Click Sini

Friday, July 29, 2011

Comel Nye...Hasil Keje Zura Zari

Assalam


Da lama carik custome made car signage ni. Harga pon tak mahal, memang tak mahal la wey, berbaloi-baloi beli tau.Nak Order bole pegi dekat FB Zura Zari ye. Search je dekat FB tu. Tak sabar nak gantung kat kete ni.

**Tengah terpikir-pikir nak order lagi satu ni**

Baju Raya

Assalam

Street to the point..agak-agak bape pasang baju nak beli untuk si kecik ni yer??

Haaa..puasa pon belum start lagi dah tanye pasal baju raya terus. Tak hagak-hagak tol mama waid ni kan?Hehe....so korang-koprang yang ada experiance sila la share dengan aku bape pasang baju nak kena beli ni?

**Tahun ni harap-harap dapat la bonus lagi..dapat la menyopim sikit tok qaid!!Meh cepat tadah tangan tolong doakan sama-sama**

Thursday, July 28, 2011

Puasa Sebulan Lagi Ke?

Assalam

Lebih kurang 3 ari lagi kita nak menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Seingat aku puasa yang paling seronok adalah Ramadhan tahun lepas. Masa tu time membawa perut yang sangat indah. Dengan izin Allah dan kerjasama Baby dapat jugak puasa penuh sebulan. Alhamdulilah dapat jugak rasa puasa penuh sebulan.

Seminggu Ramadhan tu macam terasa jugak la lapar tapi masuk minggu kedua dah ok dah. Bola biasakan diri. Tapi sahur memang tak bole skip. Pernah sekali terskip sebab tak terjaga...Lapar dia Tuhan je yang tahu. Masa tu dah 50-50 je tahap keimanan. Luckly dapat MC balik rumah terus rest puas-puas. Tak ada sape nak marah ibu mengandung y melepek kelesuan ni.

So tahun ni macam mane?? Cik 'P' masih tak kunjung tiba dan aku pon tak buat ujian apa-apa lagi. Memang jauh sudut hati kami berdua campur Qaid memang tak ready nak tambah ahli keluarga lagi. Nak besarkan Qaid sorang pon rasa cukup-cukup je. Memang tiap anak tu lain-lain rezeki dia tapi aku tak nampak lagi mana sumber-sumber penamabahan bulanan kami sekeluarga. Tapi kalau da rezeki Allah nak bagi kami redha. Sedangkan ulat dalam batu pon bole hidup inikan pulak manusia yer??hehe....tapi selagi tak buat ujian maka tak ada apa2 la aku anggap. Mungkin kesan dari MAB tu kot..hehe

**Kalau masuk ramadhan pon cik'P' tak datang baru aku p buat ujian**

Qaid Lagi..Hehe

Assalam

Semalam adalah misi membotakan kepala Qaid..huhu. gambar blurr sikit.Aku kalau bab membotakan kepala qaid antara rela tak rela je..bagi aku nampak cute sikit Qaid berambut kot!!Puji anak sendri palk..hehe. Sangat behave masa uncle potong rambut dia tapi 5 minit lepas tu, kepala dia kalau bole putar 360 darjah mesti dia putar kepala dia tu. Sibuk nak tengok mama dia kat belakang la. Tengok gunting la, tengok muka uncle la...tak reti duduk diam budak kecik ni.

Lagi 1 masalah budak ni, korang tengok dagu dia tu...pening aku. Tak tau nak ubat camne lagi. Bagi cream ok sikit, tak bagi dia naik balik. Sekarang aku bubuh cream nama dia Bipogent. Pas minum susu lap mulut dia tapi jadi jugak. Tak emcem la anak mama ni..hehe. Kulit dia memang agak sensitif. Nyamuk gigit pon berbulan nak ilang.

Sekarang ni pandai budak mucuk ni ajuk2 papa dia batuk...klu kita hek hek sikit, dia pon hek hek jugak pastu gelak-gelak. Galak dia sekarang ni berdiri-diri pastu lepas tangan. Aku la tukang jadi penjaga dia dekat belakang. Rasa macam nak pakaikan helmet je kat kepala dia biar tak terantuk. Duduk dekat stroller pon dah tak mau pakai seat belt lagi dah...sekarang suka berpegang dekat handle bar tu, kalau paksa jugak dia pakai siap sedia la dengar dia melolong nangis.

**Till then...nanti cerita lagi**

Wednesday, July 27, 2011

MAB Dan Saya

Assalam

Just nak share pasal MAB ni atau Makjun Anggun Bistari dengan aku. So far aku dah makan dekat 4 botol @ 4 bulan jugak la mengamalkan MAB ni. Bg yang tak tahu MAB ni fungsi dia untuk family planning ye. Tapi sekarang aku terpaksa stop dulu makan MAB ni. Mungkin kurang serasi dengan aku kott..

