Assalam
Project sukses malam tadi. Sedap rasa dia just nice jer. Proses nak buat pon tak la payah mana. Asal nye ikut resepi kena bakar tapi memandangkan bil electric rumah y melambung-lambung naik aku try je kukus. Elok jer..ok bole je kukus sebenarnye. Lebih moist kot compare dengan bakar.
Meh follow step by step
- Gula 2 sudu besar tabur dalam loyang masak atas api kecik.make sure loyang penuh dgn gula hangus tu eh dan letak tepi.
Resepi karamel telur pulak.
Yang ni korang pukul sebati jer pastu curahkan atas karamel gula tadi tuh kukus dalam 15 minit camtu.
-- 1 cawan susu cair
-- 3/4 cawan susu pekat manis
-- 3 biji kuning telur
-- 2 biji telur
Resepi Moist Choc
(A)
-- 1 cawan minyak masak
-- 1 cawan susu cair
-- 1/2 cawan gula
-- 1/2 cawan susu pekat
-- 1 cawan serbuk koko
Yang ni korang panaskan atas api sampai semua larut.
(B)
-- 4 biji telur pukul sampai kembang
(C)
-- 3/4 tepung superfine..sonang koje.
Satukan bahan A+B+C secara berselang seli guna senduk lepas tu tuang jer dalam loyang karamel y dah siap masak tuh.
Kukus balik dalam sejam camtu dah siap and ini la hasilnye
**selamat mencuba.**