Click Sini

Thursday, January 27, 2011

Tentang Pengasuh

As Salam

Next week dah masuk keje,31/1 ni. Ingatkan nak masuk 1/2 tapi memang tak dapat la since company baru lepas stock take dan banyak benda nak kena key-in masuk sampaikan PH aritu pon bos suruh datang opis buat keje.eh bukan nak citer pasal kerja la!!

Balik pada topik...

Nak hantar la qaid ke babysitter (bs)ni,haritu dah jumpa dengan bs ini diskus sume la tapi jawapan dia macam aku tak berapa nak yakin sangat. Dia cakap nak try dulu means kalau tak okey qaid dengan dia agaknya dia tak mau jaga kot!!Itu dari segi pemahaman aku la. Okey, aku faham dia dah lama tak jaga baby kecik. Anak dia yang bongsu pon dah masuk sekolah tadika. Tapi aku harap sangat la qaid okey dengan dia. Seboleh2 nye tak mahu la hantar qaid ke nursery.

Lagi satu, bape korang bayar kat bs korang eh? Aku tanya dia, dia mahu letak harga. Aku pon tak tahu bape bayarannye. Selama ni tak amik tahu langsung kan. Pastu lagi, bole korang guide aku ape barang2 yang patut aku hantar kat rumah bs tu yer??
Budak bam bam y nak kena tinggal rumah orang


Harap la dia baik2 je dekat rumah orang. Selalu dekat rumah okey jer tapi biler time lambat buat susu jer dia melalak. Dia minum susu pon ala2 gelojoh sikit tu yang kurang sesuai aku nak hantar ke nursery. Macam2 kan case baby tersedak susu sebab penjaga bg susu lapik dengan bantal je. Dia bukan jaga anak kita sorang kan? Ni semua aku nak kena inform dekat bs tu nanti biar dia tahu perangai si bujang ni.



**Tapi sebenarnye hati macam tak bes la..kalau dapat mak bf aku tuh y jaga memang senang hati aku tapi dia x dpt jaga qaid sebab cucu dia dorang tengah melasak, tengah nak membesar kan. Harap2 bs ni dapat jaga qaid baik2**



Wednesday, January 26, 2011

Susut

As Salam All

Gambar terbaru...agak baru la!!

Jumpa kawan, sedara mara semua cakap aku dah susut sikit. Sikit la compare dengan 4-5 bulan lepas okey. Time timbang berat di umra untuk last check up ialah 85 kg memang la nampak sangat kegemukan aku kan. Berat terbaru tak pasti pulak sebab tak jumpa mesin penimbang...alasan baik kan?

Masa pantang memang mak aku kasi makan sekali sehari je (makan nasi) kekadang je bile sabtu ahad makan jadi 2 kali sehari sebab en suami ada kan, dia la tolong tapau nasi dengan lauk best2 tak sedar diri tu masih dalam pantang. Memang rase ringan badan time tu tapi hari ini rase badan da naik balik kot sebab aku dah start makan banyak dan lewat malam pon kekadang bole lapar carik burger. Kalau BF baby tak takut sangat badan naik tp Qaid tak susu badan plak..habis la aku!!

Next wek plak da start keje..lagi la susah nak control makan kot.Dengan menu hari2 kedai mamak nasi+kari+ayam goreng sb malas nak pergi kedai lain. So far baju kurung, baju lame2 n seluar jeans sume masih boleh sarung balik. Kena maintain ni, kalau tak sealmari kena sedekah kat orang.

**Kata orang...tak kisah la gemuk ke kurus laki tetap sayang tapi tidak kata ku**

Tuesday, January 18, 2011

Azam Baru

As Salam

Salah satu azam baru bila masuk keja nanti....

-Tak mau FB banyak2

-Tak mau blogwalking dgn aktif sangat

-Nasib game memang tak layan

Sebabnya.....

Manfaatkan masa 8.30-5.30 dengan kerja2 ofis supaya tidak ada istilah O.T atau KERJA LEBIH MASA yer farhana. Demi Qaid ku seorang. Wish me luck ok kawan2

**FB/Blog bole buat dkt rumah...tp sesekali mesti mau layan jugak supaya tak boring keje.!!ngeeee**

Monday, January 17, 2011

Lagu Dodoi Si Anak

As Salam

Masih kejelesan menatap gambar2 blogger yang bersuka ria di Mid semalam. Mungkin di lain masa nanti bole la kami anak beranak join. Kalau ikut join semalam mesti qaid baby paling muda gitu.

