Click Sini

Tuesday, June 30, 2009

Hari Kerjaya 9 August ni...moh le p

puhh..puhh tiup abuk kt page dulu..
tebal giler weh abuk kt cni oleh kerana kemalasan si empunya blog....

Sape free 9/8/09 ni sila la rajin2 kn dri melawat ala2 pameran kerjaya di ADTEC Shah Alam.aku dgr ramai bnyk mjikan y join +kerajaan.sape2 y nak crik keje baru ke, saje nak test market korang ke bole la p sane ramai2...

program start dari pagi smpai kul bape---?x sure la.nt aku update blik.program ni anjuran UMNO dan aku kan puteri UMNO..hehe (xde kabel k...!)

ok itu saje...mau layan fb jap...babai

Thursday, June 11, 2009

otak membeku

Nape lately ni mls giler nk hapdet blog?tepuk dada...tnya la diri ko tu.walhal aku bnyk citer nk share p nk menaip tu terasa la mls..sape nk tulun aku taip..??????aku bg upah..ok tu aku tpu k!
Keje2x beli barang kawen pon dah bnyk stop dulu.lately ni agk kekurangan wang?ngape yerrr?huhu....aku pon x tau?otak aku beku la plak.x tau nk taip pe dah..
*walhal aku di keliling masalah..tu psl la x bole nk berpk dgn bek...lenkali aku citer k**

Monday, June 8, 2009

9 Sebab hati tidak bahagia...

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah...

Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.KesimpulanJadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam......

**credit to Aniel Hawa FB...bgus untuk dikongsi wehh**

Monday, June 1, 2009

Selamat Pengantin Baru semua....

Special N3 tok kawan blogger y kawen last week..korang pon tau kan last week ramai y kawen!sy ucapkan selamat pengantin baru tok rakan2 yg berjaya dalam misi walimah mereka...semoga korang bahgia hingga ank cucu, selamat menempuh alam baru dan semoga korang dapat menjadi isteri isteri y solehah kepada suami suami anda..cepat2 la korang upload gmbar!x sbar nk nengok wajah2 cun korang tu..kalu gmbr2 dari op lagi meletopss..tp biasa la gmbar dari op ni biasa lmbat skit.x kisah la jnji leh tgok suasana kawen korang y pastinya..i'm hepi 4 u guyzzz


**ehem ehem.....xde ke y mau share 1st nite korang....hehe!x bole...dosa weh**

Thursday, May 28, 2009

Nak terus ke hold dulu???kalu korang......?

Kompem.....mjlis aku myb tangguh!huhu...en bob kena wat operation selasa ni.kalau korang nak gak ke trus kn atau pon hold dulu...aku buntu ni!!x tegar plak aku nak wat mjlis bile terkenang kn bakal 2nang y dok melepek kesakitan

Wednesday, May 27, 2009

Aku selalu kena camni...dugaan demi dugaan.bole ke aku bertahan??

yep betol...aku selalu kena camni.klu dah ade satu bad news ready la for 2nd or 3rd or 4th news..

semalam aku dah dikejutkn ngn tarikh kawen y bakal di anjakn sedikit mungkin lepas raya..ok !aku reda...silap kami bedua y xcited sgt nak kwen smpai lupe beberapa perkara mustahak..i try to calm down, take a deep breathe..siyes aku kesal plus kecewa sb x pat kawen pada tarikh 9/8/2009 (beday aku tu weh...) ini y terjadi semalam


And today plak i was informed by en Hubby to be...sesuatu y belum dikenalpasti oleh Doc on X-ray result pagi tdi..and i'm really scared if bende itu adalah canser or samting else n tmorrow ade appoitment ngn Pakar tulang KBMC to confirmed.


Owwhhh..ape kah ini dugaan dikala hari pertunangan!belum habis rase sesal ari semalam pg ni ditambah lagi dgn berita y sgt mengejutkn aku..ape kah ini???dan kalau sesuatu terjadi pada En.Bob aku dengan rela hatinya membatalkn hari pertunagan kami pada 6 June ni..x sanggup palk aku nak jalankn majlis ni kalau dia sendri dalm kesakitan.saudara mesti faham ape y terjdi.keputusan nye adalah esok.

**di kala N3 ni tulis aku sendri menyesali nasib ku ini tapi ini sume ketentuan ilahi..hanya DIA y tahu sebab musabab dan hikmah di sebalik kejadian ini sume..aku redha!no words can't describe my feeling rite now...aku adalah sgt buntu skarang..rase kelam jap dunia aku**




nangis dalam hati lebih perit...mohon doa kalian untuk mendoakn y terbaik buat kami..mohon sangat sangat wahai rakan

Thursday, May 21, 2009

aku sentap k ngn statement ko wahai kawan...

Aku da antor kain bju 2nang p tailor.aku decide wat bju kurung moden jek ngn kain flair..x tau la cmne upenya.i mentioned b4 bju tu was sponsor by my Aunty..bg aku nice la sgt bju tu since i know my auty tu cmne dia dgn fabric...org senang mkcik aku y sorang ni!!

Aku p ngn kawan aku...tetibe ade sorang kak andam tu dtg hntr kain gak kot dia bebelek kain aku..


Kak andam : cntik...bli kat Euro Moda ke??
Aku : x sure la kak sb aunty y sponsor..
kwn aku : eehh..kain camni murah la,kat Nilai tu melambak kain camni siap ngn baju laki free,mcm2 kaler ade...



aku sentap k ngn statement ko wahai kawan!!!!....x perlu la ko mention camtu sekali.igt kain tu x standard ke dok Euro Moda..jgn la ckp cmtu wehh...aku wat muke toye jek sb mls la argue ke pe!aku hrgai pemberian ikhlas mkcik aku tu.bg aku cntik da lace tu.lembut x kejung la cam kain lace y aku pena pegang b4..ape kamu mau ckp itu hak kamu ok.

**nt da siap aku publish yer gmbr bju tu**