Click Sini

Tuesday, November 30, 2010

Syukur....

Salam All


Just quick update.....



Gebder : baby boy
Time : kul 2 22 pm tadi
Hospital UMRA....operation wehh!!!
EDD 16hb tapi arini dia dah mntak nak kluar

**Nt la kt citer panjang2...skng tgh layan sakit sebab ubat bius dah abis da**

Monday, November 22, 2010

Ubat Oh Ubat...

Salam All

Warga Johor Sekalian..Selamat Bercuti Okey!!Seronok la kamu-kamu semua eh :)

Mumy-mumy preggy sekalian, nak tanya korang la kan, segala ubat-ubatan y Hosp bagi tu korang makan tak dengan berjadual???...Sila jawab dengan jujur!!

Aku....???

Aku baik...hehe!!Baik la sangat kan...awal-awal pregnant sampai la usia kandungan 7 bulan camtu, sangat la rajin makan ubat y KK kasi tue. Macam biasa la Acid Folic,Iron.Obimin dan Vit B. Series tak pernah skip langsung tapi kekadang terlupa sesekali tu adalah kan.

Cuma bila masuk 7 bulan++ aritu, aku jadi malas nak makan ubat. Jangan kata ubat, susu pon aku dah tak minum.Tengok..jahat kan aku!! Pemalas tak tau nak kata tahap apa. Plak tue pandai nasihat orang jangan skip makan ubat, ubat tu makanan baby..bla bla bla tapi diri sendri ke laut plak.

Tahu kenapa aku malas...??

Satu...of kos la sifat pemalas tu memang jadi raja dalam diri aku sendiri. Keduanya, aku dimomokan dengan dengan fakta..makan ubat nanti baby besar, susah keluar, sembelit la dan alasan yang tah pape tue lah..Ya ALLAH, sengalnya ku rase diri ku ini. Apasal la orang-orang zaman moden macam aku ni bole terima pakai fakta-fakta tu yer. Walhal kalau tak bagus, tak ada la Doc beri ubat tu kat setiap patient sambil remind "jangan lupa makan ubat yer".Dah la kerajaan kasi ubat-ubat tu secara free plak tue...ishhh raase bengang plak dengan diri sendri. Tak reti bersyukur dan tak tahu menghargai.

**Aku notice, sejak aku rajin skip makan ubat ni, maka buku merah aku tue pon penuh dengan laporan Cik Misi tu kaler merah-merah!! Padan muka aku kan..tapi sejak seminggu yang lepas aku dah rajin balik makan ubat..hehe**

Friday, November 19, 2010

Tajuk=Tak Ada



Salam Hari Jumaat...:)



Ari jumaat ni rasa sakit hati dengan semua orang. Pantang ada orang salah cakap sikit, mula la aku tarik muka 16 aku. Sape berani main gurau-gurau dengan aku pasti sakit hati balik. Aku pon tak tau nape emo-emo arini.






Selalu terapi terbaik adalah......

*

*

*

*

*



Rindu dia banyaaakkkkk..:)



**Tengok gambar dia banyak2 kali nescaya hilang segala kerunsingan hati**


Thursday, November 18, 2010

Cerita Malam Raya

Salam All
Masih dalam mood raya-raya lagi dan nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua...semoga ibadah korban y anda, anda dan juga anda diterima di sisi ALLAH A.W.T. Lagi syok pasang-pasang radio ada lagu raya, sama meriah macam raya puasa.
Kali ni giliran ke rumah suami la, kami balik melaka petang selepas waktu keje dan memang tersangat la banyak kereta-kereta menuju ke selatan. Sape cakap raye sehari jalan tak jammed, fakta tu kurang tepat okey. Kesesakan sudah bermula sejak dari persimpangan Nilai lagi okey...tension jek
Dah rasa-rasa nak patah balik pon ada sebab kalau dah jammed start dari Nilai, mau patah kaki tekan clutch. Tapi tula kan mentaliti masyarakat kita ni. Lori rosak parking di bahu jalan pon boleh menyebabkan kesesakan panjang berjela-jela..Adohai!! Tolong la jangan gitu deh..semata-mata sebab lori tu rosak je, tu pon mau tengok-tengok n slowkan kereta ker??kasihan kami y jauh 2-3km kat belakang tu.Selalu camtu..klu eksiden lagi la berjela-jela jammed dia, lepas je dari kawasan bermasalah tue, terus je lancar jalan raya tue tau.
**Raya korban aku pon berkorban gak...janji dengan nurse tak makan daging banyak-banyak tapi biler kakak ipar masak daging kicap halia dia y mabeles tu terus lupe diri..uwaaaa!!petang ni carik belimbing nak buat jus**

Monday, November 15, 2010

Hilang Macho Uncleseekers...

