Click Sini

Monday, April 18, 2011

Impian Kalau Menjadi Suri Rumah

As Salam Rasa nak menjadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa la... Tapi disamping tu nak jugak carik sesuatu y bole menjana pendapatan. Dah fikir keje2 yang bole dibuat dekat rumah -Belajar menjahit -Belajar baking -Belajar makeup **Hurrmmm...kalau dok rumah maka camane plak impian nak sambung belajar??ce cite ce cite Pn Farhana **

Tuesday, April 12, 2011

Perut Buncit Tambah Buncit

As salam Baca blog Nurul tadi dengan ISU PERUT BUNCIT......tetibe plak teringat dengan teguran suami En suami : Awak...pakai seluar memang perut dah nampak la..hehehe (gelak mengejek) Aku : Saje la kan carik pasal....belikan seluar baru!!lantas ku piat2 telinga en suami, kalau ikut kan hati nak kasi putus jer Dah tau isu sensitif lagi mau cakap. Terasa la aku...buncit ni pon sebab anak dia la duduk 9 bulan dalam ni kan sayang Qaid. Aku rasa ini pon salah satu dilema ibu2 lepas bersalin, nak dapat perut y selim melim cam dulu x dapat la kot. Tetambah y semulajadi debab cam aku ni kan lagi la...lipatan tu semakin bertambah2 okey. Semalam try la pakai seluar girdle tapi tak selesa pulak plus di bahagian jahitan tu macam ada rasa ngilu. Tak berani nak pakai lagi hari ni Korang2 semua camne??? **Gigih sapu losyen mustajab..harap2 la mustajab!!!hahaha**

Monday, April 11, 2011

BS Oh BS

Assalam Kawan-kawan sekalian..... Saya tengah bersedih hati sebab BS Qaid sudah confirm mahu resign hujung bulan ni. Alasan.... Tak cukup masa. **Huhuhuhuhu**

Friday, April 1, 2011

Qaid 4 Bulan 2 Hari


As Salam

En Gebu Qaid Sewaktu Majlis Aqiqah...


Qaid dah berusia 4 Bulan 2 hari. Masih cube-cube untuk meniarap tapi berjaya sekali jer. Lebih nye kitaorang tolong tolak kan!!hehe...ni tak adil Qaid, kena cube lagi ye sayang


Sepanjang 4 bulan kelahiran dia, minggu ni merupakan minggu ujian buat kami berdua. Mula-mula demam lepas tu bersambung plak selsema dengan batuk...tido malam merengek-rengek...sian nye awak Qaid.


**Ngantuk...daaa dulu**






Wednesday, March 30, 2011

Kisah Kesedaran Versi 1

As Salam Hujan renyai-renyai mase aku nak ontheway ke ofis tadi. Sambil layan jammed y lite-lite gitu terus terfikir-fikir pasal sesuatu yang belum aku lunaskan lagi. Perkara yang selalu sangat menghantui aku....betul, aku tak tipu. Perkara y sepatutnye aku sudahkan dulu sebelum bercinta pastu kawen..sekarang zaman dah jadi mama Qaid pulak. Aku dah lame intai-intai peluang nak sambung belajar. Dulu aku pernah ambil PJJ di UiTM tapi sampai semester 2 aku break sebab macam rase jurusan y aku ambil tu macam tak membantu langsung aku y bekerja dalam bidang swasta ni. Masa tu dapat jurusan Pentadbiran Awam. Sebelum tu aku dah complete kan Sijil Kemahiran Malaysia di sebuah kolej yang tak diiktiraf, sijil ini pon macam tak laku je. Aku pon tak tau camne bole nak belajar kat situ. Kalau tengok result SPM ada jugak deretan A disitu. Classmate aku pon pelik kenapa aku tak sambung belajar atleast dekat kolej y berprestige sikit la. Aku rasa itulah kesilapan besar y pernah aku buat dalam hidup.....silly of me Dalam hati Tuhan je y tahu bile tengok kawan-kawan sebaya dah graduate, keje pon bagus-bagus. Bukan la kata life, keje aku tak bagus cuma dalam hidup ni kan kita masing-masing ada impian untuk dikejar...i need more tapi buat masa sekarang aku memang bersyukur dengan rezeki yang ALLAH kurniakan. Sekarang ni, aku tekad nak jugak sambung belajar. Student partime yang pasti la, mungkin akan ke UM untuk buat Diploma Executive Human Resource. Aku tak nak tertinggal lagi. Pasal loan untuk belajar tak payah risau, guna je la duit EPF yang dah ada puluh ribu tu. Tak cukup bole ambil EPF en suami jugak. Bukan banyak mana pon setakat RM 8-9k je untuk course ini. Belajar selama 13 Bulan setiap hari ahad. 3 kredit+5 tahun pengalaman dah bole apply dah. Open university jadi pilihan kedua la. Cumenya di OU, agak lama sedikit la untuk buat Diploma. Zaman dah jadi mak orang ini, masa adalah sangat-sangat berharga, 4 tahun untuk buat diploma aku takut nanti jadi macam kes UiTM plak, separuh jalan. Ape-ape pon kena diskusi dengan en husband tercinta sebab memerlukan kerjasama dari dia. Sekian, terima kasih (tetibe plak) **kolej yang tah pape tah tu la tempat sy bertemu jodoh dengan en husband...dalam kesilapan ada rahmat disebalik nye**

Thursday, March 24, 2011

Info Berkenaan Soya

As Salam

Aku ada baca info berkenaan SOYA ini...jom baca sesame!!

Wednesday, March 23, 2011

Akibat Berpantang Main-Main

As salam

2 bulan kebelakangan ni aku selalu muntah, pening kepala. Serius mengalahkan time pregy dulu. Bile start pening kepala mula la Qaid aku pass dekat en suami suruh dia layan Qaid. Pening kepala ni akan baik bile aku dah muntah kan segala isi perut. Kenapa yer? Masuk angin ke?

Bile mengadu dekat mak, mula la syarahan dia..dia kata aku time pantang main2, Berparam berpilis malas jadinya seperti sekarang ni la. Betul ke? Lagi satu, aku tak pergi urut-urut badan kasi segala angin keluar..tu yang jadi badan berangin jer..hurmmmm

**Sekarang macam rase nak berparam berpilis balik..kasi habis stock y berbaki banyak. Menyesal tiada gunanye**