Click Sini

Thursday, February 17, 2011

Maajun Anggun Bistari

As Salam

Hari ni, semalam skip lunch sebab pagi da makan nasi lemak sambil ternak lemak lagi. Lepas makan risau kemain. Mase makan tak ingat pulak lemak2 yang bakal bermaharajarela dalam badan...haha!!gelak diri sendri okey

Aku dalam percubaan nak ambil ubat ni la kalau korang pernah dengar. Kalau ada sesiapa nak share dengan aku keberkesanan produk ni dialu2 kan. Apa yang pasti dari testimonial yang aku baca ubat@jamu ni boleh dikatakan 100% berjaya untuk fungsi family planning. Nanti ada masa aku citer lagi pasal produk ini okey. Tak mahal pon rm 15 je sebotol untuk sebulan.

**Kearah family planning yang sihat..wakaka**

Monday, February 14, 2011

Anak

As salam
kenapa?
why?
tiap masa
setiap saat
igt qaid jerrr
adohai.....
**anak oh anak**

Monday, February 7, 2011

Cuti+Sakit=DEMC

As salam

Cuti panjang tapi istilah cuti untuk berehat tak kesampaian. Awal2 lagi diri sendiri diserang selsema y teruk, lepas tu en suami ikot join sakit. Sudah nye cuti panjang rasa macam tak bermakna jer.

Semalam ke DEMC....selesai awal sebab tak jumpa Tn Doc.

Hari ini lagi ke DEMC buat kesekian kalinya. Aku pon tak tau nak rate service DEMC ni camne. Dari pukul 12 25, dapat jumpa doc pukul 2 lebih camtu. Aku rasa servis kerajaan pon tak lama camni. Selalu juga ke DEMC sebab panel en suami dan yang paling dekat dengan rumah so aku tahu la camne seksa menunggu menjadi outpatient di sana.

Selesai semua urusan masuk ward semua dekat pukul 7 petang. Nasib la qaid diam elok je tido. Susu dah habis plak tue. Tawakal je tadi. So en suami tido sorang2 dalam ward malam ni. Aku dengan qaid bole konker katil.

Tp macam rasa sebak plak..nampak cincin dia atas rak rase nak nangis plak. Nampak tuala dia terbayang2 plak muka dia. Mulut je kata nak konker katil 2 baranak malam ni tapi sebenarnye tak ade feel pon nak tido...suami cept baik okey


**Dey...berdrama lara plak, suami ko sakit kaki jer!!sehari dua ok la tue**

Thursday, February 3, 2011

Hati Bunga-Bunga

As Salam...

Kurang lebih 19 hari lagi nak jadi OKB (Orang kaya baru) jap....kojap jo, dapat pagi petang dah tinggal separuh jer kot. Untung separuh, planning dalam kepala hotak ni da terlalu banyak sangat. Silap2 bole clear dalam sehari bayar hutang sana sini...eh, macam banyak sangat hutang da!! Biasa la hidup...sape yang tak berhutang kan?? Asal jangan keliling pinggang sudah la. Pening nanti tiap2 bulan.

Ni cite pasal duit terpijak la (bonus) en suami. Hehe....aku harus bersyukur dapat la tempias nye sikit2. Kalau tahun lepas habis lebur buat belanja kahwin, 1st year plak menyopim barang2 hantaran kahwin sampai macam tak caya la bile tengok resit2 tu balik (sampai sekarang simpan lagi 2009-2011) harap2 tahun ni dapat la duduk diam2 dekat dalam buku asb yer tp dah kasi bunga2 cinta dekat suami nak sikit jerrr buat sopping...ngeee

**Thank you ALLAH**

Tuesday, February 1, 2011

Kereta Baru Qaid

As Salam

Suka hati tak kalau tetibe widraw duit bole ada terlebih2 plak dalam a/c tu?? Tak caya lagi, balik rumah cek maybank2u...sah la dapat bonus sebulan...hoho hati riang berbunga2 okey.

