Click Sini

Thursday, June 30, 2011

7 Purnama

Assalam

Gula-gula hati kami dah berusia 7 bulan 1 hari. Sepatutnye enrty semalam tapi entah kenapa blogger asyik la error saje makan tak dapat la nak post. Makin cerdik, makin banyak ragam..iyalah bertambah usia kan cume satu jer, dia makin kurang minum susu. Badan dia ada sikit susut la. Risau hati mama la qaid. Nape tak mau minum susu??

Jom tengok candid dari Qaid..pandai dia ni posing2 depan camera. Asal nampak flash jer melebar senyum.


Pertama kali jatuh...sian la anak mama

Habit terbaru...suka streng kereta. Pastu jilat-jilat streng tu. Klu ditegah makin suka plk dia jilat-jilat.

Merangkak yang tak bape nak pandai tapi duduk da terror..acamano??

Suke bebel dah...ni tengah membebel la ni

Anak manja saya...air liur tak pernah berenti meleleh sampai arini.

Gambar kegemaran saya...mama siap buat profile picture di FB

Latest..Qaid n mama ke kenduri kahwin cousin mama


**Semoga Qaid sihat2 selalu. Jadi anak y soleh ye sayang**

Wednesday, June 29, 2011

Pemakanan Saya Sepanjang Minggu Lepas

Assalam

Suka diet Atkin's sebab bole makan dalam qty yang banyak. So far aku melayan je segala jenis makanan. Diet atkin's tak bole ambil carbo lebih dari 20g sehari yerr...20g saja karbo y bole diambil dalam sehari. Isnin-jumaat aku memang bole control makan tapi kalau masuk ari bercuti, sabtu ahad tu memang agak kelaut kekedang diet aku ni. Nafsu besar tengok nasi. Contoh nye semalam la, kami suami isteri bercuti. Tetibe plak dia request nak makan cencalok. Ku belasah je la buat cencalok style selangor gitu..penyudahnye aku sekali terbabas makan nasi panas dengan cencalok...panas je hati. Aku declare cheat day semalam sebab dah terbabas. So untuk minggu ini no more nasi ok!!

Selalu breakfast aku makan sosej je seketul 2 camtu n carik brand ramly sebab kadar carbo dalam sosej tu paling rendah la aku baca. Kekadang pon malas nak breakfast cume minum air je. Kalau bosan sosej aku makan telur goreng tapi tak selalu la sebab tinggi colestrol telur tu.

Lunch pulak aku makan lauk pauk je. Ayam goreng dengan sayur. Tauhu masak sambal dengan sayur. Ikan goreng dengan sayur. Ambil sayur tu lebih sikit biar rasa kenyang. Biler perut kenyang, tak terpikir pon nak makan nasi. Lagi satu tip untuk aku..aku ambil lauk pauk y pedas2 sikit. Baru selera nak makan. Kat sini susah nak dapat ikan bakar jadinye terpaksa jugak la ambil makanan bergoreng sikit2. Nak masak pepagi buta...saya bukan orang yang serajin itu!!

Dinner plak aku cume makan sup sayur 'bodo'..hehe mak aku suke2 bagi name sup bodo. Nape sup bodo?? Sebab semata-mata sayur dengan serbuk sup tu jer. Takde sebarang hidupan laut mahupun darat berenang2 dalam sup sayur tu ok..Walaupon kurengg jerr tapi layankan saja. Kekadang terliur gak tengok husband makan burger mintak sesuap dua dengan dia tapi roti tak makan la, ambil daging jer...huhu..apekah rasenya makan burger tanpa dressing salad n roti tu ehh..sedey tau!!

Nasi??? Sesudu dua ada gak la makan..mintak suami suap kan. Kang kalau makan sendri nanti x bole percaya. Dari sesudu dua bole jadi sepinggan dua plak. Untuk 2 weeks induction tak dibenarkan ambil buah-buahaan lagi so kita pasrah je la. Minum air kena banyak kalau tak cik sembelit plak datang payah nanti.

**Pola pemakanan aku minggu lepas. Sebab buang nasi turun jugak dalam 1kg++**


Rabu Tanpa Kata

Assalam

Aduhai la Qaid...Napa buat muka pelik camtu??

