Click Sini

Friday, October 29, 2010

Darah Tinggi Ke Aku??

Salam All

Hujung-hujung kehamilan pulak penyakit datang, baru jek dapat call dari Nurse KK yang salalu saya p checkup tu suruh datang selasa ini nak refer dekat Doc sebab BP saya ada naik tu kan.

Sekarang saya jadi seram-seram sejuk nih...kemungkinan warded / bersalin awal adalah sangat tinggi yer kawan-kawan. Alamak...!!

**Harap-harap tak ada apa-apa la yer..please pray 4 me**

Thursday, October 28, 2010

Checkup & W/house Sale

Salam All

Tobat aku nak minum nescafe lagi...gara-gara minum nescafe maybe sebelum check-up semalam buat darah aku naik tinggi. Nurse pon tak pasti sebab musabab darah aku boleh naik tinggi camtu, biler dia tanya-tanya baru aku teringat y aku ada minum nescafe SAHAJA pagi tu sebelum pergi checkup.

Merasa la dok bertapa dekat klinik kesihatan tu 2 jam untuk pastikan tekanan darah tue betul-betul tinggi atau sebaliknya. 2 kali ambil tekanan darah result 130/90..over the border!! Nasib la kali ketiga turun 120/80 dan boleh balik. Kalau tak, confirm hari ni kena datang balik ambil tekanan dan sila la ready beg untuk ke GH nurse tu kate.

Nurse suruh banyak-banyak rehat sebab kaki ada bengkak sikit tapi ini momy sangat degil...depan Nurse kata okey tapi masuk je dalam kereta dah terpikir idea sopping dekat warehouse sale stadium Melawati Shah Alam. Start semalam sampai ahad ni. Macam-macam brand ada tapi for baby apparel sangat limited cuma ada brand tollyjoy jek tapi ternyata sangat berbaloi-baloi. Sempat jugak la sopping sikit-sikit untuk baby.

**Walaupon GUESS handbeg sale smpai 40%-60% ternyata baju baby jugak y sumbat dalam beg sopping..hu hu**

Tuesday, October 26, 2010

Tak Suka Ari Nie


Salam All

Arini dalam mood yang sangat-sangatttttttt tak bes..

B.A.D.M.O.O.D



Kenapa???Ingat nak jadi momy yang cool salu tapi kekadang enviroment keje ni memaksa terpaksa dipaksa...sume ayat-ayat terpaksa la buat aku jadi tak cool!!



Ditambah lagi dengan bengkak kaki y tetiba besar sampai kasut / selipar kat ofis tak muat seketika...Nasib bawak minyak panas, boleh lumur-lumur sikit kat kaki.



Sakit belakang y menyucuk-nyucuk pedih....owh!!!derita nya ari ni



Perut saya sakit lorr...nape eh??2-3 ari ni perasan sakit perut datang biler bangun tido pastu sambung sampai ke ofis...sudah mahu keluar ke ini anak?? Jangan dulu yer sayang...ikut date okey!!



**Maka tiada entry y nak dishare bersama!! Harap esok akan lebih baik dari hari ini**

Monday, October 25, 2010

Tentang Pengasuh Anak

Salam All

Satu petang nih aku terpikir..bukan la sepetang, sebenarnya adalah sehari tuh aku dok pikir-pikir sape lah nak jaga my baby esok bile mana aku dah start kena keja lepas pantang. Nak resign macam imposible pulak.Nursery....maaf memang aku akan letak dalam senarai terakhir pencarian.

Ada orang gelak kan aku, katenya aku fikir terlalu jauh, perkara yang masih belum nyata dan masih jauh 3-4 bulan lagi akan berlaku dah kepochi semacam. Hello....aku fikir ini satu perkara penting okey. Nak cari orang y kita boleh percaya, yang kita sendiri tak ragu-ragu bila nak tinggalkan anak kita dengan orang lain bukan perkara mudah. Aku tak nak last minit esok, masih dalam pantang baru terkedek-kedek nak carik pengasuh..confirm time tu aku main sebat je, asal ada orang kata nanti.

