Click Sini

Thursday, January 13, 2011

Hey Beijing...

As Salam

Hurmmm....kata dah jadi mak kan maka banyak pengorbanan dan kehendak diri terpaksa dilupakan. Terbang bak angin lalu jer. Baru berangan2 nak terbang ke Beijing tapi kuasa si anak kecik ni merubah segalanya.

Ingat aku cukup tegar la nak tinggalkan dia selama 5 hari nanti. Terus je confirm dengan suami nak follow company trip dia mac ni. Tapi pagi ni,keputusan lain plak aku buat. Lepas pikir2 5 hari nanti aku kena tinggal dia, bercuti pon rase tak best bila asyik ingat anak dekat rumah.

Belum rezeki aku kot nak jalan2 tengok negara orang. Lagipun perbelanjaan isteri adalah sendrian berhad so tak ada lah rase rugi sangat. Duit itu bole pergi holiday anak beranak nanti tapi suami suruh fikir2 lagi. Aku takut esok pagi keputusan aku berubah lagi..haha

**Terus set dalam otak yang Beijing tu tak bes mana pon...tapi dalam hati kata tidak**

5 comments:

» NAJA « said...

memang..masa mula2 fmly decide p umrah tak nak bawak baby Qhalyf (kebetulan baby kite nama dekat2 kan :-))...masa menghitung hari nak tinggal dia tu punya la berendam air mata tak lalu makan tengok muka dia nangis.belum pergi lagi tu..last2 decide bawak je baby..Pengarang jantung hati mana leh tinggal kan..:-)

sharEna said...

iskk..klu kite x sggup gak nk tinggal anak. kompem x best nnti jadinya..dok riso memanjang anak ok ke tak...

some other time jelah fahana. insyallah ade rezeki lagi =)

NURUL said...

kalau nurul tak pergi beijing pun tak pe asalkan anak ada kat sisi. pendapat nurul lah. sbb pernah raina tggl kat rumah tok wan dia sbb babysitter dia cuti. so tok wan kata biarlah raina tido rumah tok wan je.

konon2 ok sekali malam tu kat rumah teringat2. apa lagi tgh malam ajak suami drive blk umah atok raina nak tido sebelah raina.

dah ada anak ni lain sikit. apa2 mmg ingat anak

My Little Diary said...

salam,

hehe lgpun anak kecik lagi kan... nanti2 dia dah besar bole pegi dgn dia pulak..
tapi kalau hati nak pegi jgk... pikir2kanlah.. :D

rDnA said...

xbleh bwk baby ker??ishhh msti x best klu baby kena tinggl.nk bercuti pn tak feel nnt