Click Sini

Monday, January 10, 2011

Suntikan Sebulan

As Salam

Sabtu lepas bawak Qaid ke UMRA untuk cucuk Hep dos 2. Lewat 8 hari dari tarikh appoitment yang sepatutnye 30/12 hari itu. Kalau sesapa nak amik injection dekat UMRA boleh pergi waktu klinik dari 10 pagi sampai 1 tengahari dan malam ada 1 lagi sesi tapi tak berapa pasti masanya. Salah info nanti susah plak kawan2 maya yang lain.

Untuk harga injection Hep B dos 2 ni plak harganye RM 45 +30 (Doc Consult)= Rm 75. Bagi sesiapa yang agak2 kurang rajin nak ke KK boleh la kot amik injection dekat UMRA atau pon klinik2 biasa yang harga lebih kurang je kot. Tak sampai sejam dah habis urusan. Aku dah tanya siap2 la untuk injection bulan ke 2 esok ni, 3 serangkai harga injection Rm 110+30 saje. Bukan ape, senang nanti aku nak prepare duit nye..hehe!!

Qaid 1st time kena inject melalak sakan tau. Mungkin sebab dia masih lapar, dalam bilik Doc dia masih lagi menyusu tapi nangis kejap je atau pon memang terasa sakit. Ingatkan suntikan dekat tangan rupenya dekat peha gebuss dia tu. Gigih la aku pakai kan short sleve untuk dia.

Berat terkini Qaid plak ialah 4.6 kg..semangat!! Bile aku cakap 5 oz sekali susu Doc pon terkejut tapi dia cakap normal la. Tak ada apa2 masalah cuma agak berlebihan sikit. Ada jugak Doc terangkan optional injection tapi yang itu nanti la dipikir2 kan. Orang kata Rotavirus tu ada enzim babi eh? Harga suntikan pon boleh tahan mahal nye.

Owh ye....tempoh berpantang akan berakhir khamis ni!!wink wink


Last but not least...Papa+ Qaid


**Till then frenz...**

Thursday, January 6, 2011

ANMUM 900 gm For Let Go

As Salam

Kawan-kawan sekalian, aku ada 2 tin lagi susu ANMUM Tin 900 gm. Siapa nak aku kasi diskaun ok..:)

Kisah nye gini la, kata 1st time jadi mak bapak budak ni kan jadinya kitaorang beli nak simpan stock sebulan. Budget anak aku tu boleh je minum ANMUM tapi last-last hari tu dia sembelit plak. Perut dia mungkin tak tahan dengan ANMUM kot. So kat rumah masih lagi berbaki 3 tin susu. 1 tin kawan dah beli tinggal lagi 2 tin.

Harga aku beli haritu RM 60 setin so aku let go RM 50 jerr....Murah kan??? Sesiapa nak msg aku di FB atau pon comment kat cini pon bole.

**Okey...tu je!!Tq**

Ragam Qaid

As Salam



Huh...Lame menyepi sebab buzy dengan anakanda tercinta!!



Biasa la biler dah usia sebulan macam-macam ragam Qaid yang dah ternampak. Kalau dulu aktiviti siang dan malam dia tidor sajer. Bangun cuma time nak minum susu jer pastu sambung tido balik. Susah betul nak tengok mata dia terbukak time sebulan yang lepas.

Sekarang ni dah tak ada can aku nak bangun lewat-lewat lagi sebab dia lagi awal bangun dari en husband yang nak pergi keja. Nasib kalau baik dia tido balik, kalau kurang baik merasa la berjaga dari subuh sampai kul 8-9 pagi camtu. Kalau berjaga malam tu biasa la. Pernah dia terjaga dari 2 30 am dan tido balik pukul 5 lebih camtu. Itu pun lepas lebih 10 oz susu aku bagi dia minum baru dia tdo dalam kekeyangan.

Walaupon penat tapi hepi sangat biler tengok dia tido, bile tengok baju-baju dia, sarung kaki tangan dia yang dulu longgar-longgar sekarang dah muat cantik kat tangan dia. Ada sekali tu aku bebel-bebel dekat dia suruh tido sebab aku dah penat sangat tambah dengan suami yang sakit haritu. Macam la dia faham ape yang aku bebel-bebel tu. Series, kekadang aku kurang sabar dengan perangai dia sampai aku marah-marah dia tapi dia bukan tau ape pon. Maaf ye Qaid..Mama dah insaf!!

**Sedang cuba jadik Mama yang cool**

Thursday, December 30, 2010

Qaid Sepurnama

As Salam

Arini genap sebulan cinta hati ku Qaid Rizki. Sepatutnye appoitment cucuk hari ini tapi delay sampai esok la since cuti yang PM kasi adalah esok hari jadinya boleh la en hubby ikut sekali tengok anak dia kena cucuk.

