Click Sini

Monday, January 10, 2011

Suntikan Sebulan

As Salam

Sabtu lepas bawak Qaid ke UMRA untuk cucuk Hep dos 2. Lewat 8 hari dari tarikh appoitment yang sepatutnye 30/12 hari itu. Kalau sesapa nak amik injection dekat UMRA boleh pergi waktu klinik dari 10 pagi sampai 1 tengahari dan malam ada 1 lagi sesi tapi tak berapa pasti masanya. Salah info nanti susah plak kawan2 maya yang lain.

Untuk harga injection Hep B dos 2 ni plak harganye RM 45 +30 (Doc Consult)= Rm 75. Bagi sesiapa yang agak2 kurang rajin nak ke KK boleh la kot amik injection dekat UMRA atau pon klinik2 biasa yang harga lebih kurang je kot. Tak sampai sejam dah habis urusan. Aku dah tanya siap2 la untuk injection bulan ke 2 esok ni, 3 serangkai harga injection Rm 110+30 saje. Bukan ape, senang nanti aku nak prepare duit nye..hehe!!

Qaid 1st time kena inject melalak sakan tau. Mungkin sebab dia masih lapar, dalam bilik Doc dia masih lagi menyusu tapi nangis kejap je atau pon memang terasa sakit. Ingatkan suntikan dekat tangan rupenya dekat peha gebuss dia tu. Gigih la aku pakai kan short sleve untuk dia.

Berat terkini Qaid plak ialah 4.6 kg..semangat!! Bile aku cakap 5 oz sekali susu Doc pon terkejut tapi dia cakap normal la. Tak ada apa2 masalah cuma agak berlebihan sikit. Ada jugak Doc terangkan optional injection tapi yang itu nanti la dipikir2 kan. Orang kata Rotavirus tu ada enzim babi eh? Harga suntikan pon boleh tahan mahal nye.

Owh ye....tempoh berpantang akan berakhir khamis ni!!wink wink


Last but not least...Papa+ Qaid


**Till then frenz...**

4 comments:

nurul aziyana said...

comell!!waa semangtnya qaid..kalah dh husna beratnya..

Luv like this.... said...

yana-kt pon terkejut dgr doc ckp 4.6 kg!!tapi memang tgn terasa lenguh la time dokong dia?

NURUL said...

nurul kalau injection semua kat KK tp kalau injection tambahan atau check up monthly nurul buat dua2 kat UMRA dan KK. 4.6kg untuk sebulan mmg bam2. raina masa sebulan baru 2.5kg kot. hehe. raina kan lahir kecik 2.37kg so naik tak byk mana pun

Luv like this.... said...

nurul-kt pon terkejut tgok 4.6 kg.abis susu mewah semacam,asal nangis sumbat susu mne la dia tak bam bam tp hepi tgok dia besar cmtu