Monday, June 27, 2011

PD50H - Timbang Minggu Ke-2


Assalam
Sedikit penurunan...syukur

Aku follow diet atkin's la konon2 nye. Yes memang tinggal nasi minggu lepas. Pergi kenduri kena kutuk macam2 la sebab cume meratah lauk pauk je tapi ade aku kesahhh?? Yang kutuk ni bukan sedara2 aku tapi tah nenek tua mane y nyibuk pulak..xpe orang tua kan!! Abaikan saje...:)

**Y Penting berat da turun**

Friday, June 24, 2011

Diet Atkin's

Assalam


Diet Atkin's y konon saya tengah praktik. So sape nak join bole le baca2 gak. Aku pon baru je try dalam 3 hari camtu. Kita tengok eh kuat tak kuat la iman aku ni menepis nasi segala bagai makanan karbohidrat.


Ni copy pes dari FB PD50H yerr

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.

2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.

3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).

4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.

5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.

6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.

7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.

8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.

9. Mihun, mi biasa, pasta, spagetti, macaroni.

10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.

11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).

12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan???

Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahanapi terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda menghadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan keatas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.


**Aku punye Atkin's Menu hari2 adalah sosej, telur, tauhu dan sayur-sayur. Pusing2 tu jer. Nak siang ikan malas. Nak carik ayam ke kedai pon malas. Tapi aku memang suke sosej..tah kenapa tah..hikk**

Thursday, June 23, 2011

Walker


Assalam

Mencari Walker ni. Harga pon macam ok je...RM 149


BS Qaid request walker sebab Qaid da sgt aktif memanjat kerusi. Pernah sekali dua tergolek. Sian plk. Dari asyik tergolek2 bek letak je dalam walker. BS kata time masak je dia macam ada masalah sikit sebab tak ade yang tolong tengok. Time dia free dia salu biar Qaid explore rumah dia.

Ok la ni kan, atau ada walker y murah2 tapi cun camni do let me know okey mummies

**Nak carik walker pon pening**

Monday, June 20, 2011

Memoir Rambut Qaid

Assalam

Adegan sebabak sebelum Qaid botak..Jom layan picture y super duper basi. Ini pon korek-korek dalam hp sekali jumpa daa...maka di share ke sini lerr!!

Si Bolat..muka redha jerr

Sebelum kena tarah habis

Pakcik gunting rambut y sgt sporting

Pakcik Rehan tu baik sangat...Dia la y suruh amik gambar ni buat kenangan.

Ni gambar-gambar terakhir sebelom Qaid botak. Kedai gunting rambut ni dekat Pekan Alor Gajah. Murah ok klu gunting dengan dia..Rm 4 hengeet jerr. Tapi untuk Qaid Pakcik ni sedekah jer sebab 1st customer katenya.

Aku budget2 sedey la time tu..yela kan sayang okey dengan rambut pacak2 Qaid tu tapi rambut tu elok katenya dibuang so saya y menurut perintah je la.

**Sungguh lain muke Qaid dulu**

PD50H-Timbang Selepas 7 Hari Berdiet

Assalam


Selepas berdiet bermati-matian (matian la sgt kan) maka ini la hasilnye...padan muke!! Insyallah akan meneruskan lagi usaha murni ku itu!!

**Sedey**

Saturday, June 18, 2011

Tentang PD50H

Assalam

Join Program Diet 50 Hari memang banyak motivate aku. Selain dapat kenal kawan2 baru dan dah pandai kire calori seharian (pandai la sgt yerr....tg to myfitnesspal). Kalau harap aku y kire sendri sampai kiamat pon tak habis belajar formula..ngeeeeh3x

Dari Sehari ke sehari aku dah bole budget makanan y patut aku makan tapi selalunye malam zon merbahaya bagi aku sebab malam selu aku terlajak makan junk food. Apekan daya...kesedaran nak diet tu tinggi tapi kalau tengok makanan memang aku kalah lelagi junkfood ni. Berhantu okeyy.

Seronok diet kalau bersama-sama dengan kawan2 nie.. pastu hari timbangan pagi isnin rasenya macam masuk Program Biggest Loser gitu...seriau. Result timbangan wajib hantar pagi isnin...agagaga!! Rasenya aku kena workout sikit2 kot sebabnye aku memang dah lebih makan minggu ni. Kot nak rase jadi peserta paling awal terkeluar sila la langgar pantang larang banyak2..malu!!