Balik pada topik, korang ada lagu dodoi untuk baby mase nak tido kan dia? Mesti la semua ada pilihan lagu2 tertentu kan. Macam aku pilihan lagu dodoi mesti la zikir2 camtu la. Yang penting sambil dodoi sambil tangan menepuk2 buntut qaid baru la dia semangat nak tido. Sedap ke tak sedap suara aku belakang kira janji anak berjaya ditidurkan.

Ada satu hari tu aku ke DEMC. Biasa la DEMC ni, nama jer hospital berbayar tapi service di outpatient klinik bole tahan slow. Leka menunggu tu,aku dengar baby belakang seat aku ni dok melalak.Bapak dia pujuk2 dia pastu dodoi2 baby tu dengan lagu MAHER ZAIN - Insyallah. Sampai part corus jugak la aku dengar dia nyanyi.Terkagum jap dengar lagu dodoi dia. Kira lagu dodoi versi moden. Balik rumah terus rase nak menghafal lirik lagu insyallah tu nak tambah koleksi lagu dodoi qaid.

Suami punya lagu dodoi??? Zikir2 jugak tapi ada sekali tue aku dengar dia baca surah Al-fatihah sambil tepuk2 qaid. Ini lagi extravaganza punya lagu dodoi. Dah habis lagu dodoi dia nyanyi tapi qaid masih bulat biji mata, tu yang terkeluar surah Al-fatihah pulak tue kata dia. Untung2, anak esok setahun dua dah pandai menghafal surah...Insyallah

**Apa pulak versi lagu dodoi kamu-kamu semua...jom share**

Thursday, January 13, 2011

Hey Beijing...

As Salam

Hurmmm....kata dah jadi mak kan maka banyak pengorbanan dan kehendak diri terpaksa dilupakan. Terbang bak angin lalu jer. Baru berangan2 nak terbang ke Beijing tapi kuasa si anak kecik ni merubah segalanya.

Ingat aku cukup tegar la nak tinggalkan dia selama 5 hari nanti. Terus je confirm dengan suami nak follow company trip dia mac ni. Tapi pagi ni,keputusan lain plak aku buat. Lepas pikir2 5 hari nanti aku kena tinggal dia, bercuti pon rase tak best bila asyik ingat anak dekat rumah.

Belum rezeki aku kot nak jalan2 tengok negara orang. Lagipun perbelanjaan isteri adalah sendrian berhad so tak ada lah rase rugi sangat. Duit itu bole pergi holiday anak beranak nanti tapi suami suruh fikir2 lagi. Aku takut esok pagi keputusan aku berubah lagi..haha

**Terus set dalam otak yang Beijing tu tak bes mana pon...tapi dalam hati kata tidak**

Wednesday, January 12, 2011

Si Kaki Jalan

As Salam


Menghitung jam menghabiskan sesi berpantang 44 hari..yahoooo

Sesungguhnye proses berpantang ni memaksa aku untuk puasa dari berjalan sana sini. kalau korang nak tahu aku ni boleh la tahan kaki rondanye. kalau hujung minggu tu jarang la lekat kat rumah. Ada je aktiviti yang dirancang. Tak ukur soping complex kami ke Melaka balik kampung. Balik kampung pon ronda2 jugak ke Bandar Melaka.

Bohong okey kalau cakap time pantang ni tak keluar langsung kan tapi setakat ke mall beli barang2 keperluan je la lepas tu terus balik. Tak dapat la window sopping segala bagai. Kalau dah sopping ke Tesco, Giant tu nak window sopping mendenya kan..


muka 2 beranak yang keboringan...

En suami yang faham peel bini dia ni rajin la bawak ronda2 pusing kampung nek kereta anak beranak. Itu pon dah dikira sangat heaven tau. Malam tadi sempat lagi ke pasar malam jalan2 carik makanan tapi qaid duduk rumah la. Qaid masih pantang lagi tapi sekali dah terlepas ke Tesco haritu. Cukup hari nanti kita jalan puas2 je Qaid..hehe

Memang la tak elok bawa anak baby baru sebulan keluar tapi tapi rasionalnye aku nak train qaid dengan dunia luar...erkk nampak macam alasan jerr!!