Bukan senang nak carik pengasuh, yang betul-betul meet dengan kriteria y kita cari. Aku plak bukan la type y cerewet sangat, kurang-kurang macam ni lah y aku dok fikir-fikir mase nak carik Mama no 2 dia.

Of kos la orangnye aku kenal...Lagi bes kalau jiran-jiran setaman dengan aku y dah kenal dekat 17 tahun. kalau balik keja lambat pon boleh mintak tolong mak / adik amik dulu. Aku pon tak mau la susahkan orang tue, dia pon mesti nak rehat-rehat waktu petang.

Penyayang / suka budak-budak...8++ jam tuh aku nak tinggalkn dia dengan orang lain. Kalau tak sayang banyak-banyak pon kurang-kurang hargailah dia sebagai anak kecil yang tak tau erti hidup lagi...please jangan dera anak saya!!

Yang suka kebersihan...bukan la kata kena perfect sangat dalam bab nih tapi kalau tengok umah pengasuh dah macam Titanic karam tak yah lah. Risiko untuk baby jugak dan bonus juga kalau dia tak bela haiwan peliharaan y jenis dok dalam umah bersama-sama.

Aku tak kisah kalau pengasuh tu jaga lebih dari sorang budak dalam masa y sama tapi kena lah pandai-pandai asuh dorang. Kalau bole jangan la beza-bezakan dorang. Sayang sama-sama okey.

Harap-harap pengasuh tue bukan la kaki merayau-rayau, mak minah internet ke..y suka jalan-jalan rumah orang tinggalkan budak-budak terkontang-kanting kat umah. Bahaya weh...kot iya pon nak berjalan sila la bawak anak-anak asuhan mu itu sebab itu sume dah jadi tangunggjawab pengasuh.

Bonus kalau pengasuh tue dapat ajar pengetahuan baru kat anak aku. Tapi insyallah, itu inisiatif aku sendri..y ini aku sendri masih zero dalam perkembangan awal kanak-kanak. Aku kena cari kaedah nya dulu mungkin nanti bole share dengan pengasuh tue.

See....ringkas je permintaan aku. Aku sekadar mencuba nasib dengan jiran belakang umah merangkap bes fren aku...saje la text dia bertanya-tanya kalau mak dia sanggup nak jaga anak aku. Yang aku tau mak dia cuma jaga sepasang cucu sendiri y dah berumur lebih kurang 3 tahun dengan 2 tahun jek.

**Alhamdulilah....kira settle satu masalah bile dengar jawapan positif mak Nina. Harap-harap jadi la yerr...senang hati bile nak keluar kerja**

Thursday, October 21, 2010

I Luv My Mum..:)

Salam All

Aku kire bertuah...bukan la manja mengada-ngada tak bertempat.Aku duduk dengan emak aku, emak aku pon keje tapi time keje dia lebih awal pergi keje dan balik awal of kos la.

Chemistry aku dengan mak agak kuat jugak. Aku jarang request suruh mak masak tue, masak nie. Yerla..mak aku pon keje, patutnye aku la y jadi tukang masak dia kan tapi selalu adalah terbalik. Tau-tau jela keinginan orang-orang pregnant nie..kadang-kadang bole jadi lain macam.

Teringin makan ubi goreng..tup2 aku balik keje tengok mak aku tengah basuh ubi nak goreng katenya walhal aku tak penah cakap pon aku nak makan ubi.

Teringin sangat nak makan pengat...cakap kat mak aku tetibe dia pon cakap dah 2-3 ari ni dia asik terbayang pengat pisang tapi kat kedai tak ada pisang jadi dia hold dulu la...see magic cam magika kan??

Feveret lauk ahli keluarga umah aku adalah ayam...bole dikatakan ayam ari ni, esok ayam, esok lagi ayam pon dorang tak boring. Kalau ada ayam baru selera makan dorang. Last week, 4 ari berturut-turut makan ayam. Tekak aku dah teringin makan sambal ikan bilis ingat balik keja tue kalau mak masak ayam lagi memang aku cari ikan bilis kat kedai.Balik keje bukak tudung saji tengok...sambal ikan bilis semangkuk dah siap.

