Click Sini

Monday, October 17, 2011

Longchamp Beg

Assalam

Been eyeing this handbeg..whoooaa!

Khelaas ko farah... Berpinar bijik mata jap kalau tengok harga dia kan. Butik Longchamp cuma ada 2 dekat Malaysia di Pavi & The Gardens. Aku tak berani la nak masuk sebab nye macam tak mampu nak membelinye. Lepas tengok cerita Saffiyya haritu baru tau nak pronounce brand ni dengan betul. Nasib la tak terkeluar dari mulut ni. Pronounce as a Longchomp.



Ini yang ramai orang tengah pakai. Cantik & berkenan jugak tengok tapi harga dia umak aihh. Bek beli Maclarren Qaid sebiji. Simple yet elegance. Paling murah kot compare yang lain. Murah-murah pon mahal jugak ler bagi aku.




**Nak satu tapi entah bile dapat. Kat Uptown melambak jer Pn Farhana**

Friday, October 14, 2011

Lelong GAP Pyjamas At RM 18 ONLY

Assalam

(STICKY POST.SCROLL DOWN UNTUK LATEST ENTRY)

Nak buat lelong. Kesian baju-baju ni tak bertuan. Ada sesiapa yang sudi nak jadi tuan dia mai la tinggal comment ok :)


SEPASANG RM 18 TERMASUK POSTAGE


GAP 1 (4 years)
GAP 2 (4 Years)
GAP 3 (4 Years)
GAP 4 (3 Years)-sold
GAP 5 (3 Years)-book
GAP 6 (3 Years)

GAP 7 (3 Years)-sold

GAP 8 (5 years)

GAP 9 (5 Years)

**Semenanjung SAHAJA. Baju cutting kecil. Bole Ambil 1 extra size..Lai lai lai**
bole sms sy di 0129793643

Keperluan Ilmu...Saya Mama Y Teruk

Assalam

Pagi ni baca entry Dayu buat aku sedar tentang sesuatu. Tentang keperluan ilmu yang aku rasa sangat kurang aku dedahkan pada Qaid.

Bile check balik buku untuk Qaid ada satu je dekat rumah. Mainan pon ada 2-3 biji je kot. Mungkin anak orang lain dah berbakul-bakul mainan dorang. Dari dulu nak sangat beli tikar ABC tu tapi sampai sekarang pon tak terbeli.

Contoh paling mudah tu la table ABC yang lekat dekat dinding sampai la ni satu pon tak de lagi. Ya Allah macam mana aku didik Qaid ni. Harap-harap belum terlewat dan semestinya tak terlewat lagi. Agaknye bile plak Qaid dapat ingat Table ABC tu yer? Sedangkan Pok amai-amai yang aku ajar 7-8 bulan lepas baru sekarang ni Qaid betul-betul faham macam mana pok amai amai tu, main cak cak tu macam mana.

**Rasa sedih tetibe sebab rasa macam dah abaikan keperluan ilmu dia...so bad**

Tak Reti Pakai Kasut

Assalam
Ni nak peace ke atau gali bijih timah

Kalau cerita pasal budak kecil ini memang tak pernah habis. Jadi siapa rasa tak sudi nak baca saya tak paksa okey..auww

Alkisahnye begini, budak kecik ini kan sudah dapat kaki (sudah boleh jalan). Alhamdulilah masuk 10 bulan hari tue dia dah start keliling rumah. Dia rasa dia nak jalan dia jalan. Bile penat dia merangkak balik. Tapi dia tak pandai berdiri lagi sebenarnye. Kalau start nak jalan dia mesti pergi dekat sofa dulu n start jalan dari sofa.

Masaalahnye pulak bile kita pakaikan dia kasut langsung dia tak reti nak jalan. Dia duduk tak pon dia merangkak laju-laju. Haishh..pelik la. Baby korang mengalami masalah yang sama ke? memang notice sesangat kalau pakai kasut je dia memang pasif sikit tapi kalau kaki ayam sampai jalan tar pon dia bole jalan kalau kita biarkan.

**Normal ke tak eh**

Thursday, October 13, 2011

Tentang Babysitter

Assalam

Rasanye tak pernah kot cerita sangat pasal BS(baby sitter) Qaid ni kan. Yang BS Qaid kali kedua ni pangkat nenek la. Rumah pon sepelaung je dengan rumah aku. Senang gitu nak hantar nak ambik. Qaid dekat rumah BS ada abang, cucu nenek Ziah tu la. So berdua la dorang main-main selalu. Abang ada kawan adik (qaid) pon ada kawan.