Salam All

Selamat malam semua...terajin plak malam2 update blog. Bukan per, sebenarnya berblog walking tadi dan aku jumpe satu citer gempar yang boleh buat pengsan bangun jap pastu pengsan balik. Harap2 terus bangun jangan terus tido plak.

Mungkin dah ada yang baca pasal kisah ni..aku pon antara percaya dengan tak percaya jugak dengan citer ni, macam propa pon ada...carik publisiti kot!! Siyes rase kegelian plak selepas abis baca kisah CINTA SYYHH dorang tue...tapi betul ke?

Mungkin korang boleh baca jugak cerita cinta uncleseekers ni pastu masing-masing boleh buat review kisah cinta dorang. Mati hidup balik pon susah nak percaya tapi ini la kisahnye.



** Baca dan nilai sendiri la...To Uncle & Aunty, kalau berkenan cepat2 la tawen eh...uwekssssssss**

Friday, November 12, 2010

Hapdate Santai

Salam All...

Bersiaran live dari rumah. Sepatutnya ada cek up BP arini.Gigih la aku p KK tepat kul 3 tadi tapi hampeh okey...asal KK tu tutup plak! call tak ada orang angkat. Tgok notice board tu sepatutnya jumaat 2 45 petang-5 petang tapi 20 minit aku tunggu tak nampak bayang nurse pon. Haish...rugi cuti i jek.

Esok jangan lupa yer para-para ibu sekalian...WAREHOUSE PUREEN SALE tue. Aku nak p awal pagi sikit, budget tak ramai orang la time tu tapi sila la jangan percaya fakta tue sebab aku rase ramai jek mumy2 y berfikiran camtu.

Ok la..nak kemas2 drawer tok baby. Tak beli yang baru pon,pakai dressing table bedroomset yang ada je nih. Banyak space lagi nih..penjimatan!!

**Baby kat dalam sangat active sejak dari semalam...selalu memang camtu ke??ruang tok baby dah sempit kot sebab tu bole rase setiap gerakan dia...baik baik sayang ye kamu kat dalam tue**

Thursday, November 11, 2010

Tinggal Sebulan Lebih

Salam All

Sebenarnya aku baru je tengok vcd Lagenda Budak Setan tue...ketinggalan keretapi kan?Ha ha...ape nak buat, tak sempat nak catch up dekat pawagam aritue. Menonton cd adalah hobi terbaru sebab dah kurang rajin nak ke pawagam untuk menonton.Pinggang sakit duduk lame-lame.

Bukan nak citer pasal hobi terbaru ni tapi nak citer pasal ending citer tu. Korang mesti tau kan ending dia yang mane Ayu tu meninggal masa deliver baby dorang. Adohai..tetibe plak suami aku bagi comment kalau dia kat tempat Kasyah time tu mesti dah terlepas baby tue dari tangan. Komen di FB dari seorang kawan juga buat aku beremosi kejap, katenya proses melahirkan antara hidup dan mati umpama nyawa dihujung tanduk.

Ya ALLAH...series aku jadi cuak bile tinggal sebulan je ni. Kot la perjalanan hidup aku takat tue je, kasihan la en suami membesarkan anak sorang-sorang. Tak dapat tengok dia membesar.Tak dapat dengar anak aku panggil aku mama.Kalau dah tertulis setakat itu je perjalanan hidup aku, siapa la aku nak meminta-minta walaupon masih belum bersedia.