**So korng kalu ade menu diet y healthy sila share dengan kita ok...y pasti y sedap2 ok, tak sedap x layan**


Wednesday, June 15, 2011

PD50H-Day 1st

Assalam


Day 1st

Tak menahan tu makan kopok sira. Kalau tak jumpe kopok tu kan dah cntik diet aku tu..ni sume en suami punye pasal, letak kopok dalam bilik. Nie curik-curik makan tau dengan qaid dalam bilik. Day 2 akan dipos sebentar lagi.

**Sekarang nak makan dulu**

Monday, June 13, 2011

Update Latest Weight-PD50H

Assalam

Gambar timbangan terkini, location penimbang Giant Kemuning Utama

1st time reveal berat sendiri di public..giler tak malu!! Rasa macam nak sorok muke dalam selimut tau tapi think + la kan...kalau tak camne nak kurus sikit. Tujuan utama masuk pon bukan la kurus macam supermodel, kire kalau dapat kurang beberape kg kan ke bagus. Target aku dalam 5kg je dulu tapi dah sms hubby camni...

Aku : Baru sehari dah kelaparan camne la nak teruskan 49 hari ni..huhu

Hubby reply : ala awak ni..sian orang tgok awk!!tak payah masuk contest tu la!!awk gemuk lagi orang sayang.....wek wek

So sweet la u hubby but so sory la yer sayang..sekarang u cakap mungkin la aku percaya 'sayang' cube tengok sepuluh tahun akan datang..tah2 dah pasang cawagan lain (mintak jauh). Sebab musabab bini tak pandai jaga badan!! Tak ke haru biru aku nanti..haha


**Fuhh..bole ke ni**

Sunday, June 12, 2011

PDH50...Update Gambar Je

Assalam





Pandangan Sisi





Pandangan Depan





Nah..pose berani mati dari si debab y tak pernah rase kurus!!sian kan..haha!! Tapi ada rules y pihak penganjur kita (K. Zel) tetapkan aku dah langgar. Aku tak update berat b4 11/hb tuu....yadey yadey!! Teman ngaku teman belum beli penimbang berat, nak pinjam kat kawan jap sampai sudah....nan ado!! Esok pon teman nak timbang dekat Giant pepagi hari pastu terus nak grab sebijik penimbang.


Dah la fee program rm 20 hengeet pon tak bayar lagi....memang sah contestant degil!! Adohai K.Zel jangan la terminate saya okey..sungguh nak reduce berat badan sikit...plis plis plis


**Berani ke nak reveal berat badan sendri esok...??**












Saturday, June 11, 2011

Di Kala Usia 6 Bulan

Assalam


Syukur..si buah hati pengarang jantung nie da bole duduk, walaupon duduk bertongkat tangan lagi tapi semakin hari semakin gigih dia cube nak duduk. Jangan kate terlentang, terbalik tertonggeng pon aku dah tengok dalam usaha dia nak duduk ni.




Si tecik ni mula meniarap agak lambat, dalam usia 4 bulan camtu. Bile da pandai meniarap, tak lame pastu aku tengok dia da start angkat2 punggung plak nak merangkak. Da bole merangkak sekarang ni gigih nak duduk plak. Tak kisah ler, ada y cakap Qaid ni lambat, anak dia pulak macam2 da bole buat waktu usia ni. Aku tak marah pon, tak kisah la nak cakap ape pon...anak aku kot!!


**syukur...ALLAH berikan peluang ni, tengok anak membesar depan mata**

Friday, June 10, 2011

Program Diet 50 Hari

aSSALAM


Nak Join ini tak?? Jom join kawan-kawan. Hadiah utama wang tunai tuuu...sape tak mahu duit kan??

Syarat penyertaan bole baca seperti dibawah yerr



PROGRAM DIET 50 HARI

1- Mula 13 Jun - 1 Ogos (50 hari)
2- Berat atas 50kg
3- Diet isnin - sabtu (no fast food, no oil, no sugar)
4- Makanan tidak boleh lebih 1200 cal sehari
5- Pemenang berdasarkan LWP tertinggi
(berat turun/berat asal x 100)

6- Pemenang akan mengaut semua duit yuran RM20.00
(peserta wajib bayar seblm program bermula)

7- Wajib anta gambar timbangan pada setiap Isnin
8- Wajib ada blog atau FB
9- Sila join FB Group PROGRAM DIET 50 HARI
10- Anda tersingkir jika BERAT NAIK 3 KALI

lagi syarat2 sila baca disini


http://loseweight-chaiyok.blogspot.com/2011/05/program-diet_31.html

nak join, sila emel diet_lwc@yahoo.com

**Jom join**

Kalau Bos Dah Tak Suke...??


