Assalam
**Kekeringan buah fikiran jadi blog pon sunyi sepi sekejap**
Aku ni memang jenis orang yang banyak angan-angan (tak sedap la versi angan-angan tu mari kita tukar pada cita-cita)baru gempak ayat nie. Sudut positif cita-cita aku ni bagusnya sebab nak menambah skill kemahiran diri sendiri. Kalau bole nak jadi talented. En suami kata isteri dia banyak berangan.
Hari tu aku bersungguh sangat nak belajar make up. Belajar dah belajar dah, loan pon dah proposed dekat en suami tapi korang sendiri maklum la harga barang-barang makeup tu bukan seringgit dua kan? Yang bagus berkualiti mesti cecah puluhan-ratusan ringgit satu item. Aku pulak memang jenis tak reti nak pakai barang pirate of carribean ni. Nak yang standard belaka atau lebih baik pilih jenama-jenama dari malaysia rather then barang tiruan. So pending la cita-cita nak jadi mak dadam ni sementara waktu. Harap-harap segala step tak lupe bila barang dah ready pulak.
Wishlist next year pulak nak enter unibersiti sambung belajar. Cita-cita yang ni memang lame dah berlegar-legar dalam kepala. 3 tahun lepas sibuk kumpul duit nak kahwin. Dah kahwin pregnant terus and this year sibuk besarkan anak. kalau bole by next year insyallah bole masuk belajar. Biar pakcik yang mulut longkang tu tak bole hina-hina i sesuka hati dia lagi. Please pray for me laling-laling semua.
Dan dalam masa terdekat ni korang tahu aku berangan nak buat ape???
Tetibe rasa nak belajar menjahit la pulak. Aduhai..mana la tak dapat gelaran mak jenin kalau camni punya banyak cita-cita?? Tak kisah la mak jenin ke ape pon yang penting kalau dah minat ape pon bole jer.
**Sebahagian dari wishlist 2012**
Click Sini
Wednesday, December 21, 2011
Tuesday, December 13, 2011
Di Hina...:(
Assalam
Sebenarya just nak meluah rasa dekat sini...
TERIMA KASIH PAKCIK SEBAB SUDI HINA SAYA DEPAN ORANG RAMAI
Cuma saya nak tegaskan dekat sini walaupon saya tak masuk unibersiti bak kata pakcik tu tapi alhamdulilah saya masih bole hidup di muka bumi ALLAH ni. Masih mampu menyara anak seorang, pakai kereta & insyallah ada rumah sendiri satu hari nanti. ALLAH lebih mengetahui segalanye dan ingat lah rezeki tu datanya dari ALLAH.
**Tak guna jadi jadi orang alim kalau awak tak hormat orang lain**
Tuesday, December 6, 2011
Red Velvet Cheezy Marble Saya
Assalam
Mood baking baking sampai semalam. Apalagi terus la rajin bersilat jap di dapor. Actually barang dah beli since jumaat lepas tapi mood on off gitu. Ke laut la semua cita-cita nak baking weekend lepas.
Senang kacang goreng je nak buat tapi 1st timer macam aku ni memang kaku je gaya lorekan atas kek. Tapi tak kisah ler sebab kek dia okey sedap. Silapnye aku tang loyang tu la, guna loyang besar so lapisan cheese tu macam nipis jela dapat. Pastu atas kek tu pon xdapat tutup dengan adunan merah tu. Belajar dari kesilapan :)
Meh tengok resipi yer kawan-kawan
(Bahan A)
Sebuku Cheese
Telur1 biji
1/4 cawan gula castor
1 sk essen vanila
Telur 2 biji
Gula castor 300 gm
Mentega cair 1 cawan
1 sk essen vanila
*Pukul Sebati*
(Bahan C-Ayak Bersama)
Tepung 300 gm
Pewarna Merah 3 sd besar
1 sk sodium bikarbonat
(Bahan D)
Susu cair 1 cawan
1 sk cuka/Perahan lemon
*Masukan Bahan C berselang seli dengan Bahan D kedalam Bahan B*
Dah sebati bahan B+C+D masukan dalam loyang separuh adunan kemudian tuangkan pulak adunan cheese (bahan A) dan tinggallkan sikit nak buat lorekan.Tuangkan balance adunan merah tadi & lorekan dengan balance cheese tadi.
Taraaa..siap untuk dibakar pada suhu 175 degree selama 45 minit.
*Walaupon rupa muka begitu tapi rasa mu sangat umphhh**
Monday, December 5, 2011
Qaid Lagi :)
Assalam