**Saya sayang mak saya... :-)**

Sape Nak Hadiah Free Dari Paris?

Salam All
Eifel Tower Give Away

1st time join contest/giveaway dan telah di tag oleh Yanie. Tq yerr. Sedang merajinkan diri untuk membuat entry ini.

Nak join senang jer..

Mari ramai-ramai click kat blog Tuan Empunya contest nih. Senang jer syarat-syarat penyertaan contest nih

1. Jadi Follower.

2. Buat entry pasal giveaway nih.

3.Jgn lupa letakan gambar giveaway ni kat side bar blog korang & tingalkan jejak kat blog tuan empunya contest okey.

4. Tag 3 orang kawan untuk sama-sama memeriahkan contest nih.

Kree

Marina

Rdna

Kalau ada rezeki menang kira rezeki baby la..nak p ke PARIS tue tah tahun2 biler la kan.

Chenta Hati Ku

Salam All

Gumbira rase hati dah dapat tengok baby.Semalam appoitment dengan Vission Colleage sangattt la puas hati.Even terlambat sikit sebab kami lost...aku la punca kesesatan barat tue.Habis satu Kelana Jaya tue kami main pusing-pusing.Korang bayang la, salin no fon salah, address tak ada..mau tak hangin suamiku itu. Ampun suami.Luckily Vision tu call untuk tanya appoitment jadi ke tak,kalau tak memang kami dah patah balik umah la jawabnye.

Sampai terus isi form..ingatkn nak buat detail scan tapi dah terlewat..mase terbaik adalah sekitar 19-22 minggu so aku scan 3D/4D saja lah.Sonografpher pompuan so tak lah malu sangat kan.Tapi baby semalam tido dengan lena, puas dah kami kacau-kacau dia,habis perut aku digegar2 tapi dia maintain cool jek kat dalam tue,siap tutup muka lagi.Last2 si tukang tilik tu giveup,suh aku p jalan-jalan makan-makan dulu kasi baby bangun....kelakar pon ada. Yang penting muke suami y macam Ah Long tak dapat kutip hutang gara-gara bengang dengan aku terus jadi smilling face...itu aku suka sangat-sangat.

Tengah-tengah minum tu aku ada rase dia gerak-gerak,terus suruh suami makan cepat-cepat n masuk scan balik.Sangat puas hati akhirnya dapat tengok muka chubby baby, dapat tengok gender dia sekali.......waaaa tembam cam i okey muke dia.Alhamdulilah dapat jugak menatap muke si kecik tue.Overall puas hati la dengan Vision tue, RM 90+CD dan dia scan dalam 45 minit camtu.Tengok jugak kerjasama dari baby.Kena macam kes aku semalam dekat sejam juga kena belek-belek.

**So, apakah jantina dia?????korang teka la....will inform and upload pic later okey**

Tuesday, October 19, 2010

YA Pada Coklat

Salam All

Coklat memang faveret aku, aku rase semua orang la mengemari coklat.Tak kira la coklat murah ke, coklat mahal ke pasti rasenya tak jauh beza kan?Aku beli Pa&Ma keluaran Nov dan ada citer pasal coklat ni.

So, aku hurai sikit2 info y diberi...

Acid Phenylethylamine y ada dlm coklat dikenal pasti dapt mententeramkn emosi sementara karbohidrat dlm coklat pula dpt merangsang otak untuk fungsi kegembiraan dan ketenangan.

Coklat susu mengandungi lebih protien drpd sebji pisang,sebatang lobak, sebiji oren/epal dan juga kismis dalam nisbah berat y sama.

Coklat bukan penyebab kegemukan seperti y digembar gemburkan.Faktor kegemukan adalah dari diet y tak seimbang dan makan secara berlebihan.Coklat juga mengandungi bahan-bahan anti kerosakan gigi, jadinya kenyataan coklat boleh merosakan gigi adalah tidak benar sama sekali.

Korang tahu tak, minuman berasaskn koko mengandungi kafein y lebih rendah berbanding air gas, air teh dan kopi.

