Click Sini

Tuesday, August 2, 2011

STARBUCKS TAK HALAL

Assalam


STARBUCKS telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifie r 471), mono di-glycefi deswhich dr animal origin (pork). Raspberry Frap guna cherries yg dicelop dlm arak & the tiramisu ada RUM. Tlg sebar kat kekawan Islam. Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 utk dpt maklumat lanjut

**Ya Allah...seumur hidup sekali aritu aku minum. Dari masa preganat lagi aku mengidam air Choc Chip Frapucino dia siap mulut Qaid pon aku sumbat sekali..Subhanallah**

Monday, August 1, 2011

PD50H-Final Week

Assalam

Masa untuk update timbangan minggu terakhir PD50H. Tetitbe sedey palk....haha!!Tetibe jer kan!!

Seperti yang dijangka memang berat akan naik la minggu ini. Aku memang pesta nasi+durian sungguh-sungguh minggu lepas. Sabtu tu family day dekat Ulu Yam dengan rakan sekerja husband. Makan memang mewah la..durian berbakul-bakul turun sampai bole demand nak yang isi dia sedap-sedap jerr tak sedap bole buat tempoyak.

Malamnye sesi memujuk rayu husband pergi makan Nasi Lemak sedap dekat Lontong Klang. Haa...berhari-hari tahan makan nasi, malam x makan tapi sebab nak puasa aku nak jugak makan best-best. Tak kire dah janji dapat makan.

Semalam plak breakfast Nasi Ayam Pak Mal...pepagi buta dah ngapp nasi. Lunch sambung nasi lagi maka ini la hasil nyee, penngkatan sebanyak 0.6kg...OMG!!

Bole say bye bye to menang...ke laut!!


**Kuciwa jugak sebab tak dapat turun ikut target tapi masih ok la..ada gak penurunan dengan sikap malas senam aku tu jangan mimpi la nak turun banyak-banyak. Kita sambung PDR pulak yep kawan-kawan**

8 Bulan

Assalam


Qaid & Mama

Cepatnye masa berjalan..Qaid da 8 bulan tido sama-sama papa & mama. Jadi anak papa & mama yang sangatt behave. Mama & papa sayang Qaid.

Make it short, progress sepanjang 8 bulan Qaid

- Belum tumbuh gigi lagi....lambat sikit tang ni kot

- Hebat meniti tangga sekarang

- Dah ada gaya-gaya nak berdiri..salu letak dlm playpen dia lepas2 tangan dia pastu kedebuk jatuh dia sengih2 sendri. Kerusi adalah tempat feveret dia berdiri-diri.

- Bab makan tak cerewet...makan saje ape orang suap!!Durian pon dia layan...camni ni la anak mama, hantu durian!!ngeee

- TAK SUKA duduk dalam walker...uwaaaa!! Y ni payah sikit nak handle. Dia suka bebas

- Hot Spot adalah dapur...Kalau hilang dari pandangan cube cek kat dapor, adalah dia dekat sana, tengah baring-baring la, main-main semut la, berdiri depan peti ais la..macam-macam!!

- Pandai berbunyi-bunyi siap ajuk-ajuk bunyi yang orang lain bunyikan. Kekadang lawan-lawan bunyi siapa paling kuat bunyi.

Ada lagi beberapa tapi cukup la ni...kang list banyak-banyak kata nak nunjuk-nunjuk plak. Cukup la ni, ramadhan tak baik bersangka buruk. Sia-sia je puasa menahan lapar dahaga tapii..opsss lari topik plak.

Di kesempatan ini saya mohon supaya diampunkan dosa-dosa saya.Yang tak tersenghaja atau secara senghaja. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari y lepas & selamat berpuasa semua

**Ikhlas dari kami sekeluarga**

Friday, July 29, 2011

Comel Nye...Hasil Keje Zura Zari

Assalam


Da lama carik custome made car signage ni. Harga pon tak mahal, memang tak mahal la wey, berbaloi-baloi beli tau.Nak Order bole pegi dekat FB Zura Zari ye. Search je dekat FB tu. Tak sabar nak gantung kat kete ni.

