Click Sini

Tuesday, January 11, 2011

Anak Angkat

As Salam

Anak Angat??siapa ada anak angkat..sila angkat tangan!!hehe

Aku berkongsi rasa sedih dengan cousin aku yang sorang ni. Kahwin dah lebih 4 tahun tapi rezeki cahaya mata belum ada lagi. Pakar sakit puan dah sahkan yang dorang suami isteri ni normal, tak ada apa2 masalah tapi tu la kan..rezeki dari ALLAH masih tak ada.

Bulan lepas ada sorang kawan dia ni (nurse) inform dia y hosp dia ni ada sorang mumy ni nak kasi anak dia dekat orang. Mumy ni ada masalah dengan suami dia y nak kahwin baru, jadinya dia tak nak la anak ni katenya.Kemain hepi la cousin aku ni,walaupon rezeki anak sendri tak sampai lagi tapi dapat anak angkat pon dah macam satu anugerah bagi dia. Lepas mumy ni bersalin je terus dia ambil wat balik rumah. Nak amik anak angkat pon bukan semudah ABC, kalau tak silap bayaran dengan hospital + mumy dekat Rm 2 ribu jugak la.

Nampak la keriangan dorang ni laki bini dapat anak baru. Stock baju baru banyak sangat dia beli, mak long kitaorang siap kasi pinjam buaian cucu dia dekat cousin aku ni. Lagi manis bile aku dengar si suami ni la gigih bangun malam2 buat susu, jaga baby sebab cousin aku ni bole tahan jugak la tido mati dia..hehe!! Hari ketiga dah bawak balik meru nak tunjuk dekat atok dengan nenek meru sana la. Semua orang hepi, semua orang gembira lagi2 cousin aku ni la.Kemain lagi dia tatang anak dia tu..hehe

Tapi masuk hari ke 4, dapat call dari mumy baby ni, dia rindu dekat baby dia, nak sangat tengok baby dia. Cousin aku dah mula tak sedap hati tapi dia faham la kan, walau camne pon anak tu tetap anak dia. Lepas hari tu, call lagi katenya dia hampir2 meroyan sebab rindu baby dia. Dia mintak cousin aku datang hari ni jugak. Bile dah sampai, merayu2 pulak mntak tinggalkan seminggu dia nak bagi susu badan semua. Cousin aku memang dah tak sedap hati tapi tinggalkan jugak la sebab dorang ada black n white kan.

Cukup seminggu nak datang amik baby, mumy ni bole pulak buat drama nak terjun bangunan kalau cousin aku amik anak dia.Camne tu?? Cousin aku ni sedih sangat dia, memang la ada black n white tapi bile tengok kegilaan mumy baby ni terpaksa la dia pulang balik anak tu dekat mumy dia balik. Tak sampai hati jugak dia tengok muka mumy ni.Cousin aku ni mengalah demi untuk semua. Balik rumah nangis je dia, tengok baju nangis, tengok barang baby nangis.Yela..dah rase macam anak sendri walaupon 4 5 hari je jaga.

Dia pon try la lupekan ape yang jadi dekat dia. Semua orang tak putus2 motivate dia. Ade sehari tu rindu sangat kat baby Muaz (cousin aku y kasi nama)pergi la saja2 melawat. Sedih dia tengok keadaan baby Muaz dia, tengah demam tapi mumy dia tak bawak pergi klinik, dengan baju y kelam2 je kaler dia, sarung tangan sebelah kaler lain, sebelah lain. Sedih hati dia tengok baby Muaz. Biler cousin aku pangil2 Muaz,terus je mumy tu cakap nama dia tukar lain, bukan Muaz lagi.Terdiam cousin aku, duduk pon x lame terus angkat kaki pergi. Tak tahan hati dia tengok muka baby Muaz.

So sekarang ni dia betul2 berazam nak lupekan baby Muaz dengan SERIK sangat2 nak ambil anak angkat lagi. So haritu biler dia nampak Qaid, terubat la rindu dia dekat Muaz.Kemain lagi dia kelek je Qaid.Muka Qaid ada iras muka baby Muaz katenya. Adoi..aku plak y sedih dengar.

**Cousin..insyallah satu hari nanti sampai jugak rezeki kamu eh! jangan sedih2 lagi okey. Rindu2 meh la datang umah main2 dengan Qaid**

9 comments:

nadeera said...

la leh pulak mcm tu kan..mmg la kita tak smpai hati nak pisahkan anak dgn mak..tp tulakan,manusia sentisa mungkir janji..insyaallah ader rezeki tuk cousin farah nanti..amin..

Luv like this.... said...

tu la nad..insyallah 1 ari nanti ada rezeki dia kan

mun said...

sedih pulak mun dgr cite pasl cousin faah tue...takpe insyaallah ader rezeki untuk die tue nanti.....

zura bahrin said...

alasan je kot nk kuar hops cz xde fulus...klu dh itam putih surat dr makamah & JPN knp dia nk amik balik...tp nk pisahkan ibu & ank mmng x sampai hati kn..cume bg pandangan je ni, cube mohon ank angkat kat kebajikan baru2 ni de staff kat sini amik ank angkat kt sane..

sharEna said...

sedihnya....=(

mcm dlm drama cerita nie. tp ini btl2 kejadian..lg sedih.

hrp Allah bg rezeki anak pd diorang. amin.

p/s: x suke org yg mungkir janji!!

Shifa said...

sedihnye.. kesian dia.. tp one day kalo dia dah pregnant btul2, sure dia rasa lagiiiii sayang kat anak sendiri tu..

FATIN MRAZ said...

salam perkenalan.. jalan2 bace blog..;)

Luv like this.... said...

mun-insyallah 1 ari nt kn.kita ni tolong doa2kn je la

zura-x brani nk tnye lebih2 tkut dia ngis lg.tp aritu dia ckp dah serik da nk amik ank angkat lagi

sharena-boleh bikin drama kn?harap2 1 ari nt ade rzeki dorg

shifa-hopefly ada rezeki tok dia

fatin mraz-hai jugak.thanq jln2 cni

.:Mrs. Engineer:. said...

sedih nye...insyaALLAH ade rezeki die nnt...amin...