Antara kelebihan Coklat

-Membantu meningkatkn daya hafalan dan memori...salu amik coklat bile nak exam dulu2
-Melambatkan proses penuaan...bagus ni!!
-Memulihkan saraf y letih dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
-Menajamkan mata dan minda...sangat bagus!!


**Cume nye jgn diambil terlalu berlebihan, yang pasti berlebihan tu yang mengundang penyakit..lanjutan bole selak majalah Pa&Ma okey**

Monday, October 18, 2010

20102010

SALAM ALL

Jumpa lagi di isnin y indah...saje nak kasi mind set aku berubah dari isnin y blur ke isnin y indah.Tak ada citer actually tapi nak share dengan korang y aku tersangatttt la tak sabar nak tunggu rabu nih, 20102010 nsib appoitment masa bukan pukul 2010 yerr!!

Ada apa???

Aku ada date dengan Vission Colleage untuk scan 3D/4D..harus la eksited kan??Tapi kan, perasaan sedikit gusar+gembira+macam-macam perasan bercampur baur.Ye la,1st time weh dpt tengok chenta hati.Dan kalau la masa scan tue dijalankan, dorang dapat detect kekurangan fizikal pada bayi, macamane la perasan aku n suami...nauzubillah!! Bukan semua orang bernasib baik tapi aku cuma berharap dan terus berdoa agar ALLAH mengurniakan aku zuriat y soleh dan soleha, sempurna fizikal dan mental


**Doakan aku kawan-kawan**

Friday, October 15, 2010

Entry Jiwang Untuk En Suami

SALAM ALL
Chenta Hati ku





Tomorrow is Hubby's special day...Alhamdulilah.Sudah tua rupenya sayang orang nih..Sejak 2 menjak nih en. suami banyak touching kn hati aku







en. suami : awk tabung org kat ofis x bole bukak la??



aku: haa..awk ada tabung ke??letak kat ofis??



en suami : letak dlm drawer knci, hmpir2 nak penuh dah..sok dah penuh hantar kat counter suh kire



aku:speechless...(malu weh, laki aku ada tabung, aku nan ado??)







aku : sok nak beranak kat mane awk??p serdang je la @ sg. buloh jek



en suami : jauh tue..nt beranak dlm keta cmne?kt carik area shah alam jek..



aku : awk tau bape riban kena spend klu nk ke private??atleast 5k..ado?



en suami : insyallah...lain la klu terpksa jugak kena p Gov sb ada case



aku : terdiam...(nangis syahdu dlm hati)







en suami : awk org tukar turn kutu bln 10 nih tau!!



aku :lorr..nape??kan sedang elok time raye dpt kutu..bole sopping bla..bla..bla



en suami : bole kt sopping tok baby bulan 10 nih.harap kt gaji tkut x ckup jek!!



aku :owhhh...(malu sendri weh!!dia penting kn baby dia dari diri sendri)







**Maaf..aku ter'emo' sikit pastu hapdet jiwang2 pasal laki sendri...sumpah xde niat nak show off ye kawan**



Thursday, October 14, 2010

Digital Camera

Salam All

Suami saya bercita-cita sudah mahu grab this camera....

Canon 1000D KIT EFS 18-55mm..refer sini
Tak ade hangin,tak ada ribut tetiba plak terbekenan dengan gadget nih.Aku seperti mahu pengsan bile dia cakap siap dah survey harga lagi.Seperti confirmed je bunyi nye nak beli walhal bergambar bukan suke pon.Ape motif nak beli??Lain la aku nih..memang bercita-cita nak beli tp tah zaman bile-bile la kan baru dapat.
**Tak terkata lah...he he**