**Tunggu time habis hari...dalam kepala banyak dah pikir jalan mana**

Tuesday, January 11, 2011

Anak Angkat

As Salam

Anak Angat??siapa ada anak angkat..sila angkat tangan!!hehe

Aku berkongsi rasa sedih dengan cousin aku yang sorang ni. Kahwin dah lebih 4 tahun tapi rezeki cahaya mata belum ada lagi. Pakar sakit puan dah sahkan yang dorang suami isteri ni normal, tak ada apa2 masalah tapi tu la kan..rezeki dari ALLAH masih tak ada.

Bulan lepas ada sorang kawan dia ni (nurse) inform dia y hosp dia ni ada sorang mumy ni nak kasi anak dia dekat orang. Mumy ni ada masalah dengan suami dia y nak kahwin baru, jadinya dia tak nak la anak ni katenya.Kemain hepi la cousin aku ni,walaupon rezeki anak sendri tak sampai lagi tapi dapat anak angkat pon dah macam satu anugerah bagi dia. Lepas mumy ni bersalin je terus dia ambil wat balik rumah. Nak amik anak angkat pon bukan semudah ABC, kalau tak silap bayaran dengan hospital + mumy dekat Rm 2 ribu jugak la.

Nampak la keriangan dorang ni laki bini dapat anak baru. Stock baju baru banyak sangat dia beli, mak long kitaorang siap kasi pinjam buaian cucu dia dekat cousin aku ni. Lagi manis bile aku dengar si suami ni la gigih bangun malam2 buat susu, jaga baby sebab cousin aku ni bole tahan jugak la tido mati dia..hehe!! Hari ketiga dah bawak balik meru nak tunjuk dekat atok dengan nenek meru sana la. Semua orang hepi, semua orang gembira lagi2 cousin aku ni la.Kemain lagi dia tatang anak dia tu..hehe

Tapi masuk hari ke 4, dapat call dari mumy baby ni, dia rindu dekat baby dia, nak sangat tengok baby dia. Cousin aku dah mula tak sedap hati tapi dia faham la kan, walau camne pon anak tu tetap anak dia. Lepas hari tu, call lagi katenya dia hampir2 meroyan sebab rindu baby dia. Dia mintak cousin aku datang hari ni jugak. Bile dah sampai, merayu2 pulak mntak tinggalkan seminggu dia nak bagi susu badan semua. Cousin aku memang dah tak sedap hati tapi tinggalkan jugak la sebab dorang ada black n white kan.

Cukup seminggu nak datang amik baby, mumy ni bole pulak buat drama nak terjun bangunan kalau cousin aku amik anak dia.Camne tu?? Cousin aku ni sedih sangat dia, memang la ada black n white tapi bile tengok kegilaan mumy baby ni terpaksa la dia pulang balik anak tu dekat mumy dia balik. Tak sampai hati jugak dia tengok muka mumy ni.Cousin aku ni mengalah demi untuk semua. Balik rumah nangis je dia, tengok baju nangis, tengok barang baby nangis.Yela..dah rase macam anak sendri walaupon 4 5 hari je jaga.

Dia pon try la lupekan ape yang jadi dekat dia. Semua orang tak putus2 motivate dia. Ade sehari tu rindu sangat kat baby Muaz (cousin aku y kasi nama)pergi la saja2 melawat. Sedih dia tengok keadaan baby Muaz dia, tengah demam tapi mumy dia tak bawak pergi klinik, dengan baju y kelam2 je kaler dia, sarung tangan sebelah kaler lain, sebelah lain. Sedih hati dia tengok baby Muaz. Biler cousin aku pangil2 Muaz,terus je mumy tu cakap nama dia tukar lain, bukan Muaz lagi.Terdiam cousin aku, duduk pon x lame terus angkat kaki pergi. Tak tahan hati dia tengok muka baby Muaz.

So sekarang ni dia betul2 berazam nak lupekan baby Muaz dengan SERIK sangat2 nak ambil anak angkat lagi. So haritu biler dia nampak Qaid, terubat la rindu dia dekat Muaz.Kemain lagi dia kelek je Qaid.Muka Qaid ada iras muka baby Muaz katenya. Adoi..aku plak y sedih dengar.