** Series....dalam emosi yang kurang stabil. Semoga dipermudahkan segalanye**

Wednesday, November 10, 2010

Stroller Sweetcherry

Salam All

Preston Sweet chery Model S800

Macam berkenan plak dengan stroller ni. Brand sweet cheery. Kalau ikutkan hati mahu yang Quinny punya brand tue tapi bile tengok poket nipis maka mungkin ini yang jadi pilihan hati..ala-ala design quinny jadi la yek!!so plastic...hehe

Harga dia plak RM 369.00 dalam website sweet cherry ni plus F.O.C delivery charge dalam area Lembah Klang. Berat 8.8 kg saje. Ok la tue, tak ada berat sangat. So kalau jalan-jalan kat JJ ke mana-mana mall boleh la tengok dulu secara real. Nak pegang-pegang, try tolak-tolak and if okey saje baru beli. Kalau tak kita hold saje dulu.

Jom-jom tengok features model ini...

-Suitable from newborn to 4 years old
-Innovative design with anodized aluminium frame
-Multi-positions adjustable backrest
-Compact umbrella folding for easy storage
-5-points safety harness
-Lockable front swivel wheels with all round suspension
-One-step link brake system
-Removable hood
-Detachable bumper bar

**Harap harap baby suke...i suke sebab merah u**

Canon EOS

Salam All

Refer entry Digital Camera ni...semalam ini gadget dah sampai. En suami adalah sangatttttt taksub okey menembak di sana sini buat eksperiman katenya. Aku pon ala-ala eksited jugak tapi belum sempat belajar manual lagi.

Maka insyallah lepas ni rajin la aku menepek segala gambar y dipikirkan sesuai..he he insyallah je tau!!

**Aduhai suami....**

Annur Seksyen 6 Shah Alam

Salam All

Malam tadi borak-borak dengan Nina and dia ada mention pasal tempat anak buah dia lahir dekat Annur Shah Alam. Aku ingat selama ni kakak dia deliver dekat UMRA Shah Alam, silap rupenya.

Yang bagusnya pasal hospital ini, according to her la, sangat-sangat islamic. Mase sakit-sakit nak push, sakit-sakit constraction, dia ajar kita ayat-ayat suci Al-quran. Biasanya ayat ayat yang sinonim dengan wanita hamil ni Surah Yusuf,Mariam, Al-fatihah, Ayat Kursi dan etc la. Bagus nye hospital ni kan.

Jadi pagi tadi, semangat la aku goggle web Annur ni tapi nampaknya macam tak ada laman web sendri pulak. Tapi ada la Yellowpages update pakej untuk delivery kat situ. So far, rate dia murah la jugak.

Tapi, okey ada tapinya fasiliti dia kurang moden katenya. Bilik macam so-so saje dan bangunan hospital pon macam bangunan lame katenya. Kena buat tempahan awal untuk bersalin kat situ kalau tak silap la sebab bilik dia tak banyak katenya. Okey, kalu ada kesempatan aku nak survey dan buat checkup kat situ untuk sesi tinjau-tinjau..he he

**Nak tanya la, betul ke kalau nak deliver di hospital serdang @ putrajaya, kita kena beralamat di sekitar area yang berkenaan??pls share...**

Friday, November 5, 2010

My Dear Warehouse Sale

Salam All

Cuti ari ni sempena Deepavali..kepada jiran sebelah menyebelah ni hepi deepavali okey. Jgn main mercun lagi ek malam ni..terkejut baby aku nak tido.

Okey...Last week kan aku ada p warehouse sale My Dear tu. So mari tgok apa y aku dapat grab ari tue walaupon penuh sesak, sakit perut laga-laga dengan mumy yang lain tapi bes tau.


Playpen ni Rm 100 jek...boleh lipat2 jd macam beg golf je size dia

FUBU soacks ni 10 pairs

Net ni Rm 10

Tilam N Comfter..2 set

Rocker Y Sweet...Rm 60 ok kot

Mahu let go y ini..Rm 120


So kalau dah kaler-kaler barang baby camni mesti korang boleh teka apa gender baby kan???he he....of kos la BABY B.O.Y


3D/4D scan mase 32 weeks...capture pakai hp saje


**Syukur Alhamdulilah**

Thursday, November 4, 2010

Isu Delima Hopital Pilihan

Salam All

Rentetan isu sebelum ini..kisah dalam delima nak bersalin kat mane. Maka diri ini telah membuat pilihan untuk membersalinkan diri di...

