Click Sini

Thursday, February 17, 2011

Cerita Bergambar

As Salam..


Mari tepek gambar terbaru Qaid Rizqi ni. Ini kisah 1 malam tue, dah pukul 10 lebih tapi mata dia bulat semacam lagi. Keluar kan camera segala bagai tangkap gambar dia dibantu tukang geletek perut iaitu papa.


Dah pandai hisap jari kalau kita bukak mitten dia..jari mama pon dia nk jugak




Main air liuq hobi baru saya aunty2 semua...




Berborak macam orang besar..mcm faham jer qaid yerr!!




Okey...dah kena bedung!!qaid masih tido berbedung yerr



Nite all..qaid dah ngatok la!!mama jom tido...


**Jumpa lagi nanti yerr...**








Maajun Anggun Bistari Siri 2

As Salam

Dekat sini aku bagi link detail penerangan pasal Maajun Anggun Bistari Ni. Kamu2 semua bole jugak membaca okey.

**Baca Tau..hehe**

Maajun Anggun Bistari

As Salam

Hari ni, semalam skip lunch sebab pagi da makan nasi lemak sambil ternak lemak lagi. Lepas makan risau kemain. Mase makan tak ingat pulak lemak2 yang bakal bermaharajarela dalam badan...haha!!gelak diri sendri okey

Aku dalam percubaan nak ambil ubat ni la kalau korang pernah dengar. Kalau ada sesiapa nak share dengan aku keberkesanan produk ni dialu2 kan. Apa yang pasti dari testimonial yang aku baca ubat@jamu ni boleh dikatakan 100% berjaya untuk fungsi family planning. Nanti ada masa aku citer lagi pasal produk ini okey. Tak mahal pon rm 15 je sebotol untuk sebulan.

**Kearah family planning yang sihat..wakaka**

Monday, February 14, 2011

Anak

As salam
kenapa?
why?
tiap masa
setiap saat
igt qaid jerrr
adohai.....
**anak oh anak**

Monday, February 7, 2011

Cuti+Sakit=DEMC

As salam

Cuti panjang tapi istilah cuti untuk berehat tak kesampaian. Awal2 lagi diri sendiri diserang selsema y teruk, lepas tu en suami ikot join sakit. Sudah nye cuti panjang rasa macam tak bermakna jer.

Semalam ke DEMC....selesai awal sebab tak jumpa Tn Doc.

Hari ini lagi ke DEMC buat kesekian kalinya. Aku pon tak tau nak rate service DEMC ni camne. Dari pukul 12 25, dapat jumpa doc pukul 2 lebih camtu. Aku rasa servis kerajaan pon tak lama camni. Selalu juga ke DEMC sebab panel en suami dan yang paling dekat dengan rumah so aku tahu la camne seksa menunggu menjadi outpatient di sana.

Selesai semua urusan masuk ward semua dekat pukul 7 petang. Nasib la qaid diam elok je tido. Susu dah habis plak tue. Tawakal je tadi. So en suami tido sorang2 dalam ward malam ni. Aku dengan qaid bole konker katil.

Tp macam rasa sebak plak..nampak cincin dia atas rak rase nak nangis plak. Nampak tuala dia terbayang2 plak muka dia. Mulut je kata nak konker katil 2 baranak malam ni tapi sebenarnye tak ade feel pon nak tido...suami cept baik okey


**Dey...berdrama lara plak, suami ko sakit kaki jer!!sehari dua ok la tue**

Thursday, February 3, 2011

Hati Bunga-Bunga

As Salam...

Kurang lebih 19 hari lagi nak jadi OKB (Orang kaya baru) jap....kojap jo, dapat pagi petang dah tinggal separuh jer kot. Untung separuh, planning dalam kepala hotak ni da terlalu banyak sangat. Silap2 bole clear dalam sehari bayar hutang sana sini...eh, macam banyak sangat hutang da!! Biasa la hidup...sape yang tak berhutang kan?? Asal jangan keliling pinggang sudah la. Pening nanti tiap2 bulan.

Ni cite pasal duit terpijak la (bonus) en suami. Hehe....aku harus bersyukur dapat la tempias nye sikit2. Kalau tahun lepas habis lebur buat belanja kahwin, 1st year plak menyopim barang2 hantaran kahwin sampai macam tak caya la bile tengok resit2 tu balik (sampai sekarang simpan lagi 2009-2011) harap2 tahun ni dapat la duduk diam2 dekat dalam buku asb yer tp dah kasi bunga2 cinta dekat suami nak sikit jerrr buat sopping...ngeee

**Thank you ALLAH**

Tuesday, February 1, 2011

Kereta Baru Qaid

As Salam

Suka hati tak kalau tetibe widraw duit bole ada terlebih2 plak dalam a/c tu?? Tak caya lagi, balik rumah cek maybank2u...sah la dapat bonus sebulan...hoho hati riang berbunga2 okey.

Jumaat tu dah survey2 stroller untuk qaid dekat sogo tapi sebab tak tau pulak bonus dah masuk maka acara survey2 je la kan. Aku lak cam minat gler dengan Quinny Buzz tapi tengok poket cam mustahil plk nak grab sebijik. Bile tau ada duit lebey2 maka dengan exsitednye esok tu terus ke JJ Bukit Tinggi plak terus grab Sweet cherry SCR5 itu. Bole la..suit dengan budget haku. Balance2 bole bayar hutang piutang.

Mak lang Qaid kata ni BMW qaid...

**Jadi la hai..dari sakit lenguh2 dokong Qaid. Bes jugak..smooth jer tayar dia (baru kott)**