Bukan nak cerita pasal ni..street to the point okey!!

2 hari lepas masa hantar Qaid aku nmpak la buai Qaid tu bergoyang-goyang. Takan kot abang tu tido dalam buai kan, Abang tu da besar kot umur 3 tahun lebih. Ringan mulut nak bertanya dekat bs tu sekali ada baby la baru 2 bulan lebih.. Nenek Ziah baru jaga dalam seminggu camtu katenya. Uikss..memag aku tak perasan.Selalu memang hantar sampai depan gate je jarang jengah dalam rumah.Aku pon terus pesan dekat Qaid jangan notty dekat baby tau. Qaid tu suke korek-korek biji mata orang. Takut jugak aku kan.

Ok fine yang problemo aku ialah kenapa nenek ziah tak inform eh? Seminggu tu Qaid ada adik baru. Bukan la aku mintak dia report kat aku atau ape. (Siapa la aku kan) . Orang tu nak jaga Qaid pon dah cukup untung. Hak dia la kan nak jaga berapa ramai pon. Tapi macam terasa something la. Qaid tu tengah melasak yang amat even aku sendri pon kekadang pasrah je tengok lagak gaya budak kecik ni. Campur cucu dia lagi pastu ada baby.

Tak kisah??heloo..kisah ok!! Cuma yela..nak ke daycare lagi la aku takut. So bile jadi macam ni aku macam redha je la. Poyo ke aku?? As a mom rasenya semua orang nak y terbaik kan lagi-lagi dalam bab-bab penjagaan ni. Cinta nyawa aku tu beb..hehe. Takde galang gantinye :)

**Tpi kan kalu aku jadi mak baby tu tak terpikir kot nak hantar my baby kat situ (kalau aku la)**




Tuesday, October 11, 2011

Mahal Tak Semestinya Berkualiti

Assalam


Gambar pembuka bicara


Kurap ape ni??

Teruk nye



Sebelum Nazak


So barang mahal(mahal bagi aku) tak semestinye jugak berkualiti? Apa yang korang expect kalau beli barang branded (branded ke brand ni?wakaka). Harap dapat tahan lama ye tak? Ape orang kata alah membeli menang memakai tak gitu?Maaf bukan beli di pasar malam. Belian di salah satu butik so secara rasmin nye original la kan?

Usia kedua-dua nye tak sampai pon 2 tahun (sebenarnya 3 tahun tapi perap setahun untuk barang hantaran) tapi ape yang korang nampak?? Sedih kan rupenya...huhu

Sekarang da masuk store room sebab nampak nazak sangat. Nak bergaya pon jadi segan. Oleh sebab pemberian en suami (time tu boipren je) maka kita simpan la elok2. En suami da banned brand ni!!uhuk uhuk

**No more ? from him**

p/s:Maaf bukan entry show off..just nak meluah rasa tak puas hati jer

Monday, October 10, 2011

Amalan Sewaktu Mengandong

Assalam

Masa awal-awal pregnant kan Qaid dulu memang aku tak hafal surah Maryam & Surah Yusof. Itu antara surah-surah yang biasa para ibu buat sebagai amalan. Aku pon try la jugak nak menghafal tapi ternyata la sampai sekarang pon tak terhafal.

Sepanjang 9 bulan (tak cukup sembilan bulan kot, Qaid keluar awal 2 weeks kan) kehulu ke hilir bawak si little one ape y selalu aku amalkan adalah baca 'YA RASHID' ulang-ulang banyak kali sambil usap perut yang cumil. YA RASHID makna Yang Bijaksana. Moga-moga anak yang dikandung tu nanti bijaksana la hendaknye. Sampai sekarang pon aku amalkan lagi. Usap-usap kepala dia

Selain tu sekarang aku baca jugak YA LATIF 7 kali sambil usap kepala Qaid. Orang kata biar anak tak 'noty sangat'. Al-maklumla la my little one ni bole tahan ligat dia. Ape y orang kata jangan lagi seronok dia nak buat.

Itu la serba sedikit yang aku amalkan masa pregnat dulu. Lepas ni nak cube hafal Surah Maryam Surah Yusof pulak.

*Eceh...cakap macam la hado lagi kan???No No No**