**Cousin..insyallah satu hari nanti sampai jugak rezeki kamu eh! jangan sedih2 lagi okey. Rindu2 meh la datang umah main2 dengan Qaid**

Monday, January 10, 2011

Suntikan Sebulan

As Salam

Sabtu lepas bawak Qaid ke UMRA untuk cucuk Hep dos 2. Lewat 8 hari dari tarikh appoitment yang sepatutnye 30/12 hari itu. Kalau sesapa nak amik injection dekat UMRA boleh pergi waktu klinik dari 10 pagi sampai 1 tengahari dan malam ada 1 lagi sesi tapi tak berapa pasti masanya. Salah info nanti susah plak kawan2 maya yang lain.

Untuk harga injection Hep B dos 2 ni plak harganye RM 45 +30 (Doc Consult)= Rm 75. Bagi sesiapa yang agak2 kurang rajin nak ke KK boleh la kot amik injection dekat UMRA atau pon klinik2 biasa yang harga lebih kurang je kot. Tak sampai sejam dah habis urusan. Aku dah tanya siap2 la untuk injection bulan ke 2 esok ni, 3 serangkai harga injection Rm 110+30 saje. Bukan ape, senang nanti aku nak prepare duit nye..hehe!!

Qaid 1st time kena inject melalak sakan tau. Mungkin sebab dia masih lapar, dalam bilik Doc dia masih lagi menyusu tapi nangis kejap je atau pon memang terasa sakit. Ingatkan suntikan dekat tangan rupenya dekat peha gebuss dia tu. Gigih la aku pakai kan short sleve untuk dia.

Berat terkini Qaid plak ialah 4.6 kg..semangat!! Bile aku cakap 5 oz sekali susu Doc pon terkejut tapi dia cakap normal la. Tak ada apa2 masalah cuma agak berlebihan sikit. Ada jugak Doc terangkan optional injection tapi yang itu nanti la dipikir2 kan. Orang kata Rotavirus tu ada enzim babi eh? Harga suntikan pon boleh tahan mahal nye.

Owh ye....tempoh berpantang akan berakhir khamis ni!!wink wink


Last but not least...Papa+ Qaid


**Till then frenz...**

Thursday, January 6, 2011

ANMUM 900 gm For Let Go

As Salam

Kawan-kawan sekalian, aku ada 2 tin lagi susu ANMUM Tin 900 gm. Siapa nak aku kasi diskaun ok..:)

Kisah nye gini la, kata 1st time jadi mak bapak budak ni kan jadinya kitaorang beli nak simpan stock sebulan. Budget anak aku tu boleh je minum ANMUM tapi last-last hari tu dia sembelit plak. Perut dia mungkin tak tahan dengan ANMUM kot. So kat rumah masih lagi berbaki 3 tin susu. 1 tin kawan dah beli tinggal lagi 2 tin.

Harga aku beli haritu RM 60 setin so aku let go RM 50 jerr....Murah kan??? Sesiapa nak msg aku di FB atau pon comment kat cini pon bole.

**Okey...tu je!!Tq**

Ragam Qaid

As Salam



Huh...Lame menyepi sebab buzy dengan anakanda tercinta!!



Biasa la biler dah usia sebulan macam-macam ragam Qaid yang dah ternampak. Kalau dulu aktiviti siang dan malam dia tidor sajer. Bangun cuma time nak minum susu jer pastu sambung tido balik. Susah betul nak tengok mata dia terbukak time sebulan yang lepas.

Sekarang ni dah tak ada can aku nak bangun lewat-lewat lagi sebab dia lagi awal bangun dari en husband yang nak pergi keja. Nasib kalau baik dia tido balik, kalau kurang baik merasa la berjaga dari subuh sampai kul 8-9 pagi camtu. Kalau berjaga malam tu biasa la. Pernah dia terjaga dari 2 30 am dan tido balik pukul 5 lebih camtu. Itu pun lepas lebih 10 oz susu aku bagi dia minum baru dia tdo dalam kekeyangan.

Walaupon penat tapi hepi sangat biler tengok dia tido, bile tengok baju-baju dia, sarung kaki tangan dia yang dulu longgar-longgar sekarang dah muat cantik kat tangan dia. Ada sekali tu aku bebel-bebel dekat dia suruh tido sebab aku dah penat sangat tambah dengan suami yang sakit haritu. Macam la dia faham ape yang aku bebel-bebel tu. Series, kekadang aku kurang sabar dengan perangai dia sampai aku marah-marah dia tapi dia bukan tau ape pon. Maaf ye Qaid..Mama dah insaf!!

**Sedang cuba jadik Mama yang cool**