Dan hari ni Qaid Rizqi dah pon setahun 6 hari. Mama tak buat ticker baru lagi. Tak dann..sibuk sikit. Laki bini tengah diskus majlis Qaid tapi tula..tah jadi tah tak. Masing-masing tunggu bonus tapi bonus pon ada portion lain jugak. Tengok kalau ada lebih-lebih nanti ye Yayed mama mesti buat majlis kesyukuran untuk Qaid
Rabu Lepas....

Dan hari ni Qaid Rizqi dah pon setahun 6 hari. Mama tak buat ticker baru lagi. Tak dann..sibuk sikit. Laki bini tengah diskus majlis Qaid tapi tula..tah jadi tah tak. Masing-masing tunggu bonus tapi bonus pon ada portion lain jugak. Tengok kalau ada lebih-lebih nanti ye Yayed mama mesti buat majlis kesyukuran untuk Qaid
Alhamdulilah nampak progress Qaid macam cepat dari rakan sebaya dia. Biasa la tu anak-anak ni ada yang cepat ada yang lambat. Tang berjalan memang dia dah laju. Kekadang macam ada lari-lari pon ada. Cakap pon macam dah ade bunyi-bunyi yang jelas macam mama papa mak nak tak nak. Memang mulut riuh anak sorang ni tau. kalau kita nyanyi dia pon ikut2 jugak.
Cuma sekarang kita berperang dengan dia waktu makan. Aduhai..payah nye nak suap makan kat dia. BS dia pon kekadang face problem yang sama. lagi2 pulak tengok perut dia moncit semacam orang kata tu tanda-tanda bercacing eh?? Esok nak amik jab sekali mintak ubat cacing...Ok la itu je dulu..byee
**Semoga Qaid jadi anak y soleh yer sayang**
Wednesday, November 30, 2011
WW-Newborn Qaid Rizqi
Assalam

Fresh From Oven
**Hepi 1st Birthday Qaid Rizqi**
**Semoga ALLAH sentiasa berkati kehidupan kamu**
**Jadi anak y soleh yer sayang**
**Papa Mama Sayang Qaid Sangat-sangat**
**Kamu tiada galang gantinye**
Tuesday, November 29, 2011
1 Tahun Tak Jejak Sunway Pyramid
Assalam
Betul tajuk tu. Esok Qaid setahun & selama kewujudan Qaid kami tak pernah bawa dia masuk Sunway Pyramid. Sebab ape?? Aku pon tak pasti sebabnye tapi mungkin syurga sopping kami adalah di Sogo kot sekarang ni. Last sekali menjejakan kaki masa 8 months pregnant kot sopping baju Qaid la.
Sunway pyramid special for me sebab itulah tempat dating pertama pn Farah & En Bob..auww!!Malu lakss..hehe. Pertama kali bertentang mata berjalan berdua-duan....cukup2 la melalut tu...hikss
**Next time mama bawak Qaid round Sunway Pyramid tengok tempat dating mama & papa**
Super Basi
Assalam
Ini barang memang super basi punya. Anak orang lain tah2 da boring pon pakai tapi mama qaid baru terkedek-kedek nak pakai kan kat anak dia.
Yea...mama qaid memang ada satu penyakit pelupa yang melampau tak tahu tahap apa sampai tak terkata.
Parcel sampai jumaat lepas...Thanks to Onniey Saleh yang sanggup re-post balik. Kalau tak berkubur jela hasrat nak pakai kan dekat Qaid.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Bile tengok secara real nye suka hati & puas hati. Sampai ada yang tanya ehh..cantik baju beli kat mana siap ada nama sendri??Hehe...i gelak jer.
**Maaf Pn Penganjur. Bukan tak appreciate kerja-kerja anda tapi penyakit pelupa saya semakin kronik. Macamane nak belajar balik ni**
Subscribe to:
Posts (Atom)