Click Sini

Monday, June 27, 2011

PD50H - Timbang Minggu Ke-2


Assalam
Sedikit penurunan...syukur

Aku follow diet atkin's la konon2 nye. Yes memang tinggal nasi minggu lepas. Pergi kenduri kena kutuk macam2 la sebab cume meratah lauk pauk je tapi ade aku kesahhh?? Yang kutuk ni bukan sedara2 aku tapi tah nenek tua mane y nyibuk pulak..xpe orang tua kan!! Abaikan saje...:)

**Y Penting berat da turun**

Friday, June 24, 2011

Diet Atkin's

Assalam


Diet Atkin's y konon saya tengah praktik. So sape nak join bole le baca2 gak. Aku pon baru je try dalam 3 hari camtu. Kita tengok eh kuat tak kuat la iman aku ni menepis nasi segala bagai makanan karbohidrat.


Ni copy pes dari FB PD50H yerr

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.

2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.

3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).

4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.

5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.

6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.

7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.

8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.

9. Mihun, mi biasa, pasta, spagetti, macaroni.

10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.

11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).

12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan???

Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahanapi terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda menghadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan keatas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.


**Aku punye Atkin's Menu hari2 adalah sosej, telur, tauhu dan sayur-sayur. Pusing2 tu jer. Nak siang ikan malas. Nak carik ayam ke kedai pon malas. Tapi aku memang suke sosej..tah kenapa tah..hikk**

Thursday, June 23, 2011

Walker


Assalam

Mencari Walker ni. Harga pon macam ok je...RM 149


BS Qaid request walker sebab Qaid da sgt aktif memanjat kerusi. Pernah sekali dua tergolek. Sian plk. Dari asyik tergolek2 bek letak je dalam walker. BS kata time masak je dia macam ada masalah sikit sebab tak ade yang tolong tengok. Time dia free dia salu biar Qaid explore rumah dia.

Ok la ni kan, atau ada walker y murah2 tapi cun camni do let me know okey mummies

**Nak carik walker pon pening**

Monday, June 20, 2011

Memoir Rambut Qaid

Assalam

Adegan sebabak sebelum Qaid botak..Jom layan picture y super duper basi. Ini pon korek-korek dalam hp sekali jumpa daa...maka di share ke sini lerr!!

Si Bolat..muka redha jerr

Sebelum kena tarah habis

Pakcik gunting rambut y sgt sporting

Pakcik Rehan tu baik sangat...Dia la y suruh amik gambar ni buat kenangan.

Ni gambar-gambar terakhir sebelom Qaid botak. Kedai gunting rambut ni dekat Pekan Alor Gajah. Murah ok klu gunting dengan dia..Rm 4 hengeet jerr. Tapi untuk Qaid Pakcik ni sedekah jer sebab 1st customer katenya.

Aku budget2 sedey la time tu..yela kan sayang okey dengan rambut pacak2 Qaid tu tapi rambut tu elok katenya dibuang so saya y menurut perintah je la.

**Sungguh lain muke Qaid dulu**

PD50H-Timbang Selepas 7 Hari Berdiet

Assalam


Selepas berdiet bermati-matian (matian la sgt kan) maka ini la hasilnye...padan muke!! Insyallah akan meneruskan lagi usaha murni ku itu!!

**Sedey**

Saturday, June 18, 2011

Tentang PD50H

Assalam

Join Program Diet 50 Hari memang banyak motivate aku. Selain dapat kenal kawan2 baru dan dah pandai kire calori seharian (pandai la sgt yerr....tg to myfitnesspal). Kalau harap aku y kire sendri sampai kiamat pon tak habis belajar formula..ngeeeeh3x

Dari Sehari ke sehari aku dah bole budget makanan y patut aku makan tapi selalunye malam zon merbahaya bagi aku sebab malam selu aku terlajak makan junk food. Apekan daya...kesedaran nak diet tu tinggi tapi kalau tengok makanan memang aku kalah lelagi junkfood ni. Berhantu okeyy.

Seronok diet kalau bersama-sama dengan kawan2 nie.. pastu hari timbangan pagi isnin rasenya macam masuk Program Biggest Loser gitu...seriau. Result timbangan wajib hantar pagi isnin...agagaga!! Rasenya aku kena workout sikit2 kot sebabnye aku memang dah lebih makan minggu ni. Kot nak rase jadi peserta paling awal terkeluar sila la langgar pantang larang banyak2..malu!!

**So korng kalu ade menu diet y healthy sila share dengan kita ok...y pasti y sedap2 ok, tak sedap x layan**


Wednesday, June 15, 2011

PD50H-Day 1st

Assalam


Day 1st

Tak menahan tu makan kopok sira. Kalau tak jumpe kopok tu kan dah cntik diet aku tu..ni sume en suami punye pasal, letak kopok dalam bilik. Nie curik-curik makan tau dengan qaid dalam bilik. Day 2 akan dipos sebentar lagi.

**Sekarang nak makan dulu**