Geng Ukhwah Blogger pernah jugak up kan story pasal MAB. Hehe...pada yang ingat comment aku tu tau la ape dia masaalah MAB ni dekat aku. Selain tu, selepas aku ambil MAB ni periode jadi songsang terbalik. Kalau dulu sebulan je sekali aku uzur tapi la ni 2 kali sebulan ok. 2 bulan awal aku ingat mungkin 'sistem cleaning kan' tapi masuk bulan ke 3 aku dah jadi was-was tapi mengenangkan stock ada jadi pulun je sampai habis.

Takut jugak kan kot kalau makan je terus datang plak effect yang bukan-bukan baik aku stop dulu sebelum ape-ape jadi. So sekarang aku dah free from protection family planning. Yang buat aku tertanya-tanya sekarang mane Cik 'P' ni??? Patutnye dah mai lawat kita, dah lewat 2 minggu ni???Tetibe jadi seram kot kalau-kalau ada.....huhuhuhu!! I'm not ready yet lorrr!!

**Perlukah saya pergi menjalani ujian...Whoaaa!!Mama so sorry Qaid kalau tetibe awak jadi abang Qaid**

Tuesday, July 26, 2011

Sakit Itu Kifarah Dosa

Assalam

Kekadang aku terpikir kenapa Tuhan selalu uji aku.. Mungkin aku cukup kuat kot nak menghadap smuan cubaan dari DariNYA. Tapi sesekali aku mengeluh jugak. Tak cukup kuat nak handle satu demi satu masaalah yang datang bertimpa-timpa...subhanallah!!

Kekadang aku persoalkan kenapa Allah turunkan kesakitan dekat en husband bertalu-talu..bole pulak aku persoalkan kenapa sedangkan sakit tu kifarah dosa. Sepatutnye kan kami kena bersyukur dengan ujian Allah tue??Nilah manusia...tapi korang imagine la, seminggu tu bole kata 2 hari je dia sihat walafiat, yang lebihnye dok sakit itu la, ini la...super pening!!

Menjaga suami sakit ditambah dengan ragam si Qaid ni kekadang buat aku hangin jugak dekat anak beranak ni. Belum lagi siap uruskan suami si qaid pulak da buat perangai. Ikut rasa hati nak lempang je dua beranak ni tapi sampai hati ke?? Haha...maka redha je la. Akan cuba buat sehabis ikhlas. Mungkin hari ni waktu en suami, esok lusa hari aku sakit pulak kan? Siapa tahu..


Ape-ape pon saya sayang buah hati saya ni

**Siapa-siapa pernah berubat cara islam contoh macam Darul Kifayah tu n etc..bole share?? ta in advance**

Friday, July 22, 2011

Mak Dadam To Be

Assalam

Sabtu lepas dah berjaya menghadiri kelas basic makeup oleh akak Faridah Salleh. Akak ni adik kepada Mak Andam aku mase kahwin dulu. Nak belajar dengan kakak dia jauh sangat pulak rumah dia jadi belajar dengan adik dia. Bola la pegi page Faridah Salleh & kakak Ira tengok2 baju, pelamin makeup dia y super dabomb tu.

Aku memang zero la dalam bab2 merias diri ni kan tapi aku minat. Setakat barang2 standard bedak, eye liner lipstick, lip gloss, blusher tu tau la apply kat diri sendri. daripada kelas akak ni banyak jugak ilmu yang dapat. Cara2 nak apply foundation, pakai shading la..macam2 la!!Best sangat.

Model adik aku la paling senang. Start dari kul 11 sampai 3 petang baru abis. Mula2 akak tu makeup model dia dulu pastu da siap baru aku plk start. Layan picture jela.....

Aku sendri terkejut kenapa jadi putih camni..hehe!!Ingat senang nak apply foundation, bukan boleh main bubuh2 jer tapi kalau selalu practise mungkin bole jadi lebih baik..1st makeup orang sampai mengigil2 tangan.

Gaya amatur...bersilang-silang nak menukar berus

Belajar pakai eye-shadow...bab ni lemah sikit. Kat rumah pon jarang pakai eyeshadow. Sebelah teknik lain, sebelah lain

Result selepas gigih menconteng

Nampak tak qaid tengah struggle nak manjat dekat ucu dia. Dia pon sibuk gak nak bergambar.


Overall, ok la kot aku makeup bagi orang y zero knowladge pasal makeup2 ni. Bole asah lagi bakat2. Insyallah kalau ade permintaan bole la kot beranikan diri makeup orang.

**Mood----> saving untuk beli barang makeup**