Click Sini

Thursday, October 27, 2011

Jalan-jalan Manjaku

Assalam

Semalam sopim sikit barang Qaid dekat Manjaku Sentosa Klang. Plan asal cume nak carik puting Avent Qaid yang dah berkerak tu tapi hampeh pulak sebab takde sale. I kan suke beli time sale jer so cancel carik puting. Jusco ada sale untuk puting Avent tu 20% tau..hehe

Dah lama kot tak berjalan dekat Manjaku Sentosa tau-tau dah ade brand Tommee Tippee. Awalnye cume nak beli puting baru sekali tengok pek promo 3 bijik tu ada jugak kat sini. Terus jela beli botol susu baru. Berbaloi-baloi


Rm 45.90 untuk 3 biji 9oz.Normal Price Rm 60+

Untuk Dyper brand Huggies pon murah. Yang merah rm 31.90 rembat satu pack. Tak sia-sia terjalan-jalan dekat Manjaku semalam. So apelagi momy yang dekat2 Manjaku tu serbu la buat stock.

**Itu jer nak cerita**

Dont Try This

Assalam

Ni rentetan dari kes masuk zoo negara ahad lepas. Si Qaid ni kalau da boring duduk dalam stroller ni la aksi dia. Memang terpaksa pakai kan seat belt tu kalau tak ade budak yang tercicir dari stroller pulak nanti.

Layan la aksi hero sorang ni

1st step

Kena pegang kalau tak cicir nanti


Suka duduk dekat pemegang tu

Tengok la tu senyum kambing

**Sekian..hehe**

Tuesday, October 25, 2011

Ahad Pagi Di Zoo Negara

Assalam

Ahad lepas terisi dengan aktiviti kekeluargaan. Tak rancang pon nak pergi ahad lepas. Ingatkan nak pergi lepas qaid setahun tapi excited pulak nak bawa dia jalan-jalan. Maka tanpa fikir panjang terus caragas ahad pagi tu ke Zoo Negara Ulu Kelang.

Qaid awal-awal tu moody sikit sebab kepanasan dalam kereta. Aircond merajuk nak nyawa baru!! Nyampah tau..tiap-tiap tahun mesti awak nak sakit tang aircond. Tapi lepas tu Qaid okey dah. Dia pon pelik tempat ape mama aku bawak jalan ni kot.

Tiket untuk dewasa Rm 20 dengan mykad tapi kalau nak masuk taman rama-rama tambah rm 5. Untuk Qaid masih FOC tapi kanak-kanak lepas 2 tahun kot pastu tinggi lebih 9 kaki kena bayar Rm 6. Warga emas murah sikit tak ingat berapa. Parking jugak kena bayar RM 5/entry.

Layan gambar sama-sama jom..:)

Hehe...pembuka bicara mesti la Pn Blog dengan anak dia

Masuk-masuk jer terus jumpe binatang ni..shomell okey dia buat aksi. Rasa nye kitaorang silap planning kot. Patutnye awal-awal tu naik tram dia dan berhenti dekat pickup point dia. Macam separuh zoo jugak tengok. Pastu jalan kaki la sikit nak tengok haiwan-haiwan lain. Ni awal-awal kitaorang melulu jer masuk sampai sesat barat walhal beli map zoo tu tau-tau jumpe jalan keluar dah..hehe!! Banyak binatang tak dapat tengok sebenarnye :)

Papa tanye..aid nak naik ke??

Qaid ingat ni mainan yang macam dia selalu naik dekat mall. Gigih dia tolak-tolak patung ni

Padat..datang ngam-ngam pukul 11 pagi mana nak dapat tempat duduk kan? Show ada 2 sesi pukul 11 pagi & 3 petang

Dapat tengok helang singa laut dengan ada lagi satu binatang tu..lupe nama

Ikan Araipama yang besar...Besar-besar betul ikan kat dalam ni. Seram tengok

Kami anak beranak dekat dalam tu dalam 3 jam pastu kelaparan. Ingatkan ade KFC dalam tue bole la makan rupenye dah takde da. Yela..last sekali masuk mase tahun 2001. banyak jugak dah perubahan Zoo Negara.

** Ada gambar lagi..nanti la sambung story**

Takut Kena Transfer

Assalam

Ada banyak benda nak story mory tapi nanti-nanti la kot..jangan lepas ni malas sudah ler. Satu benda jer aku nak share dulu. Tentang sesuatu yang menggangu gugat emosi..wahh emosi la sangat yer :)

Ni la kes nye kalau keje dengan sesebuah company yang merata ada branch dia. Nie bukan kes aku tapi kes encik suami lorr..tak tahun ni tahun depan atau tahun depannye lagi mesti kena kick out dari branch sekarang. Waduh2....fenin kepala.

Nama dah 2-3 kali ada dalam listing tapi alhamdulilah sampai sekarang masih bertapak di cawangan lama tapi sampai bile la kan selamat. baru-baru nie ura-ura dalam listing kedengaran lagi.

**Harap nye kalau kena transfer pon biar la dalam semenanjung lagi. Biarla dalam selangor/melaka lagi..tak rela nak dok jauh2 dari family**

Saturday, October 22, 2011

Menjelang 1 Tahun

Assalam

Next month kena pergi klinik untuk cucuk Qaid setahun tapi yang risau nye buku purple Qaid tah mane letak eh? Buku purple??Hehe..buku klinik Umra kaler purple so buku purple la jadinye kan.

Tetibe jer macam cepatnye Qaid besar. Dah nak setahun pon. Alhamdulilah..dah besar anak mama ni. Tapi tak dapat nak cuti pada tarikh 30 hb tu sebab kena conduct monthly stock take. Insyallah ada rezeki bole la Qaid potong kek nanti. kalau ada rezeki lebih bole le buat makan-makan sikit and sure Qaid teruja sebab dia ni kalau tengok ramai orang dia sangat-sangat teruja. Dengan aku pon dia bole buat tak reti jer tau. Anak oh anak :)

**Entry xde motif...sekian**

Thursday, October 20, 2011

Demam Pavlova

Assalam


Demam Pavlova di sana sini. Dengan berbesar hati aku menayangkan gambar pavlova hasil buatan tangan sediri. Selepas asik dok view blog orang lain tayang pavlova dorang hati pon bagai tercarik-carik nak mencuba.

Series kesedapan tak terjangkau dek akal..wakaka!!ayat skema betul...yelah kan sendri buat memang la rasa sedap dia berganda-ganda kan? 1st itme makan aritu sesuap je sebab nengok cousin buat sikit. Malu lah kan nak makan banyak-banyak. Malam haritu bersudu-sudu aku makan.

Rasa dia ranggup-ranggup tang luar. Biler sampai isi dalam dia tu lemak lembut berkrim campur lagi whipp cream mana nye tak sedap kan. Strawbery lagi penambah sedap cuma aku kalah dengan kemanisan dia. Aku terpaksa makan bersulam air. Next time nak buat kena kurangkan sikit sukatan gula tu.

**Korang semua kena try tau pastu cara dia pon senang sangat**

Wednesday, October 19, 2011