Click Sini

Thursday, November 11, 2010

Tinggal Sebulan Lebih

Salam All

Sebenarnya aku baru je tengok vcd Lagenda Budak Setan tue...ketinggalan keretapi kan?Ha ha...ape nak buat, tak sempat nak catch up dekat pawagam aritue. Menonton cd adalah hobi terbaru sebab dah kurang rajin nak ke pawagam untuk menonton.Pinggang sakit duduk lame-lame.

Bukan nak citer pasal hobi terbaru ni tapi nak citer pasal ending citer tu. Korang mesti tau kan ending dia yang mane Ayu tu meninggal masa deliver baby dorang. Adohai..tetibe plak suami aku bagi comment kalau dia kat tempat Kasyah time tu mesti dah terlepas baby tue dari tangan. Komen di FB dari seorang kawan juga buat aku beremosi kejap, katenya proses melahirkan antara hidup dan mati umpama nyawa dihujung tanduk.

Ya ALLAH...series aku jadi cuak bile tinggal sebulan je ni. Kot la perjalanan hidup aku takat tue je, kasihan la en suami membesarkan anak sorang-sorang. Tak dapat tengok dia membesar.Tak dapat dengar anak aku panggil aku mama.Kalau dah tertulis setakat itu je perjalanan hidup aku, siapa la aku nak meminta-minta walaupon masih belum bersedia.

** Series....dalam emosi yang kurang stabil. Semoga dipermudahkan segalanye**

Wednesday, November 10, 2010

Stroller Sweetcherry

Salam All

Preston Sweet chery Model S800

Macam berkenan plak dengan stroller ni. Brand sweet cheery. Kalau ikutkan hati mahu yang Quinny punya brand tue tapi bile tengok poket nipis maka mungkin ini yang jadi pilihan hati..ala-ala design quinny jadi la yek!!so plastic...hehe

Harga dia plak RM 369.00 dalam website sweet cherry ni plus F.O.C delivery charge dalam area Lembah Klang. Berat 8.8 kg saje. Ok la tue, tak ada berat sangat. So kalau jalan-jalan kat JJ ke mana-mana mall boleh la tengok dulu secara real. Nak pegang-pegang, try tolak-tolak and if okey saje baru beli. Kalau tak kita hold saje dulu.

Jom-jom tengok features model ini...

-Suitable from newborn to 4 years old
-Innovative design with anodized aluminium frame
-Multi-positions adjustable backrest
-Compact umbrella folding for easy storage
-5-points safety harness
-Lockable front swivel wheels with all round suspension
-One-step link brake system
-Removable hood
-Detachable bumper bar

**Harap harap baby suke...i suke sebab merah u**

Canon EOS

Salam All

Refer entry Digital Camera ni...semalam ini gadget dah sampai. En suami adalah sangatttttt taksub okey menembak di sana sini buat eksperiman katenya. Aku pon ala-ala eksited jugak tapi belum sempat belajar manual lagi.

Maka insyallah lepas ni rajin la aku menepek segala gambar y dipikirkan sesuai..he he insyallah je tau!!

**Aduhai suami....**

Annur Seksyen 6 Shah Alam

Salam All

Malam tadi borak-borak dengan Nina and dia ada mention pasal tempat anak buah dia lahir dekat Annur Shah Alam. Aku ingat selama ni kakak dia deliver dekat UMRA Shah Alam, silap rupenya.

Yang bagusnya pasal hospital ini, according to her la, sangat-sangat islamic. Mase sakit-sakit nak push, sakit-sakit constraction, dia ajar kita ayat-ayat suci Al-quran. Biasanya ayat ayat yang sinonim dengan wanita hamil ni Surah Yusuf,Mariam, Al-fatihah, Ayat Kursi dan etc la. Bagus nye hospital ni kan.

Jadi pagi tadi, semangat la aku goggle web Annur ni tapi nampaknya macam tak ada laman web sendri pulak. Tapi ada la Yellowpages update pakej untuk delivery kat situ. So far, rate dia murah la jugak.

