Click Sini

Thursday, November 11, 2010

Tinggal Sebulan Lebih

Salam All

Sebenarnya aku baru je tengok vcd Lagenda Budak Setan tue...ketinggalan keretapi kan?Ha ha...ape nak buat, tak sempat nak catch up dekat pawagam aritue. Menonton cd adalah hobi terbaru sebab dah kurang rajin nak ke pawagam untuk menonton.Pinggang sakit duduk lame-lame.

Bukan nak citer pasal hobi terbaru ni tapi nak citer pasal ending citer tu. Korang mesti tau kan ending dia yang mane Ayu tu meninggal masa deliver baby dorang. Adohai..tetibe plak suami aku bagi comment kalau dia kat tempat Kasyah time tu mesti dah terlepas baby tue dari tangan. Komen di FB dari seorang kawan juga buat aku beremosi kejap, katenya proses melahirkan antara hidup dan mati umpama nyawa dihujung tanduk.

Ya ALLAH...series aku jadi cuak bile tinggal sebulan je ni. Kot la perjalanan hidup aku takat tue je, kasihan la en suami membesarkan anak sorang-sorang. Tak dapat tengok dia membesar.Tak dapat dengar anak aku panggil aku mama.Kalau dah tertulis setakat itu je perjalanan hidup aku, siapa la aku nak meminta-minta walaupon masih belum bersedia.

** Series....dalam emosi yang kurang stabil. Semoga dipermudahkan segalanye**