Click Sini

Wednesday, January 12, 2011

Si Kaki Jalan

As Salam


Menghitung jam menghabiskan sesi berpantang 44 hari..yahoooo

Sesungguhnye proses berpantang ni memaksa aku untuk puasa dari berjalan sana sini. kalau korang nak tahu aku ni boleh la tahan kaki rondanye. kalau hujung minggu tu jarang la lekat kat rumah. Ada je aktiviti yang dirancang. Tak ukur soping complex kami ke Melaka balik kampung. Balik kampung pon ronda2 jugak ke Bandar Melaka.

Bohong okey kalau cakap time pantang ni tak keluar langsung kan tapi setakat ke mall beli barang2 keperluan je la lepas tu terus balik. Tak dapat la window sopping segala bagai. Kalau dah sopping ke Tesco, Giant tu nak window sopping mendenya kan..


muka 2 beranak yang keboringan...

En suami yang faham peel bini dia ni rajin la bawak ronda2 pusing kampung nek kereta anak beranak. Itu pon dah dikira sangat heaven tau. Malam tadi sempat lagi ke pasar malam jalan2 carik makanan tapi qaid duduk rumah la. Qaid masih pantang lagi tapi sekali dah terlepas ke Tesco haritu. Cukup hari nanti kita jalan puas2 je Qaid..hehe

Memang la tak elok bawa anak baby baru sebulan keluar tapi tapi rasionalnye aku nak train qaid dengan dunia luar...erkk nampak macam alasan jerr!!

**Tunggu time habis hari...dalam kepala banyak dah pikir jalan mana**

1 comment:

.:Mrs. Engineer:. said...

he3....chaiyok2...tggl bpe ari jek lg... :)