Wednesday, October 13, 2010

Air Selusuh Dan Set Selepas Bersalin

Salam All

Aku selama ari ni confident badak jer pasal air selusuh tue..ingat kan air selusuh tu air daripada rebusan akar-akar kayu y confirmed pahit maung tu rasenya...see terserlah kebodohan sumbong aku di situ walhal klu google je terus dapat jawapan.
Lepas borak-borak dengan kawan y duenya Nov ni baru lah tau air selusuh tu ape..air selusuh tu air y dibaca dengan ayat-ayat tertentu untuk membantu dalam kelancaran proses bersalin..terasa mahu tepuk-tepuk jer kepala sendri okey. Terasa diri amat jahil sekejap..:)
Pasal set bersalin pulak, nak mintak la pendapat dari para blogger sekalian, set ape ya korang pakai dan terasa best lepas tue nak share dengan saya? Dari review aku, aku nak try la set bersalin dari Amway.Cube refer entry Xeea, dia pon pakai produk ni jugak.So far dapat harga RM 290/set siap dengan bengkung sekali.Mahal ek...tp kalau beli dari web ni dapat harga RM 265 dan boleh korang tengok jugak produk lain siap dengan harga sekali.
**Mari-mari share dengan aku produk ape y korang pakai..tq**









Monday, October 11, 2010

Salam All



Masuk minggu ke 30 ari ni. Saya nerves sudah,tinggal lebih kurang +- 10 minggu je lagi.Rase perut pon dah padat semacam. Dah rase baby tu guling2 bersuke ria kat dalam dengan kerap. Mugkin ruang untuk dia makin kecik.



Scan haritu show berat baby baru 1.4 kg jer. Memang ramai tegur perut kecik sampai doc panel ofis aku cakap perut macam baru 3 bulan.Tak bermakna perut kecil, baby pon kecil jugak...jiran aku tue perut kecil gak tapi keluar baby dia 3.2 kg.Semangat dan gebus.So far doc kata baby ikut tumbesaran so it's ok la 4 me..nothing to worried.



EDD aku adalah pada 14/12/2010,sedang cuti sekolah tue. Semalam en suami ada jugak tanya2 nak pantang mane?Since cuti sekolah,mak dia adalah free sangat2 dan rumah dia takde tangga2 bagai,senang utk aku katenya.Tapi aku prefer berpantang dekat umah mak sendri.Bukan ape, lebih selesa la aku rase, nak makan, nak masak sendri dekat rumah mak aku.



Lagi pulak,mak mertua jaga cucu dia y usia setahun sekarang,takan aku nak tambah2 beban orang tua tu plak. Tgok dia jaga y sorang tu pon aku dah kesian, nih nak tambah2 plak.Penat orang tua tue nanti.



Terpaksa ke,dipaksa ke..aku tetap akan berpantang dekat shah alam je..biarla pon duduk bilik atas macam penjara.Nanti nak racun suami pasang ASTRO dekat tibi dalam bilik..lgpon sejuk sikit bilik sendri ada aircond sume...(drama betul la mak buyong sorang ni)



**Sebenarnye..lau pantang sorang2 kat melaka x bes!!x dapat nak buli2 en suami jadi pak guard malam2,biar dia rase pengalaman bangun malam2 bile anak tetibe melalak x tau ape sebab..bole gitu?**

Sunday, October 10, 2010

Berkampung Di TH Kelana Jaya

Kegemukan Kami...


Mamas,mumy,ayah n k.long...


Mak buyong y letih dahhh....


Salam All



1st of all...layan gambar2 dulu!!penat giler2 arini!!Arini 10/1o/10 jugak wehh....nice date kan??

Semalam adalah hari berkampung di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, menghantar ayah y sudah sampai seru menunaikan fardu haji.Dorang bertolak dari Melaka lepas Isyak, sampai dekat Tol Seafield pukul 10 30 malam...see awal giler kan??Tak ape...baik awal dari terlewat kan?

Lapor diri pukul 7 30 pagi,penerbangan pertama untuk 10/10/10 adalah pada jam 11 30 pagi...maka korang bayangkn la semalaman mak buyong nih berkampung dekat sane.Pinggang sakit tak payah cakap lorr...menyucuk2 perit!Dari satu lokasi ke satu lokasi port lepak kami try...nasib bawak cik lappy together2 so tak la boring sangat!

