Click Sini

Thursday, May 31, 2012

Chiffon Layer With Brooch-RM 70 ONLY


Assalam

Ada new design chiffon layer with brooch.

 Harga promo hanya rm 70 SAHAJA. Postage cuma bayar RM 3 Sahaja.

Jom2 cepat beli sebelum sold out. Sila add FB saya FARHANA SAZALI untuk reply yang lebih pantas.












Friday, May 18, 2012

Moist Choc With Caramel


Assalam

Project sukses malam tadi. Sedap rasa dia just nice jer. Proses nak buat pon tak la payah mana. Asal nye ikut resepi kena bakar tapi memandangkan bil electric rumah y melambung-lambung naik aku try je kukus. Elok jer..ok bole je kukus sebenarnye. Lebih moist kot compare dengan bakar.

Meh follow step by step

- Gula 2 sudu besar tabur dalam loyang masak atas api kecik.make sure loyang penuh dgn gula hangus tu eh dan letak tepi.

Resepi karamel telur pulak. 

Yang ni korang pukul sebati jer pastu curahkan atas karamel gula tadi tuh kukus dalam 15 minit camtu.
-- 1 cawan susu cair
-- 3/4 cawan susu pekat manis
-- 3 biji kuning telur
-- 2 biji telur

Resepi Moist Choc

(A)
-- 1 cawan minyak masak
-- 1 cawan susu cair
-- 1/2 cawan gula
-- 1/2 cawan susu pekat
-- 1 cawan serbuk koko
Yang ni korang panaskan atas api sampai semua larut.

(B)
-- 4 biji telur pukul sampai kembang

(C)
-- 3/4 tepung superfine..sonang koje.

Satukan bahan A+B+C secara berselang seli guna senduk lepas tu tuang jer dalam loyang karamel y dah siap masak tuh.

Kukus balik dalam sejam camtu dah siap and ini la hasilnye



**selamat mencuba.**

Thursday, May 10, 2012

Crazy Price Chiffon 3 Layer With Brooch

Assalam

Hye all...saya ada last 2 pcs tudung chiffon 3 layer biru nih. Sesiapa nak harga crazy price bole email saya tau.

skylady_84@yahoo.com.my

Cantik tudung nih terletak jer dekat bahu. Material pon tak panas. Sedap pakai

**Harga baik punya**

Tuesday, May 8, 2012

Testimonial-BE Bird Nest With Collagen

Assalam
Hasil sebulan selepas pakai Bio-Essence Bird Nest Collagen

Kulit tampak lembap. Suka la produk nih. Kira serasi jugak dengan kulit aku. Kalau ikutkan kulit takde la major problem kering kusam tu sikit la. Lepas pakai produk ni kulit nampak macam lebih lembap.

Rasenya nak stick dengan produk ni je.

**Gambar ni snap waktu petang lepas2 balik keje. No editing plus capture pon pakai hp saje**


Thursday, May 3, 2012

Down

Assalam

Alhamdulilah stock tudung chiffon 3 layer tu berbaki sikit saja lagi. Aku seronok berniaga. Lagi2 kalau stock abis licin. Kalau tak habis pon nak buat camne. Katanye berniaga kan. Kalau tudung bole la pakai sendiri. Kalau baju bb Qaid bole pakai.

Tapi dalam seronok tu ada jugak mata-mata cemburu, hati yang penuh hasad dengki. Tolong bole..jangan suka down kan orang. Lagi2 awak tu dah macam kawan2 saya. Patut awak support, bagi motivasi ke. Ini tak, tak habis2 bagi semnagat negatif.

Tak kisah la..janji en suami sokong saya. Thanks en suami

**Tak faham orang keliling nih**


Wednesday, May 2, 2012

WW

Assalam

Konon semalam menyopim baju raya. 

Budak kecik ni tdo dari rumah lagi.

Angkut letak kat carseat pon lena.
Sampai mall pon lena.
Aku sopping pon lena.
Nak balik masuk dalam keta baru terjaga

**Good boy qaid..lain kali buat camtu lagi ok time mama nyoping. Tu kes tak pakai seluar sebab tuh tutup guna lampin.kang kalau sarung seluar memang nyoping sambil main kejar2 dia**

Monday, April 23, 2012

Masih Makan Bubur Si Qaid

Assalam

Fuhh..blogger baru nih i masih terkial-kial dimana mahu duduk nye button compose new entry. Nanti senang-senang kita belajar.

Nak share satu benda nih. Qaid kan masih makan bubur lagi y lembik-lembik tuh. Sebab nye tengok gigi dia baru ada 8 batan je. Bole ke kunyah2 nasi, lauk pauk sayur tu segala bagai.

Jadi nak senang kita blend kan semua. Dia masih terima lagi la bubur lembik2 tu. Kalau sesekali makan luar tu kita bg jugak la ape yang kita makan. Nak bagi dia rasa tektur kasar selalin dari bubur harian dia. Bukan ape, takut la jugak dengan sistem penghadaman dia tu. Kot la tak bole nak digest benda-benda kasar tuh.

Haritu BS ada gak cakap tak yah kasi bubur lembik. Tak payah bawak bubur pon tak ape. Dia suruh bawak breakfast jer untuk qaid. Kang lunch makan sekali dengan dia. Aku tak mau le susahkan dia. Takut la kan anak aku jadi beban pulak. Plus kalau lauk pauk orang dewasa tuh kan sedap berperisa garam gula pak aji bagai. Sofar bubur qaid memang bersih lagi dari bahan perasa. Sebab dah letak bilis kan dah masin sikit.

**Ke mama qaid ni yang under estimate luvly son dia **