Assalam...

Gambar yang tak ade kena mengena dengan entry tapi ini la mengubat hati di kala berduka lara

Mood keje semakin down. Okey..memang tak sepatutnye aku berfikiran camni tapi aku dah rase tak ada jiwa (ecehh...ayat) nak keje dekat sini lagi...sungguh!!

Semalam ada sesuatu yang buat aku lagi tawar hati nak keje dekat sini..

Mr A : Ini surat increment awak....Awak ade masalah dengan Big Bos ke??Bile saya promote awak depan bos, dia macam kurang senang. Lagi dia suruh reduce gaji awak lagi ade la??

Farhana : Ermmm...why??


Actually aku pon tak ada jawapan untuk soalan bos aku tu. Jumpe big boss tu dah le setahun sekali, sah la dia tak kenal aku. Lagi tang nak reduce gaji tu y buat aku rasa nak resign. Bukan la kata nak sentap ke ape tapi memang ye pon..sikit la!! Kalau korang mesti terasa jugak kan?? Tipu la kalau aku bole pretend macam biasa...YES aku tak ok dengan semua ni!!

**Aku percaya rezeki ALLAH tu luas...mungkin ade kot tempat lain yang nak terima aku. Semoga ALLAH murahkan dan mempermudahkan urusan aku**

Wednesday, June 8, 2011

Flaming Stemboat

Assalam


Hoyeehh...Flaming Stemboat bakal di buka area Giant Kemuning Utama. Dekat sangat dah tu, tak yah g jauh2 sampai Sunway

**Ermm....tak sabar**

Tuesday, June 7, 2011

Kisah Sepasang Kasut

Assalam

Kesian Qaid....6 bulan baru ada sepasang kasut. Orang lain dah berpasang-pasang kan Qaid. Mama lupe la nak belikan kasut untuk Qaid

Excited..balik terus try

Macam muat-muat jerr...

Kasut pertama Qaid....Anakku


**Sian anak mama..nanti kita sopping kasut lagi yer**

Monday, June 6, 2011

Huggies Kempen

Assalam

Thanks Huggies!! I just got 1 YR of FREE Huggies. Come and celebrate the New Huggies Jeans with us. ---> http://bit.ly/GetFreeHuggies <--- BE QUICK - LIMITED TIME !!


**click link atas yer**

Botol Susu

Assalam

Mumy semua....nak tanya sikit la

Bape biji mumy2 semua hantar botol susu pada BS atau Nursery??

Currently aku hantar 3 biji and BS tak pernah la complaint ke ape ke? Cukup ke? Pada aku macam cukup lagi plak aku fikir BS sempat kot nak cuci ....kejam je fikiran??

**Share is caring**

Friday, June 3, 2011

Car Seat


Assalam
C100

Tengah terpikir2 nak beli car seat ni ke tak? Senang sebab bole attach dgn stroller SCR5 tapi nye.....

Sesuai dari lahir sampai 10 Kg (info dari sini)


Adohai....Qaid je pon almost 8kg da sekarang ni..betul ke?? Nanti beli kejap je pakai nye tak jimat la plak.

**Sesape ada car seat type macam ni meh kasi opinion sikit**

Anda Tahu Ke?

Assalam

Father's Day bape ari bulan?malas nak gugle

Nak celebrate BAPA Qaid..hehe



**Kesian kan....nampak sangat tak pernah celebrate Father's Day**

Thursday, June 2, 2011

Clearance Sale..RM 10/pc

Assalam

Nak buat clearance stock...Semua pada harga RM 10/pc yer



C4

C5

C6

T10

T12


T5

T6


T3



Postage Poslaju Rm 6 (Lebih dari sepasang)

Pos Express Rm 3.50 (sepasang)




Wednesday, June 1, 2011

Backpay Salary

Assalam

Patutnye aku hepi sebab company dah credit kan backpay untuk gaji Jan-May 2011.

Patut nye la kan...syukur la ada kenaikan

Tapi....

Tak seperti y diharapakan maka kuciwa sikit la. Tak pela..dah ALLAH kasi banyak tu, bersyukur la.

**Kuat azam nak carik keje baru...**