**Tengah terpikir-pikir nak order lagi satu ni**

Baju Raya

Assalam

Street to the point..agak-agak bape pasang baju nak beli untuk si kecik ni yer??

Haaa..puasa pon belum start lagi dah tanye pasal baju raya terus. Tak hagak-hagak tol mama waid ni kan?Hehe....so korang-koprang yang ada experiance sila la share dengan aku bape pasang baju nak kena beli ni?

**Tahun ni harap-harap dapat la bonus lagi..dapat la menyopim sikit tok qaid!!Meh cepat tadah tangan tolong doakan sama-sama**

Thursday, July 28, 2011

Puasa Sebulan Lagi Ke?

Assalam

Lebih kurang 3 ari lagi kita nak menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Seingat aku puasa yang paling seronok adalah Ramadhan tahun lepas. Masa tu time membawa perut yang sangat indah. Dengan izin Allah dan kerjasama Baby dapat jugak puasa penuh sebulan. Alhamdulilah dapat jugak rasa puasa penuh sebulan.

Seminggu Ramadhan tu macam terasa jugak la lapar tapi masuk minggu kedua dah ok dah. Bola biasakan diri. Tapi sahur memang tak bole skip. Pernah sekali terskip sebab tak terjaga...Lapar dia Tuhan je yang tahu. Masa tu dah 50-50 je tahap keimanan. Luckly dapat MC balik rumah terus rest puas-puas. Tak ada sape nak marah ibu mengandung y melepek kelesuan ni.

So tahun ni macam mane?? Cik 'P' masih tak kunjung tiba dan aku pon tak buat ujian apa-apa lagi. Memang jauh sudut hati kami berdua campur Qaid memang tak ready nak tambah ahli keluarga lagi. Nak besarkan Qaid sorang pon rasa cukup-cukup je. Memang tiap anak tu lain-lain rezeki dia tapi aku tak nampak lagi mana sumber-sumber penamabahan bulanan kami sekeluarga. Tapi kalau da rezeki Allah nak bagi kami redha. Sedangkan ulat dalam batu pon bole hidup inikan pulak manusia yer??hehe....tapi selagi tak buat ujian maka tak ada apa2 la aku anggap. Mungkin kesan dari MAB tu kot..hehe

**Kalau masuk ramadhan pon cik'P' tak datang baru aku p buat ujian**

Qaid Lagi..Hehe

Assalam

Semalam adalah misi membotakan kepala Qaid..huhu. gambar blurr sikit.Aku kalau bab membotakan kepala qaid antara rela tak rela je..bagi aku nampak cute sikit Qaid berambut kot!!Puji anak sendri palk..hehe. Sangat behave masa uncle potong rambut dia tapi 5 minit lepas tu, kepala dia kalau bole putar 360 darjah mesti dia putar kepala dia tu. Sibuk nak tengok mama dia kat belakang la. Tengok gunting la, tengok muka uncle la...tak reti duduk diam budak kecik ni.

Lagi 1 masalah budak ni, korang tengok dagu dia tu...pening aku. Tak tau nak ubat camne lagi. Bagi cream ok sikit, tak bagi dia naik balik. Sekarang aku bubuh cream nama dia Bipogent. Pas minum susu lap mulut dia tapi jadi jugak. Tak emcem la anak mama ni..hehe. Kulit dia memang agak sensitif. Nyamuk gigit pon berbulan nak ilang.

Sekarang ni pandai budak mucuk ni ajuk2 papa dia batuk...klu kita hek hek sikit, dia pon hek hek jugak pastu gelak-gelak. Galak dia sekarang ni berdiri-diri pastu lepas tangan. Aku la tukang jadi penjaga dia dekat belakang. Rasa macam nak pakaikan helmet je kat kepala dia biar tak terantuk. Duduk dekat stroller pon dah tak mau pakai seat belt lagi dah...sekarang suka berpegang dekat handle bar tu, kalau paksa jugak dia pakai siap sedia la dengar dia melolong nangis.

**Till then...nanti cerita lagi**