Ragam budak berusia sebulan ni boleh tahan jugak dah. Tido berdodoi dengan atas dada adalah posisi tido kegemaran dia sekarang. Ape sajelah la anak, tengah cuti ini bole la layan kerenah kamu nanti dah masuk keje kamu tumpang kasih dengan Mama No 2 awak yer.

Dan tepat pukul 2 22 petang tadi en suami menitipkan sms ini kat aku...

Bln lepas, masa ini lah qaid keluarkan...
Awk dalam bilik bedah kan..
Orang duduk kat kerusi luar bilik bedah kan..
Dah sebulankn kita ada anak kan sayang..
Macam tak caya jer kan..

**Aha....suami oh suami. Aku sendri pon macam percaya tak percaya yang aku dah ada anak sendri tapi itulah kenyataan**

Monday, December 20, 2010

Adab Memberi Salam

As salam....

Aku terbaca ni d FB jadi aku kongsi kan bersama di sini. Selama ini, aku jugak antara orang-orang yang guna shortform "SALAM" ni.


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

Baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

WAALAI KUM SALAM

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan

As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Sekian, semoga ada manfaatnya.

Friday, December 10, 2010

Kisah Susu Qaid

Salam All

Kasihan aku.....Qaid nampak gayenya lebih mencintai susu anmum dari susu ibu dia nih!!

Tiap-tiap hari pon cuba sua kan kat dia tapi hasilnye lalakan yang panjang dengan muka kesian dia. Aku pon ape lagi, tak mau kasi dia nangis2 terus bancuh susu kasi dia menom. Kata mak kan, mana tahan hati tengok dia nangis lame2.

Orang sekeliling plak macam tak faham2, bukan aku tak mahu kasi dia susu badan tapi aku sendiri pon masih nak belajar2 lagi nak bf dia. Korang ingat, Qaid lahir terus ke melimpah ruah susu badan aku nih,senang2 bole pump keluar. Aku plak y naik tension kena explain satu-satu kat korang, ni y buat aku emo!!


**Sekian dahulu....**

Wednesday, December 8, 2010

Qaid Rizqi...Wit Luv

Salam All

Bz ke anda sekalian hari ni??? Jangan jeles i dengan Qaid sedang bermalas-malasan di atas katil sampai sebu kepala otak tak tau nak buat ape..hehe

Okey hari ni boleh la update pengalaman bersalin, pengalaman pertama kali tido atas katil hosp, pengalaman pertama kali kena cucuk kat tangan y bisanye masih terasa sampai ari ni...pendek kata segala pengalaman la. Mumy 2 B y lain, sila jangan cuak okey sebab kisah sy tak seram pon. Korang bole baca sampai habis okey.

Semua tertanya-tanya....camne bole terbesalin awal? Due ada lebih kurang 1/2 bulan lagi kan?? Dan kalau la aku ada jawapan bg setiap persoalan itu pasti daku jawab dengan sempurna...cait!!

Sebelum tue....

Qaid Rizqi B Mohd Khairul Anwar
(Ketua,Pemimpin & Pembawa Rezeki)
30/11/2010
2 22 PM
Emergency C-Sect
Pusat Perubatan UMRA Shah Alam
~3 jam Selepas Lahir~

Malam 29hb tue makan2 kat kedai mamak dah terasa sakit kat perut dan pinggang y lain macam. Kalau tunduk nak suap makanan je terasa peritnya tp tak pikir apa2 la sebab due jauh lagi kan. Rasenya duduk kat kat kedai tak sampai pon sejam dah ajak suami balik. Malam tue teringan sangat nak minum air belimbing tapi x jumpa plak lagi bile sakit perut tak kuasa la nak pergi mencari. Pikir2 esok luasa kan ada. Balik rumah dapat baring kat katil rase lega sangat2 pastu tido.

Pagi tu dalam kul 5 30 pagi g toilet nak buang air, tetibe rase ada air mengalir kat celah kaki tapi aku belum lagi buang air. Dengan mamai-mamai cek la panties nampak ada lendir cokelat pastu air tu tak mau berenti2. Mengigil satu badan tak jadi buang air terus kejut suami..sampai sekarang ni suami dok ejek2 aku cara aku gelabah mase kejut dia..kureng jer suami nihh!! Langsung xde rasa sakit perut tapi sebab ada keluar air maka kami decide utk terus ke hosp.