Tapi, okey ada tapinya fasiliti dia kurang moden katenya. Bilik macam so-so saje dan bangunan hospital pon macam bangunan lame katenya. Kena buat tempahan awal untuk bersalin kat situ kalau tak silap la sebab bilik dia tak banyak katenya. Okey, kalu ada kesempatan aku nak survey dan buat checkup kat situ untuk sesi tinjau-tinjau..he he

**Nak tanya la, betul ke kalau nak deliver di hospital serdang @ putrajaya, kita kena beralamat di sekitar area yang berkenaan??pls share...**

Friday, November 5, 2010

My Dear Warehouse Sale

Salam All

Cuti ari ni sempena Deepavali..kepada jiran sebelah menyebelah ni hepi deepavali okey. Jgn main mercun lagi ek malam ni..terkejut baby aku nak tido.

Okey...Last week kan aku ada p warehouse sale My Dear tu. So mari tgok apa y aku dapat grab ari tue walaupon penuh sesak, sakit perut laga-laga dengan mumy yang lain tapi bes tau.


Playpen ni Rm 100 jek...boleh lipat2 jd macam beg golf je size dia

FUBU soacks ni 10 pairs

Net ni Rm 10

Tilam N Comfter..2 set

Rocker Y Sweet...Rm 60 ok kot

Mahu let go y ini..Rm 120


So kalau dah kaler-kaler barang baby camni mesti korang boleh teka apa gender baby kan???he he....of kos la BABY B.O.Y


3D/4D scan mase 32 weeks...capture pakai hp saje


**Syukur Alhamdulilah**

Thursday, November 4, 2010

Isu Delima Hopital Pilihan

Salam All

Rentetan isu sebelum ini..kisah dalam delima nak bersalin kat mane. Maka diri ini telah membuat pilihan untuk membersalinkan diri di...

*
*
*
*
*
*
*
*
Hosp kerajaan @ sewaktu denganya
Aku adalah tidak layak sama sekali untuk mendapat benefit y ditawarkan oleh company suami.Suami tidak mendaftarkan nama i sebagai isteri dia dalam record peribadi staff. Selagi tiada pendaftaran di buat maka aku tidak layak untuk mendapat sebarang benefit y ditawarkan oleh company suami.
Kenapa tak daftar??Sebab aku ada loan dgn company suami...mane la teman nak tahu suami nak dapat keje kat citu kan...so bukan salah i kan?kan?sila la anggukkan pale korang sekali. Frust dengan sangat dalam-dalam weh
**Walaupon cam frust sikit tapi tak kisah la kan.Bersalin kat mane-mane pon same je kan. Janji selamat dua-duanya**

DEMC @ KBMC

Salam All

Cepat-cepat pilih tempat bersalin y ditanggung sepenuhnya oleh company en suami. Terasa bertuah sungguh badan hamba apabila ada y sudi menaja untuk bersalin di Private Hospital walaupon hanya cover untuk bersalin secara Normal SAHAJA okey. Tapi masih bersyukur bukan.

Mari-mari kita tengok Hospital mane yang bes....


Darul Ehsan Medical Centre @DEMC
  • Terletak di Shah Alam..dekat sgt la dgn rumah
  • Delivery 4 normal pon 1.5k++, c-zer case up to 4-5k jugak
  • Hospital baru/selesa
  • Sesuai sangat la untuk emergency case


Kampung Baru Medical Centre @KBMC
  • Lokasi kl kampung Baru...sesak+jam
  • Delivery 4 normal 1-1.3k saje..murah sikit la.C-zer pon x mahal sgt.
  • Ward pon ok la aku tengok
  • Kurang sesuai la untuk emergency case sb jauh kan..

So...mane satu pilihan hati??Mane yang korang pilih kalau korang jadi aku...my choice adalah....dalam entry selepas ini okey.

**Nak Buat timbang-tara jap ekk**