Click Sini

Tuesday, March 15, 2011

Ubat Untuk Bayi?Bole Ke?

As Salam

Kawan-kawan sekalian...nak tanya la

Baby bole ke makan ubat batuk?Ubat cairkan kahak??

Qaid ada masalah macam ada kahak la tapi dia tak selsema. Kami bawak dia pergi klinik biasa mase balik kampung hari itu kan, nurse klinik tu terus tanya ada demam ke tak? Selang 5 minit lepas tu dia panggil nama qaid siap da ada ubat.

Dia bagi ubat batuk dengan ubat cairkan kahak. Kita pon pelik jugak, kenapa tak jumpa doc, nurse kata ini masalah biasa bagi bayi, ubat ini atas perskripsi doctor tapi aku masih ragu-ragu la.

**Please help mumy**

Monday, March 14, 2011

Manusia Oh Manusia

As Salam

Ermmm.....kenapa la kan, bisnes tak on lagi pon, baru je buat promo tapi dah ada orang siap sedia melemahkan semangat saya.

**Terima kasih sebab mendoakan begitu yer...ALLAH saje yang layak membalas**

Saturday, March 12, 2011

Blogshop???

As Salam

Selamat hari sabtu semua...aku cuti,korang cuti tak?hehe

Aku sekarang boleh tahan jugak la rajin membeli online barang2 Qaid. Tak tahan mata tengok koleksi dorang yang comel2 belaka. Tak kira la dalam blogspot ke, FB ke asal berkenan di hati terus isi order form. Senang kan...lagi satu yang aku perhati barang adalah sedikit murah dari yang jual di kedai. Dari apa yang aku perhati la...kuasa membeli di tangan kita kan??

Dari situ la inspirasi bermula..apa salah nye kan kalau buat bisnes online. Sumpah tak ada niat nak mencantas blogshop kawan yang dah sedia ada, aku cuma carik peluang untuk membuat sesuatu yang boleh aku banggakan..hehe.

Aku memang suka beli romper untuk qaid, jadinye aku cadang nak carik koleksi romper untuk dimuatkan dalam blogshop aku nanti.Baju jenis romper/jumper senang sebenarnya untuk aku sebab dia 1 pc baju.Dengan mesin basuh y tengah merajuk sekarang ni, baju 2 pcs qaid adalah setinggi gunug everest untuk dibasuh. So far ape yang aku dah iklan dekat side blog tu jela koleksi yang ada dulu. Sedang tunggu barang2 yang lain sampai.

**Harap korang2 semua support niat murni ku ini kawan....nantikan blogshop aku nanti yerr**

Friday, March 11, 2011

Babysitter Complaint Qaid

AS SALAM

Baby Qaid kena complaint dengan babysitter dia...asik nangis mintak dukong sampai nak masak pon payah la dia kata.

Aku pon macam errrr.....????? Tak selesa plak rasenya bile dia keluarkan statement tu.

**sekarang msuk ofis pon rase tak best jer....**

Thursday, February 24, 2011

Sabar

As Salam

Hari ini dah khamis tapi bayang-bayang Vitamin "B" belum menampakkan diri lagi. Banyak perkara tentang Majlis aqiqah Qaid sedikit pending gara-gara ni la.Sabar itu separuh dari iman lambat laun ada la tu kan...hehe.

Aku tak sabar, orang yang kerja tu lagi la tak sabar kan?kan?

**Kt tunggu sampai esok....btw Vitamin B tu adalah BONUS**

Wednesday, February 23, 2011

Nama Pon Mimpi

As Salam


Ada satu malam tu mimpi indah sangat-sangat....macam realiti!!

Dalam mimpi tu kami mimpi beli rumah comel untuk kami 3 beranak ni berteduh. Tak pasti la rumah apa ( dah nama pon mimpi kan) tapi nak mencantikkan nye tu kemain lagi kami laki bini ni menghias bagai cantik cam istana...errr tak ada la cam istana, tipu jer.

**Seronoknye kalau mimpi jadi realiti**