Click Sini

Thursday, January 6, 2011

Ragam Qaid

As Salam



Huh...Lame menyepi sebab buzy dengan anakanda tercinta!!



Biasa la biler dah usia sebulan macam-macam ragam Qaid yang dah ternampak. Kalau dulu aktiviti siang dan malam dia tidor sajer. Bangun cuma time nak minum susu jer pastu sambung tido balik. Susah betul nak tengok mata dia terbukak time sebulan yang lepas.

Sekarang ni dah tak ada can aku nak bangun lewat-lewat lagi sebab dia lagi awal bangun dari en husband yang nak pergi keja. Nasib kalau baik dia tido balik, kalau kurang baik merasa la berjaga dari subuh sampai kul 8-9 pagi camtu. Kalau berjaga malam tu biasa la. Pernah dia terjaga dari 2 30 am dan tido balik pukul 5 lebih camtu. Itu pun lepas lebih 10 oz susu aku bagi dia minum baru dia tdo dalam kekeyangan.

Walaupon penat tapi hepi sangat biler tengok dia tido, bile tengok baju-baju dia, sarung kaki tangan dia yang dulu longgar-longgar sekarang dah muat cantik kat tangan dia. Ada sekali tu aku bebel-bebel dekat dia suruh tido sebab aku dah penat sangat tambah dengan suami yang sakit haritu. Macam la dia faham ape yang aku bebel-bebel tu. Series, kekadang aku kurang sabar dengan perangai dia sampai aku marah-marah dia tapi dia bukan tau ape pon. Maaf ye Qaid..Mama dah insaf!!

**Sedang cuba jadik Mama yang cool**

2 comments:

aisha said...

hei,awak dah kurus..awak. Awak watpe? Bebengkung ke?ada amik jamu?

Luv like this.... said...

aisha-kurus ke??hua hua hua
tapi...
sila percaya perut masih sperti 5 bulan ngandong.makan sehari sekali je aisha tu kot punca nmpk kecik sikit.bengkong pon baru nak start ni n cuma mkn jamu amway dlm set bersalin je