Click Sini

Wednesday, March 30, 2011

Kisah Kesedaran Versi 1

As Salam Hujan renyai-renyai mase aku nak ontheway ke ofis tadi. Sambil layan jammed y lite-lite gitu terus terfikir-fikir pasal sesuatu yang belum aku lunaskan lagi. Perkara yang selalu sangat menghantui aku....betul, aku tak tipu. Perkara y sepatutnye aku sudahkan dulu sebelum bercinta pastu kawen..sekarang zaman dah jadi mama Qaid pulak. Aku dah lame intai-intai peluang nak sambung belajar. Dulu aku pernah ambil PJJ di UiTM tapi sampai semester 2 aku break sebab macam rase jurusan y aku ambil tu macam tak membantu langsung aku y bekerja dalam bidang swasta ni. Masa tu dapat jurusan Pentadbiran Awam. Sebelum tu aku dah complete kan Sijil Kemahiran Malaysia di sebuah kolej yang tak diiktiraf, sijil ini pon macam tak laku je. Aku pon tak tau camne bole nak belajar kat situ. Kalau tengok result SPM ada jugak deretan A disitu. Classmate aku pon pelik kenapa aku tak sambung belajar atleast dekat kolej y berprestige sikit la. Aku rasa itulah kesilapan besar y pernah aku buat dalam hidup.....silly of me Dalam hati Tuhan je y tahu bile tengok kawan-kawan sebaya dah graduate, keje pon bagus-bagus. Bukan la kata life, keje aku tak bagus cuma dalam hidup ni kan kita masing-masing ada impian untuk dikejar...i need more tapi buat masa sekarang aku memang bersyukur dengan rezeki yang ALLAH kurniakan. Sekarang ni, aku tekad nak jugak sambung belajar. Student partime yang pasti la, mungkin akan ke UM untuk buat Diploma Executive Human Resource. Aku tak nak tertinggal lagi. Pasal loan untuk belajar tak payah risau, guna je la duit EPF yang dah ada puluh ribu tu. Tak cukup bole ambil EPF en suami jugak. Bukan banyak mana pon setakat RM 8-9k je untuk course ini. Belajar selama 13 Bulan setiap hari ahad. 3 kredit+5 tahun pengalaman dah bole apply dah. Open university jadi pilihan kedua la. Cumenya di OU, agak lama sedikit la untuk buat Diploma. Zaman dah jadi mak orang ini, masa adalah sangat-sangat berharga, 4 tahun untuk buat diploma aku takut nanti jadi macam kes UiTM plak, separuh jalan. Ape-ape pon kena diskusi dengan en husband tercinta sebab memerlukan kerjasama dari dia. Sekian, terima kasih (tetibe plak) **kolej yang tah pape tah tu la tempat sy bertemu jodoh dengan en husband...dalam kesilapan ada rahmat disebalik nye**

2 comments:

Puan Nurul said...

Gudluck! Xmudah untuk sambung belajar lg2 da kawen dan ada anak kn.. but semua pon terpulang pada diri sdiri. Kalo percaya bole truskan, go ahead! Chiyok!!

sharEna said...

stp yg berlaku msti ada hikmahnya farhana. so jgn pernah regret & ingat benda yg dh lepas. think for future saje.

teruskan capai impian tue yer!
best of luck =)