*
*
*
*
*
*
*
*
Hosp kerajaan @ sewaktu denganya
Aku adalah tidak layak sama sekali untuk mendapat benefit y ditawarkan oleh company suami.Suami tidak mendaftarkan nama i sebagai isteri dia dalam record peribadi staff. Selagi tiada pendaftaran di buat maka aku tidak layak untuk mendapat sebarang benefit y ditawarkan oleh company suami.
Kenapa tak daftar??Sebab aku ada loan dgn company suami...mane la teman nak tahu suami nak dapat keje kat citu kan...so bukan salah i kan?kan?sila la anggukkan pale korang sekali. Frust dengan sangat dalam-dalam weh
**Walaupon cam frust sikit tapi tak kisah la kan.Bersalin kat mane-mane pon same je kan. Janji selamat dua-duanya**

DEMC @ KBMC

Salam All

Cepat-cepat pilih tempat bersalin y ditanggung sepenuhnya oleh company en suami. Terasa bertuah sungguh badan hamba apabila ada y sudi menaja untuk bersalin di Private Hospital walaupon hanya cover untuk bersalin secara Normal SAHAJA okey. Tapi masih bersyukur bukan.

Mari-mari kita tengok Hospital mane yang bes....


Darul Ehsan Medical Centre @DEMC
  • Terletak di Shah Alam..dekat sgt la dgn rumah
  • Delivery 4 normal pon 1.5k++, c-zer case up to 4-5k jugak
  • Hospital baru/selesa
  • Sesuai sangat la untuk emergency case


Kampung Baru Medical Centre @KBMC
  • Lokasi kl kampung Baru...sesak+jam
  • Delivery 4 normal 1-1.3k saje..murah sikit la.C-zer pon x mahal sgt.
  • Ward pon ok la aku tengok
  • Kurang sesuai la untuk emergency case sb jauh kan..

So...mane satu pilihan hati??Mane yang korang pilih kalau korang jadi aku...my choice adalah....dalam entry selepas ini okey.

**Nak Buat timbang-tara jap ekk**

Tuesday, November 2, 2010

BP Masih 130/90...:-(

Salam All

Arini checkup jumpa doc sebab masalah BP ritu kan...puas dah jaga-jaga makan,rehat cukup tapi hari ni biler test masih lagi 130/90..over line lagi!! Berat badan plak boleh turun sampai 2 kg pulak...atau penimbang tu yang rosak??

So, hari ni sangat down rasenya...walaupon terlebih sikit jek tapi risikonya terhadap mumy and anak buat aku sakit jantung. Doc dah suruh Nurse ambil sample darah untuk di hantar ke makmal bagi tujuan analisa fungsi hati, jantung dan buah pinggang.Tunggu la keputasan ujian tu siap nanti macam mana hasilnye.

Kalau ada simptom-simptom macam ni jadi kat aku...

  • Pedih Ulu hati
  • Sakit Kepala/Pening
  • Pandangan kabur & Bercahaya
  • Muntah

Sila ke hospital dengan kadar segera. Ini menunjukan tanda-tanda awal sawan semasa mengandung @ Pre Eklampsia....Nauzubillah!!

**Sedang cuba kawal emosi...orang kata kalau susah hati pon boleh naik lagi BP tue, lagi bes arini keta sangkut dekat bonggol batu mase nak parking keluar dari KK, nasib la ada suami sape tah duduk dalam keta, slumber je aku minta tolong orang tue alih kan keta**

Monday, November 1, 2010

My Dear Warehouse Sale

Salam All

Sesape ada singgah @ pergi @ window sopping @ terjalan-jalan ke My Dear Warehouse Sale Puchong...Angkat tangan korang???Sekarang baru terasa lega y amat biler barang-barang baby hampir complete...Fuhhh

Okey2...aku la salah sorang mumy-mumy yang dok laga-laga perut dengan korang kot sabtu lepas. Kemain lagi harga barang-barang dia...sungguh menawan kalbu okey. Tak tau la bagi korang kan tapi untuk aku sangattttt berbaloi-baloi la jugak.

**Tunggu gambar menyusul kemudian...harap-harap petang ni rajin ke Maxis bayar bil BB**