Macam2 gelagat bakal2 haji y sempat aku tgok...ada y kata takut,y msih belum bersedia, tak kurang jugak y nmpk cool tp hati dup dap katenya,y ber wheelchair pon ramai aku tgok...iyalah kan,nak jadi tetamu rumah ALLAH y agung tu bukan senang,fizikal mental kena ready.Ayah aku plk...x macam bakal haji pon,sempoi jek...beg pon cenonet jek. Dia kata nak sopping baju pak arab byk2 kat sane, jd x payah la bawak beg sarat2.

Drama air mata tu biasa la kan...lepas2 register dan amik tag beg kena plak lapor diri dalam bangunan kelana jaya tuh.Waris dilarang masuk!!kiri kanan depan belakang aku berlaku la drama air mata..ktorng tergolong la sekali padahal orang tue nak p buat amal ibadat,bukan berperang pon.Y nangis banyak mak mertua la...kawan gaduh dia tak ada sebulan!!ktorang rilek jer...tak ada air2 mata ni (tipu...tisu sorang sekeping tue).Macam2 pesan kat ayah mntak dia doakan kebaikan kami sekeluarga...tok bakal cucu dia ni.Mugkin dah sampai Jeddah kot sekarang nih.

**Doakn ayah selamat pergi dan selamat pulang..semoga mendapat haji y mabrur...dipermudahkan urusan di sana..amin**

Saturday, October 9, 2010

Emo Di Pagi Hari

Salam All

Hurmm..pagi y penuh drama la ari sabtu ni dan yang paling2 rase ralat sekali adalah....nak ckp ke??

Suami ada event pagi ni dan dah siap2 seawal 6 45 pagi bertolak p cheras...smpai2 highway KESAS nk isi myk mtor y dah memang E dari rumah tadi tgok2 kunci mnyk tu xde!!Apelagi...pagi2 aku dah kena bebel dgn suami walhal y pkai mtor tue adik2 aku..yer la, takan plk dia nak marah adik2 aku plk kan!!

Mematah balik ke rumah nak naik keta p ofis maka dgn aku2 sekali la kena hangkut ke ofis awal jawabnye...bersiap pon ala kadar jerr,T-shirt pon rembat je mne y tak kedut dan seluar.....aku pkai JEANS ok pagi ni!!satu2 nye seluar y x perlu di gosok.

7 bulan pregnant sarong jeans...bkn jeans mengandong okey tp jeans terakhir y dibeli sebelum kahwin dulu!!memang x dpt maafkn diri sendri lau ada apa2 jd kat bb!!hu hu...nyesal sgt2, org kata x elok pkai jeans/pakaian ketat2 mase2 ni.Adik aku sendri ada masalh dgn baby second dia bile kaki bb agak senget ke dalam gara2 kerap memakai seluar mase pregnant..(pendapat Doc).Alhamdulilah sekarang dah ok...hu hu

**So sekarng ni dlm ofis,duduk je diam2 menghitung waktu nak balik..tkut nk gerak byk2...I'm so soryyyyy baby if u x selesa sgt2 kat dlm tue**

Thursday, October 7, 2010

Pangilan Haji...:)

Salam All

Esok aku cuti sehari sb family en suami buat kenduri kesyukuran, Ayah bakal berangkat ke tanah suci Mekah pada 10/10/2010 ni. Seronoknye dapat peluang menunaikan haji...insyallah 1 ari nanti kalau berkemampuan mari la kita bersama2 ke sana..:)

Rezeki ayah murah sebab dapat banyak tajaan..Alhamdulilah!!(bukan niat nak bermegah2 yer kawan2 semua)

So, nak tanye la pada mumy sekalian,selalu la kan kalau orang pegi haji ni selain dari Air Zam Zam n segala bagai makanan tue, korang tahu apa2 ubatan ke, herba ke y bersangkut paut dgn perihal orang2 mengandong nih y ada kat sane je, Msia xde (aku pon naik pening dengan soklan aku).

Contoh aku penah dengar orang kirim akar kayu fatimah (maaf,kurang jelas sgt dgn nama dia).

Atau ada apa2 y korang nak share dengan aku??please....