Jumaat tu dah survey2 stroller untuk qaid dekat sogo tapi sebab tak tau pulak bonus dah masuk maka acara survey2 je la kan. Aku lak cam minat gler dengan Quinny Buzz tapi tengok poket cam mustahil plk nak grab sebijik. Bile tau ada duit lebey2 maka dengan exsitednye esok tu terus ke JJ Bukit Tinggi plak terus grab Sweet cherry SCR5 itu. Bole la..suit dengan budget haku. Balance2 bole bayar hutang piutang.

Mak lang Qaid kata ni BMW qaid...

**Jadi la hai..dari sakit lenguh2 dokong Qaid. Bes jugak..smooth jer tayar dia (baru kott)**

Qaid 2 bulan

As Salam

Hari kedua bekerja. Masuk kerja je macam dah nak mc sebab selesema teruk arini. Padah dari belasah setengah kotak limau semalam.okey padan muka diri sendri.

Semalam hari 1st Qaid ke rumah bs dia. Kakak tu cakap dia okey, tak banyak meragam. Kalau nangis pon bagi susu dia diam dah. Anakku pandai tidor dalam buai lagi. Pertama kali dia kenal buai sebab dekat rumah memang aku tak tidor kan dia dalam buai. Lena akak tue cakap dia tido. Tapi memang semalam hari tido dia kot. Mase ambil dia pon dia tido sampai la malam pukul 10 camtu. Nak bole nak kiss2 dia sgt sebab takut jangkit.

Memandangkan suami cuti PH hari ni, maka malam tadi dia dengan bangganye menawarkan diri untuk menjaga qaid. Siap halau aku tido tempat dia, dia plak tido sebelah katil qaid. Bole lah kan...average 50-50 je markah aku bagi kat dia, lulus la tue kan.

Okey qaid dah 2 bulan 2 hari pastu planning nak pergi cucuk dia masa cuti raya cina ini sebab takut dia demam so bole la kami jaga dia. Rase dia nampk orang sebab biler kita agah2 dia da ada reaction tapi kadang2 dia buat blur2 jugak. Dia paling suka kita cuit2 pipi montel dia, mula la gelak besar dia siap berbunyi2 mulut dia. Suka hati dengar suara dia..hehe

**nanti sambung okey..Qaid dpt hadiah**

Thursday, January 27, 2011

Tentang Pengasuh

As Salam

Next week dah masuk keje,31/1 ni. Ingatkan nak masuk 1/2 tapi memang tak dapat la since company baru lepas stock take dan banyak benda nak kena key-in masuk sampaikan PH aritu pon bos suruh datang opis buat keje.eh bukan nak citer pasal kerja la!!

Balik pada topik...

Nak hantar la qaid ke babysitter (bs)ni,haritu dah jumpa dengan bs ini diskus sume la tapi jawapan dia macam aku tak berapa nak yakin sangat. Dia cakap nak try dulu means kalau tak okey qaid dengan dia agaknya dia tak mau jaga kot!!Itu dari segi pemahaman aku la. Okey, aku faham dia dah lama tak jaga baby kecik. Anak dia yang bongsu pon dah masuk sekolah tadika. Tapi aku harap sangat la qaid okey dengan dia. Seboleh2 nye tak mahu la hantar qaid ke nursery.

Lagi satu, bape korang bayar kat bs korang eh? Aku tanya dia, dia mahu letak harga. Aku pon tak tahu bape bayarannye. Selama ni tak amik tahu langsung kan. Pastu lagi, bole korang guide aku ape barang2 yang patut aku hantar kat rumah bs tu yer??
Budak bam bam y nak kena tinggal rumah orang


Harap la dia baik2 je dekat rumah orang. Selalu dekat rumah okey jer tapi biler time lambat buat susu jer dia melalak. Dia minum susu pon ala2 gelojoh sikit tu yang kurang sesuai aku nak hantar ke nursery. Macam2 kan case baby tersedak susu sebab penjaga bg susu lapik dengan bantal je. Dia bukan jaga anak kita sorang kan? Ni semua aku nak kena inform dekat bs tu nanti biar dia tahu perangai si bujang ni.



**Tapi sebenarnye hati macam tak bes la..kalau dapat mak bf aku tuh y jaga memang senang hati aku tapi dia x dpt jaga qaid sebab cucu dia dorang tengah melasak, tengah nak membesar kan. Harap2 bs ni dapat jaga qaid baik2**