Click Sini

Monday, November 21, 2011

Qaid Rizqi ~~Newborn - Latest~~

Assalam

Hampir setahun usia Qaid. Bile orang tanya macam mana perasan menjadi seorang mak @ mama @ mumy @ umi kepada seorang anak kecil yang bijak lagi cerdik dengan senang hati menjawab.

Alhamdulilah..ALLAH kurniakan putera yang sihat walafiat dan sempurna. Jarang meragam dan selalu tersenyum tunjuk gigi.






















And latest Pic..

**Tiba-tiba rasa terharu sangat sangat...i can't describe**

Tuesday, November 15, 2011

Kami Lari Hospital

Assalam

Sambungan Kisah Sedih- Sabtu tadi...

Sepatutnye kami kena refer terus Qaid ke Hospital Panel En Husband tapi lupa pulak aritu sabtu kan cuti so tak ada GL pulak. Kami decide ke nearest GH la..Hospital Ampuan Rahimah. Dalam hati dah cakap mesti kena admitt Qaid ni nanti sebab tengok condition dia macam teruk sikit petang tu. Tengok Qaid tido tak sampai hati nak terus ke hospital. Balik rumah dulu ready apa yang patut packing segala baju bagai. Confident kena tahan malam ni.

Ke HTAR dalam pukul 8pm tengok ramai jugak pesakit. Biasa la kalau ke GH kena la tunggu lama jugak baru no giliran sampai. Lepas bilik saringan ke bilik Doc pulak. En husband sempat mengamuk jap sebab no Qaid dah terlepas. 4 orang patient selepas no kitaorang semua dah masuk. Rupenya Doc termissed place borang Qaid...huhu!! And again Doc suruh ambil neb lagi dan betul tekaan aku Qaid kena warded malam ini jugak. Aku pulak sedey sebab arini 2kali Qaid kena neb. Doc cakap Qaid kemungkinan besar memang ada asthma. Nampak lekuk dekat dada Qaid. Doc dekat clinic pon ada cakap benda yang sama.En husband pergi register untuk masuk ward aku plak ke bilik asthma dengan Qaid.

Kalau klinik panel selalu nurse yang pegang mask tu kita handle kepala & kaki baby sebab dia mesti meronta-ronta punye. Ni GH semua aku buat sendiri, pegang mask nak kena handle Qaid lagi. Memang gelabah la mula-mula tu. Nasib dapat manage Qaid pastu mask tu lagi..fuhh!! Tak sampai 5 minit Qaid ambil neb tetibe en husband muncul. Laju pulak urusan admission kat sini tapi upenya tak pergi pon. Dia sibuk call officemate tanya pasal GL. Rupenya bole je masuk dulu and GL proceed on monday. Tak sampai hati katenya nak biar anak bini. Aku ok jer kan. Siapa tak nak admit dekat tempat yang selesa kalau ada pilihan camni kan? Habis-habis neb terus jumpa doc mintak transfer.

Memula doc kata bole transfer. Dia uruskan Doc keluar sekejap. Lama kitaorang tunggu baru dia panggil masuk balik (dekat 30 minit camtu) pastu masuk pon bukan dapat keputusan pon. Dia suruh plak kami call pihak DEMC tanya ada bilik kosong tak?? Alahai Doc....permintaan tak logik la.takan bilik bole habis kot?? Dah la dia suruh kita yang call. Mana la ada save no hospital bagai. Call 103 pon tak berjawab. Memang ada patient lari balik rumah ni kang.

Sebab dah bengang kami cabut balik rumah pukul 12 malam. Tinggal segala surat refer dekat situ. Kitaorang bawa Qaid atas risiko sendri. Tengok dia macam dah ok sikit so malam tu just monitor je dia. Bunyi wheezing tu makin berkurang dah and decide nak ke DEMC esok pagi kalau Keadaan Qaid masih teruk. Pukul 12 30 malam camtu pihak Hospital ada call tapi hp mati so tengok esok pagi.

Yer memang aku jahat lari balik macamtu. Sila jangan contohi saya. Mesti nama Qaid dah blacklist kan dekat HTAR gara-gara kes samalam. Kami balik atas risiko sendiri. As at today Qaid macam dah okey sikit. Alhamdulilah cuma demam yang masih on off.

**Cepat la sembuh Qaid..Mama risau. Walaupon demam tapi main tetap main dengan aktif**


Episode Sedih-Sabtu

Assalam

Tak tahu nak start dari mana kisah episode sedih ini. Sedih hati kalau tengok anak tak sihat dengan demam batuk lagi. Itu yang kita dengar dari luaran, dalaman kita tak tahu sakit dia macam mana.

Jumaat petang tu masa ambil Qaid dekat rumah babysitter dah dengar sound wheezing tu. Nmapak susah sangat dia bernafas. Dalam otak dah terbayang-bayang neb. Aduhai anak..kena neb lagi ler kamu. Bukan ape, Qaid ni kalau kena neb melalak dia tak ingat. Cuba share sikit adult yang pernah ambil neb ni, sakit ke? Balik rumah petang tu terus kasi dia makan ubat batuk, cair kahak & ubat demam. Tapi takde perubahan sangat pon sebab dengar lagi bunyi nafas dia lain macam.

