Click Sini

Thursday, January 27, 2011

Tentang Pengasuh

As Salam

Next week dah masuk keje,31/1 ni. Ingatkan nak masuk 1/2 tapi memang tak dapat la since company baru lepas stock take dan banyak benda nak kena key-in masuk sampaikan PH aritu pon bos suruh datang opis buat keje.eh bukan nak citer pasal kerja la!!

Balik pada topik...

Nak hantar la qaid ke babysitter (bs)ni,haritu dah jumpa dengan bs ini diskus sume la tapi jawapan dia macam aku tak berapa nak yakin sangat. Dia cakap nak try dulu means kalau tak okey qaid dengan dia agaknya dia tak mau jaga kot!!Itu dari segi pemahaman aku la. Okey, aku faham dia dah lama tak jaga baby kecik. Anak dia yang bongsu pon dah masuk sekolah tadika. Tapi aku harap sangat la qaid okey dengan dia. Seboleh2 nye tak mahu la hantar qaid ke nursery.

Lagi satu, bape korang bayar kat bs korang eh? Aku tanya dia, dia mahu letak harga. Aku pon tak tahu bape bayarannye. Selama ni tak amik tahu langsung kan. Pastu lagi, bole korang guide aku ape barang2 yang patut aku hantar kat rumah bs tu yer??
Budak bam bam y nak kena tinggal rumah orang


Harap la dia baik2 je dekat rumah orang. Selalu dekat rumah okey jer tapi biler time lambat buat susu jer dia melalak. Dia minum susu pon ala2 gelojoh sikit tu yang kurang sesuai aku nak hantar ke nursery. Macam2 kan case baby tersedak susu sebab penjaga bg susu lapik dengan bantal je. Dia bukan jaga anak kita sorang kan? Ni semua aku nak kena inform dekat bs tu nanti biar dia tahu perangai si bujang ni.



**Tapi sebenarnye hati macam tak bes la..kalau dapat mak bf aku tuh y jaga memang senang hati aku tapi dia x dpt jaga qaid sebab cucu dia dorang tengah melasak, tengah nak membesar kan. Harap2 bs ni dapat jaga qaid baik2**