Click Sini

Friday, November 11, 2011

Teladan

Assalam

Kisah copy paste dari FB



Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahuk
an ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".

SHARE KANLAH INI DI WALL (DINDING) ANDA UNTUK MENUNJUKKAN BAHAWA ANDA MENENTANG KEKERASAN PADA KANAK-KANAK!


**Kisah aku pulak kalau marah anak sebab hal2 macam ni memang tak berbaloi la. aku balik yang kena marah dengan suami.Anka kecik tu mana la tau barang tu mahal ke murah, barang tu bahaya ke tak pakai kat mana and tec. Kita la seharusnya yang pandai simpan tempat yang anak kecik tak tau**

Mashed Potato Versi Mama Qaid

Assalam

Hari ini takde modal nak cerita so cerita pasal resepi untuk si manja sayang. Paling mudah dan paling digemari Qaid. Kalau bagi dia mamam mashed potato ni sekali serving 3 biji jugak la. Sebab sedap kot rasanya.

Ramai dah tahu kot cara nak buat mashed potato ala KFC ni tapi tak kira nak share jugak. Ini versi Mama Qaid punye. Setengah jam dah bole siap untuk dihidang.

Cara Mama Qaid camni yer puan puan.

- 3 Biji kentang kupas potong dadu
- Kiub Pati Ayam Norr-sikit jer buat rasa-rasa ayam dan bau ayam. Kita masuk secubit je kot
- Semua ni rebus dalam 20 minit camtu @ sampai kentang lembut yerr
- Dah Siap tos sikit pastu blend jer. Kalau rajin lecek guna sudu.

Dah siap dan sangat senang kan. Untuk gravy dia pulak resipi seperti berikut
*


*


*


*

Qaid budak kecik mana bole makan gravy macam KFC tu. Gravy dia air rebusan kentang tu tadi la. Buh sikit atas tu biar dia cair sikit. Kalau nak resepi mashed potato yang sedap & gravy yang ala-ala kfc tu bole refer sini. Yang atas ni resepi untuk budak bawah umor tapi sedap jugak.



**Bole la mencuba ye puan puan**

Thursday, November 10, 2011

Baby Ngences

Assalam

Qaid dah nak masuk setahun hujung bulan ni tapi tengok la air liuh dia tu non stop okey. Agaknye bape lame yer kejadian tak di ingini bole berhenti. kesian lahai tengok dia sampai kena pakai bib manjang. Kalau tak lencun baju dia tau.

Tak caya korang tengok gambar-gambar ni




Paling teruk sampai tilam pon basah sebab lelehan dia...


Siapa ada cara nak kasi stop?? Dah macam-macam kasi dia makan kot la kenan mase pregnant tak dapat makan tapi nan adoo stop nye. Tah ye tah tak fakta tu pon kita tak tahu.

**Hero leleh saya**

-Ve Thinking

Assalam

Pernah tak korang rasa macam terpinggir @ dipulaukan. Actualy bukan diri sendri jer tapi dengan anak-anak sekali ikut terbabit.

Yang buat korang rasa camtu bukan orang lain tapi ahli keluarga yang terdekat? Bile ramai-ramai berkumpul dorang cume nak bercakap dengan orang yang dia rasa dia suka tapi bile ada aku dengan kau jer kemain ko layan baik? Pijak semut pon tak mati.

Ini la perasan yang paling aku tak suka kalau balik kampung

**So i decide untuk TIDAK selalu balik kampung...Bole gitu??sekian...**

Thursday, November 3, 2011

Annual Dinner

Assalam

Sabtu lepas company buat Annual Dinner. Ini 1st time dinner yang betul-betul macam dinner. Selalunya dinner lepas Chinese New Year. Itupun antara HQ dengan retail yang dekat. Kira Klang Valley Area la. So this time besar-besaran punya dinner. Semua branch Sabah Sarawak pon join. masa ni la berkenal-kenalan antara satu sama lain. Selalu cakap dalam telefon je kali ni face 2 face.

Makan macam tak best sangat tapi ok la kot. Kata makanan paling mahal tapi hampeh je rasanye. Vanue adalah di Sunway Resort & Spa Hotel. Luck draw kalau dekat companay aku ni memang best kot sebab semua akan dapat cume beza dapat duit ke hadiah. Grand prize tiket ke jepun. Iphone Ipad no 2 & 3 and paling lowest cash Rm 50. Ok la kan






Well nak tahu ape kita dapat tak..meh scroll skit

*
*
*
*
*
*

Samsung Galaxy Ace menjadi miliku...Top 20 punya hadiah. Kena beratur atas pentas. Alhamdulilah rezeki ALLAH nak kasi.

**So tak payah nak pening-pening kepala fikir pasal HP yang dah rosak tu**

Monday, October 31, 2011

11 Bulan & 1 hari

Assalam

Sekarang kalau berjalan dalam mall memang la kena berhenti & kasi Qaid layan permainan dia ni. Anak buah aku yang umur 2 tahun takut giler naik permainan ni tapi dia rilex jer. Kalau bole nak lagi dan lagi lagi tau.








Ada sekali haritu lalu jer depan permainan dia pastu kitaorang tak stop la. Ingat dia tak reti tapi silap besar okey. Dia campak botol susu dia pastu panjat naik stroller nak tengok belakang. Faham la kitaorang kenapa.

Qaid da 11 bulan & 1 hari harini. So far progress dia ok. Jalan da laju. Bole dah bangun sendiri. Kalau haritu tengok dia nak start jalan mesti papah dekat kerusi dulu tapi sekarang da teror berdiri. Kalau kita cakap dekat dia Qaid joget-joget dia pon start la goyang-badan tangan dia bagai..So comel la anak mama buat camtu. Gigi maintain 6 batang je tak tambah-tambah lagi and so on la.

**Ok..nak update itu aje**


Thursday, October 27, 2011

Jalan-jalan Manjaku

Assalam

Semalam sopim sikit barang Qaid dekat Manjaku Sentosa Klang. Plan asal cume nak carik puting Avent Qaid yang dah berkerak tu tapi hampeh pulak sebab takde sale. I kan suke beli time sale jer so cancel carik puting. Jusco ada sale untuk puting Avent tu 20% tau..hehe

Dah lama kot tak berjalan dekat Manjaku Sentosa tau-tau dah ade brand Tommee Tippee. Awalnye cume nak beli puting baru sekali tengok pek promo 3 bijik tu ada jugak kat sini. Terus jela beli botol susu baru. Berbaloi-baloi


Rm 45.90 untuk 3 biji 9oz.Normal Price Rm 60+

Untuk Dyper brand Huggies pon murah. Yang merah rm 31.90 rembat satu pack. Tak sia-sia terjalan-jalan dekat Manjaku semalam. So apelagi momy yang dekat2 Manjaku tu serbu la buat stock.

**Itu jer nak cerita**