Click Sini

Wednesday, June 29, 2011

Pemakanan Saya Sepanjang Minggu Lepas

Assalam

Suka diet Atkin's sebab bole makan dalam qty yang banyak. So far aku melayan je segala jenis makanan. Diet atkin's tak bole ambil carbo lebih dari 20g sehari yerr...20g saja karbo y bole diambil dalam sehari. Isnin-jumaat aku memang bole control makan tapi kalau masuk ari bercuti, sabtu ahad tu memang agak kelaut kekedang diet aku ni. Nafsu besar tengok nasi. Contoh nye semalam la, kami suami isteri bercuti. Tetibe plak dia request nak makan cencalok. Ku belasah je la buat cencalok style selangor gitu..penyudahnye aku sekali terbabas makan nasi panas dengan cencalok...panas je hati. Aku declare cheat day semalam sebab dah terbabas. So untuk minggu ini no more nasi ok!!

Selalu breakfast aku makan sosej je seketul 2 camtu n carik brand ramly sebab kadar carbo dalam sosej tu paling rendah la aku baca. Kekadang pon malas nak breakfast cume minum air je. Kalau bosan sosej aku makan telur goreng tapi tak selalu la sebab tinggi colestrol telur tu.

Lunch pulak aku makan lauk pauk je. Ayam goreng dengan sayur. Tauhu masak sambal dengan sayur. Ikan goreng dengan sayur. Ambil sayur tu lebih sikit biar rasa kenyang. Biler perut kenyang, tak terpikir pon nak makan nasi. Lagi satu tip untuk aku..aku ambil lauk pauk y pedas2 sikit. Baru selera nak makan. Kat sini susah nak dapat ikan bakar jadinye terpaksa jugak la ambil makanan bergoreng sikit2. Nak masak pepagi buta...saya bukan orang yang serajin itu!!

Dinner plak aku cume makan sup sayur 'bodo'..hehe mak aku suke2 bagi name sup bodo. Nape sup bodo?? Sebab semata-mata sayur dengan serbuk sup tu jer. Takde sebarang hidupan laut mahupun darat berenang2 dalam sup sayur tu ok..Walaupon kurengg jerr tapi layankan saja. Kekadang terliur gak tengok husband makan burger mintak sesuap dua dengan dia tapi roti tak makan la, ambil daging jer...huhu..apekah rasenya makan burger tanpa dressing salad n roti tu ehh..sedey tau!!

Nasi??? Sesudu dua ada gak la makan..mintak suami suap kan. Kang kalau makan sendri nanti x bole percaya. Dari sesudu dua bole jadi sepinggan dua plak. Untuk 2 weeks induction tak dibenarkan ambil buah-buahaan lagi so kita pasrah je la. Minum air kena banyak kalau tak cik sembelit plak datang payah nanti.

**Pola pemakanan aku minggu lepas. Sebab buang nasi turun jugak dalam 1kg++**


No comments: