Click Sini

Thursday, January 6, 2011

ANMUM 900 gm For Let Go

As Salam

Kawan-kawan sekalian, aku ada 2 tin lagi susu ANMUM Tin 900 gm. Siapa nak aku kasi diskaun ok..:)

Kisah nye gini la, kata 1st time jadi mak bapak budak ni kan jadinya kitaorang beli nak simpan stock sebulan. Budget anak aku tu boleh je minum ANMUM tapi last-last hari tu dia sembelit plak. Perut dia mungkin tak tahan dengan ANMUM kot. So kat rumah masih lagi berbaki 3 tin susu. 1 tin kawan dah beli tinggal lagi 2 tin.

Harga aku beli haritu RM 60 setin so aku let go RM 50 jerr....Murah kan??? Sesiapa nak msg aku di FB atau pon comment kat cini pon bole.

**Okey...tu je!!Tq**

Ragam Qaid

As Salam



Huh...Lame menyepi sebab buzy dengan anakanda tercinta!!



Biasa la biler dah usia sebulan macam-macam ragam Qaid yang dah ternampak. Kalau dulu aktiviti siang dan malam dia tidor sajer. Bangun cuma time nak minum susu jer pastu sambung tido balik. Susah betul nak tengok mata dia terbukak time sebulan yang lepas.

Sekarang ni dah tak ada can aku nak bangun lewat-lewat lagi sebab dia lagi awal bangun dari en husband yang nak pergi keja. Nasib kalau baik dia tido balik, kalau kurang baik merasa la berjaga dari subuh sampai kul 8-9 pagi camtu. Kalau berjaga malam tu biasa la. Pernah dia terjaga dari 2 30 am dan tido balik pukul 5 lebih camtu. Itu pun lepas lebih 10 oz susu aku bagi dia minum baru dia tdo dalam kekeyangan.

Walaupon penat tapi hepi sangat biler tengok dia tido, bile tengok baju-baju dia, sarung kaki tangan dia yang dulu longgar-longgar sekarang dah muat cantik kat tangan dia. Ada sekali tu aku bebel-bebel dekat dia suruh tido sebab aku dah penat sangat tambah dengan suami yang sakit haritu. Macam la dia faham ape yang aku bebel-bebel tu. Series, kekadang aku kurang sabar dengan perangai dia sampai aku marah-marah dia tapi dia bukan tau ape pon. Maaf ye Qaid..Mama dah insaf!!

**Sedang cuba jadik Mama yang cool**