

Tu pun belajar dengan Ex-Bridal mase kahwin dulu tapi belajar dengan adik dia..kakak dia bz sokmo. Tak sabar rasenya tapi date pon tak decide lagi sebenarnya.

**Suke2 dapat belajar benda yang kita minat**