Click Sini

Tuesday, October 25, 2011

Ahad Pagi Di Zoo Negara

Assalam

Ahad lepas terisi dengan aktiviti kekeluargaan. Tak rancang pon nak pergi ahad lepas. Ingatkan nak pergi lepas qaid setahun tapi excited pulak nak bawa dia jalan-jalan. Maka tanpa fikir panjang terus caragas ahad pagi tu ke Zoo Negara Ulu Kelang.

Qaid awal-awal tu moody sikit sebab kepanasan dalam kereta. Aircond merajuk nak nyawa baru!! Nyampah tau..tiap-tiap tahun mesti awak nak sakit tang aircond. Tapi lepas tu Qaid okey dah. Dia pon pelik tempat ape mama aku bawak jalan ni kot.

Tiket untuk dewasa Rm 20 dengan mykad tapi kalau nak masuk taman rama-rama tambah rm 5. Untuk Qaid masih FOC tapi kanak-kanak lepas 2 tahun kot pastu tinggi lebih 9 kaki kena bayar Rm 6. Warga emas murah sikit tak ingat berapa. Parking jugak kena bayar RM 5/entry.

Layan gambar sama-sama jom..:)

Hehe...pembuka bicara mesti la Pn Blog dengan anak dia

Masuk-masuk jer terus jumpe binatang ni..shomell okey dia buat aksi. Rasa nye kitaorang silap planning kot. Patutnye awal-awal tu naik tram dia dan berhenti dekat pickup point dia. Macam separuh zoo jugak tengok. Pastu jalan kaki la sikit nak tengok haiwan-haiwan lain. Ni awal-awal kitaorang melulu jer masuk sampai sesat barat walhal beli map zoo tu tau-tau jumpe jalan keluar dah..hehe!! Banyak binatang tak dapat tengok sebenarnye :)

Papa tanye..aid nak naik ke??

Qaid ingat ni mainan yang macam dia selalu naik dekat mall. Gigih dia tolak-tolak patung ni

Padat..datang ngam-ngam pukul 11 pagi mana nak dapat tempat duduk kan? Show ada 2 sesi pukul 11 pagi & 3 petang

Dapat tengok helang singa laut dengan ada lagi satu binatang tu..lupe nama

Ikan Araipama yang besar...Besar-besar betul ikan kat dalam ni. Seram tengok

Kami anak beranak dekat dalam tu dalam 3 jam pastu kelaparan. Ingatkan ade KFC dalam tue bole la makan rupenye dah takde da. Yela..last sekali masuk mase tahun 2001. banyak jugak dah perubahan Zoo Negara.

** Ada gambar lagi..nanti la sambung story**

Takut Kena Transfer

Assalam

Ada banyak benda nak story mory tapi nanti-nanti la kot..jangan lepas ni malas sudah ler. Satu benda jer aku nak share dulu. Tentang sesuatu yang menggangu gugat emosi..wahh emosi la sangat yer :)

Ni la kes nye kalau keje dengan sesebuah company yang merata ada branch dia. Nie bukan kes aku tapi kes encik suami lorr..tak tahun ni tahun depan atau tahun depannye lagi mesti kena kick out dari branch sekarang. Waduh2....fenin kepala.

Nama dah 2-3 kali ada dalam listing tapi alhamdulilah sampai sekarang masih bertapak di cawangan lama tapi sampai bile la kan selamat. baru-baru nie ura-ura dalam listing kedengaran lagi.

**Harap nye kalau kena transfer pon biar la dalam semenanjung lagi. Biarla dalam selangor/melaka lagi..tak rela nak dok jauh2 dari family**