Click Sini
Tuesday, January 11, 2011
Anak Angkat
Anak Angat??siapa ada anak angkat..sila angkat tangan!!hehe
Aku berkongsi rasa sedih dengan cousin aku yang sorang ni. Kahwin dah lebih 4 tahun tapi rezeki cahaya mata belum ada lagi. Pakar sakit puan dah sahkan yang dorang suami isteri ni normal, tak ada apa2 masalah tapi tu la kan..rezeki dari ALLAH masih tak ada.
Bulan lepas ada sorang kawan dia ni (nurse) inform dia y hosp dia ni ada sorang mumy ni nak kasi anak dia dekat orang. Mumy ni ada masalah dengan suami dia y nak kahwin baru, jadinya dia tak nak la anak ni katenya.Kemain hepi la cousin aku ni,walaupon rezeki anak sendri tak sampai lagi tapi dapat anak angkat pon dah macam satu anugerah bagi dia. Lepas mumy ni bersalin je terus dia ambil wat balik rumah. Nak amik anak angkat pon bukan semudah ABC, kalau tak silap bayaran dengan hospital + mumy dekat Rm 2 ribu jugak la.
Nampak la keriangan dorang ni laki bini dapat anak baru. Stock baju baru banyak sangat dia beli, mak long kitaorang siap kasi pinjam buaian cucu dia dekat cousin aku ni. Lagi manis bile aku dengar si suami ni la gigih bangun malam2 buat susu, jaga baby sebab cousin aku ni bole tahan jugak la tido mati dia..hehe!! Hari ketiga dah bawak balik meru nak tunjuk dekat atok dengan nenek meru sana la. Semua orang hepi, semua orang gembira lagi2 cousin aku ni la.Kemain lagi dia tatang anak dia tu..hehe
Tapi masuk hari ke 4, dapat call dari mumy baby ni, dia rindu dekat baby dia, nak sangat tengok baby dia. Cousin aku dah mula tak sedap hati tapi dia faham la kan, walau camne pon anak tu tetap anak dia. Lepas hari tu, call lagi katenya dia hampir2 meroyan sebab rindu baby dia. Dia mintak cousin aku datang hari ni jugak. Bile dah sampai, merayu2 pulak mntak tinggalkan seminggu dia nak bagi susu badan semua. Cousin aku memang dah tak sedap hati tapi tinggalkan jugak la sebab dorang ada black n white kan.
Cukup seminggu nak datang amik baby, mumy ni bole pulak buat drama nak terjun bangunan kalau cousin aku amik anak dia.Camne tu?? Cousin aku ni sedih sangat dia, memang la ada black n white tapi bile tengok kegilaan mumy baby ni terpaksa la dia pulang balik anak tu dekat mumy dia balik. Tak sampai hati jugak dia tengok muka mumy ni.Cousin aku ni mengalah demi untuk semua. Balik rumah nangis je dia, tengok baju nangis, tengok barang baby nangis.Yela..dah rase macam anak sendri walaupon 4 5 hari je jaga.
Dia pon try la lupekan ape yang jadi dekat dia. Semua orang tak putus2 motivate dia. Ade sehari tu rindu sangat kat baby Muaz (cousin aku y kasi nama)pergi la saja2 melawat. Sedih dia tengok keadaan baby Muaz dia, tengah demam tapi mumy dia tak bawak pergi klinik, dengan baju y kelam2 je kaler dia, sarung tangan sebelah kaler lain, sebelah lain. Sedih hati dia tengok baby Muaz. Biler cousin aku pangil2 Muaz,terus je mumy tu cakap nama dia tukar lain, bukan Muaz lagi.Terdiam cousin aku, duduk pon x lame terus angkat kaki pergi. Tak tahan hati dia tengok muka baby Muaz.
So sekarang ni dia betul2 berazam nak lupekan baby Muaz dengan SERIK sangat2 nak ambil anak angkat lagi. So haritu biler dia nampak Qaid, terubat la rindu dia dekat Muaz.Kemain lagi dia kelek je Qaid.Muka Qaid ada iras muka baby Muaz katenya. Adoi..aku plak y sedih dengar.
**Cousin..insyallah satu hari nanti sampai jugak rezeki kamu eh! jangan sedih2 lagi okey. Rindu2 meh la datang umah main2 dengan Qaid**
Monday, January 10, 2011
Suntikan Sebulan
Sabtu lepas bawak Qaid ke UMRA untuk cucuk Hep dos 2. Lewat 8 hari dari tarikh appoitment yang sepatutnye 30/12 hari itu. Kalau sesapa nak amik injection dekat UMRA boleh pergi waktu klinik dari 10 pagi sampai 1 tengahari dan malam ada 1 lagi sesi tapi tak berapa pasti masanya. Salah info nanti susah plak kawan2 maya yang lain.
Untuk harga injection Hep B dos 2 ni plak harganye RM 45 +30 (Doc Consult)= Rm 75. Bagi sesiapa yang agak2 kurang rajin nak ke KK boleh la kot amik injection dekat UMRA atau pon klinik2 biasa yang harga lebih kurang je kot. Tak sampai sejam dah habis urusan. Aku dah tanya siap2 la untuk injection bulan ke 2 esok ni, 3 serangkai harga injection Rm 110+30 saje. Bukan ape, senang nanti aku nak prepare duit nye..hehe!!