Wednesday, October 6, 2010

Button LIKE FB

Salam All

Sudah berjaya membuat button LIKE FB tunjuk ajar dari Ceeramoon .Sape2 nak buat boleh refer tutorial dia eh

29 Weeks ++

Salam All





Mari scroll ke bawah


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*




Tgok tue...dah 29 weeks ++ tp aku beserta en suami slumber badak dinasour x wat prepration tok sambut orang baru...series!!x tipu..hatta sepasang baju tok baby pon x carik lagi.

Bukan bermakna tak xcited @ x gembira nak dapat baby tp sila salahkn en suami sy yer sb dia la y suke tangguh2 urusan sopping baby nie.Ni ayt dia tiap kali aku tanya okey..

aku : awk biler nk start sopping?(mase 5 bulan)

en suami: awal lagi nie

aku :dah bole start kot sopping nie?(mase 6 bulan msuk 7 bulan)

en suami : bole ke sopping dah??kakak2 kat ofs orang ckp jgn sopping awal2..last mnit skit pon xpe

Aku adalah bengang dgn jawapan en suami...dia jnji pas detail scan 3D/4D trs p sopping utk anak sayang dia nih.Dah dpt appoitment dgn Vision Colleage pada 20/10/2010 (cntik plak date ni) pukul 4 ptg.Ramai juga di kalangan blogger y pergi sane utk wat scan n sgt2 puas ati.

So baby...dont blame us okey!!Harap2 tiba hari nanti awk bg kerjasama yer mase scan tue, bole la mumy p sopping samada nk beli kaler pink @ biru yerr..nt awk jgn malu2 okey dan kami x sabar okey nak tgok awk y sgt active kat dlm tue.

**Mood --->sgt tak sabar tngu 20/10/2010**


Monday, October 4, 2010

Queen Control

Salam All


Ada orang gelar aku Q.C...aku pon blurr gak!!QC ape plak nih..aku bkn keje QC Department pon..cam hampeh je org ni!!


Aku dok terpk2 ape mkne Q.C tue smbil cube adjust2 ayat y mamat sengal dok kasi kat aku..upenya Q.C tu maknenya QUEEN CONTROL....dalam hati memang aku dah sumpah seranah mamat 2 ekor y sengal ni..sorang bujang, sorang lagi dah beranak 2.


Hahhh...lantak la ape korang nak cakap @ gelar pon!!sikit pon x heran (tipu...aku touching okey).Aku kan sayang suami aku, takat korang nak bawak dia bersiar2 p uptown,downtown, msuk pusing2 K.L dia x heran kott!!


Pada si bujang...


Ko lum kahwin kan??sok ko dah kawen ko tau la nsib ko yer!!Aku doakn ko cepat2 bertemu jodoh yer baru ko tau cmne idup berumah tangga okey.Jgn nk bongkak sgt dgn life freedom ko tue pastu perli2 suami2 org!!


Pada suami orang beranak 2...


Aku takjub la weh..isteri ko sporting gilerr tp batter ko check blik,ikhlas ke tak dia izin ko kuar tue @ semata2 mls nak bertekak dgn ko sb hal2 remeh tue.Aku percaya isteri ko tue sporting 'sangat' tp dlm2 sporting tue baik ko jage2 ok!!kang ko merambu dgn kawan2, dia pon sibk merambu jgak baru padan muke ko, time tu baru ko tau nyesal!!


To Luvly suami...


Tq sebab jadi suami y baik 'so far'..he he!!

**Ermm..sape x sayang laki wehh**

Friday, October 1, 2010

Chinta-Slot Akasia

Salam AllCerita baru y menghiasi slot Akasia
Korang dah penah layan citer nie???Nak tgok sinopsis or d/load citer bole clik sini
Dalam zaman sekarang ada jugak mnusia berperangai binatang cam abg dia eh??Realiti kehidupan aku, x penah la aku dengar atau jumpe abang jual adik, kakak ke atau darah daging dorang!!Klu jumpe...tau la nsib ko wahai hantu.Mari kita rejam same2.
Jaln citer mcm bes w/pon pelakonnye cik pasha..maka mari la kita layan sesema tgok ape ending dia.
**Tak benci cik pasha cume bukan fan dia..he he**