Click Sini

Friday, November 5, 2010

My Dear Warehouse Sale

Salam All

Cuti ari ni sempena Deepavali..kepada jiran sebelah menyebelah ni hepi deepavali okey. Jgn main mercun lagi ek malam ni..terkejut baby aku nak tido.

Okey...Last week kan aku ada p warehouse sale My Dear tu. So mari tgok apa y aku dapat grab ari tue walaupon penuh sesak, sakit perut laga-laga dengan mumy yang lain tapi bes tau.


Playpen ni Rm 100 jek...boleh lipat2 jd macam beg golf je size dia

FUBU soacks ni 10 pairs

Net ni Rm 10

Tilam N Comfter..2 set

Rocker Y Sweet...Rm 60 ok kot

Mahu let go y ini..Rm 120


So kalau dah kaler-kaler barang baby camni mesti korang boleh teka apa gender baby kan???he he....of kos la BABY B.O.Y


3D/4D scan mase 32 weeks...capture pakai hp saje


**Syukur Alhamdulilah**

Thursday, November 4, 2010

Isu Delima Hopital Pilihan

Salam All

Rentetan isu sebelum ini..kisah dalam delima nak bersalin kat mane. Maka diri ini telah membuat pilihan untuk membersalinkan diri di...

*
*
*
*
*
*
*
*
Hosp kerajaan @ sewaktu denganya
Aku adalah tidak layak sama sekali untuk mendapat benefit y ditawarkan oleh company suami.Suami tidak mendaftarkan nama i sebagai isteri dia dalam record peribadi staff. Selagi tiada pendaftaran di buat maka aku tidak layak untuk mendapat sebarang benefit y ditawarkan oleh company suami.
Kenapa tak daftar??Sebab aku ada loan dgn company suami...mane la teman nak tahu suami nak dapat keje kat citu kan...so bukan salah i kan?kan?sila la anggukkan pale korang sekali. Frust dengan sangat dalam-dalam weh
**Walaupon cam frust sikit tapi tak kisah la kan.Bersalin kat mane-mane pon same je kan. Janji selamat dua-duanya**

DEMC @ KBMC

Salam All

Cepat-cepat pilih tempat bersalin y ditanggung sepenuhnya oleh company en suami. Terasa bertuah sungguh badan hamba apabila ada y sudi menaja untuk bersalin di Private Hospital walaupon hanya cover untuk bersalin secara Normal SAHAJA okey. Tapi masih bersyukur bukan.

Mari-mari kita tengok Hospital mane yang bes....


Darul Ehsan Medical Centre @DEMC
  • Terletak di Shah Alam..dekat sgt la dgn rumah
  • Delivery 4 normal pon 1.5k++, c-zer case up to 4-5k jugak
  • Hospital baru/selesa
  • Sesuai sangat la untuk emergency case


Kampung Baru Medical Centre @KBMC
  • Lokasi kl kampung Baru...sesak+jam
  • Delivery 4 normal 1-1.3k saje..murah sikit la.C-zer pon x mahal sgt.
  • Ward pon ok la aku tengok
  • Kurang sesuai la untuk emergency case sb jauh kan..

So...mane satu pilihan hati??Mane yang korang pilih kalau korang jadi aku...my choice adalah....dalam entry selepas ini okey.

**Nak Buat timbang-tara jap ekk**

Tuesday, November 2, 2010

BP Masih 130/90...:-(

Salam All

Arini checkup jumpa doc sebab masalah BP ritu kan...puas dah jaga-jaga makan,rehat cukup tapi hari ni biler test masih lagi 130/90..over line lagi!! Berat badan plak boleh turun sampai 2 kg pulak...atau penimbang tu yang rosak??

So, hari ni sangat down rasenya...walaupon terlebih sikit jek tapi risikonya terhadap mumy and anak buat aku sakit jantung. Doc dah suruh Nurse ambil sample darah untuk di hantar ke makmal bagi tujuan analisa fungsi hati, jantung dan buah pinggang.Tunggu la keputasan ujian tu siap nanti macam mana hasilnye.

Kalau ada simptom-simptom macam ni jadi kat aku...

  • Pedih Ulu hati
  • Sakit Kepala/Pening
  • Pandangan kabur & Bercahaya
  • Muntah

Sila ke hospital dengan kadar segera. Ini menunjukan tanda-tanda awal sawan semasa mengandung @ Pre Eklampsia....Nauzubillah!!

**Sedang cuba kawal emosi...orang kata kalau susah hati pon boleh naik lagi BP tue, lagi bes arini keta sangkut dekat bonggol batu mase nak parking keluar dari KK, nasib la ada suami sape tah duduk dalam keta, slumber je aku minta tolong orang tue alih kan keta**

Monday, November 1, 2010

My Dear Warehouse Sale

Salam All

Sesape ada singgah @ pergi @ window sopping @ terjalan-jalan ke My Dear Warehouse Sale Puchong...Angkat tangan korang???Sekarang baru terasa lega y amat biler barang-barang baby hampir complete...Fuhhh

Okey2...aku la salah sorang mumy-mumy yang dok laga-laga perut dengan korang kot sabtu lepas. Kemain lagi harga barang-barang dia...sungguh menawan kalbu okey. Tak tau la bagi korang kan tapi untuk aku sangattttt berbaloi-baloi la jugak.

**Tunggu gambar menyusul kemudian...harap-harap petang ni rajin ke Maxis bayar bil BB**

Friday, October 29, 2010

Darah Tinggi Ke Aku??

Salam All

Hujung-hujung kehamilan pulak penyakit datang, baru jek dapat call dari Nurse KK yang salalu saya p checkup tu suruh datang selasa ini nak refer dekat Doc sebab BP saya ada naik tu kan.

Sekarang saya jadi seram-seram sejuk nih...kemungkinan warded / bersalin awal adalah sangat tinggi yer kawan-kawan. Alamak...!!

**Harap-harap tak ada apa-apa la yer..please pray 4 me**

Thursday, October 28, 2010

Checkup & W/house Sale

Salam All

Tobat aku nak minum nescafe lagi...gara-gara minum nescafe maybe sebelum check-up semalam buat darah aku naik tinggi. Nurse pon tak pasti sebab musabab darah aku boleh naik tinggi camtu, biler dia tanya-tanya baru aku teringat y aku ada minum nescafe SAHAJA pagi tu sebelum pergi checkup.

Merasa la dok bertapa dekat klinik kesihatan tu 2 jam untuk pastikan tekanan darah tue betul-betul tinggi atau sebaliknya. 2 kali ambil tekanan darah result 130/90..over the border!! Nasib la kali ketiga turun 120/80 dan boleh balik. Kalau tak, confirm hari ni kena datang balik ambil tekanan dan sila la ready beg untuk ke GH nurse tu kate.

Nurse suruh banyak-banyak rehat sebab kaki ada bengkak sikit tapi ini momy sangat degil...depan Nurse kata okey tapi masuk je dalam kereta dah terpikir idea sopping dekat warehouse sale stadium Melawati Shah Alam. Start semalam sampai ahad ni. Macam-macam brand ada tapi for baby apparel sangat limited cuma ada brand tollyjoy jek tapi ternyata sangat berbaloi-baloi. Sempat jugak la sopping sikit-sikit untuk baby.

**Walaupon GUESS handbeg sale smpai 40%-60% ternyata baju baby jugak y sumbat dalam beg sopping..hu hu**