Sabtu tu dah berkira-kira nak hospital tapi sebelum tu attend dulu majlis kahwin rakan di ampang. Bunyi nafas dia much better sikit dari semalam tapi still kuat jugak especially time dia batuk, menguap & hisap susu. Mama Papa dah start worried. Badan pula dah start panas dengan muka dah start merah-merah. Balik tu terus zass ke klinik panel yang terdekat di Pandan Indah.



Jumpe Doc je terus dia suruh pergi neb lepas checked. Dia kata nafas Qaid ketat sangat. Demam pon tinggi 38.5 terus doc kasi ubat bontot. Masa neb biasa la Qaid jerit jerit sampai satu klinik dengar kot. Alala hero i ni bikin tak macho jerr tau.

Lepas habis sesi neb jumpa balik Doc tadi n dia check balik Qaid terus dia cakap takde perubahan puan. Selalunye lepas neb akan berkurangan sikit bunyi tapi bacaan Qaid sama jer sebelum & selepas Neb. Doc kasi surat refer untuk ke hospital. Doc syak Qaid ada broncittis/ lung infection. Terus rasa down, terbayang-bayang malam di hospital. Papa dah tak tentu arah. Drive keta pon melayang-layang fikiran. Qaid sepanjang jalan tido. Tah penat menangis ke atau sebab penangan ubat bontot tu tadi.

**Story belum habis..nanti sambung lagi**

Friday, November 11, 2011

Teladan

Assalam

Kisah copy paste dari FB



Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahuk
an ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".

SHARE KANLAH INI DI WALL (DINDING) ANDA UNTUK MENUNJUKKAN BAHAWA ANDA MENENTANG KEKERASAN PADA KANAK-KANAK!


**Kisah aku pulak kalau marah anak sebab hal2 macam ni memang tak berbaloi la. aku balik yang kena marah dengan suami.Anka kecik tu mana la tau barang tu mahal ke murah, barang tu bahaya ke tak pakai kat mana and tec. Kita la seharusnya yang pandai simpan tempat yang anak kecik tak tau**

Mashed Potato Versi Mama Qaid

Assalam

Hari ini takde modal nak cerita so cerita pasal resepi untuk si manja sayang. Paling mudah dan paling digemari Qaid. Kalau bagi dia mamam mashed potato ni sekali serving 3 biji jugak la. Sebab sedap kot rasanya.

Ramai dah tahu kot cara nak buat mashed potato ala KFC ni tapi tak kira nak share jugak. Ini versi Mama Qaid punye. Setengah jam dah bole siap untuk dihidang.

Cara Mama Qaid camni yer puan puan.

- 3 Biji kentang kupas potong dadu
- Kiub Pati Ayam Norr-sikit jer buat rasa-rasa ayam dan bau ayam. Kita masuk secubit je kot
- Semua ni rebus dalam 20 minit camtu @ sampai kentang lembut yerr
- Dah Siap tos sikit pastu blend jer. Kalau rajin lecek guna sudu.

Dah siap dan sangat senang kan. Untuk gravy dia pulak resipi seperti berikut
*


*


*


*

Qaid budak kecik mana bole makan gravy macam KFC tu. Gravy dia air rebusan kentang tu tadi la. Buh sikit atas tu biar dia cair sikit. Kalau nak resepi mashed potato yang sedap & gravy yang ala-ala kfc tu bole refer sini. Yang atas ni resepi untuk budak bawah umor tapi sedap jugak.



**Bole la mencuba ye puan puan**

Thursday, November 10, 2011

Baby Ngences

Assalam

Qaid dah nak masuk setahun hujung bulan ni tapi tengok la air liuh dia tu non stop okey. Agaknye bape lame yer kejadian tak di ingini bole berhenti. kesian lahai tengok dia sampai kena pakai bib manjang. Kalau tak lencun baju dia tau.

Tak caya korang tengok gambar-gambar ni




Paling teruk sampai tilam pon basah sebab lelehan dia...


Siapa ada cara nak kasi stop?? Dah macam-macam kasi dia makan kot la kenan mase pregnant tak dapat makan tapi nan adoo stop nye. Tah ye tah tak fakta tu pon kita tak tahu.

**Hero leleh saya**

-Ve Thinking

Assalam

Pernah tak korang rasa macam terpinggir @ dipulaukan. Actualy bukan diri sendri jer tapi dengan anak-anak sekali ikut terbabit.

Yang buat korang rasa camtu bukan orang lain tapi ahli keluarga yang terdekat? Bile ramai-ramai berkumpul dorang cume nak bercakap dengan orang yang dia rasa dia suka tapi bile ada aku dengan kau jer kemain ko layan baik? Pijak semut pon tak mati.

Ini la perasan yang paling aku tak suka kalau balik kampung

**So i decide untuk TIDAK selalu balik kampung...Bole gitu??sekian...**