Click Sini

Tuesday, November 15, 2011

Episode Sedih-Sabtu

Assalam

Tak tahu nak start dari mana kisah episode sedih ini. Sedih hati kalau tengok anak tak sihat dengan demam batuk lagi. Itu yang kita dengar dari luaran, dalaman kita tak tahu sakit dia macam mana.

Jumaat petang tu masa ambil Qaid dekat rumah babysitter dah dengar sound wheezing tu. Nmapak susah sangat dia bernafas. Dalam otak dah terbayang-bayang neb. Aduhai anak..kena neb lagi ler kamu. Bukan ape, Qaid ni kalau kena neb melalak dia tak ingat. Cuba share sikit adult yang pernah ambil neb ni, sakit ke? Balik rumah petang tu terus kasi dia makan ubat batuk, cair kahak & ubat demam. Tapi takde perubahan sangat pon sebab dengar lagi bunyi nafas dia lain macam.

Sabtu tu dah berkira-kira nak hospital tapi sebelum tu attend dulu majlis kahwin rakan di ampang. Bunyi nafas dia much better sikit dari semalam tapi still kuat jugak especially time dia batuk, menguap & hisap susu. Mama Papa dah start worried. Badan pula dah start panas dengan muka dah start merah-merah. Balik tu terus zass ke klinik panel yang terdekat di Pandan Indah.



Jumpe Doc je terus dia suruh pergi neb lepas checked. Dia kata nafas Qaid ketat sangat. Demam pon tinggi 38.5 terus doc kasi ubat bontot. Masa neb biasa la Qaid jerit jerit sampai satu klinik dengar kot. Alala hero i ni bikin tak macho jerr tau.

Lepas habis sesi neb jumpa balik Doc tadi n dia check balik Qaid terus dia cakap takde perubahan puan. Selalunye lepas neb akan berkurangan sikit bunyi tapi bacaan Qaid sama jer sebelum & selepas Neb. Doc kasi surat refer untuk ke hospital. Doc syak Qaid ada broncittis/ lung infection. Terus rasa down, terbayang-bayang malam di hospital. Papa dah tak tentu arah. Drive keta pon melayang-layang fikiran. Qaid sepanjang jalan tido. Tah penat menangis ke atau sebab penangan ubat bontot tu tadi.

**Story belum habis..nanti sambung lagi**

5 comments:

» NAJA « said...

alooohh sedih la....sian Qaid..get well soon ye..

Mrs Nageb said...

sedihnya..risaukan bila anak sakit...semoga cepat sembuh qaid..

Anah said...

Alahai...moga cepat sembuh ye sayang Qaid

rDnA said...

siannya Qaid..moga-moga Qaid takde ape-apela..get well soon ye Qaid..jgn bagi ur mama and papa risau..

~ iza ~ said...

alah..siannya qaid..hope cpt sembuh ye syg..risau bila tengok budak2 ni demam ke, batuk ke..nak bernafas pun sekat2..
mcm iza dulu, doktor kata kalau dia nangis masa neb, lagi bagus sbb masa tu paru2 dia mengembang, so proses neb jd lebih baik..wallahua'lam