Click Sini

Monday, May 30, 2011

Mistik VS Gout

Assalam

En suami memang ada gout. Kira gout dia kerap menyerang jugak. Gout ni bahaya nye biler kerap dan selalu menyerang akan memusnahkan sendi-sendi kita. Sendi tak ada ganti ok. Makanan yang perlu dihindari selalu nye adik beradik seafood, segala kekacang dan bijiran, buah oren pon tak bole, telur pon sama dan sayur menjalar (pelik kan) tapi nye uric acid en suami dah tahap kebal, kekdang tak makan pon bole diserang gout.


Yang kat atas tu FAKTA.


Tapi.....

Lately ni, en suami bangun tido tetibe tangan sakit, kaki sakit.Pantang makan rasenya. Lauk pauk pon yang biasa jer plus makan ubat salu klau gout 8 jam camtu da baik dah. Ni kekadang sakit sampai 2-3 hari camtu.

Jumaat lepas en suami bertemu seorang peminjam untuk sign document. Temujanji di masjid pudu selepas solat jumaat. Tak sangka plak rupenya peminjam ni pak uztaz y ada kelebihan perubatan kaedah islam, dah alang-alang tue mintak 'scan' la sekali kan. En suami potong 'Q' customer yang dah beratur panjang luar masjid...maaf yerr

Masa Ustaz tu pegang kepala en husband, dia rasa kepala dia panas. Mase ustaz tu azan, suara uztaz tu sangkut2. Lepas tu, dia pegang ibu jari kaki en suami terasa kaki dia pulak panas.

Itu yang en suami rasa masa ustaz tu bacakan potongan ayat Al-Quran. Dia pon naik pelik.Ustaz tu cume pesan berhati2 dengan rakan sepejabat, ada yang dia kurang puas hati dengan awak. Ada benda y awak ada takde plak kat dia...huhu

En suami dapat andai la siapa orang tu, nak tuduh pon xbaik cume terlintas dalam hati jer...wallahualam!! Tak baik menuduh kan?

**Seandainye betol la tekaan ustaz tu aku cume nak pesan satu je dengan orang yang aniyai orang lain...insaf la kamu, Bertuhan kan ALLAH bukan nafsu,jin dan syaitan**

2 comments:

Peri PiA said...

semoga hubby hana cpt sembuh nya
insyAllah setiap penyakit ade penawarnya

rDnA said...

smoga husbnd hana cpt smbuh..hati org ni macam2..kdg2 baik dgn kita kat blakng punyala pendengki.tp dlm dunia canggih ni ada gak lagi manusia yg buat benda2 kotor camni kan??mintak dijauhkan la benda2 cam ni..
hana..jgn lupa amalkan doa pendinding..tak pun before gi mana2,tiap2 pg and ptg amalkan baca "bismillahillazila yadurruma'asmihi syaiuunfilardh wala fissamaiiwahuasamiulalim"..tulis rumi takut lain sebutan and bacaan dia.nanti cek kat dlm al-mathurat k.