Aku mandi basah rambut bagai sebab orang kata nanti senang bersalin, suami plak aku suruh pack baju baby, baju aku dengan baju dia sekali. Time tu ada konflik hosp mana y harus dituju, mak suruh ke GOV hospital tapi aku macam nak ke UMRA terus. Sempat lagi bfast dengan suami makan roti canai dengan air belimbing, aku dah lupa psl air belimbing nih tapi suami tanya2 kat mamak tu dia kata ada buah belimbing terus je dia order. Pagi2 ko menom air belimbing dengan roti canai sambil seluar basah kuyup dah tapi buat tak reti jer. Konon cool la tapi hati dup dap saje..takut wehh!! Pelik kan..orang sakit tapi aku takut plak. Suami asik tanya jer sakit tak..aku geleng pale, dia pon naik hairan tgok aku cool je makan rati canai tu...sudahnye sume tak abis pon.

Sampai UMRA dalam pukul 7 pagi, register terus masuk wad. Doc datang nak cek bukaan. 1st time kena seluk2 ni, terasa la jugak sakitnya. Y penting relax kan kaki, kalau tak memang terasa la sakit. Redha je la pe doc nak buat pon. Time tu baru bukak 2 cm jer. Doc diskus dengan suami katenya potensi operation adalah sgt tinggi sebab air dah keluar tapi bukaan masih 2cm jer. So dia bagi option samada nak terus di UMRA atau discaj keluar. Suami putuskan untuk continue di UMRA, lepas buang air besar n cucuk kat tangan y sakit giler tue maka 9 pagi terus ditolak ke labour room. Nyesal banyak2 sebab tak minum puas2,air zam-zam pon minum seteguk jer. Masuk labour room dah kena puasa.Rase lemah plak time tue. Midwife dia sangat baik hati, dia ajak nyembang je selama aku kat dalam tu. Dia tengok aku macam ketakutan semacam walhal xde rase sakit pon.

Dalam labour room, Doc masuk ubat induce utk paksa kelahiran. Selalunye akan ambil masa panjang jugak untuk sampai ke 1ocm bagi kes anak sulong. Ikut jangkaan midwife tu, aku mungkin bole bersalin dalam pukul 5-6 petang camtu la secara normal.Kami laki bini boleh rilex2 lagi kt dalam tue siap online FB.Memang tak ada rase sakit ape2 lagi. Tapi lebih kurang 3 jam ubat dimasukan, graf jantung baby semakin menurun. Doc tak yakin, kata dia kalau lagi lame tunggu boleh bahaya kan baby. Dalam pukul 12 tghari camtu, Doc dtg nak cek bukaan lagi...hampa masih 2cm. So Doc cakap boleh tunggu sampai bukaan 10cm ataupon terus ke emergency operation. Masaalahnye...langsung xde progress bukaan tu tp jantung baby makin slow sampai satu tahap tu midwife tu terkocoh2 carik Doc sb ada satu part graf tu dia menurun habis bawah line hijau. Doc takut baby lemas kat dalam so suami decide untuk terus kn emergency operation...pukul 1 45 camtu cek bukaan lagi masih 2 cm terus doc suruh sign surat kebenaran untuk operate. Kul 2 petang camtu terus aku ditolak ke OT Room. Aku jalan kaki je g OT room dia sebab sebelah jer.

Lepas2 dia bius kat tulang belakang tue,dah tak rasa apa la bahagian pinggang ke bawah kaki. Doc sempat gurau2 lagi dengan aku tapi aku macam dah lalok2 jer, baca ayat kursi pon dah macam tak betul je rasenya.Mata asik tgok jam jer. Doc start kejekan perot aku dalam pukul 2 10 petang, 2 22 petang dah dengar bb nangis...sempat dengar Doc cakap, bb terbelit tali pusat ye Pn, nasib kita buat keputusan awal untuk operation....alahai anak aku!! kasihan kamu. Keluar dari OT room dalam pukul 2 45 petang...keluar dari perut sampai Doc abis menjahit perut aku dengar suara bb nangis jer. Suami kata dia diam time orang azan je pastu sambung balik nagis. Sempat jeling dia mase kuar tu...speechless sgt. Tak tau macamane nak cerita perasaan tu...tgok muka merah dia dengan rambut yang banyak tue, sempat lagi tnya nurse tu, itu baby i ke? Nurse angguk....sedey

Dah la tue kot yerr...hehe. Gambar bole tengok kat cini yer!!

**Syukur sangat ALLAH permudahkan jalan aku dari awal mengandong sampai la proses bersalin ni tak ada aku kesakitan y melampau2, sakit operate tu biasala kan...semoga yang akan datang nanti jugak dipermudahkan seglanya...amin**