Click Sini

Saturday, January 28, 2012

Kerusi Baru Qaid

Assalam

Qaid dah usia setahun baru terkedek-kedek beli kan dia car seat. Opss..sori sayang sebab meletakan awak dalam posisi bahaya sepanjang tahun lepas. Bukan ape masa dia usia 3-6 bulan camtu kita letakan dia dalam baby carrier. Memang baby carrier tak bole di jadikan car seat tapi untuk perjalan jarak dekat jer macam ke rumah BS dia ke. Bila dia masuk 6 bulan camtu da bole berdiri bole duduk dah mau ler dia dok dalam baby carrier tu lagi.

Sememangnye car seat sangat penting lagi untuk long distance. Macam Shah Alam Melaka pon aku dah tak larat nak pangku dia. Lenguh tangan apetah lagi budak kecik tu mesti sakit2 badan dia. Jadi masalah nye sekarang dia macam refuse duduk car seat dia. Mungkin sebab lambat sangat perkenalkan dia kerusi dia jadi macam sikit jakun budak kecik tu. Duduk pon kejab jer melainkan kalau tido. Lebihnye memang suka duduk dalam pangku mama dia.




Brand Sweet Cherry je pon...Less 20%. Pelik la..Sambil tu terpandang Stroller SCR 5 Qaid hrga sekarang RM 459 dulu beli RM 440 jer. Makin naik harga pulak yer bukan turun.

**Okey lepas ni nak try jadi tegar sikit. Melalak melolong ke mama buat tak reti jer**

Friday, January 27, 2012

Si Anak Bujang

Assalam
Habit baru Qaid.

Qaid lembik kan badan dia sambil nangis-nangis. Sekarang kalau tak puas hati ni la tanda protes dia. Dah beberapa kali tau dia buat camtu. Kadang-kadang depan orang ramai pon jadi jer.

Dia pon buat la aksi bersila di lantai. Ade tu siap baring lagi. Hati mama dia dah panas terbakar tapi sabar jela. Lagi mara lagi dia keras.

Punca??? Tak Dapat Main Permainan Feveret Dia. Permainan Tu Rosak Ler Sayang. Pastu tau pulak kita tipu dia. Saje la kan angkat dia letak atas permainan tu pastu dia goyang-goyang kan sendri pastu menjerit.


Wednesday, January 18, 2012

Jom Join 1st GIVEAWAY FROM Popscarf!

Assalam
Jom ramai-ramai join GA ni. Mane tau ade rezeki dapat tudung shantik tu.
Cara senang jerr...copy paste je kan
Selamat mencuba ye darling sekalian

1. Letak tajuk entri seperti di atas (Jom Join 1st GIVEAWAY from PopScarf!)
2. Follow blog PopScarf. (KLIK SINI)
2. LIKE dan SHARE (to public) fanpage kami dan berikan serba sedikit komen/promosi/cadangan mengenai PopScarf. (KLIK SINI)
3. Tag kepada 3 orang rakan.

**Hurrrmmm..nak tag siape yer??Okey..anda-anda yang baca jom join sekaki okey

WW

Budak suka microphone...Pantang dapat.
Mewarisi gen belah papa dia..hantu karok sume

Masih Setia Dengan Blogger

Assalam


Hello..

Hello..

Ada orang tak??


**Saya masih disini. Setia membaca blog rakan2 lain tapi sangat malas menghapdate blog sendiri. Mencari sumber inspirasi tahun 2012**

Monday, December 26, 2011

Am I ????

Assalam



My Cik "P" masih tak kunjung tiba

Tetiba muntah-muntah sudah

Mual-mual

Giler Baking..Suka Mkn Something Sweet



**Well Well Well....Adakah saya....hurmm??? Kenapa takut sangat nak terima kenyataan**



Friday, December 23, 2011

Baking Project-Blueberry Cheese Tart

Assalam


Presenting My Cik Blueberry Cheese Tart

Lupakan la kisah sedih semalam. Selepas episode menyerang jiran india sebelah kami pon pasrah. Anggaplah takde rezeki dah. Semoga kau sentiasa malang di dunia ini.

Ok Fine, tutup kisah itu.

Dalam pada bersedih tu sempat jugak la buat shell tart 3 round. Pengubat hati luka. Haipp..tak mahu dah kenang-kenang benda tu.

Terima kasih Tuan Punya Resepi. Tapi sebab derhaka dengan resipi dia maka dapat la merasa shell tart yang ranggup di malam hari siang bertukar jadi kek!! My mistake...sesuka hati sabtitute tepung gandum dengan tepung kek superfine.




Ingatkan nak buat shell tart dulu semalam and malam ni buat filling dia tapi terajin pulak semalam buat jugak filling dia. Banyak balance doh jadi malam ni bole sambung lagi. Tah sedap tah tak doh tu bile dah di bekukan. Around 12 30 macamtu dapat la dekat la 60 biji macamtu


Tengok malam tu gebuss sangat cheese dia sampai sayang nak makan tapi bile pagi dia jadi macam ni la. Tak bape nak gebus sangat dah. Kenape yerr?? 1st time bole dimaafkan kot lepas ni nak cuba lagi.

**Burpp pon dah rasa cheese ni**