Qaid 1st time kena inject melalak sakan tau. Mungkin sebab dia masih lapar, dalam bilik Doc dia masih lagi menyusu tapi nangis kejap je atau pon memang terasa sakit. Ingatkan suntikan dekat tangan rupenya dekat peha gebuss dia tu. Gigih la aku pakai kan short sleve untuk dia.
Berat terkini Qaid plak ialah 4.6 kg..semangat!! Bile aku cakap 5 oz sekali susu Doc pon terkejut tapi dia cakap normal la. Tak ada apa2 masalah cuma agak berlebihan sikit. Ada jugak Doc terangkan optional injection tapi yang itu nanti la dipikir2 kan. Orang kata Rotavirus tu ada enzim babi eh? Harga suntikan pon boleh tahan mahal nye.
Thursday, January 6, 2011
ANMUM 900 gm For Let Go
Kawan-kawan sekalian, aku ada 2 tin lagi susu ANMUM Tin 900 gm. Siapa nak aku kasi diskaun ok..:)
Kisah nye gini la, kata 1st time jadi mak bapak budak ni kan jadinya kitaorang beli nak simpan stock sebulan. Budget anak aku tu boleh je minum ANMUM tapi last-last hari tu dia sembelit plak. Perut dia mungkin tak tahan dengan ANMUM kot. So kat rumah masih lagi berbaki 3 tin susu. 1 tin kawan dah beli tinggal lagi 2 tin.
Harga aku beli haritu RM 60 setin so aku let go RM 50 jerr....Murah kan??? Sesiapa nak msg aku di FB atau pon comment kat cini pon bole.
**Okey...tu je!!Tq**
Ragam Qaid
Biasa la biler dah usia sebulan macam-macam ragam Qaid yang dah ternampak. Kalau dulu aktiviti siang dan malam dia tidor sajer. Bangun cuma time nak minum susu jer pastu sambung tido balik. Susah betul nak tengok mata dia terbukak time sebulan yang lepas.
Sekarang ni dah tak ada can aku nak bangun lewat-lewat lagi sebab dia lagi awal bangun dari en husband yang nak pergi keja. Nasib kalau baik dia tido balik, kalau kurang baik merasa la berjaga dari subuh sampai kul 8-9 pagi camtu. Kalau berjaga malam tu biasa la. Pernah dia terjaga dari 2 30 am dan tido balik pukul 5 lebih camtu. Itu pun lepas lebih 10 oz susu aku bagi dia minum baru dia tdo dalam kekeyangan.
Walaupon penat tapi hepi sangat biler tengok dia tido, bile tengok baju-baju dia, sarung kaki tangan dia yang dulu longgar-longgar sekarang dah muat cantik kat tangan dia. Ada sekali tu aku bebel-bebel dekat dia suruh tido sebab aku dah penat sangat tambah dengan suami yang sakit haritu. Macam la dia faham ape yang aku bebel-bebel tu. Series, kekadang aku kurang sabar dengan perangai dia sampai aku marah-marah dia tapi dia bukan tau ape pon. Maaf ye Qaid..Mama dah insaf!!
**Sedang cuba jadik Mama yang cool**
Thursday, December 30, 2010
Qaid Sepurnama
Arini genap sebulan cinta hati ku Qaid Rizki. Sepatutnye appoitment cucuk hari ini tapi delay sampai esok la since cuti yang PM kasi adalah esok hari jadinya boleh la en hubby ikut sekali tengok anak dia kena cucuk.
Ragam budak berusia sebulan ni boleh tahan jugak dah. Tido berdodoi dengan atas dada adalah posisi tido kegemaran dia sekarang. Ape sajelah la anak, tengah cuti ini bole la layan kerenah kamu nanti dah masuk keje kamu tumpang kasih dengan Mama No 2 awak yer.
Dan tepat pukul 2 22 petang tadi en suami menitipkan sms ini kat aku...
Awk dalam bilik bedah kan..
Orang duduk kat kerusi luar bilik bedah kan..
Dah sebulankn kita ada anak kan sayang..
Macam tak caya jer kan..
**Aha....suami oh suami. Aku sendri pon macam percaya tak percaya yang aku dah ada anak sendri tapi itulah kenyataan**
Monday, December 20, 2010
Adab Memberi Salam
Aku terbaca ni d FB jadi aku kongsi kan bersama di sini. Selama ini, aku jugak antara orang-orang yang guna shortform "SALAM" ni.
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)
Baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
“As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.
Sekian, semoga ada manfaatnya.
Friday, December 10, 2010
Kisah Susu Qaid
Kasihan aku.....Qaid nampak gayenya lebih mencintai susu anmum dari susu ibu dia nih!!
Tiap-tiap hari pon cuba sua kan kat dia tapi hasilnye lalakan yang panjang dengan muka kesian dia. Aku pon ape lagi, tak mau kasi dia nangis2 terus bancuh susu kasi dia menom. Kata mak kan, mana tahan hati tengok dia nangis lame2.
Orang sekeliling plak macam tak faham2, bukan aku tak mahu kasi dia susu badan tapi aku sendiri pon masih nak belajar2 lagi nak bf dia. Korang ingat, Qaid lahir terus ke melimpah ruah susu badan aku nih,senang2 bole pump keluar. Aku plak y naik tension kena explain satu-satu kat korang, ni y buat aku emo!!
**Sekian dahulu....**

