Click Sini

Tuesday, December 6, 2011

Red Velvet Cheezy Marble Saya

Assalam

Mood baking baking sampai semalam. Apalagi terus la rajin bersilat jap di dapor. Actually barang dah beli since jumaat lepas tapi mood on off gitu. Ke laut la semua cita-cita nak baking weekend lepas.

Senang kacang goreng je nak buat tapi 1st timer macam aku ni memang kaku je gaya lorekan atas kek. Tapi tak kisah ler sebab kek dia okey sedap. Silapnye aku tang loyang tu la, guna loyang besar so lapisan cheese tu macam nipis jela dapat. Pastu atas kek tu pon xdapat tutup dengan adunan merah tu. Belajar dari kesilapan :)

Meh tengok resipi yer kawan-kawan


(Bahan A)
Sebuku Cheese
Telur1 biji
1/4 cawan gula castor
1 sk essen vanila
**pukul bahan sampai gebu*


(Bahan B)
Telur 2 biji
Gula castor 300 gm
Mentega cair 1 cawan
1 sk essen vanila
*Pukul Sebati*

(Bahan C-Ayak Bersama)
Tepung 300 gm
Pewarna Merah 3 sd besar
1 sk sodium bikarbonat

(Bahan D)
Susu cair 1 cawan
1 sk cuka/Perahan lemon

*Masukan Bahan C berselang seli dengan Bahan D kedalam Bahan B*

Resepi sentiasa bersama-sama

Dah sebati bahan B+C+D masukan dalam loyang separuh adunan kemudian tuangkan pulak adunan cheese (bahan A) dan tinggallkan sikit nak buat lorekan.Tuangkan balance adunan merah tadi & lorekan dengan balance cheese tadi.
Taraaa..siap untuk dibakar pada suhu 175 degree selama 45 minit.

Dalam Oven

Nilah hasilnye...sori sy budak baru belajar

*Walaupon rupa muka begitu tapi rasa mu sangat umphhh**